Monday, January 13, 2014

HARGA EMAS 916

Assalamualaikum ...



Semalam lalu depan Tomei Alamanda, harga emas 916 hari ini makin turun. Segram dah RM137.00. Boleh dikatakan agak murah berbanding masa aku nak beli rantai tangan batal air sembahyang masa akad nikah dulu, segram RM150.00.

Dekat Habib Jewel agak mahal ... segram RM145.00! Aku tak tahu kenapa dekat Habib harga emas lagi mahal. Hasben aku sibuk2 nak beli emas sebab tengah murah. Dia kata nanti dah mahal apa pun tak dapat nak beli. Baik beli masa tengah murah nie, boleh juga melengkapkan apa yang ada.

Tapi, aku tak gemar sangat pakai barang kemas bersarat bagai. Kalau nak beli pun, semua nak yang kecik-kecik. Kalau yang jenis gedabak tu style orang-orang lame je.



CK : Nantilah beli ....

2 comments:

  1. tak pe macam org lama...simpan je dulu..nanti dah jadi orang lama boleh pakai..he he he.

    beli la sekarang. tahun depan atau 2 tahun lagi akan naik mencanak

    kueh

    ReplyDelete
  2. kat s.wan jewels lagi murah sikit kot.. aritu ada offer hujung tahun rm135. skrg x sure. hehe..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!