Wahai puan,
Jika puan selesa menjaja peribadi orang ... membuka aib orang, teruskan jika itu yang buat puan bahagia. Kalau itu yang buat puan gembira. Puan dah berjaya dalam segala agenda puan bertahun-tahun ini, tapi jangan lupa Allah swt itu Maha Berkuasa. Puan telah berjaya melakukan fitnah ke atas saya. Puan menganggap diri puan mulia dan penyelamat dunia. Hebat!
Semoga Allah swt merahmati puan! Saya hanya mampu sedekahkan Al Fatihah buat puan untuk menjadikan saya kuat dan tabah lalui ujian dan dugaan ini. Maafkan saya jika selepas ini tiada lagi senyuman buat puan apatah lagi teguran ... kerana saya tidak mampu menjadi manusia hipokrit. Tiada benci untuk puan di hati saya. Cuma saya akan mengelak dari kita bertembung lagi untuk buat hati saya bahagia dan tenang di bawah rahmat Allah swt.
Puan berselindung disebalik alim-alim kucing dan kata-kata manis, rupanya semua itu POYO! Terima kasih puan ... usaha puan telah berjaya. Cuba memisahkan apa yang dijanjikan Allah swt akan bersatu. Kuasa puan hanya sebagai manusia. Manusia itu cuma hamba. Kuasa puan tidak sehebat mana ... kerana yang Maha Berkuasa cuma Allah swt.
Puan, baik buruk yang kita lakukan di bumi milik Allah swt ini .... ada balasannya dari Allah swt. Jangan lupa tentang balasan Allah swt.
Semoga puan senyum puas .... dan semoga puan tidur lena ...raikanlah kejayaan puan. Cuma, bangkai gajah takkan dapat disorok, lambat laun orang akan tahu jua.
CK : Sedih, bila hari ini satu persatu cerita terbongkar mengenai seorang hamba Allah ini memburukkan aku di belakang. Hanya Allah swt sahaja yang tahu perasaan aku. Tapi aku tahu, ujian ini akan menjadikan aku kuat dan tabah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!