Sunday, March 31, 2013

PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON 2013

Assalamualaikum ....




Semalam aku bangun 5.30am, prepare breakfast untuk mak ayah, adik-adik aku dan anak buah. Gigih bangun awal sebab aku dah janji dengan anak buah aku yang 6 tahun tu nak ajak pi tengok hot balloon. Baik siap masak dekat rumah, senang! Kang sampai tapak hot balloon merengek plak. Aku tengok jualan makanan kat tapak tak menarik langsung. Menu tak meriah ... so, baik jangan bazirkan duit yang ada. Cam ala mak sedara kedekut je bunyinye.


Pagi tu aku bangun terus buat nasi goreng dan cucur jagung. Kul 6am aku dah kejut dah anak buah aku. Senang plak bangun si Danny nie ... agaknye malam tadi tu tak nyenyak tidur teringat belon besarlah tu. Hu hu hu ... dah siap mandi, solat subuh and makan ... aku, mak ayah, adik and anak-anaknye kuar rumah kul 7am. Awal!!


Sampai je tapak parking dekat Monumen Alaf Baru yang sebelah Masjid Besi tu. Orang dah meramai! Nasib baik kuar awal juga. Balloon dah ada yang berterbangan. Cuaca tahun nie agak jerebu, so gambar memang tak menariklah. Aku guna camera cap ayam bapak, so mengharap cuaca cerah barulah gambaq cun melecun. Aiyaaaak perasaan! Walhal amek gambar takdo la terror bebenor!


Bestnye tahun nie, aku satu family berpeluang melihat dari dekat macam mana dorang tiupkan angin masuk dalam balloon ... cam mana nak kembungkan dia ... camne pasang api dan camne dorang terbangkan! Tapi gambar yang menarik tak banyak ... sebab bawa anak kecilkan, dok satu sudut ajelah!!


Malas nak rebut-rebut dan bertolak ngan orang ramai. Kalau aku ngan si teman ... dah sampai semua sudut dah!!

























Lepas tengok hot balloon terus pi Muzium Alam Semulajadi dekat P15, sebab nak bawa anak buah aku melawat pameran katak and kodok. Yelah dia dah balik Kedah kul 2 petang ... itu yang bawa jugak-jugak. Tapi amat menyedihkan situasi di Muzium berkenaan .... sedih lagi kecewa! Nanti aku story-story kat korang. Upset giles la .... dengan pengurusan muzium nie.



Okey bye ... nak pi breakfast. Today mak buat breakfast. Roti arab kooooo ...






CK : Tapak tangan bengkak .....


Friday, March 29, 2013

PEMIKIRAN KITA

Assalamualaikum ...




Bila ada je Kerajaan buat sesuatu yang baik
Mula kaitkan dengan politik
Mula kaitkan dengan PRU13!


Sebelum ni Kerajaan dah buat pun benda tu
Tapi time tu PRU13 jauh lagi ...
Time tu takde pun korang nak fikir, "Alah ... nak kita sokong dialah tu, mestilah Kerajaan buat bla bla bla .."


Pemikiran orang kita, setakat itu ajelah .... semua yang Kerajaan buat itu salah! Habis diri sendiri tak salah ke?



Cuba belajar audit kesilapan diri sendiri sebelum nak audit semua tu salah orang lain! Boleh tak?
Hari ini kita buka aib orang lain, buruk orang lain ... esok pusing balik kat diri sendiri juga. Ngerti?





CK : Orang kita patut bersatu!!

KENAPA ADA ORANG KAYA YANG TIDAK RASA BAHAGIA

Assalamualaikum ...



Salam Jumaat! Pagi Jumaat nie, eloklah aku share sket tazkirah ... echeeeh ...


Semua orang nak kaya. Termasuk aku. Tak tipu. Tapi biarlah kita kaya dalam semua hal. Bukan setakat kaya harta benda, wang ringgit sahaja tetapi juga kaya akhlak yang baik, budi bahasa, sikap sabar dan semua sifat-sifat yang baik. Baru hidup kita seimbang dan kekayaan itu buat kita menjadi tenang.


