Wednesday, January 16, 2013

MARI MENEMPAH HOTEL MELALUI AGODA

Assalamualaikum ...





www.agoda.com.my ... aku rasa ramai yang tahu kot pasai agoda neh. Korang tahu tak pasal laman web agoda yang memudahkan korang tempah hotel dengan kadar yang agak murah?? Tahu tak?? Untuk yang tak tahu, aku nak sharelah sket.


Aku dah lama tahu pasai agoda nie. Lama juga. Tapi asyik belek-belek je. Pergi bercuti ke mana-mana aku dok pakai Zest. Sebab aku nie ahli seumur hidup dengan Zest. Before dapat ahli seumur hidup nie, kena bayarlah dulu. Beribu gak le. But nowadays, aku rasa Zest dah macam tak berguna pula. Zest nie macam agen lah, tolong book korang nye hotel dengan kadar tertentu. Mula je kadar hotel dia murah lepastu harga hotel dia mahal! Kata hot deals la ... bila check terus dengan hotel harga lebih kurang jer! Okeh, abaikan tentang Zest ... yg bakal ditendang dari kehidupan aku. Muahahahaha


Sambung pasai agoda. Aku mula terjebak dengan agoda bila adik aku book hotel masa bercuti kat Singapore through agoda. Masa mula2 aku kenai agoda nie, dalam kepala ... "eh, boleh percaya ke? .... dia tak tipu duit kite ke?? kang nak pergi check in hotel, takde bilik plak ... duit lebur". Macam-macam persoalan bermain di kepala aku. Huh! Banyak fikir aku nie.


Bila aku tengok adik aku ok je book hotel dengan agoda plus rege pun murah. So, aku dah start ada kepercayaan. Sedikit! Untuk tambahkan kepercayaan ... aku plak try book hotel dengan agoda bila aku ada problem nak book hotel melalui zest. Kalau bukan kerana kesilapan zest, maybe aku masih was was dengan agoda nie. Hiks ...


Kalau korang dah sign up dengan agoda dan start tempah hotel melaluinya ... kadar hotel adalah berpatutan dari harga asal hotel ye plus korang akan dapat point juga yang boleh ditebus. Meh aku ajar nak sign up agoda dan cara-cara book hotel dengan agoda neh. Pasti korang jatuh cinta. Sebelum tu, aku nak ckp dengan korang ... aku tak terus suka agoda nie, aku review dulu blog-blog yang owner dia dah biasa guna agoda. Kebanyakannye ok! So, aku pun ... apa salahnye cubakan??





Mula-mula, sila terjah laman web agoda di sini <----- Pastu korang perasan tak dia ada tulih "Baru di Agoda? Daftar Sekarang. Okeh, klik je lah.



Pastu korang isikanlah butiran-butiran yang diminta .... kalau korang nak tahu, agoda nie kira friendly jugalah. Takdelah dia nak minta korang isi butiran bukan-bukan. Nak sign up pun tak sampai 15 minit. Pantas!


Bila korang dah sign up, agoda akan hantar email pengesahan kat email yang korang daftarkan. So, nanti jangan lupa check email memasing dan klik link pengesahan ye. Bila korang dah klik link pengesahan ... barulah boleh login. Macam kat atas tu ... masukkan ID ahli/email dan kemudian password. Sonangkan??


Cara nak menempah hotel plak .... kalau aku tak ajar pun korang pasti bleh baca sendiri. Tapi takpe, aku ajarlah pada yang tak biasakan. Apa salahnye sharing is caring ... iyo dak?



Korang klik semula laman utama agoda. Kemudian masukkan destinasi mana yang korang nak pergi. Macam aku, bakal ke Terengganu this coming February (2013 nie memang tahun jenjalan tuk aku ... walhal nak nikah lagi. Banyak tullah duit!). Korang masukkan nama destinasi kemudian dekat daftar masuk tu key in tarikh korang nak pergi dan berapa malam ye. Seterusnya klik CARI! So, agoda akan cari hotel-hotel yang sesuai untuk korang pilih.




Bila korang dah klik CARI, akan keluar lokasi-lokasi dekat Terengganu. Ini yang aku punyalah. Korang punya lokasi ikut mana korang dah typelah kan .... Then korang kliklah mana yang suke. Macam aku of course klik Kuala Terengganu. Kat situ dia cakap ada 28 hotel. Meh, kita tengok hotel-hotel dia plak.



