Saturday, January 11, 2014

MASAKAN UNTUK ANAK-ANAK

Assalamualaikum ...



Anak? Eh, baru masuk bulan ke-3 kahwin dah ada anak ... hu hu. Okeh, bukan anak sendiri, tapi tetap darah daging sendiri juga. Anak-anak buah je yang aku ada skang nie. Alhamdulillah ... ada jua anak walaupun hanya sekadar anak buah je kan. Syukur T__T. Buat masa sekarang, aku sibuk menjaga anak-anak abang aku. Itulah yang aku cakap penat sikit tuh. Bangun pagi pun awal sangat. Selalunya selagi jam tak menunjukkan 6.45am, takdenye aku nak bangun. Sekarang nie, 5.00am dan kena kebil-kebilkan mata dan terus masak .... Tanggungjawab ibu, suatu masa nanti In Shaa Allah aku akan lalui jua.

Hari nie cuti, aku memilih untuk lepak kat rumah je. Malas nak ke mana-mana. Hasben pulak balik kampung sebab ada wedding dan juga mesyuarat surau. Sian, hasben kena balik sorang. Sejak bergelar isteri, inilah pestime hasben balik kampung dia sensorang. Takpelah, isteri nak menjaga anak-anak yang ramai kat rumah. Malas nak beriuh rendah kat rumah omak mertua. Kat sana pun dah ramai cucu. Kang kesian plak omak mertua aku nak melayan lagi.

Dah dok rumah kenalah masak. Mood memasak biasa-biasa je. Sebab sibuk basuh kain, layan anak-anak buah aku, buat breakfast sampai 2 kali lagi. Biasalah anak-anak buah aku memang kuat makan sket. So, asyik melayan masak ajelah. Lunch tadi pun aku masak lambat, kul 2pm baru masuk dapur. Yelah, dorang dah makan jam 9.30am dan 11.30am ... so, memang kena lunch lambat la. Untuk lunch aku masak simple je. Tahap malas. Badan ni memang nak rehat je. Nak tido, sebab seminggu ni memang tido sangat tidak cukup.

Kualiti gambar tak memuaskan .... pakai hengpong je 

Lunch, aku masak spaghetti bolognese yang simple-simple je. Tak cukup pedas dan tak cukup masam. Sesuai untuk kanak-kanak. Anak buah aku umur 11 tahun, 6 tahun dan 3 tahun. Termasuk aku sekali kena makan menu kanak-kanak nie. Takpelah, janji kenyang. Rezeki jugakkan....

Anak-anak buah aku asal bangun tidur je terus tanya aku nak masak apa? Kita nak makan apa? Nasib baik dorang nie bab makan tak banyak sangat karenah. Cuma jangan letak sayur je. Sayur yang dorang makan cuma carrot. So, carrot ajelah yang banyak aku masak. Sayur hijau jangan harap dorang nak makan. Aku pelik dengan bebudak sekarang, entah kenapalah tak suke makan sayur. Walhal sayur hijau tulah sedap. Macam aku dulu, aku cuma tak makan sawi, bendi dengan peria je. Sayur lenlain kebanyakannye aku memang melantak. Nak-nak bayam dengan kangkung .... sedap!

Lepas dorang lunch, aku suruh rehat dan main sejam, lepas tu semuanya aku kerah suruh tidur. Cheh, macam gaya kat nursery je. Siap ada time makan dan tidur bagai. Aku bagi si adik tidur dulu, dia nie keje nak ketuk kepala orang je. Yelah baru 3 tahun ... apalah yang dia reti sangat. Nasib baiklah dia jenis ikut dan dengar cakap aku. Senang nak jaga. Aku pun happy kalau jaga budak yang tak banyak sangat karenah. Paling best pepagi dia akan peluk aku. Siap cakap dia anak aku. kehkehkhe. Ikut kaulah dik. Nanti mommy and Dada dah balik Malaysia, takdenye nak peluk-peluk lagi tu. 


Untuk dinner aku memang masak awal, kul 6.30pm aku dah masuk dapur. Dorangkan tidur petang, for sure bila bangun akan lapar. Aku taknaklah perut dorang  berkeriuk je bila bangun. Memandangkan spaghetti tengahari  tadi aku rebus lebih. So, yang lebih tulah aku terus buat spaghetti goreng. Senang keje mak sedara korang nie. Macam malas je. Siang malam asyik makan spaghettti. Rasa je lelain. Tajuk utama tetap spaghetti.

Dah kenyang, aku suruh dorang naik atas ... then rehat sambil layan tv. Aku plak curik peluang update entry nie untuk korang. Korang tak tahu betapa tak keruannye aku kalau tak update blog. Resah mak nak oooi! Dah nama pun blogger, hati tu kengkadang asyik teringat je kat blog ... walaupun sekadar blogger picisan je kan. ngeh ngeh ngeh....


Nanti sambung citer lagek!




CK : Layan cerekarama ... pintu lain ke syurga. Dah lama tak tengok Remy Ishak berlakon ... dengar cerita dah ada cinta baru. eheeem eheeem



1 comment:

  1. mesti jenuh jugak nak melayan tiga anak sedara kecik-kecik kan..hee

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!