Namun, ada juga orang kaya ... yang kaya harta benda dan wang ringgit hidup dia tak tenang. Semua cukup dari segi duniawi. Kereta besar, rumah besar, wang ringgit banyak, bisnes maju dan berjaya, isteri besar dan cantik tapi hati tak bahagia. Hidup tak tenang. Nak kata kena kejar dengan along sebab berhutang memang tak logiklah. Orang kaya memang duit banyak, takkan nak berhutang ngan along pulakkan?


 Antara sebab orang kaya tak bahagia dan tenang hati dia ... mcm kat bawah nie. Boleh baca ....



1. Pemarah - Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam - Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad Dengki - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (Rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5. Tamak - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut. Walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga. Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak Sabar - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego - Ibu segala mazmummah, ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika dipuji, dia akan menambah amalnya. Tetapi jika dikeji, dia akan mengurangkan amalnya.



Sumber di sini <-----




Tapi bagi aku senang je, kalau kita kaya ke semekin semekut ke ... janganlah sesekali derhaka kepada ibubapa, belajar bersyukur dan belajar erti cukup! In Shaa Allah, hati akan gembira, bahagia dan tenang! Ko kaya macam mana sekalipun, tapi derhaka kat mak pak, tak reti nak bersyukur ... dah banyak nak banyak lagi, sampai matilah hati ko tu dok tak tenang.


Mak aku ajar 3 benda nie je. Kita berjaya jgn lupa diri. Kita miskin pun jangan lupa diri. Kalau miskin lupa diri pun susah juga, tu yang jadi benda pelik-pelik tu. Tul dak??



Duit banyak pun ... rumah besar ... tapi kalau pagi-pagi dok makan roti gardenia sapu butter pun tak best juga! Tak kaya sangat camtu, baik jadi orang yang tak berapa kaya, pagi-pagi  macam-macam boleh makan!!


Aku tengok drama tv camtulah, pagi je breakfast roti sapu butter ..... tu pun sekeping je makan! Kaya ke camtu???????







CK : Bersyukur dan berusaha ...

Thursday, March 28, 2013

5th PUTRAJAYA INTERNATIONAL HOT AIR BALLOON

Assalamualaikum ...



Tahun ke-5 juga aku menatap Hot Air Balloon kat Putrajaya. Dulu menjakun juga, sekarang tidak lagi. Dah 5 tahun ngadap ... nak kata bosan tu tidaklah sebab bukan benda hari-hari. Kira event macam nie fun jugalah dan menjadi sedikit kelainan di Malaysia. Bertuah lagi kerana Putrajaya adalah pihak yang terlibat secara langsung. Proud of you Putrajaya!!!














Gambar segar dari ladang .... tapi kaburlah sangat! Cuaca tak berapa cantik

Tahun nie banyak balloon baru


Nak type panjang lagi, tapi ada keje ... nantilah sambung!


Sumber dari sini <----

Tuesday, March 26, 2013

DAH PANDAI DEMAND!

Assamualaikum ...




This coming weekend, nak celebrate ulangtahun kelahiran encik teman. Dah tua rupenye encik teman aku nie. 3 series sama je. Tapi aku rasa aku lagi nampak mude dari dia. ha ha ha. Mesti marah kalau dia baca statement aku nie.


Biasanya setiap kali ulangtahun kelahiran memasing, kami akan ke luar kawasan. Nak jauh dari orang yang dikenali. Macam birthday aku last year celebrate kat Melaka. And tahun sebelumnye ko tahu mana dia celebrate birthday aku? Kat Stadium MPSJ ... layan bola! Boleh?? Disebabkan aku nie jenis tak berkisah sangat pun, aku ok je! Sebab ape aku tak kisah .... sejak kecik mak ayah aku tak pernah ajar bab celebrate birthday. No hadiah. No cake. Aku lagi memahami kesusahan mak ayah aku camne. Cukuplah peluk cium that time aku rasa. Pestime potong birthday cake pun masa kat kampus. Kawan-kawan yang buat surprise.


Now, encik teman memang ngajar semua benda nie bila aku dah sekian lama berkawan dan bertemankan dia. Encik teman cakap, memang family dia jenis celebrate besday walaupun hanya dengan sebiji kek.  Even masa kita org break off suatu masa dulu pun dia still nak celebrate juga. Aku of course jual mahal that time. Tengah marahlah katakan!


