Assalamualaikum ….
Sehari dua nie aku tak berapa nak sihat dah. Bukan demam. Bukan sakit kepala ke hape. Aku rasa ibu mengandung akan merasai ketidaksihatan ini. Belakang aku dah start sakit-sakit. Pinggang pun dah berdenyut. Nak berdiri atau berjalan lama pun dah kena pegang perut. Baru 7 bulan, belum masuk 8 ke 9 bulan. Tak tahulah macam mana bila perut ni makin membesar. Baby soleh solehah aku pun dah makin melasak sekarang nie. Paham je dengan apa yang aku bisikkan dekat dia. Bila aku bersuara tak pun dengarkan dia bacaan Quran dari handphone cepat je dia kick perut aku. Nak-nak kalau time lapar, bukan main baby soleh solehah gerak-gerak dalam perut. Kadang gerak manja, terkadang tu terlebih gerak ... so aku pun jadi terkejut. Tergeli la sekejap ... rasa macam berdenyut je.
Hari minggu baru nie, Ahad ... aku dok rumah sensorang. Hasben aku ada keje balik
kampung. Malas nak ikut sebab nak kena duduk dalam kereta dekat sejam. Lagipun
aku penat sikit dan plan bila dok rumah sensorang nak la kemaskan masterbedroom
kitaorang yang dah macam tongkang pecah. Sebelum ni asyik tidur bilik tetamu je
sebab bilik kitaorang penuh dengan baju-baju lama yang nak pack dan disimpan.
Hasben aku dah pesan kemaskan baju atas katil je. Keje lain takyah buat. Aku plak
bila tengok katil dah kosong, siap la tukar cadar bagai. Lantai bilik nampak
macam tak cun je, terus sapu dan amek mop untuk bersihkan. Masa tengah sapu ke
hape aku tak perasan ada plastik atas lantai .... terpijak, nasib baik tak jatuh. Hampir-hampir jatuh! Kalau tak,
tak tahulah apa akan jadi dekat aku. Dah la tinggal sensorang kat rumah dengan
perut memboyot. Memang mengucap panjang la time tu. Memang Allah swt nak
selamatkan aku dan anak. Berderau kot darah sekejap. Siap mop lantai bagai,
terus aku rehat sebab sakit pinggang. Pastu wassap hasben aku, cerita pasal
kejadian .... dah kena marah.. Serius la kena marah. Sebab sebelum keluar dia
dah pesan, jangan buat keje sangat. Rehat je kalau boleh. Aku plak, hari cuti tak boleh tidur siang.
Ada je benda nak buat. Tapi aku tak pulak nak lipat kain baju, hasben juga yg buat keje lipat melipat nie. Itulah masalahnye. Kalau kat office menguap je
manjang. Asyik rasa nak tidur. Dok rumah
taknak plak tidur siangnye.
Semalam pegi keje, bila duduk lama je belakang aku sumer sakit-sakit.
Memang sindrom ibu mengandung camnie yek korang?? Asal lepas lunch hour je aku
jadi tak larat. Duduk lama berdenyut2 atas pinggang. Pastu nak berjalan pun dah
tak laju sangat macam waktu pagi. Hari-hari doa supaya aku nie sihat dan kuat semangat.
Hari nie plak baby soleh solehah aku sangat aktif, asyik gerak-gerak je.
Alhamdulillah. Macam dia tahu je, kalau diam kang mommy mesti risau, Sebab tu
dia asyik kick-kick manja kat tummy mommykan....Cuma kamu aktif bebenor hari
nie. Petang semalam roger hasben ajak balik keje awal
je. Dah wassap hasben suh datang amek awal. Plan nak terbungkang tido awal. Nak masak memang malas. Cuma kebetulan bila hasben cakap dia nak keluar dengan adik dan abang dia lepas solat maghrib. Fhuhhh Alhamdulillah sangat, so takyah nak masak kita makan dekat luar ajelah. Aku ajak hasben pi makan dekat Medan Selera Presint 9 (dulunya Sri Teja), baru buka selepas direnovate. So, nak tengoklah 'wajah baru' medan selera neh.
Tekak aku kan manjang nak makan nasi lemak je kan, semalam tak dapat breakfast nasi lemak jadinya aku cakap kat hasben makan nasi lemak ayam dara ajelah dekat gerai Hidangan Marina Presint 9 tu. Actually, aku tak suka sangat makan kat foodcourt nie, ntah kenapa ntah aku rasa macam tak kena je ngan tekak aku. Cuma kenkadang teringin pergi juga. Sejak dibuka, setahun biasanya adalah 2-3 kali pergi. Memang bukan tempat peberetlah. Hasben aku pun jarang nak bawa datang sini, time cintan cintun dulu pun memang takdanye kami nak lepak sini. Selalu lepas foodcourt Presint 16. Kat sana macam best dan tenang sikit. Food court Presint 9 nie bagi aku ramai dan serabut sket. Penin kepala. Memandangkan foodcourt ni baru dibuka semula, so orang takdelah ramai sangat ... biasa-biasa ajelah. Dan semalam dapatlah makan nasi lemak ayam dara berempah ... cuma dah tak sesedap sangat macam mula-mula dulu. Bolehlah makan melepaskan kempunan. Nasi sedap juga, yang takde rasa cuma ayam goreng dia. Rasa kosong ... takde rasa berempah pun. Kecewa la sket kat situ.
Up sket gambar nasi lemak ayam dara berempah untuk tatapan korang. Hasben aku makan nasi lemak telur mata je. Sambal dia pedas menyengat. Kalau pedas-pedas manis sedap juga neh. Total semua RM9.50! Mahal ke idok??

p/s : Sekian cerita ibu mengandung yang ngadu nasib. Hehehehe.
aaaaa!
ReplyDeletesedapnyeeee!
Boleh la makan....sedap layan gambar je neh
DeleteOh ye ke....bahagian tak sama kan. Skrg sy baru rasa sakit pinggang. Kadang pepagi dah sakit kepala...apapun harap sentiasa kuat semangat dan sentiasa sihat mengandung dn dipermudahkan melahirkan anak soleh solehah nie.
ReplyDelete