Saturday, November 6, 2010

DOA : Untuk JODOH!

Untuk sesiapa sj yg ingin bertemu jodoh...huhu! Sila amalkan. Kita cuma berdoa (sbg salah satu usaha juga) sbb jodoh, rezki dan ajal itu semuanya ketentuan Allah. Jgn plak ada yg ckp gatal nk berlaki/beristeri...bukankan nikah kahwin itu perkara yg baik dan dimulia.

Doa ini sy dpt dr Pak Ngah Farit Ismeth Emir jugak! Benda baik kan apa salah berkongsi dgn semua. Terima kasih Pak Ngah....kredit utk Pak Ngah ok...


Keberkatan Surah Yasin

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.

Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Insya-Allah jika niat kita baik dan ikhlas....pasti Allah makbulkan doa kita....Amin..moga2 hendaknya

Sumber gambar : google

"Siapa yang tidak ingin membina keluarga bahagia melalui perkahwinan seperti ini. Setiap hamba Allah yang normal....pasti ingin memiliki keluarga sendiri sama seperti insan lain"





p/s : Nk cuba amal jugak...heheheh...Tak salahkan! Ini pun usaha apa....! Kdg2 sy tak faham sesetgh org yg dah berkahwin...sibuk suruh org lain kawin especially yg terlajak sket la umurnya dr usia biasa kahwin. Lepas tu ckp mcm2. Mcm mereka ini tak faham bukankah jodoh itu ketentuan Allah...sbg hambaNya kita cuma berusaha dan berdoa selebihnya kita berserah pada Allah. Jln khidupan kita semua tak sama....ada yg jambatan kehidupannya pendek, abis study dah kahwin dan ada jambatan kehidupannya panjang.....dan pelbagai dugaan yg dilalui. Bukan semua org yg belum kahwin itu hidupnya tidak bahagia, jd x perlulah dipaksa2. Dan bukannya semua yg dah berkahwin itu ceria gembira....jd jagalah masjid sendiri yg ada. Usah sibuk2 masjid org lain....org mcm kami mungkin sedang beli batu bata dan simen utk BINA MASJID! Insya-Allah!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!