Showing posts with label Sahur. Show all posts
Showing posts with label Sahur. Show all posts

Thursday, July 17, 2014

MENU BERSAHUR

Assalamualaikum ...


Bulan puasa nie, sedap bercerita pasal menu berbuka dan bersahur. Macam aku, time berbuka puasa memang tak masak. Seperti sedia maklum, aku kan kene keje. Untuk bersahur, setiap kali sahur aku akan masak. Wajib. Puasa tahun ini cuma 3 kali sahur je aku tak masak. 2 kali sebab terbabas tidur dan yang sekali tu, hasben taknak makan ... dia nak makan buah je. So, takyah masak. 

Kalau ikut hati hasben dia taknak sangat makan berat time sahur. Tapi aku tak boleh, nanti aku lapar. Perut berdangdut je. So, baik aku masak nasi bila sahur. Kenyang pun makan. Boleh la perut bertahan sampai time berbuka. Lagipun, makan sahur tu kan sunat. Setiap kali sahur, hasben nak ada 2 menu je ... sup dan masak sambal. Tak kisahlah sup apapun dan sambal. Aku setuju je dengan cadangan menu hasben. Dan itulah yang aku selalu masak pun. Cuma, untuk sahur aku suka makan sambal ikan talang. Buat kasi pedas-pedas sikit. Sedapnye ... nak-nak dengan sup cendawan campur suhun. Slurrrpppp kesedapannye!


Ini menu sahur aku 3 hari lepas. Sayur bayam, bilis goreng dan sambal kerang ... kemudian buah-buahan. Menarik sikit sebab ada sambal kerang. Dah lama jugalah aku tak makan sambal kerang nie. Aritu ada pergi Pasar Borong Selangor. So, belilah kerang 1 1/2 kilo. Balik rumah, hasben basuh dan stimkan. Bab mengopek kerang pun hasben yang buat. Selalu dialah yang rajin, kopek segala kerang nie. Pastu siap simpan dalam fridge. Aku cuma masak je. Alhamdulillah, hasben rajin membantu. Cuma bab memasak, banyak akulah yang buat. Hasben pulak akan bagi komen pada setiap masakan aku. Ok ke tak ok ... so, aku memang agak terbuka dengan segala komen dia. Takde kecik hati. Aku rasa lagi berlapang dada jika dia komen dengan jujur. Pernah juga dia cakap, ada masanye masakan aku kurang sedap. So, kenalah terima .... >p<


Inilah sambal kerang untuk hasben dan isterinye! Pedas-pedas manis, kalau dapat makan dengan nasi lemak ... alahai sedapnye lah. Nak-nak nasi lemak daun pisang. Aku memang menggila dengan nasi lemak daun pisang. Pantang nampak asyik nak beli je. Tapi takdelah selalu, berlemak penuh lingkaran di perut nanti. kikikikiki.

Dan semalam adalah hari ke-3 aku tak masak sahur. Terbabas tidur .... hari ni kepala dah pening sebab perut kosong. Kenalah banyak bersabar sampai time berbuka nanti ..... sabar sabar sabar!



p/s : Hari nie tak tahu nak berbuka dengan menu apa .... sllu buntu.

Monday, July 14, 2014

SAHUR PERTAMA DI RUMAH SENDIRI

Assalamualaikum ...


Oih, dah berapa hari puasa dah nie baru nak cerita pasal sahur pertama. Takpelah, nak cerita juga. Biarpun puasa dah masuk setengah bulah dah pun. Orang dah sibuk dengan persiapan nak raya aku dok nak jaja cerita sahur pertama. Apada ...

Sahur pertama bagi kami hasben n wife di rumah mertua, tapi yang aku nak cerita neh, sahur pertama di rumah sendiri. Menu super simple permintaan hasben aku. Dia dah pesan awal-awal, kalau sahur sebolehnye ada sambal dan sup. Cukuplah tu untuk pekena dengan nasi panas. So, aku pun menurut perintah. Senang keje aku. Tak payah nak pening fikir menu itu dan ini. Kita layan segala permintaan sedaya dan semampu yang boleh.

