Friday, May 8, 2015

ANAK BERANAK DEMAM

Assalamualaikum ...

Update blog kul 4-5 pagi memang satu keganjilan untuk aku sejak kahwin. Time bujang dulu tak kisahlah, memang suka je update blog pepagi time senyap sunyi macam ni sambil blogwalking. Sebut blogwalking, dah lama giler tak jengah blog kengkawan. Since ada Iskandar lagilah blog terabai. Sikit lagi nak bersawang, barulah aku kibas-kibas. huhu! Kenapa awal pagi update blog? Buang tebiat? Tidaklah! Sendiri tanya sendiri jawabkan. hahahaha. Tadi 2.30am, hasben kejut aku. Dahlah tengah syok mimpi. Nak kata Iskandar nangis nak susu, aku paling muka ke Iskandar, eh ... sedap je anak mommy tido. Aku boleh pejam mata balik. Pastu hasben cuit-cuit lagi kaki aku, sampai aku bangun. Nape la plak? Rupanya hasben aku demam. Suhu dah 38.3. Aku rasa badan hasben, oooih dah panas. 

Malam tadi anak-beranak semua tido awal, sebab aku sakit belakang. 9.30pm dah masuk bilik enjutkan Iskandar bagi lena. Lepas Iskandar lena, kul 10pm aku dengan hasben pun kroooh krrrohhh bersama-sama. Rasa lama tido, tu sebab aku sempat mimpi. Dalam syok mimpi hasben plak kejut. Terbengkalai mimpi aku. Dah hasben kejut aku pun bangun. Berpinar mata. Hasben pindah tido bilik belakang. Katanya taknak nanti berjangkit dengan Iskandar. Sebenarnya Iskandar baru je sehari baik demam. Dari cuti 4 hari baru nie, Iskandar dah batuk dengan selsema. Lepas tu Isnin, badan Iskandar dah panas. Demam! Suhu badan Iskandar masa tu naik turun, naik turun. Memang tak tido malamlah berjaga. Risau kalau-kalau panas dia mencanak naik! Awal pagi Isnin suhu Iskandar 37.7, dari nak siap pergi kerja terus aku EL. dalam kul 9.30am dah naik jadi 38.3. Memang cuak la sangat, badan dah panas garing. Masak la telur kalau letak kat belakang gamaknya. Terus aku wassap hasben. Hasben reply ajak pergi klinik. Pergi klinik Presint 9, punyalah ramai umat! Then start kereta berdesup plak ke klinik Presint 11. Nasib baiklah tak ramai sangat. Iskandar plak merengek je. Yelah, badan dah panas of course anak soleh aku tu rasa tak selesa. Seharian aku pantau suhu Iskandar. Kejap turun, kejap naik. Petang tu sekali naik sampai 38.5!! Nak nangis rasa. Jelum dengan air asam jawa pun tak jalan. Nasib baik aku dah pesan hasben cari daun bunga raya. Malam tu asyik jelum dengan air daun bunga rayalah satu badan. 

Bila Iskandar demam, dia langsung taknak berenggang dengan aku. Susu botol langsung taknak. Ngempeng je dengan aku. Sampai naik kering susu badan. Haus maknye! Aku nie dah la spesies susu segan-segan nak kuar, buat power pumping barulah gigih kuar. Itupun tak meriah. Apapun syukur dapat juga breastfeeding! Siang Isnin tu, aku meriba je Iskandar. Tido lah aku sambil duduk. Makan minum tak menentu. Malam pun macam tu, tido sambil duduk dan tak lena sangat. Terlena sekejap, bila sedar aku dah cuak. Cepat-cepat amek termometer check suhu Iskandar. Bukan senang jaga baby demam. Memang kena berjaga 24jam. Risau pun ada. Selasa malam Rabu Iskandar dah baik demam. Dah boleh gelak besar. Kalau tak, senyum pun tak hingin! Bila agah, bukan main kuat suara. sembang sakan. Time demam....heeek heeek heeeek tak sudah. Apapun anak mommy memang kuat!

Anak dah sihat, babahnya plak demam. Berjaga juga lagi. Mata dah kejung-kejung nie. Takpelah, risau juga suhu badan hasben aku tinggi. Tadi aku dah jelum kepala hasben dengan air daun bunga raya. Nak kasi suhu turun dan sejukkan kepala dia. Dah macam baby pula rasanya. Hasben aku memang jarang demam, tapi sekali demam memang lentok habis. Nak cakap pun dah segan-segan. Dengan sakit kepalanya lagi .... hoooihhh demam ni kadang jangan buat main, boleh sakit sendi-sendi kalau panas sangat.

Aku plak masih kuat lagi. Cuma tekak je perit sikit-sikit. Alhamdulillah. Masih mampu bergerak sana sini. Walau tak cukup tido dah rehat. Menjaga 2 hero memang mencabar. Nak-nak hero kecik. Hero besar takpe lagi sebab boleh bercakap. So, boleh bagi tahu sakit kat mana senang nak picit ke hape. Hero kecik yang dah nak 3 bulan nie sahaja yang mencabar terlebih, sakit of course hanya akan nangis je. Mommy plak tak paham sangat bahasa tangis nie, masih lagi learning process. Jadinye, ada la gagal sana sini. hiks!

Harap hasben aku cepatlah kebah demamnya. Berselubung dah tadi aku buatkan dia. Senang bagi berpeluh. Tengok dah boleh tido lena. Aku plak yang tak boleh tido. Kejap-kejap jenguk hasben bilik belakang. Lepas tu datang jenguk anak plak. Dah susukan Iskandar, pergi jelum kepala hasben plak. Ke sana ke mari dibuatnya. Jadi misi kejap. Kejap tadi check suhu badan hasben aku dah naik sampai 38.9!! Bertabahlah! Harap aku terus kuat. Dan harap hasben aku cepatlah sembuh!




p/s : Rupanya bukannya mudah jadi isteri dan ibu .... banyak cabaran. Sikit-sikit kena belajar tangani situasi genting macamnie. Ini baru sikit, ke depan-ke depan tak tahulah macam mana. Harap aku terus kuatlah hendaknya! Ameeen.

3 comments:

  1. Memang macam tu lah Rann. Akak yang dah senja ni, bila teringat macam tu...terus lemah rasa badan. And I keep on wondering, where did I get all those energy and intelligence? Rasa macam super woman jer masa tu. Belum travel ulang alik almost every day lagi tu. Dengan kerja kat opis lagi...phewww....

    ReplyDelete
  2. Sy baru nk sesuaikan diri kak dgn situasi baru nie. rasa nak pitam. hari2 doa kuat semangat dan sihat sentiasa.

    ReplyDelete
  3. anak2 nak membesar mmg kerap demam...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!