Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

DOA MURAH REZEKI

Assalamualaikum ...



Hye ... morning!



Just nak share dengan korang doa murah rezeki yang wajar diamalkan semua. Ayat 1000 dinar. Aku baca juga doa nie ... kadang2 bila ingat. Belum dapat menjadi rutin lagi. Sepatutnya baca hari-hari, lepas solat 5 waktu ke atau waktu-waktu doa mustajab. Aku pulak biasanya baca doa nie waktu pagi. Disebabkan aku nie lambat menghafal, setiap kali nak baca bawa keluar kertas. Walhal doa pendek je! heeeeeeeee



Alhamdulillah, sejak amalkan doa nie .... rezeki makin murah. Tapi bukanlah bermaksud kau amal baca doa kat atas nie kemudian duduk saja goyang kaki tunggu rezeki turun dari langit. Tidak ... tidak begitu ye tuan-tuan dan puan-puan! Kenalah mencari peluang, merancang dan berusaha kemudian berdoa serta bertawakal kepada Allah Ta'ala. Cheeeewah mirip ustazah ye kamoooo! heeee heeee



Okehlah, selamat beramal!





CK : Kesihatan masih terganggu. Mood berehat lagi ;=)


Friday, November 4, 2011

Balik Kampung - Part [2] Rahmat DariMU

Assalamualaikum ...




Petang ini sepatutnya aku pergi main layang-layang dengan si Imran. Cadangnya nak pergi main di tepian tasik berdekatan Kelab Golf Darulaman, Jitra. Dah lama aku tak pergi sana. Sejak-sejak peristiwa hati terluka dulu. Balik kampung, aku dah jarang sangat jejak kaki ke sana lagi. 



Perancangan bermain layang-layang terpaksa dibatalkan, kita manusia yang mampu merancang tetapi Allah jua yang menentukannya. Hujan turun selebat-lebatnya di tanah Aloq Staq ini. Selebatnya! Masa aku taip entry ini pun  hujan masih lebat turun mencurah-curah. Tapi, aku tak rasa dingin pun. Mungkin sudah sekian lama tidak merasai hujan di kampung sendiri. Beza hujan di Putrajaya dengan di sini. Hujan di sini, hanya hujan semata tanpa angin yang bertiup. Di Putrajaya, hujan lebat besertakan angin yang telah mematahkan payung kesayangan aku. Dugaan ....




Hujan yang turun mencurah penuh dengan rahmat dariNya. Tiada siapa yang tahu, jangan anggap hujan ini satu musibah, tetapi ia satu rezeki buat keluarga petani seperti aku. Ya! mak ayah aku adalah petani .... air diperlukan ketika ini untuk memenuhi petak-petak sawah yang ada.



Nabi saw ajar doa ketika hujan, Allahumma Soyyiba Naafi'an ! Mari kita berdoa, tatkala hujan turun mencurah. Tiada siapa tahu mungkin doa kita adalah antara doa-doa yang dimakbulkan Dia buat kita.




Lebat! Basah .... dan air bertakung mengalir ke telaga.



Hujan masih dan makin lebat. Berdentum bunyi di atas bumbung rumah aku. Bumbung zink, pastinya bunyi hujan itu agak kuat. Lainlah kalau berbumbungkan genting ... bunyi hujan mungkin agak kurang kedengaran. Bumbung zink rumah kampung ini dah agak uzur.



Walau apapun, mari kita berdoa dikala hujan turun mencurah! Berdoa sebanyak-banyak doa.






CK : Doa dan sentiasa berharap, Allah ampunkan dosa kedua ibu ayah aku dan memberikan mereka rahmat serta ketenangan dunia dan akhirat. Amin ....

Saturday, June 11, 2011

Petua : Doa Memperoleh Zuriat

Assalamualaikum ...

