Showing posts with label Sibuk. Show all posts
Showing posts with label Sibuk. Show all posts

Thursday, April 24, 2014

KESIBUKAN LA SANGAT

Assalamualaikum ...


Semalam aku tak sempat langsung  nak update blog. Busy mengalahkan TPM ko! Pengsan. Dekat office sekarang pun tak sempat dah nak berinternet bagai. Apatah lagi nak berblog. Biasanya 5.30 petang baru aku boleh melayari alam maya ini. Kalau sebelum tu jangan haraplah. Kejap-kejap, boss besar panggil. Keja-kejap dia call. Pasrah okey. Apapun aku bersyukur, boss besar aku kali ini sangat baik dan tegas orangnya. Bukan setakat tegas sahaja, malah sangat detail orangnya. 

Walaupun mula rasa kekok, rasa macam ermmmmmm but aku mengambil positif segala teguran. Now, aku dah boleh kerja dengan senang hati sebab aku positifkan minda aku dengan teguran dan ketegasan dia. Lagipun boss besar yang baru nie, follow the rules. Sebab itulah aku double suka dekat dia. Susah kerja sikit takpe, asal esok-esok tak menjerat leher sendiri. Kan kan kan.

Tak boleh menceceh panjang sangat, baru masuk opis nie. Lagipun aku kan dah berazam tak nak guna time opis untuk blogging. Kalau lepas kul 5.30pm blogging takpe … boss  tak marah. Jadi, aku kenalah tunaikan azam aku. Blogging sebelum jam 9.00 am … atau time rehat 1-2pm atau lepas waktu keje 5.30pm. Kat rumah, ikut sukahatilah nak blogging bilakan? Asal hasben tak bebel sudah. Asal makan minum dia cukup, no hal!

Owh, sebelum tu … nak share event minggu ni di Putrajaya. Ada Dato’ Siti Nurhaliza di Santai @ Dataran Gemilang, Presint 4. Silalah datang meramaikan! Datang … jangan tak datang. Nanti leh jumpa dengan Tok CT ye! Aku tak dapat la pergi, sebabnya aku balik kampuang. As usual!







p/s: Entry pagi tadi tak sempat publish. ekekekek. Sibuk bonar!

Wednesday, October 12, 2011

Dah Malam Baru Jumpa!!

Assalamualaikum ...


Barulah dapat online. Aku baru balik dari KPJ Kajang. Jenguk anak buah aku yang terlantar kat sana. Kesian ... kecik comey tapi dah 2-3 kali masuk hospital. Hari tu sebelum balik raya pun dah masuk hospital dekat An Nur. Ini kat KPJ pulak. Akak aku cakap senang sebab dekat dengan rumah.


Dah malam baru aku jumpa blog nie. Baru nak online. Baru nak update. Seharian weh tak berblog. Dah rasa gatal tangan nak menaip. Ini pun aku masih kat office, dari KPJ Kajang aku pergi hantar anak buah aku yg no. 3 balik rumah dulu kat area Sg. Kantan, lepas tu terus pecut balik Putrajaya. Penat jugak. Dah lah masa nak pi KPJ tadi jammed jugak jalan kat  area Hospital Serdang. Jammed pun tak teruk sangat sebab aku keluar dari office awal dari biasa. Takut bersesakan dengan orang yang balik kerja jam 5.00pm.


Mata aku dah lali. Tapi disebabkan masih kat office, aku gagahkan juga update. Seharian aku tak update. Tak sempat cerita pasal pi Melaka weekend baru nie. Aish banyak bendalah aku belum cerita. Nantilah ye kita gebang! Aku penat ... siap kerja aku nak balik dah. Sambung update kat rumah pulak.


Okeh ... bubye kawan-kawan!!



CK : Mencabar jugak hari nie.

Saturday, July 30, 2011

Mohon Maaf ....

Assalamualaikum ....

Mohon maaf bukan untuk menjelang Hari Raya sahaja. Bila-bila masa kita rasa ia perlu, tak salah nak mulakan dahulu memohon kemaafan. Isu ini timbul bukan sebab tinggal sehari lagi kita nak sambut bulan Ramadhan. Tetapi memang tiba-tiba rasa ingin jadikan ia satu isu.

Cakap tentang mohon maaf ... saya rasa perlu juga mohon maaf pada bloggers yang selalu datang belog saya, tapi saya tak sempat pun nak balas kunjungan. Apatah lagi nak blogwalking. Update dan tinggal. 1 hari 1 entry. Entry pula bukan-bukan. Bukan tak ada ada idea. Cuma keadaan masa tidak mengizinkan.

Semalam saya cuti. Tapi hari ini saya kena lawat site. Kena pergi office jugak. Semalam walaupun cuti saya memenuhi masa dengan membeli keperluan untuk sambut Ramadhan. Takkan sampai 1 hari beli keperluan? Selebihnya saya kemas apa yang patut kat rumah nie. Masa penuh dengan sendirinya. 24jam sama untuk setiap orang tak lebih dan tak kurang.

Buat bloggers dan silent readers tu ... yang tiba-tiba tinggalkan komen yang saya tak publish ... menanyakan ...


Eh! CK mana pergi?
Lamanya tak datang belog saya ....
Sibuk ke? Diam je!
Untuk mereka ... saya mohon maaf! Insya Allah ada kesempatan kita jenguk menjenguk! Tapi janganlah pula sebab saya jarang wujud di sini ... korang dah tak nak datang lagi kat belog kedaung nie. Sedihlah camnie .... he he he


Ok ... nak out dulu! Masa bekerja .... jumpa lagi nanti!!



CK : Sibuk hanya satu alasan, tapi kadang2 saya cuba yang terbaik utk diri sendiri dan orang lain ....