Petang tadi dia call aku, hari ni dapat jumpa sekejap je pun. Tak sampailah sejam. Ermmmmm. Dia sibuk tanya weekend nie nak pergi mana? Then he said, aku patut meraikan dia becoz his besday is coming. Aku pulak jenis buat muke derkkkk aje. Wah, dalam hati ... dah pandai demand ye. Dulu tak kisah pun celebrate ke idak ... ada hadiah ke idak, yang penting ingatan dan kad ucapan!! Bila fikir perangai dia dah jadi macam aku plak. he he he. Asyik remind pasal DOB je.


Hadiah dia aku dah beli. Dengan kad sekali. Cuma belum balut je. Hadiah last year dia cakap mahal aku kasi dia tapi tak semahal hadiah yang dia kasi aku le. Tahun lepas  aku dapat hadiah mahal dari si teman ... sebentuk cincin emas koooo! Dah la time tu emas tengah naik rege! Tahun sebelum-sebelum tu dapat oven, mixer ... bla bla bla....Orang kasi aku amek, orang tanya nak apa ... aku jawab. hahaha.


Nak demand lelebih memang taklah! Ikut keselesaan dan kemampuan memasing. Actually kami prefer pergi jalan-jalan dan makan-makan. But hadiah kemudian pun takpe. Cuma hari kejadian tu memang aktivitinye jalan-jalan dan makan-makan sampai kembung. Memandangkan dia dah demand nak ke Melaka, asyik Melaka dan Melaka je ... aku ok aje. Dapat juga repeat coconut shake dekat Klebang tu. Aku plan nak bawa anak buah and adik aku sekali. Celebrate reramai best ... boleh ajak dorang makan ikan bakaq sekali. Adik aku dok sibuk nak makan ketam sangatkan ....


Memandangkan encik teman dah pandai demand, rasa nak buat surprise pulak. he he he .... tengoklah macam mana nanti!




update : sekarang masa sibuk dia ... macam tadi, jumpa kejap je ... sedih sedih sedih!





CK : Harap dia sukelah dengan hadiah yang aku bagi  nanti, murah tapi dalamnye mahal!!

TAK TAHU NAK MAKAN APA BILA ATKINS?

Assalamualaikum ...





Dulu, masa aku start atkins, memang pening kepala sikit memikirkan menu. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Sudahnye aku asyik hadap sosej dan daging burger. Sebenarnya ia tidak bagus untuk diet ... sebab process foodkan. Tak sesuai sangat. But that time aku tak reti lagi, tak pandai nak memilih menu yang sesuai. Senang cakap tak tahu nak makan apa bila diet atkins!!


Walaupun berat aku kejap turun dan kejap naik, tapi aku masih meneruskan atkins ... cuma tak sedisiplin dulu. Ini bukan salah sesiapa. Salah aku yang tak mampu nak kawal nafsu makan bila tengok eh, sedapnyelah hai tutti fruiti! Kan dah cakap tutti fruiti tak boleh makan! Hancur lebur ko punya ketosis!!


Cumanya aku berbangga bila aku diet atkins sejak setahun lalu, aku bukan lagi peminat nasi sepenuh masa. Bukan lagi peminat mee, bihun goreng ...... dan yang seangkatan dengannya kecuali laksa! Nasi, mee, bihun dan yang seangkatan dengannya aku amek juga. Biasanya tak sampai separuh pun makan. Amek pun 2 minggu sekali. Not hari-hari la! Aku pantang nampak laksa, terutama laksa kedah dan laksa johor. Laksa negeri sembilan takdelah pulak ... he he he. So, dengan atkins diet aku berjaya mengontrol nafsu makan aku. Berat aku tak turun sedebuk sangat pun after dapat turun 10kilos tu, dah rasa hebat dah. Sebab tu asyik diet ke laut dalam je manjang. Berat aku skang maintain antara 57-58kilos!! Bila ko nak dapat 50kilos sweety???????????


Nak tahu dulu, aku memang jenis kaki makan!! Apa sahaja yang nampak sedap, sure terasa teringin nak makan. Sampai tahap macam tulah!! But sekarang tidak lagi, aku dah pandai tolak bila orang pelawa. Kadang amek sikit je untuk jaga hati. Jaga hati orang, orang tak jaga hati kita. Eh, melalut!!


