Tuesday, March 10, 2015

SUAMI JAGA DIRI SENDIRI BILA ISTERI BERPANTANG

Assalamualaikum...

Bila wife dlm pantang dan berpantang plak kat kampung, maka hasben kena pandai bawa diri. Pandai cari makanan sendiri utk kenyangkan perut. Dok berjauhan ni mmg dugaan, nak nak orang mcm aku yg tak pernah berpisah lama lama sejak kasih kami bertaut semula. Banyak perkara buat sama sama. Dah kahwin sehari je berjauh dgn hasben aku sbb dia pi Johor utk lawatan. Selebihnya mmg berkepit memanjang ;p

Tapi, aku cuba kuatkan jiwa yg lemah kdg2. Perpisahan itu resam dunia. So, kena kuat. Aku selalu letak dalam kepala, kalau apa yg kita ada tak diambil org, namun pasti suatu masa diambil Tuhan! Cuma terus doa dn usaha moga bahagia hingga jannah Allah. Bila jauh ngn hasben aku sllu fikir dia makan apa...pukul berapa dia bgn dan ion baju dan apa dia buat kat rumah sepanjang aku berpantang di kampung.

Aku tahu, hasben aku mmg jenis berdikari. Tapi sejak kahwin dia mmg 'manja' berbanding time sbl kahwin. Makan pakai dia mmg aku jg semampu boleh. Kadang penat pun aku buat jgk...nak nak bab masak, basuh baju dan ion baju. Jauh kat sudut hati, aku bersyukur Allah anugerahkan aku hasben yg sllu tlg aku kt rumah. Tolong kemas rumah dan lipat baju. Syukurlahkan, sama sama cari rezki jd sama samalah jaga rumahtangga. Nak harap semua isteri buat mmg pengsan aku rasa. Tak menang tangan dibuatnya! Dah kat opis byk kerja dan byk fikir, balik rumah nak buat kerja rumah lg mmg jadi robotlah jawabnya.

So, time aku berpantang ni...memanjang hasben wassap apa yg dia makan. Kadang tu tak sempat makan pn ada. Mmg kena marahlah...hasben aku tu perut takleh kosong, cepat je sakit ulu hati. 2-3 hari baru hilang.


Sepanjang aku takda kat rumah, ini menu yg hasben masak. Megi mmg menu wajib bg tekak dia. Aku ada pun hasben leh request nak makan megi. Bab masak mmg tak risau sgtlah. Masa bujang dh biasa masak sendirikan, so bukan masalah besar sgtlah. Hehehehe. Kadang hasben wassap...' hari nie masak simple je'. Yang simple tu la yg sodap sgt kalau dh lapar kan...hehehehe.

Bertabahlah wahai hasben...dah tak lama dh nak habis pantang. Sikit masa je lagi...nti dh boleh bawa anak soleh balik Putrajaya, kita jaga sama sama ok.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!