Assalamualaikum …
Minggu akhir kerja sebelum menyambut Aidilfitri. Office lengang
walaupun belum ada yang bercuti. Kebiasaannya, minggu akhir inilah sibuk nak
pergi servis kereta, basuh kereta … beli persiapan raya yang belum sempat dibeli.
Aku rasa masing-masing sibuk fikir nak raya. Soal kerja tolak tepi. Lepas raya
nanti kita fikir. Dan aku pulak, sejak dari dulu lagi … minggu akhir di bulan
Ramadan nie, dah takda semangat nak datang kerja. Datang kerja pun macam nak
kena tolak belakang. Mana taknye, hati asyik ingat kampung. Nak-nak inilah
pertama kali dalam sejarah hidup aku yang berjauhan dengan mak ayah tak balik
di bulan Ramadan. Masa bujang, bulan Ramadan aku akan balik untuk sambut puasa
dan puasa dengan mak ayah. Heaven! Tapi kali nie, kerapkali berulang alik ke
rumah omak (mertua). Takpelah, buat hilang rindu kat mak sendiri. Omak pun mak
aku juga. Apapun nasib baik hasben aku memilih nak beraya di sebelah aku.
Seronoknye! Tahun depan belah Seremban la pulakkan …
Untuk balik raya sebelah mana, aku tak bincang sangat dengan
hasben. Dia yang nak balik beraya kampung aku. Bukanlah aku nie jenis tak kisah
… cuma mak aku sendiri dah pesan, bila dah berkahwin … bab beraya ke hape yang
kecik-kecik tak perlu besar-besar. Kalau tak boleh raya pertama … mungkin raya
kedua .. ketiga boleh balik kampung aku. Asalkan balik jenguk mak ayah. Itu
yang penting. Bila hasben sendiri yang pilih nak balik kampung aku,
Alhamdulillah … sebab puasakan aku tak balik tengok mak ayah pun. So, tahun
depan raya dekat Seremban, bulan puasa aku kenalah balik berpuasa dengan mak
ayah aku seminggu sebelum raya. Boleh hantar kuih raya sekali.
Tahun nie merupakan tahun pertama kami beraya sebagai suami
isteri. Excited! Dia dah plan nak pegi mana … nak buat apa kat kampung aku
nanti. Nak masak apa raya nanti. Hasben aku sangat sistematik orangnya dalam
pelaksanaan kerja, so aku tak banyak pening kepala. Banyak perkara dia yang fikirkan.
So, kepala aku agak lapang sikit. Soal duit raya, servis kereta, persiapan raya
(pakaian), kuih muih … hasben yang banyak uruskan. Aku top up mana yang hasben
tak sempat urus dan tolong mana yang patut. Kira membantulah. Macam malam tadi,
aku buat sejenis je kuih untuk orang yang tak berapa rajin … cornflakes madu.
Hasben kata buat top up kerepek yang dah dibeli.
Untuk raya pertama nanti, hasben suruh aku masak rendang ayam
Negeri Sembilan. Barang nak beli semua aku dah listkan. Cuma nak beli je nanti.
Lepas tu, raya kedua … hasben request untuk buat soto. Sedapnye. Resepi pun aku
dah siap print. He he he. Raya pertama ni kena pulun sikitlah buat kerja sebab
adik aku yang berdua tu memasing beraya rumah mertua dekat Penang. Abang aku
pula sehari sebelum raya kot baru sampai kampung. So, aku dengan hasben kenalah
pulun cari barang awal-awal. Kalau raya kedua baru terhegeh nak ke Tesco ke
Giant beli barangan soto … memang meloponglah. Barang banyak dah habis.
Aku risau sebenarnya nak balik kampung Jumaat nie, menghala
ke utara sah-sah la akan melalui kesesakan lalulintas. Banyak-banyak bersabarlah
jawabnya. Untuk korang yang nak balik beraya tu, hati-hati memandu di
jalanraya. Pastikan cukup rehat sebelum memulakan perjalanan. Jangan memandu
dengan laju dan berbahaya. Ingat, kampung tu tak lari ke mana. Moga korang
semua selamat sampai.
Dan kesempatan ini juga, aku ingin mohon maaf zahir dan batin
sekiranya sepanjang aku menulis di blog kedaung ini, korang ada terasa hati dan
tersimpan kata-kata buruk aku dalam hati korang. Andai ada salah silap itu,
mohonlah maafkan aku dunia dan akhirat. Kosong-Kosong. Aku harap korang semua
dapat maafkan aku sempena bulan Ramadan yang mulia ini.
“Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri ….!”
p/s : Sama-samalah kita bermaafan