Huih, panjangnye tajuk aku arini. Amek mood tulis blog ditika hujan. Bestnye la hye hujan potang-potang hari. Nak-nak dok rumah plak. Rasa macam nak tarik selimut, tapi macam tak bestlah tak menikmati bau dan bunyi hujan yang sangat lebat nie. Hujan rahmat! Hari nie aku cuti, berehat dan meregang otot-otot lengan dan kaki sebab tu lah dah potang baru nak update blog. Pepagi tadi sibuk basuh baju dan masak untuk hasben. Hasben sorang je pi keje arini, so kena la masak untuk lunch. Buat sup sawi campur suhun dan ikan tenggiri sambal. Ringkas je. Kalau aku sorang je cuti, sama ada cuti rehat atau cuti sakit, aku prefer masak lunch untuk hasben. Kang aku takda kawan nak makan sesama. ha ha ha ... alasan sumer tuh. Walhal makan sorang teringat hasben makan ape kat luar. Suh hasben balik jugak-jugak sebab taknak bazir duit makan kat kedai kononnye...wakakaka. Baeknye alasan aku kan!!
Dah hujan-hujan nie perut manjang laparkan. So, amatlah sesuwai buat entry jalan-jalan, order dan makan je. Paling sesuwai! hiks hiks hiks. Actually, dah lama dah aku ngan hasben pi makan dekat Restoran Pla-Pla Seafood nie. Terletak di Taman Equine, Seri Kembangan. Aku tak pernah tahu pun pasai restoran nie. Kebetulan ada satu weekend tuh, aku ngan hasben pi shopping ke KL. Biasalah kitaorang kalau gi KL tak tau sangat tempat makan yang best selain daripada Tomyam 3000 kat Kg. Baru tu. Asyik-asyik situ je, tukar seleralah pulakkan. Hasben suh aku google, mana tempat makan yang best masa on da way balik. Google punya google jumpa la blog Kak Pilla. Eh, kakak ke adik yek? he he he. Rasanya adik kot ... Pilla ada buat review pasal Restoran Pla Pla Seafood nie. Katanya sedap. Dia memang rekomen la sangatkan. Dah kata sedap, tak salah kita cuba.
So, masa hari kejadian ... bergerak la kami ke restoran yang dikatakan. Lagipun senang sikit nak balik Putrajaya kalau dah makan kat situ. Sesampai kat situ, orang tak ramai pun. Ada 2-3 meja je yang ada orang. Agaknye restoran nie bukak petang sampai malam kot. Kitaorang sampai dalam kul 4pm. Perut dah menggelegak sangat ... kepala dah penin sebab tak lunchkan. Nasib baik masa tu, baby soleh solehah mommy tak menendang lagi. Kecik lagi time tu. Kalau sekarang nie buat lewat makan, mesti dia siku tummy mommy kuat-kuatkan baby kan ....
Ini adalah restoran itu. Kemas dan bersih juga. Restoran nie dah buka lebih setahun. Terletak di bangunan-bangunan komersil yang baru di Taman Equine. Rasanya yang aku perasan ini je kot restoran yang ada. Bangunan-bangunan komersil kat situ pun banyak yang belum disewa lagi.
Hari tu hasben and wife lapar bebenor. So, better makan nasi je. Pilih lauk dengan sayur cukuplah. Kita try dulu. Kalau sedap datang lagi hasben aku cakap. Okeh, baik! Hasben aku pilih ikan kembung sweet sour, ikan puyuh goreng pedas, sayur campur dengan tomyam campur. Air plak, air limau asam boi dengan laicheekang! Takdelah nak banyak songeh order bebanyak. Kang tak habeh membazir plakkan.
Puyuh goreng pedas memang sedap. Sedap sangat. Ikan kembung sweet sour pun sedap. Kuah dia best sangat bagi tekak aku. Pedas-pedas manis. Kiranya memenuhi citarasa kami berdualah. Tomyam dia pedas berdengung. Aku nak hirup pun takut. Mau berasap telinga. Bagi sape yang suke pedas aku rasa korang pasti suke tomyam kat sini. Aku tak makan sangat pedas berdengung neh. Kang cerry berry plak, sian baby dalam perut neh. Senang cakap, selagi tukang masak restoran nie masak sedap ... In Shaa Allah, aku akan repeat. Harge yang kitaorang makan hari tu lebih kurang RM35.00! Okeylah murah la jugakkan.
