Sejujurnya aku memang merancang untuk mendapat baby awal, memandangkan usia aku bukannya lagi muda. Bukannye aku diijabkabul pada usia 20-an tetapi usian 30-an. Alhamdulillah, tetap ada jodoh dari Allah swt. Syukur!
Dan dengan itu, aku sentiasa berdoa dan berharap untuk mendapat zuriat secepat yang mungkin. Doakan aku ye. Kurang2nya mak ayah aku sempat lihat cucu dari anak dia yang terakhir diijabkabulkan ini ;=). Aku bukannye lagi mude, lagipun rasa cemburu melihat orang lain yang ada baby semakin membuak dalam diri aku. Walaupun aku tak tunjuk sangat, tapi rasa cemburu tu tetap ada. Rasa geram dan macam nak geget geget baby comel yang tembam.
So, aku pun merajinkan diri untuk google bagi mengira waktu subur seorang wanita. Ilmu! Masa mula kahwin aku harap, aku bunting pelamin macam adik bongsu aku. Tetapi dah masuk bulan kedua, masih belum ada tanda-tanda kehamilan. Sedih sikitlah, tapi wajib bersabar dan berdoakan. Tak semua kita mendapatkan sesuatu itu dengan mudah. Sabar adalah benteng ketahanan diri menghadapi masa depan.
Akhir-akhir ini aku kerap mencari ilmu mengenai cara untuk hamil dengan cepat dengan cara mengira waktu subur wanita. Aku copy paste je tau info nie sebagai ilmu untuk aku dan dikongsikan dengan korang yang mempunyai hasrat macam aku juga. Terima kasih kepada pengkongsi info ini .... jom baca sampai sudah!
**********************************************
Masa subur pada
wanita adalah sebuah kitaran menstruasi atau yang biasa juga disebut
dengan istilah haid, dimana pada masa subur tersebut akan terdapat sel
matang pada wanita yang siap untuk dibenihi, sehingga apabila seorang
wanita melakukan hubungan intim, maka kemungkinan akan terjadi
kehamilan.
Bagi seorang wanita
yang tengah merancang kehamilan, maka mengetahui masa subur ini
tentulah sangat penting. Dengan diketahuinya bila masa subur bagi
seorang wanita yang hendak mendapatkan keturunan, maka tentunya dia juga
sudah dapat merancang bila waktu tepat melakukan hubungan intim dengan
suami.
Pertama, apa yang kita mesti faham adalah mengenai kitaran haid. Mari kita belajar tentang cara menentukan waktu-waktu subur wanita, bagi memudahkan proses kehamilan berlaku. Berikut
hanyalah gambaran bagaimana cara mengetahui ciri-ciri wanita subur,
ada beberapa cara untuk mengetahuinya, namun tidak semua wanita
mengalami hal di bawah ini. Apapun, sebagai hambaNya harus berusaha, berikhtiar selagi mampu.
Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita?
Ada 2 sebab utama :
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat
Fahami Kitar Haid Anda
Kitaran haid wanita
berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap
wanita ada kitarannya sendiri – ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga
35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa
pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari
pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana
fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada
kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap
bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh
mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa
follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa
follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk
persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam
bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu
proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar
daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon
yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak
disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia
disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa
luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya,
sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus
luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah
progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka
dinding ini akan runtuh.
Waktu Terbaik
Setelah anda faham
kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri
ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru
sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara
tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada
hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
Contohnya, kitaran haid anda adalah:-
28 hari ~ maka 28-14 = hari ke 14 adalah hari subur
30 hari ~ maka 30-14 = hari ke 16 adalah hari subur
35 hari ~ maka 35-14 = hari ke 21 adalah hari subur
28 hari ~ maka 28-14 = hari ke 14 adalah hari subur
30 hari ~ maka 30-14 = hari ke 16 adalah hari subur
35 hari ~ maka 35-14 = hari ke 21 adalah hari subur
Ini adalah kerana
fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari
setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh
berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid
yang seterusnya.
Sekiranya haid anda
adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur
anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira
waktu subur.
Cara Lain Mengetahui Waktu Subur
- Terjadinya Peningkatan Suhu Tubuh. Masa subur wanita dengan siklus haid normal adalah hari ke-12 hingga hari ke-16 sejak haid pertama. Selain dengan menghitung secara kiraan, masa subur wanita dapat diketahui dengan adanya peningkatan suhu tubuh. Peningkatan ini terjadi bukan karena wanita sedang sakit, tapi dalam keadaan badan sihat seperti biasa. Peningkatan suhu tubuh yang terjadi adalah sekitar 0,2 darjah Celcius setiap hari selama 10 hari berturut-turut. Anda dapat meletakkan thermometer biasa di bawah ketiak setiap pagi untuk mengetahui peningkatan ini.
