Sunday, December 29, 2013

SARAPAN YANG RINGKAS

Assalamualaikum ...



Settle update entry ini ... terus aku masuk dapur siapkan breakfast untuk hasben. Masak simple-simple je. Kang nak masak untuk lunch pulak. So, tak nak la terlalu heavy sangat makan. Sikit-sikit udah. 


Cucur ikan bilis cicah kuah kari semalam. Panaskan dulu la! Jangan makan kari basi plak ... kang sakit perut. Lepas tu untuk minuman aku buat jus orange campur ESP (rujuk sini untuk kebaikan ESP). Kenyang!

Settle breakfast, rehat kejap terus masuk dapur balik siapkan lunch pulak. Hari nie lunch awal sebab nak balik kampung ;=). Selalunya kalau tak kemana-mana, kitaorang lunch kul 2.00pm. Lewat sket la, lepas habis lunch baru fikir nak jenjalan.


Okehlah, nak siap-siap balik kampung. Jumpa lagi yek. Hari nie terajin sket ... dah update 2 entry! Bravoooooooooooo!! Clap clap clap ....





CK : Dah settle pindah rumah semua, aku nak start baking balik ... dah lama tak membaking T___T

SPRINT CLEANING DI HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum ....


Semalam, tak plan ke mana-mana. So, aku dan hasben sibuk buat sprint cleaning dekat rumah. Mengelas, mengemas dan asingkan barang-barang yang sebenarnya adalah sampah. Aku kan jenis suka menyimpan itu ini. Kotak kasut kasut kosong aku simpan dekat lebih 20 kotak. Susun cantik-cantik sebab nak buang rasa sayanglah sangat. Manalah tahu kot nanti-nanti nak guna. Dulu aku rajin guna kotak kasut tu untuk isi barang pos kat mak di kampung.

Kemas punya kemas... dari dapur ke bilik, dari bilik ke dapur ... ternyata aku simpan selama nie adalah sampah yang sarat kat rumah sendiri. Tak nampak macam sampah sebab aku dah susun cecantik. Sampah mana ada yang cantikkan? he he he .... alasan alasan! Bila dah berhasben nie, dia suruh buang semua yang tak guna tuh, aku plak .... "jangan buang ... kite hantar recycle, nanti dapat gak beli roti canai 2-3 keping!".

Sebelum start mengemas ... siapkan breakfast dulu. Pagi semalam hasben nak makan kuewteow kerang. Pulun bangun awal, masak dulu. Pastu siapkan air buah untuk hasben. Atas faktor-faktor kesihatan hasben aku dah kena minum air tak bergula skang nie. Pepagi nak pergi keje pun aku blend air buah kat dia campur dengan ESP (Energizing Soy Protein Shaklee). Sedap ... sedap ... promo sket yek, kalau korang minum ESP nie blend dengan buah (epal hijau, orange, tembikai dll) perut korang akan cepat kenyang, badan tak letih dan sistem pencernaan adalah lebih baik. Pagi2pagi bangun tidur terus membuang. Hari-hari tau ... ;=)! So, bila membuang hari-hari badan akan jadi lebih sihat sebab takdelah nak simpan toxin dalam badan.

Stop promo. Sambung sprint cleaning yek ... he he he. Hasil dari sprint cleaning semalam. Berlambak sampah cantik aku buang (dalam hati sedih sket nak buang kotak-kotak tuh...)


Korang tengoklah ... ini baru sikit neh. Dengan kotaknye .. tin .. botol plastik, semua aku simpan. Aku kan jenis suke simpan barang recyle neh. Dah rasa semak rumah tu, kemas pastu hantar kat pusat recycle (Pusat Kitar Semula) Alam Flora dekat Presint 9. Sampah yang boleh dijadikan uwang. Asal barang jadi duit ... hehehehe. Kalau korang nak tau aku simpan semua kotak nie hampair 4 tahun .... ngeee ngeee....ngeri tak bunyi dia. he he he. Nampak sangat aku nie jenis penyimpan tak bertempat!



Lepas kemas dan packing, start masak untuk lunch pulak. Pagi dah goreng kuewteow kerang. Lunch aku masak simple je. Nak habiskan stok dalam fridge. Tengok dalam gamabr tuh, kuewteow aku memang berlambak dengan kerang. Biar senang hati hasben makan. Utk hasben aku up dengan telor goreng mata kerbau (kenapa mata kerbau yek? bukan lembu ke ... zirafah ke? gajah ke?). Pastu dengan jus buah epal + esp! Nyum ... nyum!

Lunch plak, aku masak sayur kangkung goreng belacan, kari ikan kembung (baik punya ... guna rempah basah-homemade), ikan pekasam dan ikan kembung goreng (takde dalam gambar ...). Sekarang nie, aku masak nasi untuk hasben ... untuk sekali makan je, no tambah-tambah. Nasib baik lah dia nak dengar dan ikut cakap aku. Aku sebanarnya nak turunkan berat badan hasben, tapi aku rasa berat aku plak yang naik sebab dok temankan dia makan. kah kah kah kah ....

Selesai lunch, terus aku siap nak hantar sampah cantik ke pusat recycle. Hasben plak tolong basuh pinggan. Alhamdulillah, lega rasa hati aku. Ringan sket keje bila hasben nak tolong. Walaupun tak selalu dan tak kerap sangat, tapi aku amat menghargai bila hasben tolong aku kat rumah. Kadang bila dia rajin, dia basuh pinggan ... sidai kain, kemas bilik tidur. Itu pun aku rasa dah cukup baik dan bersyukur sangat. Bab sidai kain aku la selalu minta tolong hasben, sebab kadang tak sempat nak buat 2-3 kerja dalam 1 masa. Thanks ye hasben. Saya sayang awak sangat!



Sampah yang hampir penuh satu lift. Bila terjumpa jiran, dia tanya nak pindah rumah ke? Ngeh ngeh ngeh .... Bukan pindah rumah wahai jiran, tapi nak luaskan pemandangan dalam rumah tu. Semak!


Hah kau, penuh seat belakang! Dah macam lori sampah dah. Eh, bukan ... kereta sampah. he he he he. Lepas tu, hasben nasihatkan aku lepas nie janganlah nak simpan barang-barang banyak camnie. Eh, perempuan kan memang camtu ... kadang sayang tak bertempat. heheheheh. Setetle semua, hasben meneruskan pemanduan ke pusat recycle. Kita jual semua ... asal barang jadi wang!!