Menu sahur pertama dekat rumah kami, sup suhun dan bebola, sambal ikan bilis, telur asin dan mangga. Awal puasa memang semuanya rasa sedap. Teruja nak makan. Ini dah pertengahan puasa, nak makan sahur pun malas. Bangun setakat teguk air ajelah. Kemudian tidur balik. Apadaaaaaaaaa ....


Sebelum menjamah sahur pertama di rumah kami, hasben tanya apa yang menarik sahur tahun ini. Akupun jawablah, " ini sahur pertama di rumah sendiri sebagai suami isteri!". Hasben pun, " ermmmm tau pun, ingat nak buat tatau tadi!". Lawakkan ... sebelum makan pun kena jawab soalan kuiz hasben dulu. Pastu baca doa then baru jamah. Dapat pekena sambal ikan bilis, mak aih sedapnye la hai. Tengah menaip ni menceceh ailio aku tau. Terus rasa macam ... laaaaaap***r. he he he

Untuk sahur hari seterusnya aku dah malas nak ambil gambar makanan. Eh, ngantuklah ... nak gambar-gambar apanye kan. Dah siap masak, kejut hasben ... jom bismillah, meh makan. Senang keje. Pastu kalau tak larat sambung lah tidur balik. Selalu camtulah .... ekekekeke




p/s : Dah tak tahu sahur nak masak apa?

Sunday, August 7, 2011

Beriya Terlampaulah Konon....

Assalamualaikum ....



Salam Ahad. Sekian lama cuti esok saya akan start kerja. Kerja. Malam tadi beriya habiskan update belog. Konon nak tidur awallah walaupun dah lambat. Awallah sangat sedangkan time tu dah 12:30am kot. Alasan nak tidur awal sebab nak sahur. Sahur ... makan-makan di awal pagi sebelum masuknya imsak. Sekiannya saya hanyut sampai 6:00am. Nak cakap apa lagi. Dah Subuh. Takkan nak teguk air barang secawan dua. Nasib baik malam tadi sempat niat puasa segala.


Itulah yang terjadi pagi tadi. Tidur awal beriya terlampau. Hasil untuk bangun sahurnya tak ada.Mak dah pesan ... kalau malas bangun sangat pun, makanlah kurma 2-3 biji then teguk air. Memanglah tak sahur pun saya mampu berpuasa. Cukup. Mak tahu kadang-kadang seawal pagi perut tak biasa terima makanan. Apapun tetap kena sahur jugak.


Sahur untuk berpuasa di esok hari adalah membezakan puasa orang Islam dan bukan Islam. Dan Nabi Muhammad S.A.W menganjurkan umatnya bangun untuk bersahur sebab di dalamnya ada keberkatan. Maksud keberkatan adalah wujudnya ganjaran dan pahala jika kita melaksanakannya. Sebab itulah bagi umat Islam jika berpuasa disunatkan bersahur. Lagipun Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda, "Pemisah (membezakan) di antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah makan sahur".


Pagi ini bukannya nak jadi ustazah untuk beri takzkirah pasal makan sahur. Tapi adalah kesilapan saya sendiri bila telinga langsung tak peka pada alarm 4:30am tu.  Rasa bunyi pun sayup je. Jauh je kedengaran. Sudahnya saya selamat sedar 6:00am. 


Untuk malam ini dan seterusnya, Insya-Allah saya akan cuba pekakan telinga saya pada alarm untuk bangun makan sahur. Masih ingat pesan mak ... makan kurma dan minum air suam. Cukup. Jadi anak yang dengar cakap mak ya!



[Moga bercahaya kehidupan ku, hari ini dan seterusnya dan moga segalanya dipermudahkan. Amin]



Terima kasih baca hingga noktah yang terakhir. Bubye yossssh ....





CK : Bangun awal-awal dah tak tahu nak buat apa. Aura nak pergi weekend belum sampai lagi. "Kemari kau .....!"

Saturday, August 6, 2011

Awal Sangatlah Mak ...

Assalamualaikum ...


Puasa orang bujang memang tak sama langsung dengan puasa orang yang dah berkeluarga. Orang bujang nie kadang sahur, selebih banyaknya tidak! Dah tahu sahur tu sunat yang dituntut, tapi mata bagai digam. Tak mau jugak celik. Kalu celik pun setakat teguk air pastu terus selinap cari bantal empuk plak. Haish...buruk perangai!