- Cairan Serviks Mengalami Perubahan. Wanita pada masa subur memiliki cairan serviks yang mirip dengan putih telur, ciri-cirinya yakni cairan serviks cair, kenyal dan lebih jernih dari biasanya. Pada kondisi yang sedang tidak subur keadaan cairan serviks terlihat lebih kental. Kadang bahkan tidak keluar sama sekali.
- Berghairah Tinggi. Ketika melakukan hubungan intim di masa subur, wanita akan terlihat lebih bergairah dari biasanya. Hal ini akan terjadi pada wanita yang selalu ingin melakukan hubungan di masa suburnya. Wajarlah, gairah meningkat bererti keinginan untuk melakukan hubungan badan juga meningkat.
- Adanya Perubahan Posisi Serviks. Ketika sedang ovulasi (masa wanita subur), posisi serviks dapat dijangkau dengan jari. Sedangkan pada saat tidak berovulasi, posisi serviks ini jauh lebih ke atas, sehingga tidak dapat tersentuh. Untuk menguji hal ini, Anda dapat memasukkan jari Anda secara lurus ke dalam Miss V. Jika memang sedang dalam masa subur, maka Anda akan dapat menyentuh bagian ujung serviks, rasanya seperti bagian ujung hidung.
- Payudara lembut dari biasa. Situasi masa subur ini hampir sama dengan situasi kehamilan, sehingga banyak sekali hormon yang berkumpul pada masa ini. Dengan begitu, payudara akan terasa lebih lembut dari hari biasanya.
- Terjadinya Flek. Ketika masa subur biasanya wanita mengalami bercak-bercak darah yang tertinggal di celana dalam. Hal ini sering terjadi pada masa subur.
- Perut Terasa Kembung. Di masa subur, anda mungkin merasa bahawa seluar dalam anda terasa sempit, meskipun tidak kekenyangan atau berat badan naik. Hal ini biasa terjadi kerana pada masa ovulasi ini tubuh sedang meyimpan air dalam jumlah yang banyak.
- Menggunakan Test Kit Ovulasi. Ianya hampir sama seperti test pack dalam pengujian kehamilan. Dengan menggunakan alat ini maka kesahihan bahawa anda sedang subur memang tak perlu diragukan.
Pada waktu subur,
suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga
terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah
disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.
Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat
Oleh kerana telur
atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam
lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa untuk mendapatkan zuriat
adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain
pula.
Selain daripada
berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari.
Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur,
atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu
berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk
mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14,
15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya
haid anda datang secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah
menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke-14.
Anda boleh cuba
setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah
untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
Mengelakkan Mengandung Melalui Cara Kiraan
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan
anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa
tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau
kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur
lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda
tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian
menunjukkan 7 hari!), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan
adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun
terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang
meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan
lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang dinyatakan
tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang
tersendiri. Wallahu'Alam bissawab.
Sumber : DI SINI
CK : Semua orang ingin baby comel, sihat tubuh badan dan akal fikiran. Begitu juga aku, ada rasa dan keinginan yang sama
CK : Semua orang ingin baby comel, sihat tubuh badan dan akal fikiran. Begitu juga aku, ada rasa dan keinginan yang sama
Jgn lupa jaga mkn juga ye. :) moga cepat dpt bby.. Aamiin.
ReplyDeleteAmin....terima kasih. Moga ada rezki yg cepat buat sy
DeleteIn shaa Allah, akan sampai juga rezeki Allah itu... selain usaha, jaga kesihatan, elakkan stress, dan sentiasa tawakkal.
ReplyDeleteTerima kasih kak ... tgh usaha sebaik mungkin ... he he he
DeleteInshaaAlah awak..kak ina dulu 3 bulan baru lekat...tu pun dah suspen bila tengok ada kawan dan sedara dah lekat lebih awal dari tu...
ReplyDeleteumur dh tak muda kak....tu yg nak je baby cepat...geram tgk org lain ada bb
Deleteinfo yg berguna..tqsm sis...
ReplyDeletesama2 kte share....
DeleteinsyaAllah ada rezeki akak nanti. jangan putus doa. all the best! :)
ReplyDeleteTerima kasih....moga2 ada rezeki terbaik
Delete