Sunday, May 10, 2015

FAHRIN AHMAD DAH KAHWIN

Assalamualaikum ...


Happy aku tengok Fahrin Ahmad dah kahwin. Cantik sangat isteri dia, Elena Hani Elias! Rupanya dorang berdua nie teman masa study dekat UiTM dulu kala, terpisah sampai 17 tahun. Kira kuatlah jodoh dorang ni. Orang kata, kalau dah jodoh tak ke mana. Asam di darat, ikan di laut ... dalam kuali bertemu jua. Eh, betul ke akunye kata-kata ini. ha ha ha, ingat-ingat lupa.


Well, bila tengok wajah isteri Fahrin nie, cantik bebenor. Nampak natural beauty! Aku pernah jumpa Fahrin nie secara live dan pernah join seminar di mana Fahrin menjadi penceramah. Walaupun gaya penyampaian Fahrin sebagai penceramah masih lagi dalam learning process, but Fahrin bukan artis yang sombong. Murah dengan senyuman. Hensem plak tu .... sado sangat ko! Gambar aku amek beramai-ramai dengan Fahrin dah tak ingat save kat mana. Kalau tak leh buktikan dengan jelas aku pernah jumpa dia. haks haks haks! Masa seminar tu, Fahrin pernah bagitahu ... kalau boleh dia taknak bercinta dengan artis lagi. Mungkin serik kot sebab pernah gagal 2x kali bercinta dengan artis tu dan tu! Memang betullah kata-kata dia, isteri pilihan dia bukan artis tapi Ketua Pramugari Emirates Airlines. Sekarang dok kat Dubai, Emeriah Arab Bersatu. Jauhnya la hye ... nasib baik zaman sekarang dah moden ... banyak media sosial yang memudahkan perhubungan.

Yang bestnya aku baca pasal pernikahan Fahrin dengan Elena Hani, cuma ada mas kahwin je RM80 serta sebentuk cincin. No wang dan barang hantaran! Majlis dorang pun nampak simple la bagi artis macam Fahrin. Baju pun biasa-biasa je jika nak dibandingkan dengan sesetengah artis kalau buat majlis nikah ke, resepsi ke ... ooooi bagai nak rak persiapan. Glaaaam sangat kau, belanja tak ratus ribu sampai tahap juta tak sah! Terus teringat pasal majlis kahwin aku setahun enam bulan yang lalu, majlis kahwin aku ngan hasben biasa-biasa je, kitaorang banyak berkongsi untuk jimatkan bajet. Hantaran pun tak lebih 10K. Mak ayah aku cakap biar sama lebih kurang dengan adik-adik aku sebelum nie, aku akur je! Janji nikah ... hahahaha! Majlis kahwin aku, takdelah goodies meletops, kek bertingkat, lagu-lagu ke DJ majlis kahwin ke ... memang takde semua tu. Cuma sebelah aku je, meriah sket ... ada pelamin dan meja makan beradap. Tu je pun, sebab niat nak bergambar untuk kenangan anak cucu nanti. Sebelah hasben cuma buat kenduri doa selamat bagi mewar-warkan pernikahan je. Aku pun takdelah nak demand macam-macam. Yang penting nikah dan semuanya selamat! Sebelum kahwin dulu, terfikir juga nak wat macam-macam, nak goodies yang hebat melampau ... nak pelamin yang penuh dengan bunga, nak potong kek bertingkat, nak ada photobooth, nak bilik pengantin yang gaya hotel 5 bintang but bila fikir balik, membazir kot! Kalau duit tak cukup, nak kena loan. So, better ukur baju di badan sendiri kaaaan! Majlis kahwin sehari dua je, nak hidup selepas nikah tu yang lama dan doa sentiasa kekal hingga jannah Allah swt! Takmo lah hutang keliling pinggang, hutang study dengan JPA pun belum habis bayooo oooi!! Gigil nak kua duit bayoo hutang *nak juga up cite kahwin sendiri, tak bleh blaaah ... hahahah*

Untuk Fahrin, selamat pengantin baru ... moga kekal bahagia hingga ke jannah Allah swt. Heh, macamlah Fahrin Ahmad baca blog aku kan. Dia retis ... aku nie sapelah, blogger picisan je kot. kui kui kui....



p/s : Esok dah Isnin, kejap sangat cuti Sabtu Ahad sekarang nie ... rasa cepat masa berlalu. Tak puas peluk cium anak soleh aku tuh.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!