Tuesday, October 7, 2014

HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN DAN NEGERI TAHUN 2015

Assalamualaikum ....


Lama betul aku meninggalkan blog! Tup-tup dah masuk Oktober 2014. Alhamdulillah, anak soleh/solehah mommy pun dah 22 weeks. 2 minggu lagi cukup 6 bulan. Tak sabarnye nak jumpa anak soleh/solehah mommy neh. Disebabkan dah jadi mak buyung, blog pun update ikut sedap hati je. Jangan marah yek. Kadang emosi tak stabil, idea pula ke laut. he he he. Kehidupan lebih tertumpu kepada apa yang ada bersama dengan aku sekarang nie.

Later-later ada masa, ada mood dan kerajinan aku berkongsi pengalaman mengandungkan anak soleh/solehah sulung ku ini. Teruja kot! Berdebar pun ada memandangkan ada lebih kurang 3  bulan  lebih lagi nak melahirkannya anugerah Allah ini.

Dalam pada itu, menjadi kebiasaan bagi aku membelek cuti-cuti untuk tahun depan. 2015. Kemudian siap note dekat kalendar outlook segala cuti umum 2015. Senang aku nak plan cuti nanti. Dan paling senang nak pergi bercuti. Pasnie ... bercuti bukan sahaja dengan hasben tapi juga dengan buah hati mommy and babah. Mesti suwetkan!! Dan dengan baik hati mommy to be neh, aku sharekan dekat korang hari kelepasan am persekutuan dan negeri bagi tahun 2015. As rujukan korang nanti.

Segala hari kelepasan am nie aku ambil dari web Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan. Korang boleh download dari web ini <----







Aku dah plan dah tahun depan nak bercuti ke mana. Tak sabar nak jalan-jalan dengan baby soleh/solehah aku tuh. Mesti kelam kabut sikit dan semestinya banyak barang-barang baby nak kena dihangkut bersama nanti. Apapun ia semestinya satu pengalaman yang indah dan sangat menarik. In Shaa Allah moga Allah permudahkan segala urusan aku nanti. 

Kawan-kawan please doakan aku ... moga urusan melahirkan baby soleh/solehah ini dipermudahkanNya. Dan moga aku dapat lahirkan secara normal di Hospital Putrajaya. Hari-hari aku doakan semuanya berjalan lancar. Happy, risau, takut, teruja .... semua perasaan bercampur baur sekarang nie! Namun, hasben cakap mental dan hati kena kuat ... sakit memang sakit! Tapi demi satu nyawa, buatlah yang terbaik. In Shaa Allah hasben!




p/s :  Esok checkup ... dua minggu lepas dah scan, tapi baby taknak tunjuk lagi dia siapa kat mommy and babah. Siap bersujud lagi baby mommy! Love u sayang ..... can't wait!!!

1 comment:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!