Tuesday, October 29, 2013

BAJET 2014

Assalamualaikum ...



Aku bosan bila orang dok gebang pasai bajet 2014. Yelah, setiap kali bajet mana nak puaskan hati semua lapisan rakyatkan? Ada yang untung ... ada yang tak dapat pape. Aku pun takdalah dapat untung sangat dengan bajet nie. Nak cakap lebih pun benda dah dibentang. Nak menerima sepenuhnya pun tak juga!

Tapi aku cam rasa sakit hati dengan orang yang dok  meroyan pasai bajet 2014 dalam FB. Hentam kerajaan kaw kaw punya. Wah ... dasar! Cam bagus je cara kau hentamkan. Hebat tul. Sampaikan ayat-ayat yang post dalam FB tu langsung takda satu pun kebaikan Kerajaan pada rakyat  Malaysia.


Terus aku terfikir, kejam giler tahap dewa ke kerajaan skang nie????



Najib cakap : Kurangkan manis dalam makanan dan minuman, tambahkan manis dalam senyuman. - yang nie aku tak setuju ... "semua nie buat barang naik rege ... grrrrrr!"





CK : Aku malas nak komen bab Bajet ....salurkan cara yg betul. Sonang!

Monday, October 28, 2013

REZEKI JARANG UPDATE

Assalamualaikum ...



Sekarang nie aku jarang sangat ... sangat update blog! Bukan malas. Tapi sejak aku dapat boss baru, mood kerja pun baru. Cuma aku bertanya bilalah immiadiate boss aku tu nak ditukarkan. Aku dah malas dah nak kerja dengan dia. Serabut dengan sikap buruk boss tu!

Aku update ibarat hidup segan mati tak mau. Nasiblahkan ... kadang ada, kadang takda. Nak-nak pulak time skang selain sibuk dengan boss baru, aku sibuk uruskan masa depan aku ;=) Lagilah masa nak update blog makin mengekang semacam je.

Tapi, Alhamdulillah ... walaupun jarang update tetap ada rezeki dari Nuffnang. Terima kasih Ya-Allah...ada juga rezeki. Bolehlah kumpul buat bekalan pi melancong tahun depan. Pi honeybulan. hu hu



Aku ada 3 cpuv yang berlonggok. Okeylah kan! Dah nama pun jarang update. Dapat 3 cpuv pun dah kira banyak ... kan? Aku tak tahulah masa depan blog nie camne. Cerita berlambak ada, tapi masa nak update tu makin menyempit. Gambar pun berlonggok aku ambek sbb nak buat story. Sudahnye tersimpan sebagai pekasam. Dasar tullah!


Apapun aku harap Nuffnang masih ingat kat blog aku untuk terus longgok cpuv dengan berlambaknya. huahuahuahua.....







CK : Semoga murah rezeki hendakNya.

Sunday, October 27, 2013

DIANA AMIR & HABIB BULLAH ... SELAMAT PENGANTIN BARU!

Assalamualaikum ....




Selamat Pengantin Baru ... Diana Amir & Habib Bullah. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga Allah! Damainye hati aku tengok gambar Diana dan suami.
Nampak tenang ... dan penuh dengan kebahagiaan.

Aku memang salute dengan perubahan diri Diana Amir ... mengharap suatu masa aku pun dapat berubah jauh lebih baik ke jalan Allah swt. Ameeeen.





Cantiknya ciptaanMu Ya-Allah!


"Bila lelaki itu serius dalam perhubungan, dia tidak akan curang. 
Percayalah, bila anda tinggalkan dia pasti akan mengalir air matanya."



CK : Seminggu lagi ....

Friday, October 18, 2013

SALAM RAYA YANG TERLAMBAT ... OKEYLAHKAN!

Assalamualaikum ....



Wajar dak aku ucap selamat hari raya aidil adha lagi? Bolehlah kot kan ... dari aku dok diam ja. Tak salah kan? he he he. Nak cerita pasai aidiladha, takda apa yg best. Aidil adha tahun ni mmg tak best sangat bagi aku. Sebab aku pagi-pagi lagi dah warded. Ni pun baru je kuar spital sebab tu leh update. Tapi, doc bagi MC seminggu. yeyeyeyeye.

