Saturday, June 1, 2013

AKIBAT SUKA TENGGELAM TIMBUL

Assalamualaikum ...




Hah, amek kau ... arini je aku cam balas dendam sat. Dok update entry je kat blog yang suam-suam kaki nie. Harap adalah yang sudi baca dan jenguk he he he. Macam korang tahu yang aku asyik tenggelam timbul je update entry ... akibatnya UV Nuffnang aku merundum!


Bayangkanlah dulu, blog aku boleh capai melebihi 800UV sehari hinggakan aku meletakkan azam serta niat untuk capat 1000UV sehari. Malangnya niat itu tak tercapai pun. Malah ia jatuh dengan teruk. Silap aku. Silap aku abaikan blog nie kerana menguruskan kehidupan peribadi yang biasa-biasa sahaja. Bukannya luar biasa hebat pun.





Tengoklah UV aku, dari 200 lebih ... naik 400 lebih kemudian jatuh ke 300 lebih untuk tempoh seminggu. Sedihkan. Tapi sekejap je aku sedih nie. Nanti aku akan usaha semula. Aku redha je dengan semua nie. Korang datang baca blog aku .. itu pun dah syukur sangat. Siap ada yang sudi tinggalkan komen satu dua tu pun dah buat aku senyum. Semua nie buat aku rasa nikmatnya jadi blogger. Kau tulis, kemudian ada yang sudi baca. Lagi baik ada yang sudi komen, biarpun kadang ada juga komen yang menyentap jiwa. Itu adalah adat sebagai blogger. Kalau tak berani dilambung ombak usahlah berumah di tepi pantai. Wah, falsampah sarap ko ye!



Tengoklah seminggu dua nie, harap aku mampu naikkan semula UV aku. Dapat 500UV sehari untuk tempoh seminggu nie, bolehlah aku usaha sampai lebam. Harap impian aku nak dapat 1000 UV sehari setiap hari menjadi kenyataan. Simpan niat!






CK : Terima kasih kepada korang yang sentiasa menjenguk khabar aku kat sini! Love korang sangat!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!