Dan memang aku repeat pun seminggu lepas. Sehari lepas anniversary aku ... hari Ahad, masa tu jenjalan ke Pullman, Putrajaya. Tengok Asia Klasika Motor. Lepas layan panas kat sana, terus pi cari makan kat Seri Kembangan. Repeat restoran nie juga. Tapi takdelah aku makan nasi hari tu. Masa tu selera makan aku kurang sikit. Nak makan nasi pun takde mood sangat. Cuma kesiankan baby la takut dia lapar pulak. Mommy takpe kalau sorang diri, lapar pun boleh tahan. Tapi memikirkan preggy, makan adalah wajib demi baby agar membesar dengan baik, sempurna dan sihat.
Menu repeat kali kedua, hasben makan nasi goreng usa. Yang kelakornye, hasben aku dia memang tak makan telur separuh masak yang goyang-goyang tu. Aku je yang suka telor goreng goyang. Cair-cair ... slurrrp, sedap tau! So, setiap kali nak order nasi goreng usa dia akan cakap, telur mata tukar ke jd telur dadar ye. Berlaku insiden yang aku rasa tak best sikitlah, bila pelayan restoran nie cakap, "nak tukar telur nasi goreng usa nie jadi telur dadar kena tambah 50sen". Hasben aku malas nk banyak songeh ... kang dari tak makan, membazir biarlah dia caj. Akupun pelik, telur yang sama kot. Setakat nak kena pukul telur tu sket dah nak kena caj 50sen. Goreng dalam kuali yang sama jugakan. Apalah yang nak berkira sangat. Sebagai pengusaha restoran, ko kena paham kehendak customer. Bukan sumernye makan telur cair-cair tuh. Inilah insiden yang tak berapa menarik bagi aku. Malas la nak panjang citer sangat pasal insiden yang tak berapa elok nie, nasib baik hasben cakap nasi goreng dia sedap. Tengok, ko caj 50sen kat telur tu pun hasben aku masih ada rasa nak puji nasi goreng ko sedap tau!! Dari harga nasi goreng usa rm6.50 jadilah rm7.00!!
Aku plak makan mee hailam. Dah tak nampak mee. Kuah je selaut. Okeh boleh puji juga. Boleh tahan sedap. Cuma portion mee dia ajelah sikit. Tetiba rasa lapar kan ... ha ha ha. Memula takde selera, bila selera datang mula rasa mee dia sikit cenonet plak.
Aku pun macam Pilla juga, rekomenkan restoran nie kat korang untuk dicuba. Manalah tau kot serasi dengan tekak. Kalau serasi, sila repeat macam aku. Kalau rasa tak serasi dengan tekak korang, bolehlah google lokasi makan lain yang lagi best. Pastu rekomen kat aku yek. Manalah tau mood hasben aku baik, bolehlah kitaorang cuba pulak!
RESTORAN PLA PLA SEAFOOD
NO. 17 G, JALAN EQUINE 1A
PERSIARAN DR. GEORGE LIM AH SOO
TAMAN EQUINE
43300 SERI KEMBANGAN SELANGOR.
013-3288 787
p/s: Dah lama tak buat entry makan-makan. Gambar dalam folder dah jadi pekasam. Nampak sangat malas nak edit gambar letak watermark.
Memang nampak gambo pun dah sedap ni, bukan jauh dah Equine tu. Nanti boleh gak try
ReplyDeleteSila cuba
DeleteTerima kasih atas komen anda.... insyaallah kami akan memperbaiki mutu dan kehendak pelanggan...
ReplyDeleteSama-sama. Cuma minta jangan berkira sangat dengan customer. salah satu cara nak amek hati customer juga. Kalau semua nak caj, lama-lama customer lari walau masakan sedap macam mana pun.
DeleteMurah la juga....yg penting sedap
ReplyDeleteWow murah juga ye rm35. Tp mmg pelik dan tak best bila kena tambah 50sen tu. Apa la punya polisi..
ReplyDeletehttp://momofprecious.blogspot.com/2015/07/restoran-seafood-best-yang-wajib-di.html?m=1
Wow murah juga ye rm35. Tp mmg pelik dan tak best bila kena tambah 50sen tu. Apa la punya polisi..
ReplyDeletedah try kat sini
ReplyDeleteas salam puan,,,,saya br buka restoran kat taman universiti indah.The Main Kitchen.
ReplyDeletekonsep malay fine dining medium cost.boleh singgah2 makan...tq
Wassalam puan, boleh bagilokasi lengkap tak. nanti senang nak pergi
DeleteSalam puan. Saya tolong kwn jer nie nak promote mai lah rasa sup di kedai kawan saya di bazaar rakyat PKPS Seri Kembangan. Bolehlah review sikit, nama kedai santai abang naz. terima kasih puan.
ReplyDelete