Dok rumah rehat. Tengok tv. Tolong mak ayah. Owh, sangat heaven. Walaupun mula-mula aku terjatuh sakit, aku tertanya ... ujian apakah ini? Hari raya pulak tu. Namun aku redha, rupanya ada hikmah. Syukur sangat. Menurut doc, aku terkena jangkitan kuman. Perghh...pasti ini kuman jantan. Sukahati nak jangkit2 kat aku. Akhirnya aku dapat pakej 3hari 2malam di hospital. Nasib baik aku ada insurans. Galaklah sangat relakan diri dihospitalkan. Walhal ... masuk hari ke-3 aku jadi down. Lagi sakit adalah bila tengok orang sakit.

Sudahnya pagi semalam, terus aku buat muka kesian minta keluar. Rentetan cerita nape aku sakit .... later later lah cerita. Semua dah ada. Cuma takde kabel hp nak transfer. Malaslah nak taip 2-3 kali kan. Penat jari je.


Okeh...salam aidiladha untuk korang semua.....lap lap u'olls!




CK : Mood......macam-macam

Thursday, October 10, 2013

WAHAI PUAN .... TAHNIAH

Assalamualaikum ...


Wahai puan,

Jika puan selesa menjaja peribadi orang ... membuka aib orang, teruskan jika itu yang buat puan bahagia. Kalau itu yang buat puan gembira. Puan dah berjaya dalam segala agenda puan bertahun-tahun ini, tapi jangan lupa Allah swt itu Maha Berkuasa. Puan telah berjaya melakukan fitnah ke atas saya. Puan menganggap diri puan mulia dan penyelamat dunia. Hebat!

Semoga Allah swt merahmati puan! Saya hanya mampu sedekahkan Al Fatihah buat puan untuk menjadikan saya kuat dan tabah lalui ujian dan dugaan ini. Maafkan saya jika selepas ini tiada lagi senyuman buat puan apatah lagi teguran ... kerana saya tidak mampu menjadi manusia hipokrit. Tiada benci untuk puan di hati saya. Cuma saya akan mengelak dari kita bertembung lagi untuk buat hati saya bahagia dan tenang di bawah rahmat Allah swt.

Puan berselindung disebalik alim-alim kucing dan kata-kata manis, rupanya semua itu POYO! Terima kasih puan ... usaha puan telah berjaya. Cuba memisahkan apa yang dijanjikan Allah swt akan bersatu. Kuasa puan hanya sebagai manusia. Manusia itu cuma hamba. Kuasa puan tidak sehebat mana ... kerana yang Maha Berkuasa cuma Allah swt.

Puan, baik buruk yang kita lakukan di bumi milik Allah swt ini .... ada balasannya dari Allah swt. Jangan lupa tentang balasan Allah swt. 

Semoga puan senyum puas .... dan semoga puan tidur lena ...raikanlah kejayaan puan. Cuma, bangkai gajah takkan dapat disorok, lambat laun orang akan tahu jua.





CK : Sedih, bila hari ini satu persatu cerita terbongkar mengenai seorang hamba Allah ini memburukkan aku di belakang. Hanya Allah swt sahaja yang tahu perasaan aku. Tapi aku tahu, ujian ini akan menjadikan aku kuat dan tabah.

Tuesday, October 8, 2013

SEMANGAT YANG HILANG

Assalamualaikum ....



Tak tahu kenapa sekarang nie, susah sangat nak bersemangat. Lemau semacam je. Nak-nak malam aku asyik je nak demam. Datang office nak senyum pun susah. Tengok muke boss rasa nak lepuk semua ada. Tengok muke officemate yang bermulut longkang rasa nak sumbat je bola golf dlm mulut dorang! Memekak je. Asyik sembang ... sampai orang sekeliling pun menyampah. Benda dalam kain pun nak dicerita. Tak geli ker? Sangap sangat ke? Dah tu hal rumahtangga orang nak disibuk ... orang tu masak apa kat laki dia malam tadi pun ko nak tanya. Sah, spesis giler punya manusia. Benda-benda nie buat aku lagi hilang mood nak datang office .... bapak ruang dosa office aku nie. Semua sibuk cari bekalan makan akhirat .... esok2 boleh makan daging sedara sendiri!!