Ini sebahagian jelah dari 28 hotel aku tunjukkan kepada korang. Takkan aku nak display semua. Nanti korang buatlah sendiri ye. Aku bagi tunjuk ajar setakat yang mampu jew. Untuk pilih hotel, jangan main suka pilih je tau. Korang tengok yang sebelah kanan tu dia ada tulih, "Baik 7.4, Bagus 7.1, Baik 6.9" .... itulah adalah permarkahan yang diberi kepada setiap hotel berkenaan. So, silalah pilih yang dia cakap, baik, bagus dan cemerlang dengan point yang tinggi. 


Okeh seterusnya, kita pilih hotel mana yang berkenan di hati dengan kadar rege yang kita mampu. Korang perasan kan dia ada siap dengan kadar hotel ... "MYR160, MYR240 ... MYR300". Itu semua kadar hotel yang belum dicampurkan dengan caj perkhidmatan lagi. Pilihlah mana yang berkenan di hati korang. Cam aku .... nak pilih Sumai Suite Hotel. Pergi beramai, so bleh la thong thong duit resort tuh ;=) Si teman cakap tidur Sumai nie best. Dia dah pernah pi .... so, wajiblah aku try juga. Gediks!!


Bila korang dah klik hotel kesukaan ... akan keluar frontpage cam kat atas nie. Boleh tengok rege ye. Kalau nak puashati lagi check rege dengan hotel tu sendiri. Mana lebih murah dan berbaloi?? Kat situ ada jenis bilik, maksimum berapa bleh stay, rege ... berapa malam korang nak book dan baki bilik yang tinggal. Sebelum korang book, aku nasihatkan baca review dari pengunjung sebelum ini. Korang scroll sampai bawah nanti ada part review ...


Okeh, ini adalah review pengunjung sebelumnye. Mana yang baik tu ameklah. Yang tak elok tu tolak tepi ye dak? Supaya korang rasa nanti akan dapat bilik yang sangat-sangat comfort utk percutian korang. Takdelah nanti pergi bercuti tapi bilik cam hampeeeeeeeeeesssssss!!


Bila dah baca review korang dah puashati giler dengan komen-komen sumer ... terus pilih bilik jenis mana korang nak. Cam aku amek Superior - pemandangan laut. Maksimum stay situ 8 orang. Sarapan disertakan. Paling best rege dia MYR400 (belum masuk caj perkhidmatan ye). Kalau aku betul2 book akan dapat 18point lagi. Yeee suke!! Korang klik berapa malam nak stay then klik TEMPAH!!


Seterusnya, isikan butiran yang berkenaan. Sebelum proceed sila check tarikh. Betul ke dak time tu nak pergi bercuti. Kang salah tarikh plak. Ada jenis hotel boleh batalkan tempahan secara percuma...ada yang kena bayar. So, make sure before proceed payment ... korang dah benar-benar puashati ye!! Bila dah puashati .... teruskan!!


Pembayaran hanya dengan kredit card!! Isi butiran yang dia nak ... kemudian klik bayar & tempah sekarang!!! Sekarang yew .... he he he. Bila korang dah buat payment, jangan ingat semuanya selesai. Check email korang. Agoda akan hantar confirmation status.


Korang terus check email ye selepas buat payment. Agoda akan cakap korang punya tempahan sedang diproses dan akan hantar baucer hotel dalam masa sejam. Sebenarnya tak sampai sejam dia dah hantar baucer tu kat korang. Aku aritu dia hantar dalam masa 15minit. Cepatkan??  Contoh baucer cam dekat bawah nie ..





Contoh voucher yang agoda akan emailkan pada korang dalam pdf. WAJIB PRINT voucher nie sebab nak bawa pergi hotel nanti ye. Jangan ingat dia saja hantaq plak kat hangpa ye.


Walau entry nie panjang, tapi tak habis lagi. Before check in atau 2-3 jam selepas buat payment, korang call hotel berkenaan dan tanya ada tak tempahan hotel atas nama korang atau atas nama sesape yang korang letak tuh melalui AGODA. Jangan tak check plak. Sila call hotel ye!!


Bila confirm korang buat booking nie, korang akan dapat point ... bila balik dari percutian, korang review je hotel berkenaan dengan jujurlah .... korang akan dapat 500 point lagi. Hah, nanti kumpullah point korang tu. Kot bleh dapat bilik free ke ... ye dak??