Hasil jualan sampah cantik yang aku dapat sebanyak RM11.24. Okehlah tu kan. Boleh la nak beli ikan kembung ke ... ikan sardin ke ... sekilo! Tak pun makan roti canai kat restoran mamak. Hasil titik peluh di rumah sendiri. Ni, nak buat sprint cleaning kali kedua plak. Kasi clear semua yang ada. Settle menjual semua barang recycle nie, pergi plak office kawan hasben dekat Sepang. Lepak dari kul 5pm sampai 12.30am. Hebatkan! Sampai kebas bontot aku ... kebas + lebar bontot sebab duduk je! Lelaki kalau jumpa kawan lupa sekejap kat isteri yang setia menanti ;=(

Panjang plak entry nie, lenguh tangan menaip. Kang sambung yek ... walaupun aku tenggelam timbul update belog nie, aku harap korang setia bertandang. Cheeewaaaaaaaaaaaah! Nak pi siapkan breakfast kat hasben jap ;=)





CK : Potang nie balik kampung omak mertua laie ... ;=) makan makan la jawabnye, terus jadi bam bam!

Friday, December 27, 2013

CARA MENGEMASKINI MAKLUMAT BAGI PERMOHONAN BR1M 2014

Assalamualaikum ...



Sesape yang layak dan belum mendaftar untuk permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) silalah berbuat demikian dengan kadar segera. Yang aku nak cerita nie bagi yang telah dapat BR1M tahun sebelum ini dan perlu mengemaskini data-data dalam permohonan BR1M berkenaan. Nak dimaklumkan kepada korang bahawa, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan BR1M terus ke akaun bank penerima. So, paling penting kena update maklumat bank penerima dan no. akaun bank sekali ye.


Untuk kemaskini maklumat-maklumat dalam permohonan BR1M sebelum ini, sila klik laman http://www.hasil.gov.my. Okeh, dah klik kan?


Bila dah klik akan keluar interface macam dekat atas. Kemudian korang klik BRIM 2014 yang tulisan kaler merah tu. Aku dah tolong bulatkan dah untuk korang supaya nampak lebih jelas ...ngeee ngeee


Bila dah klik BR1M 2014 tu, akan keluar gambar macam dekat atas nie. Korang masukkan no. Mykad dan tarikh lahir, pastu klik dekat KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0

Then klik dalam kotak dalam bulatan (yang tak macam bulatan tuh) maklumat mana yang korang akan update. Bila dah klik akan keluar row untuk korang update maklumat berkenaan. Update bagi betul-betul ye. Kang tak masuk duit jangan nak salahkan LHDNM plak. Salahkan diri sendiri dulu sebab bagi maklumat salah.

Yang penting masukkan maklumat bank dan no. akaun bank ye. Pastu no. telefon jika dan bertukar kepada no. baru. Bila dah settle kemaskini segala maklumat, ini pula akuan pengesahan (seperti bulatan biru). Masukkan kod pengesahan yang wujud kat situ, then last sekali klik KEMAS KINI

Kalau nak boleh cetak sekali untuk simpanan. Rasa aku sape yang update online tak perlu dah kot hantar borang manual dekat LHDNM terdekat. Dah online kan, buat apa2 susah-susah pergi cari LHDNM plak.

Nak maklumkan juga, kemaskini maklumat ini tidak melibatkan status perkahwinan dan maklumat ini rumah. Kalau korang nak kemaskini maklumat status perkahwinan atau maklumat isi rumah, suka tak suka korang kena juga hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.


Itu ajelah aku nak share. Tunggu hasben pi solat Jumaat, isteri plak gigih amek masa update blog!




CK : Tanpa kata .... he he he

HUJAN DAN MEE SEGERA

Assalamualaikum ...


Petang semalam, hujan melanda Putrajaya dengan lebatnya. Sejuk! Stay at office pun rasa macam nak beku. Bila hujan je, permintaan hasben selalunya ada perkara yang sama. Haipss .. jgn fikir bukan-bukan ye. Bukan 18sx neh ...

On da way balik rumah dari office semalam, hasben dah request nak makan mee segera ... senang cakap maggi.

"Hujan-hujan nie kalau makan maggi kari sayang masak ... sedap neh!" .... ayat penyata hasben petang semalam. Kadang baru je masuk kereta, hasben dah tanya nak masak ape malam nie? Jenuh kepala fikir. Dulu time bujang, balik keje tidur dulu kejap ... makan ke tak makan perkara no. 2. Sekarang tak dapat la ....


Sekuali aku masak maggi kari semalam. Hujan dan maggi seolah tak dapat dipisahkan. Permintaan hasben aku dikala hujan ini ajelah ... aku pun tak tahu kenapa nafsu makan hasben terdorong ke arah maggi kala hujan lebat dan sejuk yang kronik neh. Maggi boleh memanaskan badan gamaknya kot??

Tapi balik keje semalam takdelah aku terus masak maggi neh, sampai je aku bantai tidur dulu ... pastu bangun kul 7.30pm, baru lah terhegeh mandi dan solat maghrib. Baru aku tahu, penat juga jadi isteri berkerjaya dan dalam masa yang sama jadi surirumah ... mencabar juga! Moga aku mampu jadi isteri yang baik hendaknya ....







CK : Lepas dinner aku sambung tidur .... ngantuk tak habis2. Penat tak hilang, hujung tahun banyak pula kerja kat office.

Tuesday, December 24, 2013

ACARA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU 2014 DI PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...



Ambang 2014 Putrajaya
Tarikh 31 Disember 2013
Lokasi di Dataran Putrajaya Presint 3, Putrajaya
Artis : Dato' M.Nasir, Dato' Hattan, Dato' Jamal Abdillah, Ella, Amy Search dan ramai lagi!
Jemput datang memeriahkan!


Putrajaya Inter-Park Ride Sempena Ambang 2014 Putrajaya
Lokasi Taman Pancarona, Presint 18, Putrajaya
Tarikh 31 Disember 2013
Masa Pendaftaran : 7.30pm-9.00pm


Putrajaya Lighting Festival 2013
31 Disember 2013
Masa 7.00 malam hingga 1.00 pagi
Dataran Putrajaya







CK : Kena temankan hasben keje malam tahun baru ... waaawaaaa...takleh melepek kat rumah.

Sunday, December 22, 2013

ASTRO @ ASTERUUUUK??

Assalamualaikum ...



Astro skang nie macam h*ram! Serius ... aku dah naik menyampah dengan Astro nie. Servis teruk giler. Semalam lagilah buat aku bara, ntah kenapa satu channel pun tak keluar gambar. Astro plak asyik call nak suruh tukar decoder. Kalau tukar decoder, harga pakej pun akan naik sekali. Aku ambil pakej paling basic sebab memang dah tau jarang dapat tengok TV, melainkan kalau sepenuh masa lepak kat rumah masa weekend. 

Aku ni dah la ada 2 akaun astro. Satu dekat kampung ... untuk mak ayah aku. Lagipun, mak aku suke sangat layan Astro Oasis, so tak sampai hati la nak terminate. Bagilah mak ayah keselesaan layan citer-citer best la sangat kat astro tuh. 

