Wednesday, December 29, 2010

Petua ISLAM: Menangani Suami Panas Baran

Assalamualaikum.....

Rasa mcam dah lama tak syer petuakan. Korang dah balik kerja ke belum? Erk...keje...ish..ish...hujung tahun mcm ini, cuti best ooo! Macam saya...cuti sambil merehatkan badan. Jom kita share petua Islam yang baik untuk mereka yang dah berkeluarga. Petua ini dibawa khas oleh Pak Ngah Farit Esmith! Kita kongsi sama-sama yek....

Cubalah membaca ruqyah (sejenis doa atau ‘jampi’ syar’ie) dengan ayat 69 dalam Surah al-Anbiyaa’ ini semasa barannya muncul: “Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! ” (21:69).

Mudah-mudahan Allah menyejukkan barannya seperti mana api yang membakar Nabi Ibrahim disejukkan dengan izin Allah.

APABILA BERDEPAN SIKAP KERAS HATI SUAMI

Bolehlah mencuba bacaan ruqyah dari Surah al-Naml, ayat 30:

“Sesungguhnya (perutusan itu) dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ” (27:30).

Ia bersempena kisah Nabi Sulaiman yang mengajak Ratu Saba’ yang bernama Balqis agar memeluk Islam. Akhirnya, hati baginda menjadi lembut untuk memeluk Islam setelah membaca kepala surat perutusan daripada Nabi Sulaiman di atas. Mudah-mudahan bacaan ruqyah puan walaupun dalam diam akan melembutkan hati suami puan untuk kembali bertanggungjawab kepada keluarga dan bersedia untuk berbincang elok-elok dengan puan dengan izin Allah. Amin.

  • Bagi pihak isteri juga, perlulah melakukan muhasabah diri. Contohnya mengkaji sama ada waktu anda mengajukan cadangan untuk berbincang itu sesuai atau tidak. Orang lelaki biasanya ada anginnya yang tersendiri terutamanya tidak mahu diganggu ketika sedang sibuk dengan sesuatu, dan biasanya apabila anda bertanyakan sesuatu ketika dia lapar, mengantuk, bersedih, penat atau tertekan akan membangkitkan kemarahannya.
  • Anda juga digalakkan memperbanyakkan istighfar kerana dalam Surah Hud, ayat 3 Allah menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan bagi orang-orang yang memohon keampunan dari-Nya dan bertaubat (pulang menyerah diri untuk taat kepada-Nya)
  • Berdoa adalah sinonim dengan kehidupan seseorang Muslim, hatta solat itu pun maksud asalnya doa. Amalan berdoa menjadi simbol penyerahan diri kita kepada Allah dan betapa kita sentiasa memerlukan Allah al-Samad – tempat bergantung. Anda boleh bermunajat kepada-Nya, pohonlah apa jua permintaan anda dalam bahasa Melayu sekalipun di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Allah s.w.t. Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Serulah dari 99 Nama-nama ALLAH yang Indah (Asma’ Allah al-Husna) dalam doa puan, seperti Ya Razzaq Ya Fattah agar Allah melimpahkan rezeki keluarga anda dan seumpamanya, semoga ia segera dimakbulkan.
  • Sebagai satu alternatif, anda juga boleh mencuba bacaan ruqyah dari ayat 200, Surah Ali Imraan yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (dalam menghadapi segala kesukaran), kentalkanlah daya kesabaranmu, sabarkanlah di antara kamu, perkukuhkanlah ikatan sesama kamu dan bertakwalah kepada Allah. Semoga Allah Menentukan kamu akan Berjaya (akhirnya).” (3:200)).

  • Satu lagi amalan baik untuk perlindungan keluarga anda, bacalah“Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi shay’un fil ardhi wa la fissama’ wa huwassami’ul alim.”

Maksudnya:

“Dengan nama Allah yang terpelihara segala sesuatu dengan nama-Nya daripada apa-apa yang memudaratkan sama ada di bumi atau di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.) ”

Menurut baginda, sesiapa yang membacanya 3 kali pada waktu pagi maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu petang; begitu jugalah apabila ia dibaca 3 kali pada waktu petang, maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu pagi. [Sumber: Sunan Abu Daud, juzu' 3, hal. 132, bil. 5088].

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!