Saturday, March 21, 2015

AYAH

Assalamualaikum...

Aku jarang bercerita psl ayah. Cerita mak ada juga. Cerita hasben main selit selit dalam entry je ;p !! Walaupun adik bradik selalu ckp aku ni 'anak ayah'. Bagi aku, semua org anak ayah. Semua org anak mak. Takkan jadi kita hanya dgn ayah, takkan jadi kita hanya dgn mak. Takkan jadi kita hanya dgn mak dn ayah kalau tanpa izin Allah! Mungkin aku yg rapat dgn ayah buat adik bradik cakap mcm tu. Rapat, tapi bila bertentang mata jarang borak pun. Bila jauh rindu rinduan. Call je borak sakan anak beranak! Bila rindu ayah, aku call tp tak selalu. Pastu mula la borak sakan...

Hari tu aku story mak susah payah jg aku, kali ni psl ayah plak. Minggu ni agak kelam kabut bg kami sekeluarga terutama mak. Dgn nak jaga aku dan dalam masa yg sama tok (mak kpd mak aku) masuk icu. Usus disyaki bocor dn keadaan kritikal. So, ikut turn jaga tok kat icu. Maka ayah ambil tugas mak. Ayah menjadi misi menjaga aku dn cucunya! Misi lelaki adakan ... ; p

Masa mak takda, ayah tolong belikan sarapan...sbb ayah tak tahu masak. Ayah tolong cebuk berak cucu dia, tolong bakar tungku bila cucu kembung utk tuam. Bila aku wash kain baju, ayah tolong sidaikan. Time mandikan cucu, ayah tolong pegang anak soleh aku tu. Dan bila aku nak mandi, ayah la tolong dodoikan cucunya! Ayah jg lah yang angkut drypers anak aku pegi buang kat tong sampah bandaran. Malam2 ayah dtg jenguk aku tdo anak branak. Ayah nak pastikan cucu dia tak meragam dan tdo lena.

Walhal, ayah tak reti bab bab jaga baby! Ayah dlu sibuk dgn kerja, so segala tugas rumah mak lah rajanya. Ayah cuma keluar cari rezki. Dan buat dua kerja dalam masa yg sama...family kitaorg bkn org senang masa tu. Sekarang Alhamdulillah, berkat kerajinan ayah rezeki dipermudahkan Allah.

Actually aku amek masa 3 hari utk type entry ni. Sebab data lembab, anak soleh aku pula tak sihat...cherry berry! Semalam ayah juga yg bawa kami dua beranak ke hospital! Rasa terharu dgn kesungguhan ayah menjaga aku anak beranak diusia emasnya!

Seperti juga mak, pengorbanan ayah tak ternilai. Hanya Allah yg mampu membalasnya. Moga aku dpt jadi anak penyejuk hati mak ayah!



p/s; Tok aku telah kembali ke rahmatullah pada petang Jumaat, 20 Mac dan disemadikan pagi tadi. Arwah tok tak sempat pun jumpa cicit terbarunya. Dan aku terkilan tak dapat tatap wajah tok utk kali terakhir krn keadaan aku dan anak soleh yg tak sihat. Moga roh tok dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba Allah yg beriman dn beramal soleh. Al Fatihah .....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!