Aku bukannye taknak tukar decoder tuh ... tap kadang aku rasa cam bazir je, bila tukar decoder ... caj naik tapi service tetap jga macam tuh. Tak upgrade langsung. Asal hujan ribut petir bagai ... terus service unavaiable! Tak ke sakit hati. Aku sampai terfikir baik tengok je TV1 sampai TV9 tu ... free je kot. Namun, memandangkan sekarang nie hasben suruh aku sabar je ngan astro nie, maka aku sabarlah juga. Ikut hati, buang duit je kot bulan2 bayar asteruuuuk sampai RM50 sebulan. Baik simpan je. 

Tunggulah ... nanti terminate asteruk tu pastu langgan unifi! Ok kot unifi neh .... agak2 ok tak?? ngeh ngeh ngeh.




CK : Rumah tak habis lagi kemas, bersepah macam tongkang .... nak pindah nak pindah ... letih bebenor nak mengemas.

Tuesday, December 17, 2013

KEYWORDS YANG MENARIK

Assalamualaikum ...


Pembaca nie kadang-kadang suka mencari info yang agak pelik. Ada sahaja yang mereka suke untuk google. Zaman serba canggih sekarang nie tak susah pun nak cari info. Asalkan ada pc, laptop ... tab dan yang penting ada talian internet. Maklumat di hujung jari, senang dan mudah mendapat apa yang dicari. Kadang ada juga yang pemalas guna kemudahan dan kecanggihan teknologi untuk manfaat sendiri. Semua benda nak tanya. Dasar pemalas! Meh, layan keywords yang menarik untuk aku kongsi dengan korang. Menarik untuk aku ... he he he

Kisah adik puan. Aku tak pasti kisah adik puan mana yang dicari. Kisah apa? Adik puan nie lelaki ke perempuan. Mesti pembaca nie google tentang adik kepada boss perempuan dia. Mungkinlah. Tapi macam kelakar pula google keyword macam nie.

Lepas nie kalau nak tahu kisah sesiapa, ko google je yek! Sonang kojer ko. Tapi pastikanlah ... adik kepada puan kau tu artis, ahli sukan ke ... politician ke ... senang cakap public figure. Mesti kisah dia bersepah-sepah sana sini. Ish ... dasar menyibuk hal orang la nie sampai tahap google camnie. Apalah ...
Memanjakan lelaki?? Wah wah wah ... bersungguhnye ko cari ilmu nak manjakan lelaki ye. Bila keluar keyword macam nie terus aku terfikir, "pernah ke aku bagi tips memanjakan lelaki ... tak pun tips memanjakan suami?? Pernah ke tak ... pernah ke tak ...ish ish ...". Lepas nie aku plak nak google tips memanjakan suami ... tak pun memikat hati suami! Aku pun nak manja dan pikat hati suami gak. keh keh keh.

Mestilah perempuan yang sedaya upaya mencari tips memanjakan lelaki nie. Kalau lelaki mesti dia dah google tips memanjakan perempuan ... memanjakan wanita ... memanjakan isteri ... tak pun tips memikat hati isteri. Ye tak?? Apa-apalah korang, asalkan berbahagia.

Kehidupan di umur 30-an. Keywords nie menarik je untuk aku.  Aku dalam umur 30-an ... sesuai kot bagi share ilmu. ngeh ngeh ngeh .... Kehidupan nie, umur mana sekali pun ... kalau kita bijak mengendalikan, menguruskan dan merancang dengan baik, In Shaa Allah baik juga jadinye. Cuma bagi aku dalam umur 30-an nie, satu tempoh yang boleh menjelmakan kematangan dalam diri kita. 

Dalam tempoh umur ini, kita sudah ada family ... aset ... tahap ekonomi diri dan keluarga yang stabil. Kadangkala, bukan senang nak harungi umur 30-an ... nak-nak wanita yang hidupnya masih sendirian. Macam aku sebelum nie. Macam-macam cemuhan mulut manusia kepada wanita yang berumur 30-an tapi masih single mingle neh. Ada je fitnah sana sini. Benda yang takde diada-adakan. Benda yang ada diburuk-burukkan dan menukar kebenaran. Ermmmm ... macam-macamlah. Aku dah lalui. So, aku dah rasa ... betapa kadang2 jahatnye mulut manusia memandang wanita yang lewat berkahwin atau belum kahwin di mata mereka. Mereka takkan berbalik kepada Allah swt dalam hal ini bahawa jodoh itu rahsia Allah swt. 

Untuk wanita-wanita kat luar sana, kalau masih belum berkahwin di usia 30-an, teruskan berdoa ... berusaha dengan cara yg Allah izinkan adalah baik, tapi berhati-hatilah takut orang mengambil kesempatan pulak. Solat istiqarah adalah yang sebaiknya sebelum buat keputusan. Perbanyakkan solat hajat agar Allah swt menemukan diri kita dengan jodoh yang baik, beriman, bertanggungjawab, penyabar dan penyayang. Yang penting bukakanlah hati kita untuk menerima cinta dan kasih sayang yang Allah akan hadirkan dalam diri kita. Bersedia ... 

Opsss ... termelalut. hikhikhiks ... okeylah aku nak pi rehat jap. Penat baru balik dari travel. Nanti sambung citer lagi yek. 




CK : Aku dah makin gemuk skang ... sendat kain baju. Erghhh ... sabor ajelah!

Sunday, December 15, 2013

MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA

Assalamualaikum ...


Sejujurnya aku memang merancang untuk mendapat baby awal, memandangkan usia aku bukannya lagi muda. Bukannye aku diijabkabul pada usia 20-an tetapi usian 30-an. Alhamdulillah, tetap ada jodoh dari Allah swt. Syukur!

Dan dengan itu, aku sentiasa berdoa dan berharap untuk mendapat zuriat secepat yang mungkin. Doakan aku ye. Kurang2nya mak ayah aku sempat lihat cucu dari anak dia yang terakhir diijabkabulkan ini ;=). Aku bukannye lagi mude, lagipun rasa cemburu melihat orang lain yang ada baby semakin membuak dalam diri aku. Walaupun aku tak tunjuk sangat, tapi rasa cemburu tu tetap ada. Rasa geram dan macam nak geget geget baby comel yang tembam. 

So, aku pun merajinkan diri untuk google bagi mengira waktu subur seorang wanita. Ilmu! Masa mula kahwin aku harap, aku bunting pelamin macam adik bongsu aku. Tetapi dah masuk bulan kedua, masih belum ada tanda-tanda kehamilan. Sedih sikitlah, tapi wajib bersabar dan berdoakan. Tak semua kita mendapatkan sesuatu itu dengan mudah. Sabar adalah benteng ketahanan diri menghadapi masa depan.