Meh sini aku nak share ... apa yang aku jamah sepanjang atkins. Macam today, aku memang diet atkins. he he he, so aku share menu hari ini dulu .... tapi sampai lunch ajelah ye ;


Breakfast

*Paru goreng - ambil sebanyak mungkin
*Telur goreng separuh masak
*Pulut kuning 1 sudu - ini bukan utk atkins ye, tapi tadi aku teringin sangat. buat lepaskan rasa tekak sudahlah.
*Minumlah 1 liter air putih/mineral


Sebelum lunch 500ml air putih/mineral

Lunch

*Sayur kubis campur
*Seekor ikan keli dimasak sambal
*500ml air putih/mineral

Dalam kul 5-6pm - Air putih/mineral 1L

Dinner

- belum dinner time lagi. Tapi biasanya untuk dinner aku amek sup ayam/sup ekor/tomyam campur atau tomyam ayam. Tengoklah mana yang sesuai dan dapat mengenyangkan perut sukahati.




Aku nie jenis tak boleh sangat makan makanan tak berkuah. So sepanjang atkins aku memang prefer makan tomyam atau sup. Ia amat mengenyangkan. Aku galakkan korang masak sendiri untuk tomyam dan sup nie. Jadi kita tahu kandungan karbo di dalamnya! Nak senang masak je semua menu korang sendiri.


Ada yang tanya aku, telur dan ayam boleh makan? Yes, boleh ...! Pastu ditanya lagi, boleh goreng pakai  minyak atau kena panggang. Boleh je nak goreng pakai minyak. Kalau ayam goreng tak pakai minyak, masak ke isi dia nanti??


Untuk ayam, ikan, udang, ketam (sotong jangan makan semasa induction, karbohidrat tinggi ye!) korang boleh je nak grill, kukus, panggang....nak fry ke hape ke ... boleh je!! Kalau buat ayam masak merah pun boleh, tapi time makan tu basuh la. he he he. Masak merahkan macam2 masuk, sos la hape.


Semasa induction jangan amek sos or kicap. Not good. Ini if korang nak cepat berat korang turunlah. Jangan amek menu2 berkuah ... kalau nak cepat turun berat!! Kalau macam aku amek masa 3 bulan untuk turun 10kg, sebab aku suka makan ayam masak merah, aku kais-kais kuah dia. Aku suka masak lemak cili api, yang nie aku tak kais kuah dia. Kasi telan terus. If nak cepat lagi, rajin-rajinlah rekod berapa banyak karbo korang amek. Kalau direkod, akan lebih disiplin. Dok harap ingat hafal dalam kepala je, kang diet korang ke laut dalam. Buat penat je! Heh, cam aku le tew ... hahahaha


Setiap apa yang korang makan waktu breakfast, lunch and dinner ... please rekod!! Ini untuk memudahkan korang selidiki apa yang silap bila makan menu atkins, tapi berat statik! Satu lagi aku nak pesan, kadang berat korang statik but inci kurang. So, rajinlah ukur lilit badan sendiri ye. Banyak betul pesanan aku.


Aku share kat korang senarai menu yang aku selalu amek.


  • Ayam bakar dan ikan bakar - buat ayam panggang jgn letak madu
  • Ikan singgang
  • Sup/tomyam ayam
  • Sayur campur - buat sup atau tomyam
  • Telur kukus / goreng/ rebus
  • Ayam masak lemak cili api
  • Salad - no buah2 ye
  • Daging burger - kadang2 je amek
  • Sosej - pun kadang2 je amek
  • Sup telur
  • Ayam grill blackpepper
  • Semua jenis sayur - elakkan carrot, makan sayur hijau sebaiknya
  • Air putih/mineral 4liter sehari

Ini je menu aku asyik ulang-ulang makan. Aku share yang aku kerap ulang makan je dengan korang Ada lagi yang lenlain, tapi jarang makan dan aku pun lupa. Kalau ingat aku update later okey.


Nanti aku sambung lagi pasal atkins. Kalau rajin ler :=)




CK : Belum buat target baru

TAK SAMPAI SEPARUH

Assalamualaikum ...





