Monday, January 25, 2016

TRIP KE JOHOR : PART 3 JOHOR BAHRU

Assalamualaikum...


Sambungan dari PART 1 dan PART 2. Sorry la, lambat sangat menyambungnye....

Selepas kekenyangan dan mabuk makan mee racun, esoknya tu kami bersantai je dekat hotel sampai waktu check out. Nak tunggu time pergi wedding kawan hasben. Cuma turun breakfast dan terjah pasaraya Nirwana kat depan hotel sekejap. Pastu balik bilik, sambil tengok tv, kemas la beg. Layan anak soleh bergolek atas tilam empuk lagi. Sedihnya, anak soleh aku muntah lepas breakfast. Adddoiii napa ni nak oi? Dan yang  bagusnya Iskandar walaupun muntah, dia tak akan menangis. Aku la kena bagi semangat suruh dia muntah kalau tak selesa ke hape ke ... "Takpe dik, muntah la mommy tak kisah. mommy tak marah ... meh mommy tadah dengan tangan!". Serius ayat nak jadi ibu mithali sangat. ha ha ha. Kadang setengah budak kalau muntah akan nangis, tapi Iskandar aku cuba pujuk dan biarkan je dia muntah. Tak pernah lagilah aku nak melenting walaupun dia pernah muntah atas baju aku. Pernahlah 2-3 kali kejadian ni berlaku, paling dasyat masa nak pergi keje, baju kena siram dengan muntah anak. Relaks ajelah nak buat camne kan ...

Eh, tercerita perihal muntah plak. hu hu sorry, melalut plak. Lepas settle segala wedding, jam 3pm hasben memecut ke Johor Bahru. Aku plak janji nak pergi rumah kawan aku dekat Masai. Kawan masa college dulu. Serius lama giler tak jumpa. Lebih 10 tahun rasanya. Sebelum jumpa kawan, hasben cakap better kita check in dulu. Dekat 5.30 baru sampai hotel. Tau hotel apa? Hasben aku beriya sangat nak duduk Hotel Selesa dekat JB. Nama je Hotel Selesa, tapi bagi aku inilah pengalaman paling buruk dok hotel. Setahu aku hotel ini 4 bintang, tapi room teruk sangat bagi aku. Pastu frontliner dia sombong! 

Aku ingat lagi masa nak check in hotel, aku bagilah slip tempahan melalui agoda tu. Langsung dia tak pandang dan buat tak tahu. Dia cuma tanya booking atas nama apa ... pastu boleh plak cakap room yang aku nak tu takde! Eh, helloo ... aku dah book dan bayar kot melalui agoda. Pesal lak takde?? Aku book deluxe room, leh dia cakap bilik penuh. Pastu masa book aku pilih katil queen tapi dia nak bagi yang single-single. Helllooo nak kasi anak aku jatuh celah katil ke?? Lain la kalau aku sendiri request katil single dalam tempahan ... 

Room yang kitaorang dapat sangat sedih. Bila masuk bilik, tengok-tengok lampu memang terpasang, TV dah on, bau bilik macam kepam (busuk sikit) ... yang lagi sedih bathtub dia ... teruk giler, usang kot! Dengan kepala shower dah tercabut. Aku rasa macam tengok drama mistik dan aku adalah pelakon dalam drama tu. Giler ah! Call pihak hotel untuk baiki shower tak jawab, terpaksa hasben aku turun ke lobi grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!! Masa hasben aku turun, aku terus on surah yassin tau. Sebab bilik tu ngeri kot dengan ada bau cam lipas. Tooobat lepas ni kalau pi JB memang takdok dah hotel ni. Dan tak perlu cari hotel 4-5 bintang ke hape. Cukuplah hotel 2-3 bintang je, janji selesa, kemas, bersih dan bau wangi. Hasben aku pun cakap frontliner hotel ni sombong dan tak reti senyum. Nasib kitaorang tak berapa baik kat hotel ni. 

Lepas check in bagai, kami terus memecut ke Masai. Pergi rumah kawan aku, Yati. Siap dinner kat sana terus. Dah Yati n Hasben beriya-ia ajak dinner, kami okey je. Lagipun tengah lapar. huhu. Sedap juga Yati masak malam tu. Dinner dengan butter prawn, ayam masak kurma, sayur campur, ikan masin ... yg paling sedap budu! Yati ni geng aku masa kat UUM sana. Dah berbelas tahun tak jumpa. memasing dah membina badan dan rendang....termasuk aku. hohoho. Selesai makan, lepak sekejap terus balik hotel yg tak best tu. Dah bersihkan badan bagai, Iskandar tido la pulak. Hasben pula ajak aku pergi ke Senibong ... nak minum2 katanya. Ish rasa cam tak berbaloi je ke sana. Perut dah kenyangkan.

Dah tu hasben decide pergi jenjalan kat depan Istana Bukit Serene. Ha, oklah jugak. Lepak sanakan. Angkut sekali anak soleh yang tengah tido tu. Sian dia, jadi mangsa mommy and babah. Mommy and babah suke jenjalan, anak pun kenalah hadap jugak. Nasib baik Iskandar behave sangat, masa sampai dekat Istana Bukit Serena, dia bangun. So, dapatlah dia menghayati view kat sana.