Neh blog aku nie, asyik tersadai je. Kejap update kejap biar bersawang. Bapak besar penyakit M dalam diri skang nie. Trip pergi Bandung berbulan lepas tu pun aku belum pun cerita dekat korang. Entah bila tahunlah nak cerita. Tadi, aku baru je book tiket pergi Indonesia lagi. Tahun depannya trip dengan kawan-kawan. Honeymoon trip kat Medan. Habis bengkok la, memang makan bercatulah lepas nie. he he he takpe .. aku cuba relaks. Catu pun catu lah, janji dapat travel.

Korang tau tak camne nak pulihkan semangat nie? Aku dah tak da mood nak buat kerja. Rasa nak tukar Jabatan lain adalah! 

Gambar nie takda kena mengena ngan entry ....ha ha ha






CK : Pagi tadi sebelum datang keje, sesudah Subuh aku baca Surah Yasin, pastu petang tadi aku dapat satu khabar yang buat aku gembira .... kemudian sedih! Namun, aku kena redha!

Monday, October 7, 2013

BRUNEI LEBIH TAKUT LAKNAT ALLAH

Assalamualaikum ...




CK : Malaysia bagaimana???

BILA DAH KAYA RAYA

Assalamualaikum ...



Dalam banyak-banyak aku dok borak dengan kawan-kawan yang punya impian nak jadi kaya raya. Semuanya berangan bila kaya raya nanti nak beli rumah banglo, nak kereta mewah , pergi melancong negara omputih yng tengok dlm tv mcm super best giler ... paling koman kawan-kawan aku cakap, "bila kaya nanti aku belanja ko makan!". Okeh bersyukurlah ingat juga dekat aku walau setakat nak belanja makan. Aku harap bila dah kaya raya betul, janji nak belanja tu ditunaikanlah. Setakat nescafe tarik segelas & maggi goreng ayam tanpa taugeh restoran mamak tu dah okeh. Janji ingat. Aku akan faham, orang kaya nanti mana ada masa lagi nak dok lepak lama-lama dengan kawan-kawan yang pernah dia kongsi impian dan harapan suatu masa dulu.  

Aku akan double happy bila korang kaya raya ... korang akan sedekahkan sedikit daripada kekayaan tu ... untuk anak yatim, surau, masjid ... tapi bukan setakat sedekah saje. Korang juga patut jejak kat sana selalu! Aku pandang skang bila kaya-raya, hanya replika cek sahaja sampai ... itupun setahun sekali, masa Hari Raya. Ya, orang kaya ... aku faham mereka sibuk!

Aku doakan korang kaya raya ... termasuk aku jugalah. Biar kita sama-sama kaya supaya takda manusia yang sombong. Normalnye, bila ada yang miskin dan kaya tu yang dok jadi sombong!

Pesanan untuk orang-orang yang dah kaya yang pandu kereta mewah di highway Utara Selatan tu, tengok-tengoklah sama kereta aku yang comel. Nak-nak aku yang comel nie. Nak laju pi mana ... tak payah nak highbeam manjang sebab aku pun bayar tol sama cam korang gak. Kereta murah ke kereta mewah ke ... rege tol tetap sama. So, takyah nak berlagak! Dan kereta kita pun sama-sama ada 4 tayar, bergolek atas highway yang sama. Peace ....

Untuk kawan-kawan yang bakal kaya-raya tidak lama lagi ... jangan contohi pemandu kereta mewah skang nie! Buruk benoooor, macam highway tu bapak dia yang bina untuk dia je!






CK : Apa yang aku merepek nie ...hahahhahahahah

Sunday, October 6, 2013

COMPLETE & FINISHED

Assalamualaikum ....










CK : Mood nak blogging ke laut je ... sama cam diet juga. Turun naik!

Thursday, October 3, 2013

BERHABUK

Assalamualaikum ...


Blog aku nie makin lama makin berhabuk
Sikit masa lagi akan bersawang

Jenuh memerah otak nak citer apa.
Citer ada, tapi nak mula cerita tu cam susah je ... hu hu
Inilah simpton2 yang wujud bila dah lama tak blogging ...


Nasib badanlah kan ... he he he


CK : Sibuk urus masa depan ... ;)