Akhir-akhir ini aku kerap mencari ilmu mengenai cara untuk hamil dengan cepat dengan cara mengira waktu subur wanita. Aku copy paste je tau info nie sebagai ilmu untuk aku dan dikongsikan dengan korang yang mempunyai hasrat macam aku juga. Terima kasih kepada pengkongsi info ini .... jom baca sampai sudah!


**********************************************

Masa subur pada wanita adalah sebuah kitaran menstruasi atau yang biasa juga disebut dengan istilah haid, dimana pada masa subur tersebut akan terdapat sel matang pada wanita yang siap untuk dibenihi, sehingga apabila seorang wanita melakukan hubungan intim, maka kemungkinan akan terjadi kehamilan.

Bagi seorang wanita yang tengah merancang kehamilan, maka mengetahui masa subur ini tentulah sangat penting. Dengan diketahuinya bila masa subur bagi seorang wanita yang hendak mendapatkan keturunan, maka tentunya dia juga sudah dapat merancang bila waktu tepat melakukan hubungan intim dengan suami. 

Pertama, apa yang kita mesti faham adalah mengenai kitaran haid. Mari kita belajar tentang cara menentukan waktu-waktu subur wanita, bagi memudahkan proses kehamilan berlaku. Berikut hanyalah  gambaran bagaimana cara mengetahui ciri-ciri wanita subur, ada beberapa cara untuk mengetahuinya, namun tidak semua wanita mengalami hal di bawah ini. Apapun, sebagai hambaNya harus berusaha, berikhtiar selagi mampu.


Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita? 
Ada 2 sebab utama :
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Fahami Kitar Haid Anda
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri – ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.

Waktu Terbaik

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
Contohnya,  kitaran haid anda adalah:-

28 hari ~ maka 28-14 = hari ke 14 adalah hari subur

30 hari ~ maka 30-14 = hari ke 16 adalah hari subur

35 hari ~ maka 35-14 = hari ke 21 adalah hari subur

Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.

Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Cara Lain Mengetahui Waktu Subur


  • Terjadinya Peningkatan Suhu Tubuh. Masa subur wanita dengan siklus haid normal adalah hari ke-12 hingga hari ke-16 sejak haid pertama. Selain dengan menghitung secara kiraan, masa subur wanita dapat diketahui dengan adanya peningkatan suhu tubuh. Peningkatan ini terjadi bukan karena wanita sedang sakit, tapi dalam keadaan badan sihat seperti biasa. Peningkatan suhu tubuh yang terjadi adalah sekitar 0,2 darjah Celcius setiap hari selama 10 hari berturut-turut. Anda dapat meletakkan thermometer biasa di bawah ketiak setiap pagi untuk mengetahui peningkatan ini.
  • Cairan Serviks Mengalami Perubahan. Wanita pada masa subur memiliki cairan serviks yang mirip dengan putih telur, ciri-cirinya yakni cairan serviks cair, kenyal dan lebih jernih dari biasanya. Pada kondisi yang sedang tidak subur keadaan cairan serviks terlihat lebih kental. Kadang bahkan tidak keluar sama sekali.
  • Berghairah Tinggi. Ketika melakukan hubungan intim di masa subur, wanita akan terlihat lebih bergairah dari biasanya. Hal ini akan terjadi pada wanita yang selalu ingin melakukan hubungan di masa suburnya. Wajarlah, gairah meningkat bererti keinginan untuk melakukan hubungan badan juga meningkat.
  • Adanya Perubahan Posisi Serviks. Ketika sedang ovulasi (masa wanita subur), posisi serviks dapat dijangkau dengan jari. Sedangkan pada saat tidak berovulasi, posisi serviks ini jauh lebih ke atas, sehingga tidak dapat tersentuh. Untuk menguji hal ini, Anda dapat memasukkan jari Anda secara lurus ke dalam Miss V. Jika memang sedang dalam masa subur, maka Anda akan dapat menyentuh bagian ujung serviks, rasanya seperti bagian ujung hidung.
  • Payudara lembut dari biasa. Situasi masa subur ini hampir sama dengan situasi kehamilan, sehingga banyak sekali hormon yang berkumpul pada masa ini. Dengan begitu, payudara akan terasa lebih lembut dari hari biasanya.
  • Terjadinya Flek. Ketika masa subur biasanya wanita mengalami bercak-bercak darah yang tertinggal di celana dalam. Hal ini sering terjadi pada masa subur.
  • Perut Terasa Kembung. Di masa subur, anda mungkin merasa bahawa seluar dalam anda terasa sempit, meskipun tidak kekenyangan atau berat badan naik. Hal ini biasa terjadi kerana pada masa ovulasi ini tubuh sedang meyimpan air dalam jumlah yang banyak.
  • Menggunakan Test Kit Ovulasi. Ianya hampir sama seperti  test pack dalam pengujian kehamilan. Dengan menggunakan alat ini maka kesahihan bahawa anda sedang subur memang tak perlu diragukan.
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke-14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

Mengelakkan Mengandung Melalui Cara Kiraan

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari!), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang dinyatakan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri. Wallahu'Alam bissawab.
Sumber : DI SINI





CK : Semua orang ingin baby comel, sihat tubuh badan dan akal fikiran. Begitu juga aku, ada rasa dan keinginan yang sama

Saturday, December 14, 2013

BUSUK HATI

Assalamualaikum ...



Aku tak faham kenapa masih ada boss yang tua tapi bersifat busuk hati?
Ada sahaja perkara yang nak didengkikan dengan staff sendiri.
Walhal, pangkat dan gaji staff dengan boss ... beza melangit kot!

Dah tua-tua pun nak dengki, kenapa?
Kubur, mari-mari
Rumah kata pergi!
Tapi hati masih hitam legam.

Boss, kau kenapa ar??
Ada masalah jiwa ke??




CK : Sudah-sudah la nak mendengki. Ingat balasan Allah sama.

TAHUN DEPAN, HASBEN & AIRMATA

Assalamualaikum ...




Malam minggu, mesti ramai yang dating ngan family ... makan2 kat luarkan? Kami lepak-lepak je kat rumah di malam minggu. Plan nk tengok movie, citer Hobbit ... tapi kurang kerajinan pula. Maka,  sorang mengemas, aku le tu dan sorang lagi layan internet. Hasben la ... sapa lagi kan. Malam nie aku tak masak. Aku dan hasben dah makan Char Kuew Teow Mutiara kat Pasar Tani Mega, Presint 2, Putrajaya. Ada hari-hari tertentu hasben tak bagi aku masak. Dalam seminggu adalah sekali atau 2 kali dia suruh aku rehat dari masak. Thanks hasben!