Sekian, cara nak tempah hotel melalui agoda. Adoi letih jari menaip. Panjang giler. But aku harap ia bermanfaat buat korang semua! Chill .....






CK : Tengah layan fear factor!



























33 comments:

  1. dah tempah. tapi tak tau le service nya mcm mana. hehehe...

    tunggu nanti saya buat review

    ReplyDelete
  2. mmg xdpt la nk book sbb xde credit card.. hehehehe

    ReplyDelete
  3. @wantie takpe nti review yek. sharing is caring

    ReplyDelete
  4. bila la nak guna duit sendiri gi melancong...

    ReplyDelete
  5. ada surcharge tambahan tak bila check-in?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat nie, tak pernah pula kena caj tambahan.

      Delete
  6. slm..xbleh gne direct debit ke?

    ReplyDelete
  7. Boleh guna ATM maybank. Saya pernah guna agoda pergi melaka. bayar guna atm maybank yang ada logo visa tuh..boleh jer . selamat melancong :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? baru saya tahu....terima kasih share ye

      Delete
    2. saya book hotel kt bandung guna kad debit cimb yg ade logo mastercard semalam.. dia ckp 'booking completed' dan kena tggu 30 min utk dia proses hotel voucher tu smua..tp hari ni still xdpt2 pn hotel voucher tu..dah try email agoda tu tnya, tapi dia ckp sy tak finish booking..so how ea? anyone yg pernah kena macam ni?

      Delete
    3. Kad debit tu agoda dah tolak duit ke? Check akaun CIMB dulu. Kalau nak check booking ada ke tak, check kat dalam akaun agoda.

      Setakat nie sy book dengan Agoda, Alhamdulillah...semua ok.

      Delete
    4. duit tu dia tak tolak2 pun... booking kat akaun agoda pun takde..maksudnya booking sy tak b'jaya la kan?

      Delete
    5. cuba book semula, kemudian check dekat akaun tempahan berkenaan

      Delete
  8. Nak try jugak guna agora..tp takut tertipu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat nie masih ok. Sy review byk blog cakap ok...so tu yg berani tempah mllui agoda

      Delete
  9. Kalau card debit ade tanda visa or mastercard leh je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tak pernag try guna debit card, ada yg cakp boleh..janji ada VISA

      Delete
  10. timakasih bg info...akak ni baru jer nk berjinak2 ngan agoda..sbb nk gi hatyai dan krabi. Kalo kat malaysia tu cari sendiri aje, hehe..

    tp tu laa...pembayaran debit tu leh ke tak?? mm...
    lps tu..kalo booking kat krabi tu...jenoh lak nk kol hotel kat siam tu..

    sawadee.com ok tak?? kot laa penah dgr pengalaman kawan2??

    ReplyDelete
  11. kalau dia x hantaq email balas dlm masa sejam , macam mana ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Check akaun agoda...lihat tempahan dulu, kalau takde sila call agoda. Biasanya akan dapat email tak sampai sejam. Check dekat spam email same....

      Delete
  12. Tolong saya..sy de buat tempahan.tp tbe2 nset hang then xdpt blik ke page tu smula so xtau details2..tp duit still tolak..mcm mne ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Log in sebagai ahli agoda tak? kalau log in sebagai ahli agoda, boleh semak pada akaun agoda ahli sendiri pada ruangan tempahan.

      Kalau bukan ahli, tak dapat nak membantu sebab nak call agoda pun kita kena ada ID tempahan.

      Delete
  13. Lepas booking..payment kena bayar terus ker?

    ReplyDelete
  14. Sya dah tempah 4 jam dgn agoda...tpi sya bukan ahli...sya juga blum buat pembayaran...knapa sya tak terima email status pengesahan tempahan....

    ReplyDelete
  15. Saya dah 5 jam tempah hotel dngn agoda ni..tpi sya bukan ahli..bayaran blum buat lagi..knapa email status tempahan blum sya terima smpi skrng..bingung2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh email pada Agoda atau pun call pihak Agoda. Sy tak pernah hadapi masalah ini sebab sy register dulu dengan agoda untuk senang semakan tempahan.

      Delete
  16. yang voucher tu kena print colour ke?kalu print hitam putih je xpe ke?

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!