Tuesday, April 2, 2013

AKU SETIA DENGAN AIR ASIA FREE SEATS!

Assalamualaikum ....




Malam tadi, boleh pulak aku tertido awal. Ini semua gara-gara nak bagi anak buah tidurlah. Tutup lampu dan tv awal bagi semua rumah gelap. Anak buah aku nie pelik sikit, kalau malam-malam cerah semacam mulalah hyper. Lompat sana lompat sini. Dah la tak reti takut ... kalau gelap dan dia tak nampak orang baru dia dok diam, tapi kalau gelap dan ada sket chaya samar-samar ... serupa je aktifnye! Niat nak tidurkan anak buah awal, mak sedara pun lelap sekali ... hihihihi ;=)



Bila aku sedar tadi, mak aih dah 5.00am!! Padanlah best tido. Semalam masuk tidur kul 10pm. Rasa macam lama gilerlah tidur. Sedar 5.00am tu mata terkebil. Buruk perangai aku bukannya nak solat hajat ke tahajjud ke hape. Ish! Jangan tiru aksi nie. Ngeh ngeh ngeh ....


Yang aku fikir, "eh, malam tadi ada Air Asia Free Seats!!!!!"


Terus bangun on lappy. Buka web Air Asia .... search tiket free! Please la, korang jangan tiru aksi aku. Cam hampeh, bukan nak solat sunat ... Air Asia free seats yang diingat. Tak guna!


Masih setia dengan Air Asia ... dengan MAS pernah 3 kali je naik! Asyik delay ... menyampah!


Boleh dikatakan setiap tahun aku tidak pernah terlepas promosi free seats nie. Kalau tak pi melancong sekalipun, aku beli tiket balik kampung. Kadang sampai bersusun tiket flight aku dari awal tahun sampai hujung tahun. Naik flight lagi murah dari naik kereta balik kampung! Jimat duit. Dan aku boleh bagi mak ayah aku duit lebih. Itu niat aku, bukan naik flight utk berlagak cam orang cakapkan dekat aku. 


"Orang kaya ... gaji banyak, bolehlah berlagak naik flight balik kampung!". Wak lu! Kalau Air Asia nie tak buat promo, bukan kata naik dok dalam flight, lalu tepi tayar flight tu pun mungkin aku belum mampu. Ade faheeem!!!




Ini tiket melancong untuk tahun depan. 2014. Pergi Bandung pun belum lepas lagi aku dah book tiket pergi Medan. Pergi balik total RM200! Okeylahkan ... Aku ingat nak pi Krabi, tapi mahal sangat. Tunggulah bila ada rezeki. Ini pun aku guna credit card, gaji nie kenalah cepat bayar. Kalau tak menimbun amaun yang ada.



Sebelum nie, bila Air Asia buat promo ... 0:00 sekian tarikh aku dah depan lappy! Time nie punyalah susah nak masuk. Asal dapat pilih tarikh dan lokasi je, terus masuk waiting room! Lama plak tu. Pernahlah terlelap depan lappy. Gara-gara nak dapat tiket murah. Sanggup bersengkang mata!



Tips nak book tiket murah Airasia ;

  1. Sebelum masa promo, pilih tarikh dan lokasi siap-siap, bila sampai masa promosi terus select yang kita dah rancang. Jangan depan web airasia tu baru nak fikir nak pergi mana dan bila. Mampus korang depan lappy tu kang .... asyik masuk waiting roomlah!;
  2. Jangan pilih tarikh time cuti umum or cuti sekolah, susah nak dapat tiket. Nanti asyik masuk waiting room je. Aku tahu ramai mak ayah nak bawa anak-anak time cuti sekolah pi jalan-jalan, tapi time inilah tiket mahal bebenor;
  3. Kalau nak jimat, jangan guna credit card macam aku. Guna debit card. Harga lebih murah sebab tak kena proccesing fee;
  4. Tolong jangan  buka tab web bebanyak, nanti menyusahkan diri bila nak book. Kadang orang nak cepat dan tamak haloba, semua tiket nak grab kat dia pastu pi buka tab bebanyak kat menu bar. Menyusahkan diri je nanti. Antara penyebab masuk waiting room;
  5. Kalau tak dapat tunggu tepat masanya pada 0:00 sekian tarikh yang diberikan ... buka je promo 2-4 pagi cam aku. Time tu orang tak banyak sangat masuk web Airasia. Semua dah tidur aku rasa kecuali dorang yang spesies burung hantu.


Ini sahaja perkongsian tip booking tiket airasia dengan cepat dan mengelak masuk waiting room. 


Untuk promo kali nie, cukuplah satu destinasi aku dah book. Tunggu next promo dah bajet aku camne ... ada rezeki lebih bolehlah melancong jauh sket. Skang nie, hati aku nak ke Krabi ... harap-harap next promo adalah tiket murah giler ke Krabi!! Walaupun guna credit card, tapi aku tetap kena berhemah bila berbelanja!! Guna credit card best giler, tapi time nak bayar rasa nak putus nyawa ....



Korang pun boleh book promo kali nie. Start hari nie (2/4/2013) sampai 7 April 2013. Penerbangan tahun depan tau. 1 Jan - 30 April 2014. Kiranya lebih  kurang setahun lagi la .... baru dapat terbang!!! hihihi




Okeh aku nak pi mandi and solat Subuh jap! Till then ....






CK : Sabah hujung bulan ni tatau jadi pi ke tidak sebab takut jatuh tarikh PRU13!! Kalau tak jadi, burn ajelah tiket tu.

10 comments:

  1. Ermmm tip yg sgt berguna, mekasih sudi kongsi :)

    ReplyDelete
  2. wah bestnyer... mmm.. nape ek tak bincang pun ngan hubby tuk trip next year. kalau idak boleh rembat. tak pe nanti ada lagi kan..kan..

    nak jugak nak jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha cepat bincang ... nti leh gi honeymoon tahun depan!! cepat sebelum 7 April nie

      Delete
  3. EMM..beli awal travel tahun depan.patutlah murah
    kalau nak travel cepat..mahal jugak la kan :)
    tp oklah..everyone can fly

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau beli dekat time nk trave mahal 3-4kali ganda. so sllu wat camnielah....kena berjimat juga

      Delete
  4. huhu...terpaksa skit free seat kalini, bagi chance orang lain pulak. memang waktu yang sesuai pun cik kamo time 5 pagi tu, kalau kul12 malam, mesti ramai orang, dekat nak bayar jer stuck, jam...oklah, dapat jugak rembat tiket kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih krn memberikan peluang pd orang lain....hheheheh orga boleh rehat je kat umah dulu. Nti rembat tuk promosi akan dtg

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!