Thursday, January 2, 2014

SEMAKAN DIVIDEN DAN BONUS ASB

Assalamualaikum ...



Masuk je tahun baru, kalau boleh hari pertama tahun baru 1 Januari setiap tahun ... ramai pelabur-pelabur menyerbu pejabat ASNB. Semua nak semak dividen dan bonus ASB memasing.  Nasib baiklah WP Putrajaya nie, 1 Januari adalah cuti umum. Bolehlah kerani-kerani ASB rehat sat. Tapi hari ni, aku tengok ramai sangat orang serbu ASNB. Aku merujuk kepada pejabat ASNB di Presint 3 Putrajaya tau!

Aku tak faham kenapalah mesti nak berebut-rebut update buku pelaburan tu pada hari pertama dibolehkan mengemaskini? Kalau kita kemaskini buku tu next week ... tak boleh ke? Susut ke nilai dividen dan bonus tu? Sanggup tau dorang ni bersesak-sesak dan menunggu berjam-jam semata-mata nak check dividen berkenaan. Mungkin memasing ada saving 200K kot! Tuh, yang taksub semacam. 

Saving aku takdelah banyak tahun lopeh, so .. 2 minggu lagi aku akan update la buku pelaburan tu. Bukan nak lari pun pejabat ASNB. Kalau terbakar mungkin la, ish .. kalau terbakar pun banyak lagi cawangan dia. Kalau update hujung tahun nie pun aku rasa dividen dan bonus tetap sama juga aku terima. Takde beza pun. So, malaslah aku nak beratur penat-penat, nak berduyun-duyun ... bersesak-sesak .. berpeluh-peluh kat dalam pejabat ASNB tuh. Buat bau masam peluh orang je ... tak pun buat sesak hidung bau kentut orang je! ekekekeke ....

Dah tahu dah, ASNB dah umum pun dividen ASB adalah 7.70 seunit then bonus pulak 1.00 sen seunit. Kiralah sendiri ... dapat la anggaran lebih kurang .. kan kan kan. Tak yah la nak berebut sangat sampai berduyun-duyun kat opis ASNB tu. Sesak napas den tengok! Korang yang berhimpit2 dalam tu tak rasa sosak ko??



Sambil-sambil tu aku nak ingatkan, korang tak boleh sewenang-wenangnya mengemaskini buku pelaburan pihak ketiga ikut suka hati mak ayah sendiri seperti sebelum ini, kecuali jika pemegang unit membenarkan pihak ketiga mengemaskini buku pelaburanya maka pelaburan unit perlu mematuhi perkara berikut ;

  • Melengkapkan borang kebenaran wakil - boleh ambil di kaunter-kaunter cawangan atau memuat turun dari laman web asb ------>>>>> www.asnb.com.my
  • Wakil yang dilantik hendaklah membawa Borang Kebenaran Wakil yang telah dilengkapkan bersama buku pelaburan pemegang unit ke cawangan-cawangan ASB atau cawangan cawangan agen ASB untuk tujuan kemaskini. Sahaja! Keluarkan duit pemegang unit tu tak boleh ye ... jangan sesuka hati korang plak keluarkan duit orang tu, memang tak dapek la!


Sekian ...

 

CK : Saving aku tak seberapa ... tapi Alhamdulillah, ada juga la savingnye ;=) Tu yang tak kecoh sangat awal tahun nak melawat ASNB. Biasa aku pi bulan June, lengang sket!


3 comments:

  1. Tiap tahun gitu jadinya, ramai nak update buku..ianya satu keseronokkan bagi dia org...

    ReplyDelete
  2. Jangan kata bank sesak pejabat pos pun penuh berjam-jam tunggu

    ReplyDelete
  3. Biar je lah..at least mereka berjembik kt awal tahun..bulan 6 lengang ckit..kalo tk, menganggu aku nyer turn nk update bln 6 nnti..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!