 [Terpeliuk dah kalau puasa tak bersahur betul-betul!]


Puasa pertama saya berlangsung dengan bersahur air suam sahaja. Pastu booom tidur balik. Baguih sungguh. Bangun pun dah jam 5am. Gosok-gosok mata, gosok gigi ... terus sruuuup air suam. Tidur. Hari kedua adik saya kejut! Dia siap goreng keropok losong. Tak pernah dibuat orang sahur ngan keropok losong. Saya pun layanlah keropok losong. Serius rasa nak sahur tak selera langsung. Kepala asyik teringat kari ikan, sayur keladi dan tomyam mak buat. Makan ramai-ramai ... panas-panas pulak tu. Ermmm sedap. Apapun hari kedua tetap berlangsung dengan baik biarpun bersahur dengan keropok losong. Syukur Alhamdulillah.

Hari ketiga sahur ... paling best! Masa nie dah sampai kampung. Bersahur dengan meriahnya dengan mak, ayah and Tok. Jam 4.00 am mak dah kejut suruh bangun. "Awal sangatlah mak!". Bangun juga sebelum mak jerit lebih-lebih. Kesian tau. Dahlah mak penat-penat bangun awal masak. Pastu nak liat-liat bangun memang nak kena piat. Menu penuh satu meja. Sedangkan nak sahur sahaja nie. Adui mak ... orang lain kuruih time puasa, anak mak makin bam-bam! Sahur ari ketiga makan rendang ayam, sayur, telur asin, ikan cencaru bakar, acar buah ... meletus perut den!


[Ini bukan menu mak hari tu ... tapi penuh meja lebih kurang mcm inilah! Mak kata puasa ... makan banyak nanti esok lagi kuat berpuasa. hu hu]


Memang sejak tahu masak, saya amat jarang masak utk sahur. Mak lebih rela lihat anak dia tidur diulik mimpi yang best. Dia lebih rela susah payah kat dapur bersengkang mata masak kat suami dan anak-anak bila bersahur. Tapi time berbuka puasa ... jangan mimpi nak goyang kaki tak masak. Mahu mak memekik mcm halilintar sabung menyabung. So, tugas memasak saya di bulan puasa bermula jam 1.00pm sampailah time berbuka memang berkabung kat dapur sahajalah.

Hari ke - 4 dan 5 ... mak masih kejut time yang sama! 4.00am. Mata nie berpinar je nak bangun. Terlalu awal. Tapi memang dari kecil mak akan kejut anak-anak dia bangun seawal begitu. Kalau  cakap tak nak sahur ... mak suruh jugak bangun makan sesuap pun jadilah. Buat bekal tenaga esok nak puasa katanya. Menu memang tak agak-agaklah. Tapi saya lebih suka bersahur nasi kosong, telur asin dengan ikan masin. Kuah kari. Cukup! Ini pun dah mengenyangkan. Nasi setengah senduk je ... sebab perut belum serasi nak makan nasi seawal pagi macam tu. 

Ini baru cerita bab sahur! Belum cerita bab berbuka puasa kat kampung. Macam-macam saya ngan mak masak. Sampaikan Tok saya cakap, "tak reti penat ke?". Mak saya memang sangat suka masak-masak nie. Saya masa sikit-sikit je. Dia masak sampai time nak berbuka pun boleh tambah satu menu lagi. Serius kami adik beradik memang respect terlampau dengan kerajinan mak biarpun kerajinan mak tak tumpah sepenuhnya kat anak-anak dia. he he he. Bila saya ckp mak rajin, dia akan kata dulu dia susah sangat, kadang takda duit nak beli makanan sedap-sedap dan dia tak pernah makan kuih muih yang dibeli. Kuih muih semua dia buat sendiri. Sebab tulah susahnya bawa mak makan kat luar ... kat kedai makan or restoren. Dia lebih suka beli lauk and sayur-sayuran pastu balik masak. Dia lagi puashati makan makanan yang dimasak sendiri. 





Erghhh ... bilalah saya nak warisi kerajinan mak dan kepandaian dia memasak?? Bila?? Bila?? he he he he ...



CK : Hari nie masak sendiri kalau tak pergi makan dengan kengkawan. Alahai orang bujang ... he he he