Selamat pagi! Dah Subuh pun. Korang dah bangun belum ... ke tak tidor2 langsung. Lama saya tak share petua dan apa-apa doa. So, hari ini bangun tersangatlah awal. Meh kita share petua dan doa untuk mereka yang dah berumahtangga tapi belum dikurniakan lagi cahayamata. Usaha dan doa ini penting, selebihnya kita serahkan pada Allah. Biar dia yang menentukan segalanya.


AMALAN PERTAMA




1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh
  • Baca Bismillah 1 kali
  • Kemudian selawat ke atas Rasulullah s.a.w. 3 kali
  • Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
  • Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. Contohnya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat."
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali

2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil. Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.

AMALAN KEDUA

1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.

2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal"  333 kali setiap hari.

3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.

4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.







CK : Perkara yang baik patut dijadikan amalan ....

Saturday, January 1, 2011

Doa Memagar Isteri Selepas AKAD NIKAH

Assalamualaikum.....

Entri khas buat suami....dan bakal suami pun boleh gak!! Di bawa khas oleh Pak Ngah Rafit Ismeth Emir. Thanks to Pak Ngah. Jangan ingat rumah jer kena pagar....orang pun kena pagar juga.

Psssst suami-suami....sila jaga dgn baik isteri anda ya! Jangan biar dia terluka....krn anda!!

+++++++++

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:

“Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya. (Riwayat Abu Daud)


[Gambar Ihsan : FOTOINSPIRASI]

IKLAN SEKEJAP....[he he he he]

Sesape yang perlukan khidmat fotografi......untuk event & majlis perkahwinan bolehlah click kat FB Fotoinspirasi tu! Tolong promote bagi pihak.....photo yang depa amik semua cantik2 tau. Ataupun korang boleh CLICK DI SINI.....psssst ada promosi 2011 taw!! Sape yg nak kahwin tu cepat2lah booking ye...atau contact tokey dia ya....

Nama glamour dia ::Yeop::

Ini...::Andi:: sama cam kt atas gak.....

***Cik Yanie Gebu....awak nk cakpong...cakpongkan....leh la contact! he he he



CK : Sape nk pagar saya nie...huhuhu

Friday, December 31, 2010

Doa Melamar Wanita.

Assalamualaikum....

Hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2010. Banyak kenangan, rintangan, sukaduka, ketawa menangis, kecewa dan gembira yg akan ditinggalkan dalam tahun ini. Sambil duduk2 saya terfikir apa yg telah saya buat dlm tahun ini yg bermakna pada diri dan yg buat semua org gembira?? Pasal bab ini kita cerita dalam entri akan datang ya.....

Saya ada doa menarik utk LELAKI! Kalau sebelum ini saya cerita pasal lelaki juga....tp ttg lelaki yg perempuan tak suka. Belum baca? Ok sila CLICK DI SINI YA! Jom kita sharing is caring DOA MELAMAR WANITA....dibawa khas oleh Pak Ngah Farit Ismeth Emir! Thanks to Pak Ngah....

Psssssstttt....lelaki-lelaki sila baca ya! he he he he

Bilamana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah sehari dan malamnya jangan tidur. Kemudian bacalah doa ini terus menerus di tempat yang sunyi, Insya’Allah lamaran anda diterima.

Doa Nurun Nubuwwah

Ertinya: “Ya Allah, Zat Yang memilikikekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata:

“Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orangyang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku, kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s.,orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagiorang-orang kafir.

Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”.Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha SuciAllah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”




CK : Nak doa melamar lelaki....he he he [ish ada ke??]

Wednesday, December 29, 2010

Petua ISLAM: Menangani Suami Panas Baran

Assalamualaikum.....

Rasa mcam dah lama tak syer petuakan. Korang dah balik kerja ke belum? Erk...keje...ish..ish...hujung tahun mcm ini, cuti best ooo! Macam saya...cuti sambil merehatkan badan. Jom kita share petua Islam yang baik untuk mereka yang dah berkeluarga. Petua ini dibawa khas oleh Pak Ngah Farit Esmith! Kita kongsi sama-sama yek....