Sambil mengemas, sambil borak ... citer itu citer ini, tetiba hasben aku buat ayat penyata yang menyentuh hati dia sendiri. Oh, hasben ... kenapakah? 

Hasben : "Tahun depan ... 2014, dah 10 tahunkan?"

Aku : "10 tahun ape?" - nampak sangat aku nie lambat tangkap apa yang hasben cuba luahkan.

Hasben : "10 tahun kite kenal ...."

Aku : "eerrrmmmmm ...."


Tetiba bila aku pandang muke hasben ... airmata meleleh kuar! Eh, nape plak hasben aku nie. Apalah yang buat hati dia tetiba tersentuh sampai keluar airmata. Lelaki pun manusia. Ada hati dan perasaan. Jadi aku tak pernah nak perlekehkan lelaki yang mengalirkan airmata. Lelaki pun ada perasaan sedih. Tapi, bezanya lelaki amat-amat jarang nak mengalirkan airmata tanpa sebab. 

Siang tadi, aku tengok kawan aku yg juga lelaki bergenang airmata dia depan aku. Malam, aku tengok hasben plak mengalirkan airmata. Mungkin ada sesuatu yang telah menyentuh hati mereka yang aku sendiri tak pasti kenapa?? Tidak pula aku ingin bertanya, sebab lelaki kadang kala bila wanita dalam hidupnya bertanya akan sesuatu yang dia sendiri tak berminat untuk berkongsi, jawapan yang akan diberi, "tak ada apa-apalah...."

So, baiklah bagi mereka masa untuk berkongsi cerita ... tak esok, lusa .... tak lusa, tulat ... pasti suatu masa mereka akan tetap bercerita dengan wanita dalam hidup mereka. Wanita hanya perlu sabar dan berusaha untuk faham. 



CK : 10 tahun tu lama ... sangat! Tak sangka masih ada jodoh untuk kita. Love u hasben!!

Thursday, December 12, 2013

ISTERI BERMALASAN - CHE TA - JOVIAN MANDAGIE - 11.12.13

Assalamualaikum ...



Hasben dah tidur, aku belum lagi. Sibuk basuh baju, minggu nie nak kena balik Seremban lagi. Senang cakap, every week den balik umah omak mertua. Bila balik rumah omak mertua den, diet ke lautlah lagi. Badan makin bulat. Macam belon kena tiup dah ... kembung!!

Malam tadi, aku malas bebenor nak masak. Baru sebulan lebih bertitle isteri, perangai bermalasan mula mendatang. Haish, baik halau jauh-jauh! Aku cuma malas nak masak sebab nak bagi hasben diet sket. Hasben aku tak boleh makan menu berat-berat cam nasi ke ... mahu dia tidur awal. Esok pagi dia bangun terus ngadu lapar lah, badan lemau lah. Kerana sayangkan hasben ku ini ... aku pujuk rayu agar menu dinner .. simple-simple udah le. Alhamdulillah, hasben termakan jua rayuan isterinya yang shomel ini ... soobsss sooobsss!

So, akhirnye dengan sedikit kerajinan yang ada ... isteri pun buat cucur ikan bilis. Okeh la kan, dinner dengan cucur ikan bilis. Lebih baik ada dari takde. Korang jangan tiru alasan isteri yang sedang cuba bermalasan ini. Sangat not good okeh. 


Gebu cucur yang aku buat. Cicah plak dengan daging masak lomak omak mertua aku buat. Siap tapau bawa balik Putrajaya tuh. Omak mertua aku kalau masak sentiasa berlebih-lebih. Sonang anak menantu dia nak menapau. Termasuklah aku.

Kerana hasben-n-wife dok sibuk ngadap cucur ikan bilis nie, dah terlupa dokumentari pasal Pondok Pak Ya yang terbakar di Padang Lumat Kedah pada tahun 1989. Siang dah ingat. Bila sampai rumah dah lupa. Melepaslah dokumentari tu. Harap ada siaran ulanganlah nanti. 

Sambil ngadap cucur, sambil dok sembang pasal Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Alhamdulillah Kak Ta kite dah jadi isteri kepada Zain.... Tarikh cantik tu dorang pilih, 11.12.13. Adik aku last year dia nikah tarikh 10.11.12. Tapi adik aku tu bukan artislah! Kebetulan tarikh berkenaan ada cuti. So, benda baik wajib dijalankan dengan baik juga. Selain Kak Ta dan Zain, Jovian Mandagie & Nina juga bernikah pada tarikh 11.12.13! Semoga kekal ke akhir hayat hendaknya.

macam princess dah Che Ta nie aku nengok ... mmg meletops lah!

Moga bahagia ....
Che Ta punya crown....dasat sangat!!

Nina nampak simple dan suweet sangat. Naik seri pengantin!!

Warna baju family Nina ... sama cam baju wedding aku aritu. Baju mak pengantin pompuan cantik la plak. Macam nak tiru je buat baju raya next year. heheheheheh


Apapun ... semoga berbahagia dunia akhirat buat mereka yang baru melangsungkan perkahwinan dan juga yang telah sekian lama mendirikan rumah tangga! Sayangi dan setialah dengan pasangan kita ... okeh!!





CK : Rasa nak sanding lagi sekali ngan hasben .... rindu time wedding arituh. keh keh keh



Thursday, December 5, 2013

MENU-MENU UNTUK SUAMI

Assalamualaikum ...



Kata nak jadi isteri solehah kan? Wajiblah masak memanjang .... nak bau syurga tak ... nak bau syurga tak? ga ga ga ga. Nasib baiklah aku tak terkejut sangat mendapat gelaran isteri yang dipertanggungjawabkan untuk masak. Ia bukan bermakna aku nie pandai masak sedar giler! Aku cuma tahu memasak dan masih dalam proses pembelajaran yang pasti dan In Shaa Allah akan berterusan selagi bernafas di bumi Allah swt dengan kesihatan yg baik. Masih banyak lagi ilmu masakan yang aku belum gali dan korek dan amalkan ... dan mendapatkan hasil yang superb, mabeles dan gorjes!

#entry nie macam panjang je, lap peluh dan sediakan segelas air sebelum meneruskan pembacaan ... hehehehe#

Aku ingat macam nak buat entry  bagi setiap menu-menu pada satu hari. Tapi disebabkan aku malas bebenor nak menulis blog sekarang ini ditambah pulak dengan sibuk menjadi isteri, baru aku tahu sibuk dan boleh tahan penat juga jadi isteri nie maka aku compilekan kesemuanya dalam satu entry. Nanti aku fikirlah apa entry yang akan datang pulak nak cerita apakan? Sekarang nie kite cerita pasal makan je. Sorry lah, dok tayang makanan kasi korang terliur sampai meleleh air liur. Menu takdelah best pun, simple-simple aje cuma tahap poyo tu je yang lebih. ha ha ha ha


Ini menu 2 minggu selepas bergelar hasben-n-wife. Hasben aku mengidam nak makan sotong goreng kunyit. Katanya dah lama tak makan. Kacang ajelah kalau setakat nak masak sotong goreng kunyitkan? Pejam mate dah siap kot ... ha ha ha. Menu nie aku belajar dengan mak masa kecik-keci dulu. Sebab tulah aku kata kacang sangat, bertahun dah aku masak cuma kadang sedap dan tak sedap je. hikhoookhikhooook. 

