Monday, June 17, 2013

REUNION

Assalamualaikum ...



Kadang sesetengah orang berminat untuk jumpa kawan-kawan lama masa belajar. Jumpa selepas 10 tahun. Reunion. Ada pro and kontra bab jumpa kengkawan lama masa belajar. Zaman dah berubah. Ada yang dah kahwin dan ada yang belum cam aku.


Aku suka jumpa kawan-kawan. Tapi untuk buat reunion ... ramai-ramai, borak kisah lama kadang aku tak berapa nak minat. Tak tahu kenapa. Bukan tak sayang kawan-kawan lama. Memang sayang, tapi dalam situasi sekarang ... kalau buat reunion pun maybe aku akan rasa terpinggir. Sekarang nie geng-geng aku suruh aku handlekan satu reunion. Suruh memang takde masalah. Aku boleh uruskan antara cepat dan lambat. Cumanya aku sedih dorang tak pernah nak tanya kesibukan aku. Hal aku. Yelah, anggapan dorang ... orang bujang macam aku maybe takde komitmen sangat pun. Sebab takde anak. Dorang semua sibuk dengan anak ... dan aku tidak! Itu anggapan dorang.


Walhal, banyak benda lagi aku kena buat ... boleh dikatakan sepanjang minggu dan kadang setahun tu dah ada jadual tersendiri untuk kehidupan aku. So, kalau pilih tarikh yang tak kena dengan kelapangan aku, tak dapatlah nak join reunion tu. Bukan tak nak jumpa ... tapi, manusia yang belum berkeluarga macam aku tak semestinya hidupnya tak busy. Dan tak semestinya aku tak punya kehidupan aku sendiri.


Come on lah ... zaman belajar dah berlalu, so kita tak boleh nak treat orang tu sama macam dulu. Hormat perasaan orang lain. Aku tak suka orang anggap orang bujang nie tak busy .... hanya semata2 dia bujang.





CK : Sedih dengan ayat kawan-kawan sendiri.

3 comments:

  1. reunion..skrg cam mls nk g kalo ad sbb nak setaraf ngn kwn2 berjaya dlu bru g..kalo x combi ase cam malu even diorg ta pikir pape pon..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorang sume dah kahwin...cite bab anak2....tu malas nk jumpa.

      Delete
  2. hahah itulah...malas kdg nk imbau kenangan lalu....

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!