Assalamualaikum ….
Dah lama aku tak luahkan
rasa pasal citer office. Ada banyak
cerita. Tapi malas la nak panjangkan sangat. Cukup simpan dalam hati sebab aku
rasa macam mampu je nak menelan segala kepahitan karenah office nie. Cuma
seminggu nie aku macam tak mampu nak telan, terasa pahit sangat kalau aku
telan. Walaupun aku tahu, kadang yang pahit tu adalah ubat. Seolah ada
hikmahlah sebaliknya. Sape yang baik dengan aku
dekat office, atau dari zaman belajar lagi memang tau aku bukanlah orang yang kedekut
ilmu dan pengalaman. Dulu masa study aku rajin buat salinan nota untuk kengkawan. Bila dah grad, aku siap tolong member-member buat copy borang cari keje dan sebarkan info jawatan kosong. Bukanlah nak tunjuk aku nie baik sangat, tapi aku suka dengan apa yang aku buat. Itu je, Lagipun aku memegang pesan mak aku, “ilmu jika dikongsi
dengan hati yang ikhlas .... maka ilmu kita jua akan bertambah!”. So, bagi aku
... sampai masa kita akan mati, apa salahnya kita memberikan manfaat ilmu dan
pengalaman baik yang kita ada semasa kita hidup kepada orang lain. Manatau, mungkin apa yang kita
kongsikan itu menjadi pahala buat kita. Manalah tahukan!
Malangnya, aku je
berfikiran begitu. Rakan sepejabat aku yang sorang nie tak fikir macam tu. Dan
kerana itu aku di’pedajal’kan oleh rakan sepejabat. Terima kasih sangat. Aku
tak berdendam, tapi jauh kat sudut hati
aku sangat rasa terkilan. Ilmu aku semua dia cedok, semua dia tanya,
semua dia simpan. Tapi apa yang dia tahu, depan aku dia jawab, “tak tahulah!”.
Walhal sebenarnya dia tahu. Paling menyakitkan di’pedajal’kan depan boss. Aku sabar. Ya, aku berupaya dan cuba untuk
sabar. Tapi aku nie manusia, lemah! Sebab aku ada hati ... ada perasaan, tahu
rasa dilukai dan kecewa! Kadang sampai
terfikir, aku dah taknak berbuat baik dan tolong rakan aku yang sorang nie.
Sungguh! Bukan sekali ... banyak kali benda nie berlaku, bukan sahaja pada aku
tapi mungkin juga pada orang lain sekeliling meja dia. Bila betul-betul kena
batang hidung sendiri, aku terdiam dan terkedu. Pujuk hati sendiri untuk lebih
berhati-hati dengan hamba Allah yang sorang nie.
Hidup ini bukanlah aku
nak orang ucap terima kasih bertalu-talu ... menghargai sana sini atas
pertolongan aku. Cukuplah Cuma, jangan ‘pedajal’kan aku. Kerja nie tak ke mana,
sampai masa kita akan pencen. Kita tak akan bersua lagi pun, apa salahnya kita
tolong menolong as a team?? Kerja kau mudah, kerja aku pun akan lebih mudah.
Tapi bila kau dah ‘pedajal’ aku macam nie, apa boleh buat ... taik kambing
bulat-bulat, nanti kalau aku lebih banyak diam dari membantu, jangan salahkan
aku plak. Itu mungkin terasa hati aku belum terubat lagi. Itu mungkin ada sesuatu yang tersimpan. Makan dalam!
Ingat, takkan senang pun kalau kita buat jahat pada orang lain. Hiduplah saling bantu membantu untuk kebaikan. Untuk kepuasan diri. Untuk ketenangan hati. Mungkin ada pahala/rezeki yang Allah swt akan bagi sebagai ganti. Tapi kalau nak terus menerus pedajalkan kawan office sendiri, sila teruskan. Cuma janganlah pula melatah bila berhadapan dengan balasan Allah nanti .... siapa tahukan????
p/s : Lebih suka fikir hal family dari hal office.
baik sgt org pijak, buat jahat org ingat n balas.. sshkan.. sbb tu sy ni bkn baik sgt, sbb pernah kena pijak.. pasal kedekut ilmu gak..
ReplyDelete