Then hasben nak upkan dengan masak lomak cili api ikan mabung yang dah siap rebus. Ini penangan pergi Pasar Tani Putrajaya yang serbagala mahal tuh. 3-4 kali hasben ulang alik dekat ikan rebus tu. Last-last aku cakap kalau nak makan beli je, kang aku masaklah apa yang dia nak. Apalagi terus dia sambar 3 ekor ikan mabung rebus. 2 ekor buat masak lomak cili api dan seekor lagi goreng jeeeeeee. Ikan rebus nie sedap lagi goreng tau, bila buat masak lomak ... isi dia macam keras sket, tak berapa best. Lepas tu aku upkan dengan fakchoy masak sos tiram dengan fishball. Sayur simple tahap malas. Manalah tak gemuk dan bambam hasben mak inchek skang nie! Bukan main mengadap makanan ....


Selepas itu, di hari minggu seterusnya ... hari Ahad kalau tak salah aku, hari selepas aku masak nasi lemak dengan sambal gorjes tu, ada saki baki sambal lebih yang aku simpan dalam fridge. Malamnye aku pergi ke majlis perkahwinan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Rajinikhan Batumalai & Marina dekat Hotel Royale Adelphie Seremban ... dapatlah 2 bijik telur rebus. Bawa balik aku mix dengan sambal gorjes nasi lemak tu. Maka jadilah sambal telur pulak. Pandaikan aku? ha ha ha .... sebenarnya malas! Nak juga menu mudah untuk lunch ....

Lepas tu buat kari ikan kembung (salah teknik, tak sedap plak kari aku ... tapi aku tengok hasben makan selamba je. mesti dia taknak aku kecik hati tuh), ikan bilis goreng (peberet hasben) dan ikan kembung goreng. Maka, makanlah hasben-n-wife dengan penuh selera. Lepas makan je dua-dua mata kuyu. Plan nak keluar jenjalan ... last-last 2-2 hanyut depan tv sampai potang. Apa pun tak bleh!

Nampak tak kicap mudim dalam gambar tu? Hasben aku sangat suke dengan kicap nie ... lemak lemak katanye. Tapi kicap nie kalau tak salah aku hanya dijual di sebelah utara sana je. Siap borong kot bawa balik Putrajaya. Kira kicap mudim nie menu wajiblah kat hasben.


Yang ni plak menu lunch Jumaat lepas. Hari Jumaat kan rehat panjang. Sementara menunggu hasben balik solat Jumaat, isteri dengan sukahatilah sangat memasak. Alasanye sebab malas nak makan dekat kafe. Akhir-akhir nie tekak aku tak boleh terima sangat dah menu kafe. Tak sodap la. So, aku cakap kat hasben, jangan makan kat luar lepas solat Jumaat. Balik makan dekat rumah, lepas lunch baru masuk office. Hasben bab makan setuju aje dia. 

Aku  buat ayam goreng berempah. Tak berapa menjadi sebab aku lupa print resepi. Main belasah je bahan-bahan buat ayam berempah nie. Lepas tu aku buat masak lomak cili api tulang ikan merah dengan terung panjang. Masak lomak lagi! Apa boleh buat ... den nie bersuamikan oghang nogori ... pi mai pi mai mesti hasben nak juga makan masak lomak cili api. Asalnye aku plan nak buat kari je sebab aku dah beli rempah basah kat kampung. Nak test sodap ke tak rempah tu. Sekali hasben cakap, "eh, tulang nie sedap juga kalau buat masak lomak cili api ..". Aku pun on ajelah. Ai tak kisah. Semua pun boleh je belasah. 

Aku buat masak lomak tu dengan terung panjang. Dah kahwin nie baru tahu hasben tak makan terung. Akulah kena makan terung tu sorang-sorang. Bukan dia tak makan langsung ... tapi dia memang tak suka sangat. Sampai tak terdaya aku ratah terus tu. Lepas nie kalau aku nak makan, beli sebiji dah cukup. 

Lepas balik dari solat Jumaat, hasben singgah dekat Cendol Borhan area Dengkil ... dekat dengan jalan nak masuk ke Taman Selatan dan Taman Cabaran Putrajaya tu. Sedap juga cendol jagung dia. Hasben siap beli 3 cup ... cendol durian dia aku tak berapa berkenan. Sebabnye aku spesis makan buah durian camtu-camtu je. Kalau durian crepe aku bleh telan!



Menu dinner malam tadi. Try test resepi omak mertua. Ikan tenggiri masak asam podeh dengan ikan kembung goreng cili api resepi air tangan omak mertua ku. Asam podeh tu macam tak berapa menjadi macam omak mertua masak. Percubaan. Haruslah tak seperti sifu kan? Sifu dah bertahun-tahun masak asam podeh, aku baru nak belajar. Hasben kata ... "bolehlah nie ... cuba lagi!". Nampak sangat kegagalan sedikit di situ. 

Lepas tu aku up dengan ikan stim goreng cili api. Peliknye la hai recipe neh. Ini pun omak mertua yang ajarkan. Yang  nie memang jadi macam omak mertua buat. Thanks omak! Ikan goreng kalau korang  nak jadikan dia sodap ....rebuskan dengan air yg sedikit dulu. Then baru goreng. Kena plak dengan nasi panas-panas .... boleh bertambahlah berat badan korang! In Shaa Allah .....

Dinner malam tadi menyebabkan hasben bertambah nasi 3 kali, last-last dia tertidur awal. he he he. Perut cekang sangat dengan nasi. Hasben aku kalau sodap benda yang dia makan ... diam je mulut. Takdelah tazkirah. Kalau masak tak kena sket, pasti dia akan komplen dan siap dengan ajaranye sekali. Aku nie mendengar dengan senyuman sambil mengunyah nasi dengan penuh gaya. ha ha ha

Sayur sawi goreng tuh main campak asal jadik je. Saja buat cukup syarat. Hasben aku kalau nak makan nasi dia nak seboleh-bolehnye ada 3 menu atas meja. Macam omak dia buat. So, aku pun kenalah belajar macam mana omak dia dah praktikkan zaman berzaman. 