Semalam aku dah khabar dalam entry nak publish and reply semua komen. Tapi sebagai manusia kita cuma merancang sahaja. Tak sampai separuh pun komen tu aku publish and reply. Aku bajet semalam akan sampai rumah awal. Nak rehat! Itu yang utama .... rehat ;=)


Tapi lepas habis kerja, pergi makan dengan darling aku tu ... my BIL call, anak buah aku masuk kecemasan kat Hospital Putrajaya. Apa lagi memecutlah aku ke sana. Sampai je kecemasan adik aku plak sms bagi tahu benda yang sama walhal aku dah sampai depan pintu kecemasan dah. Rupanya, my anak buah yang 4 bulan tu semput. Adik beradik asthma gaklah tu. So, kena amek nep. Dah pergi klinik kesihatan, tapi sebab dah teruk sangat kena masuk kecemasan.


Uihs, kesian .... kesian bila baby besar tu nak kena nep bagai. Hari sebelum tu masa aku jaga dia, memang dah nampak tanda-tanda semput nak kritikal dah. Sebelum nie aku beberapa kali ajak adik aku pergi nap baby dia. Tapi dia nak tunggul husband dia datang juga. So, semalam teruslah dia kena tazkirah dengan aku depan kecemasan. Takdelah nk tazkirah seserius mana ... sambil lalu je tazkirah supaya after this dia alert tentang her baby! Kesihatan baby penting .... sebab muda dijangkiti penyakit.



Dari kecemasan aku gerak agak awal balik rumah. Bawa anak-anak dia yang lain. Sampai rumah cam dah penatlah sangat. Mandi then layan tv ... buka lappy kejap, skype dengan darling pastu mulut dah terkuap kuap. Tengok blog ... ingatkan nak usahalah publish dan reply komen sampai habis. Takdenya mampu .... mata dah takleh tongkat lagi dah. Sudahnya, masuk tidur ajelah! he he he


Malam nie nak cuba lagi publish ... and reply!! Lagi tak buat, tak senang hati ;=)






CK : Hari nie darling aku dapat APC! Dia kata rezeki kahwin ... lately aku memang perasan, rezeki kami berdua makin murah. Rezeki nak kahwin kot gamaknya. Nak saving pun dah senang.

KITA LUPA KELEMAHAN DIRI

Assalamualaikum ....








Salah satu intipati dalam sebuah buku yang aku baca sekarang.
Nanti aku share ... apa lagi yang best dalam buku tu....








CK : Audit diri sendiri lebih baik daripada dok sibuk audit diri orang lain.

Monday, March 25, 2013

ANTARA YANG MENARIK DALAM KEHIDUPAN ORANG BUJANG

Assalamualaikum ...




Apa yang menarik jadi orang bujang? Salah satunya adalah seperti di bawah .......

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Makan mee segera bila lapar dan mood kurang rajin nak masak. 
Dan dalam masa yang sama mood kurang keinginan nak berdiet!


Orang dah kahwin pun ada gak makan mee segera, tapi aku rasa feel makan mee segera untuk orang bujang nikmat dia lebey sket. ha ha ha ha!! Orang bujang, stok mee segera berlambak kat dapur.
Tapi kalau orang dah kahwin, jarang-jaranglah nak jumpa simpan stok mee segera. Kan kan kan kan???




Jadi, sebagai orang bujang ... dan malam tadi mood kurang rajin masak plus tak rajin nak DA juga,
makanya makan mee segera brand Maggi perisa tomyam! 
Eh, memang layan kalau dah lama tak dapat makan mee segera nie.

Terlebih sedap pulak rasanye!! he he he
Ke sedap sebab lapaq??


Diet atkins ko ke mana dah??




CK : Mee segera pun okeylah, janji perut kenyang!

100

Assalamualaikum ...




Hah kau, 100 comments awaiting! Good CK ... nampak sangat ko malas nau nak publish komen-komentar yang ada. Sian kat readers aku ... iaitu korang leeeewww!!





Malam nie In Shaa Allah, aku akan cuba reply komen korang! 
Jangan serik weh nak komen setiap entry di belog aku nie. Setiap entry adalah untuk tatapan anda! 
Eh eh eh ... cam bagus la entry merapu diri sendiri kan?


Maaflah, bukan aku sengaja tak nak publish komen korang
Tapi aku sekang lebih selesa publish dah reply! Baru aku rasa senang hati
Rasa tanggungjawab seorang blogger giteeeew. Echeeeh!!


Malam nie aku cuba ... luangkan masa
Untuk publish dan reply komen dan cuba untuk blogwalking skali!!!


