Wednesday, March 4, 2015

MAK AYAH MASIH JAGA AKU

Assalamualaikum...

Aku ingat bila dah balik Putrajaya baru nak type kisah pengorbanan mak ayah aku sepanjang jaga aku dalam pantang. Tapi takut banyak benda aku lupa plak nanti. Sementara anak soleh aku tido dgn aman, meh aku lembutkan jari jemari tekan keypad hp yg haluih bebenor. Nak sebut pengorbanan mak ayah, memang sangat banyak...bagai lautan tak bertepi bagai langit tak berdinding. Orang kata mati hidup balik tak mungkin dapat balas jasa jasa mak ayah terhadap kita. Bila aku dh jd mommy, pandang wajah mak ayah sendiri aku lebih mengerti knp mak ayah kdg sentap dgn perangai anak anak bila dah dewasa.

Baru aku tau bukan senang jadi mak ayah. Melahir, menjaga, membesar, mendidik dan yg seumpamanya sampai tak tdo dan kdg abaikan makan serta diri sdiri sbb anak. Bertuah jika korang masih ada mak ayah sampai saat sekarang. Jujur aku cakap, hidup aku senang, tenang dan mudah bukan sbb usaha aku sepenuhnya, tapi krn doa mak ayah aku tanpa henti dan Allah izinkan serta makbulkan setiap doa mak ayah aku terhadap anak anaknya
Dan aku adalah hamba Allah yg bertuah itu. Mak aku lahirkan aku....mak ayah jaga aku sbaiknya sampai aku dh belajar...kerja...kahwin dan skrg dah ada anak pun mak ayah jg aku dlm pantang. Untung hidup aku. Untung yg tiada jual beli.

Hingga hari ke 20 aku dlm pantang, macam macam benda aku belajar dan lalui utk jd mommy pd anak soleh aku. Anak soleh aku sllu kembung perut. Kadang meragam. Menangis macam kena dera. Daripada seorang yg pemarah aku boleh jadi sabar sebab anak. Sabar sampai menitis air mata bl tgk anak menangis. Mak aku cakap baby dalam pantang, biasala kalau meragam kembung. Hari demi hari sikap mereka berubah. Anak anak seolah nak mengajar ilmu baru pada mak ayah. Kadang aku tak cukup tido. Malam dapat tido 2-3 jam dah besar rahmat. Kadang baru nak tido anak soleh aku terjaga. Sakit kepala dibuatnya, tapi bertabah. Kasih aku dh jatuh kat anak. Walaupun ada masa aku rasa penat sbb tak cukup rehat dan sakit sebab czer belum sembuh sepenuhnya. Bila pandang mata hitam anak soleh aku hilang penat dan sakit yg ada dlm diri.

Mak aku yg tua tak pernah rasa penat nak jaga cucu ke 9 nya. Kadang dia minta nak tidokan anak soleh aku bila dia tgk aku tersenguk depan anak. Mak minta utk dodoikan anak soleh aku. Sayunya hati. Dah la dulu kala mak ayah jaga aku masa kecik, aku dah besar tp tak berapa tinggi ni anak soleh aku pn dia nak jaga. Mak siap masak utk aku, bakar tungku utk aku, tolong pegangkan anak aku bila nak mandi pagi ptg...ayah aku pula tolong belikan ubat, belikan susu...beli lauk pauk berpantang utk aku makan dan belikan berita harian setiap hari utk aku baca. Walhal ayah aku baca sinar! Bila suami jauh dan start keje...mak ayah ambil alih tugas suami aku.

2 hari lepas anak soleh aku meragam tak hengat dunia. Menangis tak henti. Henti nangis pn bila tdo. Tp tdo pun tak sampai sejam dah bangun. Dari jam 3 ptg sampai 5 pagi dia meragam. Tak tahu apa tak kena. Mak aku pulun baca doa macam macam...baca bismillah 5, ayat kursi...yelah baby ni selalu terpandang apa yg kita tak nampak dek mata. Nasib baik mak serba boleh dalam hal macam ni. Macam doa mak baca. Kagum aku. Sampai aku cakap kat mak, ' kakak tak pandai hafal doa macam2 macam mak...untung mak sekolah agama dlu'. Mak aku cakap, dlu dia sekolah agama sampai ting 5 ja, berhenti sbb kemiskinan. Tak mampu bayar yuran. Ilmu yg ada ni dia belajar masa dah tua dan skrg mak masih belajar...dari masjid ke masjid. Mak cakap tuntut ilmu sampai liang lahad. Malu aku. Malu sebab aku tak macam mak yg rajin belajar dan terus belajar walaupun usia makin senja.

Kerana meragamnya anak aku 2 hari lepas, aku tak cukup tido. Badan mmg tak cukup rehat. Dengan makan lambat. Anak meragam nak suruh makan mmg tak la. Usaha pujuk anak bagi diam. Kejap ok kejap nangis. Memang bertabah sangat aku. Sambil pujuk anak, tanpa sedar aku pun nangis sama. Berlinang air mata. Mak pujuk aku, 'biasa la baby meragam...tak apalah. Kakak takyah nangis'. Lagilah laju airmata berjurai. Dan disebabkan tak cukup rehat...makan tak menentu, malam anak soleh aku meragam, aku plak jatuh sakit. Memang dugaan sangat. Anak tak ok lagi. Aku plak sakit. Dugaan utk mak ayah aku juga.