Hye ... nasib baiklah dulu masak kocik-kocik aku selalu gak tolong mak aku masak ... kalau tak menggelabah jugalah nak masak untuk hasben. Mahu demam tak kebah-kebah sebab kejutan kehidupan ... he he he he

Fhuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ..... lenguh tangan menaip. Cukuplah takat nie. Nanti kite cerita benda lain plak yek. Selamatlah korang menatap gambaq makanan aku tuh!




CK : Aku pun semakin kembang macam hasben .... baru seimbang hasben aku cakap. Okeh, tak lawak la sayang!



Oh! NASI LEMAK SAMBAL GORJES

Assalamualaikum ...


Kemain tajuk entry aku. Gorjeslah sangat sambal ko kan? Aku rasa dulu aku dah war-warkan yang aku tak pandai langsung masak nasi lemak. Asal masak je, mesti nasi tu lembik ... tak pun mentah! Entah apa yg silapnye tak tahulah aku. Tension bila masak nasi lemak tak menjadi je manjang. Sampai tahap putus asa dah aku time tuh. Setahun gak le tak masak nasi lemak rasanya. Last aku masak nasi lemak, Krismas tahun lepas ... nie dah nak masuk Krismas 2013, kira dekat setahun jugalah!

But, satu pagi tu bila balik dari Penang ... aku check fridge, takda ape yang nak dimasak buat breakfast hasben-n-wife. Nak keluar makan, memang tahap malaslah. Lagipun hari minggu, better duduk rumah je. Boleh juga aku basuh dan kemas baju ke hape. Hasben memang ajak makan dekat luar, tapi letih melalui perjalanan utara selatan pun belum hilang, lebih baik belunjur kaki kat rumah .... selesa sket!

Pagi tu, yang ada cuma beras ... ikan bilis ... aku perasan ada sekotak santan. Ah, bolehlah nie try buat nasi lemak. Jadi tak menjadi no. 2 ... perut dah lapar. Perut aku nie memang biasa sangat, asal bangun je tidur, manjang bunyi minta isi! Tak reti nak sabor kadang tuh. Akhirnya aku pun mulalah masak. Ketang ketung ketang ketung kat dapur, maka siaplah nasi lemak sambal gorjes aku tuh!

Diet? Lepas kahwin nie ... rehat dari diet 2 bulan, tahun depan sambung balik diet. Itupun kalau tak preggylah!

Dekat 9.30am jugalah dapat merasai nasi lemak sambal gorjes nie. Mungkin masak dengan hati kot, tak sangka nasi lemak aku menjadi ... berderoi cantiklah daripada eksperimen2 aku sebelum nie. Kali nie langsung tak lembik dan jauh sekali mentah! Syabas utk diri sendiri. ha ha ha

Aku takdelah buat sambal ikan bilis pun. Aku buat sambal kosong plus bawang besau then ikan bilis tu digoreng garing. Ikan bilis gred AAA dari Pulau Pangkor, memang sodaplah. Takdenye nak gatai idung bila makan. Terima kasihlah dekat kawan yang sudi bagi ikan bilis mahal tuh. Murah rezeki awak nanti ye!

Sekali my hasben puji sampai kembang kecut hidung isterinye .... "sedap sambal nie .... boleh meniaga neh!". Boleh tahan pujian hasben aku. Tapi sambungan ayat selepas tu aku rasa tak boleh blah. Sekali hasben sambung .... "tapi nie kalau suruh buat lagi sebijik rasa macam nie, mahu bertahun baru dapat pulakkan ... he he he!". Baguskan lakik akak nie.....ayoooooooo

Resepi sambal untuk nasi lemak tu hasben aku yang bagi. Aku dengar dia borak-borak dengan BIL aku masa kat kampung. Siap bagi resepi kat BIL dia. Aku nie curi-curi dengar .... balik rumah je try buat. ha ha ha ... tak sangka menjadi. Walaupun curi dengar, aku dah minta halal dah resepi tu kat hasben. So, resepi nie dah halal dah ler.

Resepi sambal gorjes tu nantilah aku share. Lagipun sambal je pun .... maybe resepi sambal korang lagi sodap kot dari aku punya. kan kan kan?




CK : Naik penimbang, berat dah naik 5kg dalam masa sebulan! Hebak ar .... jaga laki dengan jaga perut sendiri same. Sabor ajelah!!




Wednesday, December 4, 2013

ADA PASANGAN SENDIRI, ABAIKAN PASANGAN ORANG LAIN....

Assalamualaikum ...



Terima kasih kepada blogger yang satu ini kerana up entry yang best je aku baca. Iktibar sangat untuk pedoman masa hadapan. Yelah, aku kan baru berumahtanggabatu
Jadi setiap perkara yang baik wajib dikongsi bersama.Sila baca. Blog blogger nie pun best juga. 
Sila terjah!


Semoga syurga dunia ini akan menjadi syurga di akhirat kelak. Ameeen....





CK : Saya sayang hasben saya!

Monday, December 2, 2013

HUJUNG MINGGU DI RUMAH OMAK MERTUAKU

Assalamualaikum ...


2 hari lepas beriya nak update blog .... haraaaam, langsung takde entry. Bukan salah aku. Haritu salah berukband, sekang nie lappy aku plak buat hal. Sedih tul! Macam-macam hal pulak sekang nie. Sajalah tu nak spoilkan mood aku. Tapi  takpelah, sabar .. sambil urut dada nafas turun naik. *grrrrrrr*

Hujung-hujung tahun nie, penyakit M aku semakin membesar terutama kalau kat office. Bila dok office, hati plak kat rumah. Bila kat rumah, hati kat bilik tidur *loolsss*. Sengalkan. Hati sekarang nie dah macam-macam. Sejak kahwin nie, rasa macam nak sambung je cuti sebulan lagi. Jadi surirumah sekejap. Kepala pun serabut, sebab majlis sebelah hasben belum buat. Sekarang nie baru nak settlekan barang-barang yang patut. In Shaa Allah, kalau takde aral melintang ... hujung minggu nie akan berlangsung majlis sebelah hasben. Kenduri kecik-kecik sudah. Janji settle semua, hati dah lega sangat. Dah boleh start fikir nak pindah rumah pulak. Start Januari tahun depan takyah lagi nak ulang alik sana sini. Banyak sangat rumah, leceh tu. Rumah sana nak kena kemas, rumah sini pun nak kena kemas. Mak incik nak rehat lagik! he he he

Kalau nak ikutkan aku kena buat entry 30 hari menjadi isteri. he he he. Tapi disebabkan lappy buat hal, tak dapat nak buat entry tu pada hari ke-30. So entry pun ikut sedap jarijemari nak menaiplah ye. Asal terfikir terus taip. Aku kan jenis suke taip cerita caca marba. Ikut suka hatilah katakan. Selit sikitlah 30 hari jadi isteri nie, weekend aku belum sepenuhnya berdua-duaan dengan hasben. Sedihkan? Tapi dalam sedih aku suke juga ... he he he ... jangan konpius ye. Setiap weekend aku balik rumah omak mertua. Rumah omak mertua den dokek jo. Sepelompap. 

