Friday, May 15, 2015

BREASTFEEDING

Assalamualaikum ...

Kebanyakan 1st time mother berkeinginan nak breastfeed (bf) anak selepas melahirkan. Aku pun sendiri mempunyai hasrat murni nan satu ini. Kat hati tu beriya dan berazam kalau boleh biarlah fullybreastfeed. Selain dapat jimatkan bajet beli formula milk (fm), yang paling penting bf nie dapat eratkan hubungan ibu dan anak macam ubat batuk tu serta baby lebih tahan lasak. Sebab skin dapat skin dengan baby. Oooi skin to skin dengan baby best sangat kot. Nak nak dapat bau baby masa lahir, macam bau syurga orang kata. 

Hasrat aku nak bf je murni, tapi knowledge zeroooooooooo! Aku rasa macam nak pang sedas diri aku, leka ulik mayang Iskandar masa dalam pantang tapi laungsung tak ada rasa nak gali ilmu-ilmu dan pengalaman orang lain pasal bf. Bukan malas, tapi aku langsung tak terifikir. Yang aku fikir, lepas beranak susu akan memancut-mancut keluar. Jahilnye aku! Dunia aku masa tu macam leka je dengan Iskandar. Iskandar macam merajuk taknak bf sebab susu tak meriah, aku fikir ... ok je, takpe je ... sebab ada fm kan. So, takyah kalut sangatlah. Insya allah Iskandar tetap kenyang walaupun dengan fm. Janji Iskandar tak nangis dan dia sihat. Hah, sampai macam tu kepala aku fikir. Bila Iskandar tolak bf, aku ingat normallah benda tu. Tak sedap kot aku fikir. Walhal, bila Iskandar bf dia kena berusaha lebih untuk menyedut supaya susu keluar. Kalau minum fm Iskandar tak perlu beriya sangat nak teruskan adegan hisap menghisap  tu.

Kerana kejahilan aku pasal bf tu, aku takde rasa nak pump pun susu aku. Sedangkan akak ipar dah kasi pinjam breastpump dia. Breastpump dia tu dah macam turun termurun aku rasa, dari adik-adik aku sampailah ke aku ... moto medela tu pun dah naik lembap nak maaammm....last-last aku beli bp sendiri. Adik aku cakap, walau susu keluar sikit ... tetap kena pump. Dalam kepala kena set, bahawa susu sentiasa ada dan cukup untuk baby. Kena rajin tricky breast tu kononnya tu suction baby la. Hoih, aku buat kadang tak buat apa yang adik aku cakap tu. Sekali dua je buat, selebihnya malas dan fikir lepas pantang banyak susu kot! Nampak tak jahil bebenor pasal bf kat situ. Sebabkan kejahilan tu, hari ini rasa nak lempang diri sendiri tau.

After habis pantang and 2 weeks before start kerja, barulah aku ada kesedaran pasal bf nie. Itupun selepas aku join group bf dekat fb dan join grup wassap mommies yang tabah serta bersemangat nak bf anak-anak dorang sampai 2 tahun. Dalam grup tu memasing tunjuk hasil susu yang dipump ... sekali pump boleh dapat sampai 5oz-10oz! Hoih, banyaknye!! Aku lak jadi silence reader dalam grup tu, kekadang je menyampuk sikit-sikit.  Malu sebab susu tak meriah mana. Sekali pump adalah 2oz-3oz. Alhamdulillah la. Kena pump 2kali baru cukup untuk sekali Iskandar minum. Kesian sangat. Suka tak suka, Iskandar memang fm ajelah memanjang. But, sejak join grup-grup mommies bf nie, memalam Iskandar dah bf. Kalau still merengek sebab tak cukup baru aku bagi fm. Seronok kot join grup nie, memacam dorang share ... cerita cara nak meningkatkan susu dengan power pumping, milkbooster, jadual untuk pump, cara jaga anak yang sakit ... bak kata memacamlah berkaitan baby. Tak tertumpu pada bf sahaja tapi semua perkara berkaitan ibu dan anak. 

Now, aku masih lagi pump susu walaupun tak kerap. Susu pun still ada lagi sampai kadang tu bengkak susu dibuatnya. Sakit tau ... sakiit sangat bila bengkak susu. Rasa nak tanduk-tanduk orang sebelah punya sakit. Baru seminggu lepas terkena bengkak susu sebab aku pump tak habis. Azab kot lepas tu! Sampai malam tu aku demam bengkak susu punya pasal. 

Walaupun aku tak mampu nak fully bf dekat Iskandar, tapi aku tetap bersyukur sebab aku mampu bf dia. Sampai kadang tu rasa nak tanggal puting sebab Iskandar gigit. Gigi takde pun ... so dengan gusi pun boleh dia gesel.Hoih menjerit mommy dibuatnya. SIb baik awak kecik lagi Iskandar ... kalau tak mommy dah bab-bab awak tau ,,, anje mommy nie notti sangat tau.

Untuk pestime mommies, nasihat aku adalah lebih baik bf anak kita. Sebelum melahirkan, carilah ilmu pasal bf nie sebaiknya. Usaha la bf baby korang .... nanti rahim cepat kecut orang tua-tua cakap. Aku sendiri pun masih berusaha untuk bf Iskandar walaupun bukan sepenuhnya. SIkit pun Alhamdulillah. Tapi aku tetap usaha untuk banyakkan susu dengan cari milkbooster. Dah macam-macam milkbooster aku try. Ada yang ok dan ada juga yang so-so je. Nanti aku share pasal milkbooster plak yek. Untuk mommies tunggu ... untuk yang dah tahu, duduk diam-diam yek. hehehehehe


Love, mommy Iskandar.

1 comment:

  1. Usaha tangga kejayaan mommy..akak alhamdulillah boleh BF baby sampai 2 tahun. yang sikecik skrg dh 3 tahun pon nenen lagi..huhu terlebih sudaaa

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!