Bayangkan malam tu aku dah gigil lapar sgt. Aku makan nasi pun tak sempat kunyah. Main telan je. Sejam lepas tu, aku muntah balik nasi yg aku makan...2 kali muntah. Dah la muntah tak sempat plak pi bilik air, habis terlambak muntah depan pintu bilik. Adoi satu hal! Pastu sambung muntah dlm bilik air, mak aku la dtg urut belakang. Bila rasa mcm ok, aku nak cuci muntah depan bilik. Mak cakap tak payah dia boleh cuci. Serius aku jd tak sampai hati. Tapi mak nak buat jg sbb dia tgk aku dh lembik sgt. Aku pandang mak aku yg tersenguk cuci muntah. Nangis weh! Nangis sbb aku mula tahu susah payah jd mak ayah. Selama ni byk silap yg aku buat dlm hidup ni. Dah settle cuci muntah mak buatkan aku milo panas dan bg aku makan roti canai. Mak taknak perut aku kosong. Nak telan roti canai pun aku tak mampu. Setakat habiskan milo 1 mug sbb mak suruh minum jugak2. Lepas minum milo tak sampai setengah jam, muntah lagi. Datang lagi mak urut belakang. Muntah keluar habis milo yg aku minum. Time muntah milo ni la aku jadi betul2 macam jelly...lembik satu badan. Mak aku papah aku ke katil. Nasib baik dalam bilik aku siap ada bilik air. So, takyah sibuk nak ke bilik air kat dapur. Sampai kat katil, terus aku tumbang. Pastu aku minta mak sapukan minyak yuyi kat belakang bagi panas dan buang angin. Lega sikit. Memang terbaring tak berdaya.

Dan malam tu, mak yg jaga anak aku. Ayah pula tukang monitar. Kejap2 dtg bilik tgk kami. Malam tu ayah pn tak boleh tdo. Kesian ayah dn mak. Dapat la aku baring. Nak lena kepala fikir anak. So tdo2 ayam ajelah. Lagipun sian mak aku bersengkang mata demi anak dn cucu dia. Tengah malam aku rasa mcm kuat sikit, bila anak soleh merengek, aku gagahi bangun buatkan susu. Nak bg susu badan masa tu tak daya dh. Dekat 5am baru anak soleh aku dapat tido dgn nyenyak.

Kejadian malam tu, buat hati ibu baru spt aku sgt tersentuh. Pengorbanan mak ayah terhadap aku terlalu besar dr aku kecil sampai dh ada anak sendiri. Dulu, aku sllu fikir mak aku cuma sygkan adik adik aku...tp aku silap. Aku sllu fikir mak lebihkan adik2 aku dlm segala hal sbb cara mak didik aku tak sama mcm didik adik2 aku. Adik2 aku diberi kebebasan dan hak buat pilihan tapi utk aku kebebasan dan hak buat pilihan yg sgt terhad. Bila aku dah kerja baru aku tahu kenapa didikan utk aku berbeza dn agak tegas. Sebab aku kakak yg perlu jd contoh pd adik2. Tapi adik adik aku sllu cakap aku anak kesayangan mak ayah. Mak ayah aku buat semua perkara utk aku dgn sabar dn senyuman. Langsung tiada rungutan. Allahuakbar...anugerah tak ternilai dn terlalu besar buat diri aku.

Dan kerana itulah anak-anak tidak boleh sama sekali menderhakai ibu bapa. Tidak cium bau syurga dan hidup kat dunia ni pun tak akan tenang. Aku tahu aku tiada segunung intan permata utk hadiahkan pada mereka...kalau ada sekalipun tetap tak terbalas pengorbanan mereka buat anak2. Aku hanya ada doa...doa utk kebaikan mereka dunia akhirat dan doa agar aku jadi anak yg baik serta penyejuk hati mak ayah.



# menulis sambil menangis dan mengelap airmata.
#terpanjang pula entry ni, harap korang tak semput bila baca ;p

4 comments:

  1. adehhh.. meleleh air mata rannn.... sedih mengingatkan mak dan ayah yg dah pergi... begitulah bila akak dalam pantang.. kemain seronok depa dapat cucu.... jaga makan minum kita, kesihatan kita... ayah plak mainkan peranan lain.. sibuk ke pasar beli lauk, duit toksah cakap le tak penah berkira dgn anak2 dan cucu.... syahdunya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pengorbanan mrk pd kita...tak terbalas sbnrnya. Tp kta nk jg hatindorg pn kdg susah...

      Delete
  2. Masa remaja, mmg kita x nampak. Bersyukur kerana awak semakin menghargai. Akak selalu remind diri...sementara mak ayah masih ada, korbankanlah apa yg boleh untuk mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa remaja jiwa muda tgh melonjak kak...kurang fikir. Insya allah kak apa yg mampu akan bkorban utk mrk

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!