Bila balik rumah omak mertua, dialah yang masak. Adui ... sodap cakap ko! Masak asam podeh omak mertua aku tuh, buat aku hadap nasi bukan dengan paksa tapi dengan rela hati! Anak menantu dok reramai makan jooo. Aku takdelah tunjuk skill memasak aku, omak dia dah chef handal zaman berzaman. Aku nie baru setahun jagung. Kang omak hasben golakkan aku, malu je. Baik aku buat keje potong memotong, siang menyiang, basuh membasuh takpun goreng ikan je! Amek part mudah je. Baru lagilah katakan ... he he he. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab Allah swt anugerahkan omak mertua yang baik, kelakar dan sporting juga. Mak aku siap pesan, walaupun omak mertua kenalah buat macam mak sendiri juga. Okeh faham mak.

*Tak sompek ambil gambar masakan omak mertua .... asal tengok makanan omak masak, perut terus lapar giler!*

Dulu, masa pi rumak omak mertua ... hasben aku siap cakap kat omak dia yang aku tak makan nasi sangat. Diet konon. Omak dia siap cakap "buek apo nak sekso perot tuh .... baik makan. Kang lapa susah, menggelupur!". Aku pun sipu-sipu ala perempuan melayu terakhirlah konon. Itu awal bulan haritu ayu, sekarang aku dengan omak mertua boleh golak berdokah-dokah dah! Aku buat lawak, kang omak mertua golak berayir mata. Sian omak ... dapat menantu ala sengal, comel cute nie! Sabar ye omak. 

Sekarang nie setiap hujung minggu takdelah aku masak dengan serius kat hasben, asyik makan kat rumah omak je. Kalau 3-4 bulan lagi macam nie, mahu badan naik macam belon. Ini pun dah macam belon kena tiup. Hasben ngan kengkawan cakap dah gemuk! Bukan salah aku gemuk .... omak mertua den masak sodap sangat, tak tertahan menahan nafsu makan! 

Apapun, aku dah risik resepi masak asam omak mertua yang buat aku makan nasi bertambah. Nanti aku share dengan korang .... itu pun kalau jadi sebiji cam omak mertuo den masak la. Banyak lagi ilmu masak memasak aku nak risik .... ilmu kat mak sendiri dah banyak dah risik, cuma ketupat palas je tak reti2 lagi nak buat. Apa punya anaklah .....




CK : Balik rumah omak mertua ke omak sendiri ke .... perasaan malas balik Putrajaya sangatlah menebal!

Friday, November 29, 2013

GURAU SENDA MANJA HASBEN-N-WIFE (BUKAN 18sx)

Assalamualaikum ....




Korang jangan salah anggap dengan tajuk entry aku. Ini bukan cerita 18sx ke hape. Ini Cuma gurau senda dengan hasben yang biasa-biasa saja. Kalau yang luarbiasa tu biarlah kami hasben-n-wife je yang tahuk.  Kah kah kah. Haippp budak-budak dok diam.

Hasben aku nie walaupun serius dan muka ce-nge (orang Kedah la kata) tapi dia adalah seorang yang kelakar. Sifat dia nie aku kenal sejak 8 tahun lopeh sampai la skang. Tak berubah. Camtulah dia. Kot dia buat muke serius, BFF aku pun malas nak tegur.  So, aku selalu la kena pujuk BFF aku tuh, “muka hasben aku memang garang tapi dia baik … ha ha ha ha!”.


Kerana sifat diri hasben yang suke buat lawak, pastu aku yang memanjang terkena … apa salahnye kalau aku pula kenakan hasben dengan cara yang terhormat. Sorry yek hasben! Gurau senda dari isteri je neh. Sejak hasben dah berjauhan keje dari aku, sejak itu jugak hasben selalu call aku. Bukan call cakap rindu ke hape. Tapi call minta nasihat camne nak buat ayat cun dalam surat rasmi, nak buat itu nak buat ini. Akulah kena membantu dia. Sebab selama nie dia bukan bertenggek depan pc 8 jam sehari macam sekarang. Keje dia dulu banyak jumpa orang. Surat tak banyak buat. Sekang nasib dia kena buat itu dan ini, sampai aku pun sekali menjadi ter’terror’ dengan urusan keje dia.

Bila time aku call hasben kat office petang-petang, aku akan dapat dialog macam nie …
.

Hasben : Waktu pejabat telah tamat pada jam 5.30 petang. Sila hubungi semula pada keesokan hari. Tetapi memandangkan hari ini hari Jumaat, sila hubungi pada haRi Isnin dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Tuuuutttt tuuuuuut:

Aku : Hubby tak yah buat lawak okeh …. Jom balik

Hasben : Ini office sila jangan panggil hubby, panggil hubby di rumah sahaja……hahahahhahah



Pastu dua-dua gelak! Camtulah hasben buat aku setiap kali aku call dia setiap 5.30petang. Adui, mula-mula dulu aku terkejut juga. Ingat mesin jawab call. Upernya suami sendirik! Aiyak! Petang nie aku plak kenakan hasben bila hasben call aku kat office tadi. Bila lagi kan nak kenakan dia …. Gurau senda hasben-n-wife moga bahagie hingga ke syurga Allah kan….



Hasben : Hello ….

Aku : Waktu pejabat akan tamat 10 minit lagi, sila hubungi semula pada hari Isnin kerana esok Sabtu pejabat bercuti.

Hasben : ........................(diam di hujung talian) kah kah kah kah ….. hubby ingat tersalah call pasaraya tadi. Dah macam kat Tesco je buat pengumuman waktu perniagaan tamat. Dah nak masuk 30 hari jadi hasben-n-wife nie, sayang dah pandai buat lawak macam-macam. Terserlah perangai pelik-pelik.

Aku : ha ha ha ha …. Tengoklah sapa gurunye….. Dah dah jom kite balik.



Itu je lawak yang mampu aku buat. Tu pun aku dok tengok perangai hasben. Sedikit sebanyak aku terikut dengan tak sengaja. Kadang hasben sendiri bengang …. Pastu mulalah cakap, “sayang nie dah macam-macam la, pelik tau!”.

Untung kot dapat isteri yang belajar buat lawak untuk hiburkan hati suami! Sila terharu ye hasben ku sayang. 8 tahun dulu tak jumpa perangai camnie. Dah jadi hasben-n-wife baru teserlah …. Hikhikhikhikhik……..



CK : Esok dah 30 hari ...... jadi suami isteri. Alhamdulillah