Cubalah membaca ruqyah (sejenis doa atau ‘jampi’ syar’ie) dengan ayat 69 dalam Surah al-Anbiyaa’ ini semasa barannya muncul: “Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! ” (21:69).

Mudah-mudahan Allah menyejukkan barannya seperti mana api yang membakar Nabi Ibrahim disejukkan dengan izin Allah.

APABILA BERDEPAN SIKAP KERAS HATI SUAMI

Bolehlah mencuba bacaan ruqyah dari Surah al-Naml, ayat 30:

“Sesungguhnya (perutusan itu) dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ” (27:30).

Ia bersempena kisah Nabi Sulaiman yang mengajak Ratu Saba’ yang bernama Balqis agar memeluk Islam. Akhirnya, hati baginda menjadi lembut untuk memeluk Islam setelah membaca kepala surat perutusan daripada Nabi Sulaiman di atas. Mudah-mudahan bacaan ruqyah puan walaupun dalam diam akan melembutkan hati suami puan untuk kembali bertanggungjawab kepada keluarga dan bersedia untuk berbincang elok-elok dengan puan dengan izin Allah. Amin.

  • Bagi pihak isteri juga, perlulah melakukan muhasabah diri. Contohnya mengkaji sama ada waktu anda mengajukan cadangan untuk berbincang itu sesuai atau tidak. Orang lelaki biasanya ada anginnya yang tersendiri terutamanya tidak mahu diganggu ketika sedang sibuk dengan sesuatu, dan biasanya apabila anda bertanyakan sesuatu ketika dia lapar, mengantuk, bersedih, penat atau tertekan akan membangkitkan kemarahannya.
  • Anda juga digalakkan memperbanyakkan istighfar kerana dalam Surah Hud, ayat 3 Allah menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan bagi orang-orang yang memohon keampunan dari-Nya dan bertaubat (pulang menyerah diri untuk taat kepada-Nya)
  • Berdoa adalah sinonim dengan kehidupan seseorang Muslim, hatta solat itu pun maksud asalnya doa. Amalan berdoa menjadi simbol penyerahan diri kita kepada Allah dan betapa kita sentiasa memerlukan Allah al-Samad – tempat bergantung. Anda boleh bermunajat kepada-Nya, pohonlah apa jua permintaan anda dalam bahasa Melayu sekalipun di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Allah s.w.t. Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Serulah dari 99 Nama-nama ALLAH yang Indah (Asma’ Allah al-Husna) dalam doa puan, seperti Ya Razzaq Ya Fattah agar Allah melimpahkan rezeki keluarga anda dan seumpamanya, semoga ia segera dimakbulkan.
  • Sebagai satu alternatif, anda juga boleh mencuba bacaan ruqyah dari ayat 200, Surah Ali Imraan yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (dalam menghadapi segala kesukaran), kentalkanlah daya kesabaranmu, sabarkanlah di antara kamu, perkukuhkanlah ikatan sesama kamu dan bertakwalah kepada Allah. Semoga Allah Menentukan kamu akan Berjaya (akhirnya).” (3:200)).

  • Satu lagi amalan baik untuk perlindungan keluarga anda, bacalah“Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi shay’un fil ardhi wa la fissama’ wa huwassami’ul alim.”

Maksudnya:

“Dengan nama Allah yang terpelihara segala sesuatu dengan nama-Nya daripada apa-apa yang memudaratkan sama ada di bumi atau di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.) ”

Menurut baginda, sesiapa yang membacanya 3 kali pada waktu pagi maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu petang; begitu jugalah apabila ia dibaca 3 kali pada waktu petang, maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu pagi. [Sumber: Sunan Abu Daud, juzu' 3, hal. 132, bil. 5088].

Friday, December 10, 2010

Doa Pengasih Nurun Nubuwwah

Salam!!

