Friday, December 10, 2010

Doa Pengasih Nurun Nubuwwah

Salam!!

Baru dapat buat entry untuk hari ini. Tapi saya cuma nk share doa pengasih Nurun Nubuwwah dengan kawan2 semua. Sebagai makluman...doa ini telah dishare oleh Pak Ngah Farit Ismeth Emir dalam facebook beliau. Saya telah comment pada beliau utk mohon share dgn semua! Sharing is caring rite???.....

Doa Pengasih Nurun Nubuwwah adalah seperti berikut....

Jika anda ingin mendekati raja, menteri atau orang yang berpangkat atau berkumpul dengan orang banyak maka bacalah doa ini setiap hari sekurang-kurangnya sekali. Insya’Allah semua orang yang anda dekati itu akan menaruh kasih sayang.

Kaedahnya awal pengijazahan:

1. Solat Sunnat Hajat 2 Raka'at

2. Membaca Istighfar 70 kali

3. Membaca Selawat 70 kali

4. Membaca Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) 70 kali

1. Pengijazahan yakni dibacakan al-fatihah dan dihadiahkan kepada Rasullullah, keluarga dan sahabat baginda serta para wali allah, guru-guru agama di dunia sama ada yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia mohon agar mendapat perlindungan Allah. Hanya niat pada pertama kali mula membaca dan beramal. Ilmu ini baik dan bermanfaat. Setelah itu lengkaplah ijazahnya kerana Allah Ta'ala. Maka telah tamat ijazahnya.

2. Derma Masjid yang lama/bersejarah (10 sen pun tidak apa asalkan ikhlas) dengan niat, ingin mendapat keredaan Allah dari ilmu ini.

3. Sentiasa amalkan selepas solat fardu dimulakan dengan selawat nabi 33 kali. Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah s.w.t. 



p/s : Untuk penjelasan lebih baik sila rujuk kepada mereka yg lebih berilmu dan beramal.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!