Assalamualaikum …..
Mahal! Itu je yang aku mampu luahkan sekarang mengenai harga makanan
terutamanya nasi campur di Putrajaya dan kawasan sekitarnya. Sejak-sejak RON95 naik 20sen, kali nie
betul-betul terasa harga makanan bermasak mahal melampau. Nasib baiklah aku nie
spesis masak juga pepagi untuk bawa bekal. Cuma lately, takdelah selalu masak
breakfast. Mak yong dah start rasa penat-penat sikit sekarang nie. Kena rehat
bebanyak. Nak jalan pun dah mengah-mengah sebab perot makin membesau. Baby
soleh solehah mommy dah besau dalam tummy ar.
Sekarang nie seminggu cuma 2-3 kali je aku masak breakfast dan lunch untuk
hasben. Selebihnya tak mampu nak bangun awal. So, kalau hari takde bekalkan
lunch untuk hasben, kami akan lunch sesama. Hasben akan datang jemput aku kat
office dan makan kat luar. Macam last
week, kami lunch dekat Warung Pak Wahab Desa Pinggiran Putra. Masa sampai kat
warung tu tak ramai orang lagi. So, aku ameklah nasi putih setengah senduk,
kuah kari, ayam goreng dan sayur. Hasben aku plak amek nasi sesenduk, ikan,
sayur 2 jenis dan kuah. Air suam untuk 2 orang. Sekali akak tu kira RM16.00.
Terkebil aku dengan hasben. Dah duduk nak makan, aku cakaplah ...”apa mahalnye
akak tu kira!”. Selalunya menu camtu dalam RM12.00 je pun. Sebelum nie takdelah
mahal sangat, tapi aku perasan sebelum RON95 naik pun, akak nie dah start kira
mahal. Mula-mula dulu je makan kat sini murah.Warung bawah pokok je pun ....
sadis betullah.
Pastu lepas makan dekat Warung Pak Wahab, 2 hari lepas aku ajak hasben
makan dekat Masjid Besi. Kat bawah tu ada kafe. Pazi Caterer. Makan kat sini sedap jugak. Macam biasa aku
makan nasi setengah senduk, ikan keli sambal saiz kecik, paru goreng dan air
suam. Hasben plak nasi sesenduk, ikan goreng, sayur dengan kuah asam pedas pastu
air suam. Total semua RM14.00. Uiks .... kalau hari-hari camnie. Pengsan hasben
cakap. Baru nie dia pergi makan kat masjid besi, amek telur masak kicap, sayur,
nasi putih dengan air suam .... total RM8.00. Walhal aku ngan kengkawan lain
makan cuma dalam RM4.00-5.00 je sepinggan. Entah apalah yang akak tu kira.
Realitinya, memang makanan bermasak sekarang mahal bebenor. Kalau hari-hari
nak kena bayar RM15.00 untuk lunch sahaja, memang pengsan sikitlah bagi yang
bergaji kocik. So, suka tak suka kengkadang tu aku masak je la. Senang sikit.
Sekurang-kurangnya dapat juga berjimat untuk 2 atau 3 hari. Selebihnya duit tu
boleh saving. Aku pun dah plan nak saving untuk tujuan kecemasan. Nak buat
tabung bunian. Supaya bila sesak-sesak atau ada kecemasan bolehlah digunakan.
Hasben aku pun dah keluarkan syiling dari tabung bunian dia. Setengah tin
biskut jacobs tu dapat dalam RM500 lebey. Okehlah tu. Simpan duit
campur-campur. Kalau simpan 50 sen semua, mahu boleh dapat RM1K. Aku ingat
untuk activity travel nak simpan duit cara bunian. So, kalau boleh taknaklah
usik saving masa depan dan untuk anak-anak soleh solehah.
Dah ada anak-anak
soleh solehah nanti, lagilah kena banyak menabung. Untuk kesihatan, pelajaran
dan macam-macam lagi. Harap-harap murah dan luas la rezeki kami sekeluarga.
Lepas anak dah keluar nanti, aku nak buat simpanan tabung haji untuk dia. Then
nak ambil insurans diri. Senang kalau ada insurans nie. Mommy dah ada insurans,
so anak-anak pun nak kena ada insuran juga. Selain untuk tujuan protect diri
sendiri (sebab kita tak tahu bila sakit demam kita nanti) ia juga untuk saving
bagi masa depan dorang. Aku ingat lagi,
masa aku jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital selama 3 hari, kos hospital
adalah sebanyak melebihi RM3K. Nasib baik ada insurans, so semua dia dah cover
dan aku pun dapat juga duit dari insurans. Kat situ aku mula sedar, nasib baik
aku ambil insurans awal. Dah dekat 10 tahun rasanya. Rasa bersyukur juga, walaupun that time gaji
kecik sangat ... tapi aku tekad untuk amek insurans untuk protection diri dan
juga saving. Apapun dah amek insurans janganlah doakan diri sendiri sakit
plakkan. Sakit nie benda yang kita tak tahu bila nak datang. So, better bersiap
sedia. Itu je.
Dari cerita makanan mahal sampai ke insurans plak. He he he. Nampak sangat
idea aku ni bercampur aduk. Kepala dan ceramuklah tu. He he he. Maklumlah esok
dah nak cuti. Horeeeey sangat. Setiap saat aku menunggu cuti Sabtu Ahad!! Nak
main dengan baby dalam tummy. Seronok tengok dia gerak-gerak dalam tummy.
Okeylah, stop sini. Malas dah nak sambung .... kang makin berceramuk entry neh.
Ekekekeke
p/s : Sekarang nie rasa letih sangat badan. Macam nak minta massage je.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!