Gambar kawasan istana aku ambil, tapi malamkan. Paham-paham ajelah gelap dia macam mana. Guna camera hp jadi tak perlu nak berangan nak dapat hasil yang kebabooom! Aku cerita sikit latar belakang Istana Bukit Serena ni untuk readers yang tak tahu. Cerita ringkas ajelah. Kalau nak retail, boleh google ya ;p

Istana Bukit Serene, terletak di Jalan Strait View di atas Bukit Serena. Ia dibina pada tahun 1937. Istana ini merupakan kediaman rasmi Sultan Johor. Kawasan istana ini mengadap Selat Johor dan mempunyai menara setinggi 35 meter yang boleh dilihat dari Danga Bay. 


Sumber gambar dari Bharian. Semasa pembinaan royal crown sebagai replika.


Ini adalah royal crown yang menjadi replika di hadapan istana. Gambar ini aku dapat dari internet. Bukan sumber sendiri. Seronok berada di bawah royal crown ni. Nampak unik dan sangat menarik. Aku pergi malam, so royal crown pun nampak malap-malap je la. Tapi kalau korang sendiri pergi ke sana, rasa macam unik royall crown ni. Kat Istana Bukit Serene je ada tau. Selepas settle melepak depan Istana Bukit Serene, maka berangkatlah kami untuk rehat dan beradu. Penat weh. Iskandar pun 2 kali lelap dalam kereta.

Esok pagi tu bangun, breakfast kat hotel. Tak best juga breakfastnye. Pasrah sungguh! Lepas je breakfast, bawa Iskandar pergi swim. Aktiviti wajib setiap kali menginap kat hotel. Iskandar suka sangat main air. Aku belikan dia pelampong leher masa travel ke Penang aritu, so setiap kali nak travel mesti bawa pelampung leher. Melompat-lompat la dapat main air. Settle mandi bagai, masuk bilik Iskandar plak tidor. Maklumlah main air kan sejuk, keja susu sebotol terus lena. Aku ngan hasben kemas-kemas beg. Iskandar bangun je, kul 12pm terus kita orang checkout. Taa...Taa Hotel Selesa, pasti kami tak kembali ke sini lagi. Tak  best! Nak check out pun leceh.

Lepas check out, perkara utama aku nak cari kat Johor Bahru adalah ... Roti Tok Ayah! Susah payah hasben gugel. Dah la nak mencari tu sesat bagai. Dengan jalan plak tetiba jem! Ades, senget-senget muka hasben den sebab stress ngan jem! Bakery roti tok ayah ni terletak di Bandar Baru Uda.

Alamat full ; 36, Jalan Padi Emas 2, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. (07-235 2299)

Gigih mencari. Roti tok ayah ni sedap. Lembut. Lagi sedap dapat makan panas-panas. Aku pun June yang bagi try. Bff aku ni orang JB so, dia tau la mana best. Yang tak syoknya tanya murtabak singapore dia taktau kat mana best. Hampeh kan ko June! hahhaha. Aku beli roti tok ayah ni 3 kotak. 1 untuk June dia order. Aku ngan hasben campur Iskandar sekali sekotak. Makan dalam kete je panas-panas. Sedap baq hang! Siap letak dalam kotak kek tu. Silap paham ingat kek plak. Hari tu aku beli yang sugar sahaja. Mula nak yang ada perisa ... rupanya kalau nak ada perisa, kena call dulu book. Sejam kemudian baru datang ambek. Manalah aku tau nak kena book. Yang sugar sahaja pun bolehlah! Harge korang boleh tengok dalam gambar kat bawah ni ye. Kalau tengok bakery ni biasa je pun, tapi yang datang beli bukan main ... gaya-gaya mak datin pun ada. Boleh tahan. Rupanya dorang ni dah book siap2, mai amek and bayaq ja.


April nanti Inshaallah aku pergi JB lagi, so Roti Tok Ayah, wajib ku terjah....harap-harap hasben aku sudilah bawa aku beli roti ni nanti. Dah jatuh cintan sat! Apa kerap sangat pi Johor ni? ha ha ha. Citer JB yang ni pun tak habis lagi ni ;p

Next location Kota Iskandar. Part 4 plak ye. Nanti aku story ... harap Kota Iskandar ni part akhirlah! he he he.

Happy reading ya!

2 comments:

  1. Salam ziarah.
    Saya sesat sini datang dari blog Kak Aziela.
    Nak beritahu.
    Gambar di atas datang daripada blog saya.
    Harap maklum.

    http://zouldahanblog.blogspot.my/2015/02/aku-di-pintu-utama-istana-bukit-serene.html

    Selamat datang ke Johor Bahru.
    Home for Southern Tigers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terima kasih ziarah di sini. Salam perkenalan.
      Saya pinjam gambar ya. Seronok dapat melawat ke Johor.

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!