Cayang korang ketat-ketat kerana tak pernah jemu singgah di belog kedaung ini.
Sekian, terima kasih ;=)






CK : Sejak aku busy, setakat jadi silent reader ajelah kat blog kengkawan. Sorry banyak-banyak!!

SALAH KIRA BAJET

Assalamualaikum ...






Hari nie gomen dah gaji. Yeayyy Alhamdulillah. Sonok sukehati. Datang office pepagi terus listkan segala hutang piutang dan bil yang perlu dijelaskan terutamanya bil letrik. Aku tak perasaan last month tak bayar bil letrik. Sudahnye tertunggak. Mencik kot kalau ada bil tertunggak nie, boleh buat bajet bulan hadapan tu lari, sebabnya nak kena bayar double! Pffffffff


Walaupun hari nie gaji, sempat senyum 30 minit ajelah depan Maybank2u. ha ha ha, lepas tu dah start transfer itu ini dan bayar bil. Dekat 30 hari baru dapat sejumlah sekian-sekian tapi tak sampai 30 minit sudah habis sekian-sekian jumlah. Huuuuuuuuuuuuuu!! Makan gaji camnielah gayanye, but Alhamdulillah aku masih ada peruntukan untuk saving. Especially saving untuk kahwinlah. Alhamdulillah juga bulan nie dapat saving 4 angka. Suke! Tak pernah-pernah, nak kahwin punya pasal kenalah saving lelebih. Makan sikit-sikit je. He he he


Tapi ntah camne tadi, dok sibuk buat bajet pagi tadi. Boleh pulak tinggal satu item. Duit KUTU aku boleh plak lupa. Har har har. Dah la RM200 plak tuh. Eh, banyak! Yang lenlain semua aku dah key in. Dah save file bagai, tetiba member aku tanya, “kutu bulan nie sapa dapat?”


Hah! Duit kutu???? Sila perhatikan arrow merah dalam perkiraan bajet bulanan aku tuh. Row paling last, row warna kuning … sebab lupalah tu. Mentang-mentang dah dapat duit kutu. Sesuka hati boleh lupa!!!!!!


Tengok arrow biru, aku kena bayar bil elektrik double! Tension ... kes lupa juga nie!


Alamak camne leh terlepas duit kutu nie. Kutu berahak betul!! Kalau RM50 aku hokehlah lagi, ini RM200.00. Larik sudah bajet hora horay aku! Aku dah kira ngam-ngam dah tadi. Akhirnya suka tak suka kenalah aku potong bajet untuk hora horay aku. Kenalah pendam perasaan nak shopping lagi. Haish!! Nasib baiklah weekend baru nie teman si teman shopping baju kemeja kerja, aku pun apa lagi pow kasut kerja aku skali. Ha ha ha. Bengang je dia! Jangan marah sayang, nanti cepat tua … ha ha ha


Next month aku kena hati-hati buat bajet bulanan …. Nanti kejung lagi tak dapat shopping!! Perempuan memang camtu, asal tak dapat shopping je kejung manjang. Dapat beli t-shirt selai pun kira shopping jugaklah kan … janji ada yang ‘baru’ bulan tu. Ha ha ha



Jangan ikut perangai buruk aku!! Sila kira bajet betul-betul ye kengkawan … but jangan lupa saving 10% daripada jumlah income anda. Saving untuk masa depan ;=)
 





CK : Bila langsai sumer bil dan komitmen mana yang patut, baru lega rasa hati ;=)

JOM CERIA BERSAMA PM DI PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...



Aktiviti hujung minggu. Sekarang nie hujung minggu aku penuh aktiviti riadah ... tak pun dating. Sedih sekarang dah jarang dating, memasing sibuk. Lupakan soal kerja. Dulu, asal weekend je asyik kerja lebih masa. Kerja. Kerja. Kerja. Eh, hidup orang bujang bukan untuk kerja setiap weekend wahai boss!


