Assalamualaikum ...
Aku tak faham, kenapa orang suka persoalkan tentang kehidupan orang lain. I mean, hal peribadi la. Dia kahwin ke tak kahwin. Ada anak ke takda anak. Macam-macam hal lah. Dari orang tu takde boifren, sampai ada boifren sampai tahap dah putus. Tak pun tahap jadi suami atau isteri ... semua bendalah orang sekeliling nak persoal.
Ada masa aku naik pelik. Memasing yang dok cakap hal orang nie semuanya ada anak. Anak perempuan dan lelaki. Macam aku, bila orang persoalkan kenapa aku tak kahwin-kahwin lagi? Aku sendiri susah nak jawab. Serius, takda jawapan yang tepat untuk soalan tu. Kalau semua soalan tu objektif dan siap sedia dengan jawapan pun ... mungkin ko tanda satu pun betul, tanda semua pun mungkin betul. Atau sebaliknya.
Janganlah hukum macam kahwin lambat nie satu dosa. Bukan semua perempuan yang umur dia dah masuk 3 series nie tak kan kahwin sampai bila-bila. Maybe memang jodoh dia lambat. Bukan dia tak usaha. Dia dah kenal orang itu orang ini, tapi cinta tak kesampaian. Ko sape kan nak hukum bagai-bagai kenapa orang tu tak kahwin-kahwinkan? Atau memang dia dah sampai tahap berserah dah kat Allah swt. Redhalah mana jodoh yang datang, buat solat hajat dan istiqarah dengan doa agar dapat jodoh yang baik.
Buat yang belum kahwin, even dah masuk 3 series ... sampai masa korang akan redha juga. But bukalah hati luas-luas bahawa setiap apa yang Allah swt aturkan buat kita ada sebab dan hikmah di sebaliknya. Cuma kita kadang tak nampak. Sama ada kita dah tutup hati sendiri atau sebaliknya ....
Aku pernah dan masih melalui fasa kehidupan orang kutuk-kutuk aku. Asyik tanya soalan cepu emas perak dan gangsa. "Bila nak kahwin nie .... bila nak makan nasi minyak?" .... "Bila nak dapat kad jemputan nie ...?". Kadang rasa cam nak lempang, karate do ... taekwando ... silat gayong bagai kat orang camnie. Macam nak lipat kasi rapat je.
Itu perasaan aku masa tu. Dulu. Kadang malu pun ada bila orang tanya macam tu. Habis kuat aku senyum, tak pun aku cakap ... "Esok saya nikahlah ...!". Dalam erti kata aku nie masih berdoa agar ada jodoh yang baik dan sempurna utk aku. Tambah plak kalau ada kenduri kendara kat kampung. Makcik ... mak jemah ... mak ngah ... dan segala mak yang ada, sibuk dok tanya .."Bila lagi ... bila lagi ....!". Adoi, boleh migrainlah.
But hari ni, aku bersyukur sangat Allah lambatkan jodoh aku. Sebab apa aku bersyukur? Aku bersyukur bila abang dan adik-adik aku kahwin, aku boleh tolong mak ayah aku dan dorang time kenduri. Aku boleh ambil cuti awal. Aku tak payah nak minta izin sesape nak balik kampung. Aku boleh balik cuti lama sampai kenduri settle. Aku boleh tolong jagakan anak-anak abang dan adik aku bila dia orang memerlukan. Bab nie pun aku tak perlu minta izin sesape dan tak perlu nak bahagi masa dengan sesapa. So, aku boleh tolong dorang dengan senang hati. Hari ini baru aku nampak, apa yang Allah aturkan dalam hidup aku cukup cantik. Allah nak aku belajar dari pengalaman hidup berkeluarga abang dan adik2 aku. Banyak bendalah aku belajar. Cuma tak tahu lah pandai ke idak nie ... he he he
Walaupun apa yang aku tolong tu takdelah banyak ... tapi lebih dan kurang dapat juga aku membantu mak ayah dan adik beradik kandung aku. So, untuk sape yang masih belum ada jodoh tu janganlah stress. Usaha, Doa, Tawakal dan Redha. Memang diakui ada masanya hidup nie sunyi sebab kita takda pasangan. Nak buat itu nak buat ini sesama. Diakui kadang ada rasa cemburu tengok kengkawan. Nak nak bagi orang yang pernah lalui zaman bercinta ... macam aku. Lagi sadis hati nie tengok orang bercouple. Sentap mak! Tapi untuk legakan semua tu, baiklah doakan kebahagiaan mereka. Hati ko senang, hati dorang pun bertambah senang.
Sekarang nie, bila aku sedang melalui fasa-fasa untuk menjadi seorang isteri .... dalam kepala aku banyak benda yang aku fikir. Terutama ... mampukah aku menjadi seorang isteri yang dapat menjadi hati seorang suami dengan baik? Mampu ke aku yang sekian lama hidup sorang nie jadi isteri solehah? Mampukah aku menjadi sebaik-baik hiasan kepada seorang lelaki yang bernama suami?
#doakan kehidupan masa depan aku ....
CK : Aku harap semuanya dipermudahkan oleh Dia Yang Maha Esa. Mudahkan dan akhiri dengan kebaikan. Amin.