Monday, October 7, 2013

BILA DAH KAYA RAYA

Assalamualaikum ...



Dalam banyak-banyak aku dok borak dengan kawan-kawan yang punya impian nak jadi kaya raya. Semuanya berangan bila kaya raya nanti nak beli rumah banglo, nak kereta mewah , pergi melancong negara omputih yng tengok dlm tv mcm super best giler ... paling koman kawan-kawan aku cakap, "bila kaya nanti aku belanja ko makan!". Okeh bersyukurlah ingat juga dekat aku walau setakat nak belanja makan. Aku harap bila dah kaya raya betul, janji nak belanja tu ditunaikanlah. Setakat nescafe tarik segelas & maggi goreng ayam tanpa taugeh restoran mamak tu dah okeh. Janji ingat. Aku akan faham, orang kaya nanti mana ada masa lagi nak dok lepak lama-lama dengan kawan-kawan yang pernah dia kongsi impian dan harapan suatu masa dulu.  

Aku akan double happy bila korang kaya raya ... korang akan sedekahkan sedikit daripada kekayaan tu ... untuk anak yatim, surau, masjid ... tapi bukan setakat sedekah saje. Korang juga patut jejak kat sana selalu! Aku pandang skang bila kaya-raya, hanya replika cek sahaja sampai ... itupun setahun sekali, masa Hari Raya. Ya, orang kaya ... aku faham mereka sibuk!

Aku doakan korang kaya raya ... termasuk aku jugalah. Biar kita sama-sama kaya supaya takda manusia yang sombong. Normalnye, bila ada yang miskin dan kaya tu yang dok jadi sombong!

Pesanan untuk orang-orang yang dah kaya yang pandu kereta mewah di highway Utara Selatan tu, tengok-tengoklah sama kereta aku yang comel. Nak-nak aku yang comel nie. Nak laju pi mana ... tak payah nak highbeam manjang sebab aku pun bayar tol sama cam korang gak. Kereta murah ke kereta mewah ke ... rege tol tetap sama. So, takyah nak berlagak! Dan kereta kita pun sama-sama ada 4 tayar, bergolek atas highway yang sama. Peace ....

Untuk kawan-kawan yang bakal kaya-raya tidak lama lagi ... jangan contohi pemandu kereta mewah skang nie! Buruk benoooor, macam highway tu bapak dia yang bina untuk dia je!






CK : Apa yang aku merepek nie ...hahahhahahahah

1 comment:

  1. Haha..sebenarnya nk marah pasal kete kt hway ke apa ni..kihkih..sabo2.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!