Akhir-akhir nie aku rasa kehidupan aku lebih bermakna. Bermakna sebab aku tak perlu bekerja 7 hari seminggu. Membosankan bukan? Kerja bukan lagi satu jiwa untuk aku. Eh, eh ... tapi aku bersyukur yang aku ada kerja. Cuma lepas ini cuba untuk lebih bijak dalam menyeimbangi kehidupan ;)


Sudah-sudahlah merepek. Heee. Cerita pasal weekend semalam. Aku dan kengkawan join Jom Ceria Bersama PM di Putrajaya. 1st time dapat jumpa PM secara live walaupun tak sempat berjabat tangan. Ramai sangat umat. Aku yang kecik ketot nie PM tak sempat nak pandang. he he he. Mari kita layan gambaq ...

















Meriah, kalau ada lagi event camnie In Shaa Allah aku akan join. Boleh jugalah keluarkan peluh, memandangkan diet skang nie pun asyik tenggelam timbul je. Sekejap sekejap diet ke laut dalam sudah. Nak ke darat amek masa betul. he he he. Nampak sangat iman tak kuat.




Korang kalau berminat boleh je join event camnie .... berjalan 5km, boleh buat badan rasa sihat dan best juga!




CK : Balik je aku terus tidur, sebab bangun awal pagi sangat!

Friday, March 22, 2013

BALIK RUMAH

Assalamualaikum ...





Jumaat rehat lama. 2 jam lebih. Memandangkan rumah dengan office aku cuma kurang 10 minit je, baik balik. Boleh juga buat apa yang patut. Kadang aku jarang balik rumah hari Jumaat, tapi kalau aku rasa macam ramai je tak kuar masa time Jumaat ... baiklah balik takpun pergi Alamanda.


Dok office time rehat, boleh sakit telinga dengar gossip! Hari Jumaat pun bergossip gak weh??


Sampai je rumah tadi, terus kemas ruang tamu ... sapu sampah dan mop lantai. Bagi kilat sket. Susu anak buah aku tumpah sana sini, kang kalau biar lama lantai nampak comot. Aku akan mop lantai bila terlebih rajin dan bila aku rasa lantai tu dah tak sedap dipandang. Hah, masa tu baru sibuk nak cari mop! Kalau tak, jangan haraplah.


Bila balik rumah time rehat, rehat pulak lama ... macam-macam benda boleh buat. Nak basuh baju dan terus sidai pun boleh. Nak masak untuk malam terus pun boleh. Itu kalau rajinlah. Kalau semua dah buat time rehat panjang camnie. Malam nie boleh rehat .... tapi malam nie aku nak pi dating ngan si teman. 3-4 hari tak dating sebab aku kebusy-an di luar kawasan. he he he



Untung juga keje gomen nie ... seminggu sekali boleh rehat lama! Tapi kalau balik rumah setakat nak tidoq, buat sakit kepala ajelah ... ha ha ha




CK : Tadi bukan main mengantuk kat office.





KOMEN

Assalamualaikum ....





Salam Jumaat.
Pejam celik, pejam celik ... dah Jumaat.
Cepatnye masa berlalu skang nie.


Hari nie nak sembang pasal belog je. Nak up citer lain sumer ada gambar yang kena edit. Tunggulah dulu. Sekarang nie ada 80 comments dekat belog aku yang belum dipublish. Huh, nampak nau kurang rajin skang nie. Update belog pun sehari sekali je. Eh, mana mood mencanak blogging aku nie. Dulu, kalau nampak komen, cecepat publish dan reply sekali. Skang nie, nak publish and reply terus pun lom mampu. Kang aku publish je tak reply korangnye komen cam tak bestlah pulakkan!




So, aku biarkan aje commments tu macam bertambah je dari sehari ke sehari. 80 comments. Esok lusa, bila dah selesa nak hadap blog nie sepenuh hati, aku akan publish dan reply sekali. Heh, korang jangan serik plak nak tinggalkan komen kat belog aku. Ini baru prestime aku buat perangai cenggini. Maklumlah mood ke laut je manjang ... ha ha ha dah tu aku agak busy.



#jangan serik meninggalkan komen di blog ku! he he he



Skang nie kepala pun sedikit kusut nak menentukan tarikh pertunangan. Asal pilih tarikh je, ada plak hal saudara mara dn kengkawan yang kitaorang kena pulak dahulukan. Takpelah, kitaorang merancang je ... In Shaa Allah moga Allah permudahkan urusan kami nie. Eh, doakan kami same ye ;=)






CK : Mak ayah dah setuju, kepala mula serabut nak fikir ....eh, nak buat apa lepas nie, lepas tu .... ermmm