Baru dapat buat entry untuk hari ini. Tapi saya cuma nk share doa pengasih Nurun Nubuwwah dengan kawan2 semua. Sebagai makluman...doa ini telah dishare oleh Pak Ngah Farit Ismeth Emir dalam facebook beliau. Saya telah comment pada beliau utk mohon share dgn semua! Sharing is caring rite???.....

Doa Pengasih Nurun Nubuwwah adalah seperti berikut....

Jika anda ingin mendekati raja, menteri atau orang yang berpangkat atau berkumpul dengan orang banyak maka bacalah doa ini setiap hari sekurang-kurangnya sekali. Insya’Allah semua orang yang anda dekati itu akan menaruh kasih sayang.

Kaedahnya awal pengijazahan:

1. Solat Sunnat Hajat 2 Raka'at

2. Membaca Istighfar 70 kali

3. Membaca Selawat 70 kali

4. Membaca Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) 70 kali

1. Pengijazahan yakni dibacakan al-fatihah dan dihadiahkan kepada Rasullullah, keluarga dan sahabat baginda serta para wali allah, guru-guru agama di dunia sama ada yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia mohon agar mendapat perlindungan Allah. Hanya niat pada pertama kali mula membaca dan beramal. Ilmu ini baik dan bermanfaat. Setelah itu lengkaplah ijazahnya kerana Allah Ta'ala. Maka telah tamat ijazahnya.

2. Derma Masjid yang lama/bersejarah (10 sen pun tidak apa asalkan ikhlas) dengan niat, ingin mendapat keredaan Allah dari ilmu ini.

3. Sentiasa amalkan selepas solat fardu dimulakan dengan selawat nabi 33 kali. Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah s.w.t. 



p/s : Untuk penjelasan lebih baik sila rujuk kepada mereka yg lebih berilmu dan beramal.

Saturday, November 6, 2010

DOA : Untuk JODOH!

Untuk sesiapa sj yg ingin bertemu jodoh...huhu! Sila amalkan. Kita cuma berdoa (sbg salah satu usaha juga) sbb jodoh, rezki dan ajal itu semuanya ketentuan Allah. Jgn plak ada yg ckp gatal nk berlaki/beristeri...bukankan nikah kahwin itu perkara yg baik dan dimulia.

Doa ini sy dpt dr Pak Ngah Farit Ismeth Emir jugak! Benda baik kan apa salah berkongsi dgn semua. Terima kasih Pak Ngah....kredit utk Pak Ngah ok...


Keberkatan Surah Yasin

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.

Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Insya-Allah jika niat kita baik dan ikhlas....pasti Allah makbulkan doa kita....Amin..moga2 hendaknya

Sumber gambar : google

"Siapa yang tidak ingin membina keluarga bahagia melalui perkahwinan seperti ini. Setiap hamba Allah yang normal....pasti ingin memiliki keluarga sendiri sama seperti insan lain"





p/s : Nk cuba amal jugak...heheheh...Tak salahkan! Ini pun usaha apa....! Kdg2 sy tak faham sesetgh org yg dah berkahwin...sibuk suruh org lain kawin especially yg terlajak sket la umurnya dr usia biasa kahwin. Lepas tu ckp mcm2. Mcm mereka ini tak faham bukankah jodoh itu ketentuan Allah...sbg hambaNya kita cuma berusaha dan berdoa selebihnya kita berserah pada Allah. Jln khidupan kita semua tak sama....ada yg jambatan kehidupannya pendek, abis study dah kahwin dan ada jambatan kehidupannya panjang.....dan pelbagai dugaan yg dilalui. Bukan semua org yg belum kahwin itu hidupnya tidak bahagia, jd x perlulah dipaksa2. Dan bukannya semua yg dah berkahwin itu ceria gembira....jd jagalah masjid sendiri yg ada. Usah sibuk2 masjid org lain....org mcm kami mungkin sedang beli batu bata dan simen utk BINA MASJID! Insya-Allah!