Assalamualaikum …
Hari ini prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Depan POJ
(Istana Kehakiman), Presint 3, Putrajaya penuh dengan polis. Tapi penyokong
DSAI takdelah ramai mana pun. Tak macam masa mula reformasi dulu, tahun 1998
kalau tak salah aku. . Mungkin ramai dah sedar kot. Heh! Aku lalu je lah depan
POJ, tengok Penguatkuasa PPj pun ada … dengan polis. Jangan sesekali berhimpun
dan merusuh, kang tak pasal-pasal kena buang kerja plak. Lagipun perkara buang
masa. Institusi kehakiman kan ada, biar depa yang buat kerja. Kita tunggu je
keputusan. Janganlah pula bila kes DSAI ni sibuk rakyat nak jadi hakim, tapi
kalau kakitangan Kerajaan kena tangkap bab rasuah ke hape ke … hakim je yang
jadi hakim. Kalau rakyat nak sangat jadi hakim, sila belajar bijak-bijak dalam
perundangan dan jadilah hakim yang adil dan saksama. Heh, bukan senang kot jadi
hakim ni. Salah mengadili … menjawablah di akhirat kelak. Walaupun akhirat tu
kita tak tahu bila …. Tapi balasan pasti akan ada! Malaslah nak komen panjang
kes DSAI nie. Biarlah mereka yang bijak pandai je yang mengulas. Aku cuma pemerhati
dan follow isu mana yang patut je.
Buat kerja sendiri lagik baekkan dari berhimpun untuk DSAI nie.. Hu hu.
Sejak tukar unit baru, kerja dah kurang sikit. Banyaklah masa nak menempel
di internet. Muahahaha. Cuma tahap kerja tu kena lebih banyak berfikir.
Sesekali pening juga. Nak-nak permintaan dan harapan boss tu agak tinggi. Dah
tu kena plak time aku preggy nie. So, perhatian aku mestilah lebih kepada anak
soleh solehah yang ku bawa setiap masa ini. Kan anak soleh solehah mommykan.
Sekarang anak soleh solehah aku nie dah bijak sangat. Mengeliat dan gerak
nendang dalam perut. Nak-nak time lapar dan time aku terkejut. Haih, bukan main
lagi terasa gegaran dalam perut nie. Terkejut mommy tau!
Sekarang nie dah minggu ke 25. Perut aku pun dah besar bagai juara. Tapi
kebanyakan yang jumpa kata perut aku kecik dan comey. Mak aku pula kata perut
aku macam dah sarat. Macam orang dah nak bersalin. Heh, ye ke mak:? Walaupun
perut makin membesar, tapi Alhamdulillah, aku masih kuat dan semangat memasak,
membasuh, sidai kain baju dan siram pokok cili aku tu. Cuma bab kemas rumah,
cuci tandas dan lipat kain baju hasben soleh aku yang buat. Tak terdaya nak
mernunduk sapu sampah or vacum rumah. Nak bersila lelama lipat kain baju nanti
susah plak nak bangun. Kang terlajak sakit pinggang pulak. Dah la aku nie malam
susah nak tidur sebab nak pusing badan ke kiri dan kanan tu tak sehebat dulu.
Kadang, hasben aku cakap setiap kali nak pusing badan mesti aku merengek sakit.
Walhal mata pejam. Hasben la tolong alihkan bantal letak kat belakang pinggang.
Sian hasben, tidur dia pun terganggu juga. Sorry ye hubby sayang!
Pengorbanan hasben masa aku preggy nie rasanya tak terbalas. Allah swt
sahaja yang mampu balas budi dan jasa baik hasben. Walaupun dia selalu cakap
aku nie tak banyak ragam sangat dan tak mengidam bukan-bukan, buat sometimes
... kalau aku penat ke lenguh sana sini, dekat dialah aku berdempek. Walhal dia
pun kadang penat juga. Sepanjang aku preggy, aku takde sangat nak drive, rasa
senak perut. Kadang-kadang tu drive juga sebab terpaksa. Tapi 99.0% hasbenlah
yang hantar dan jemput aku pergi keje. Dah lah kami tak satu opis. Sedih! Opis
plak jauh-jauh. Kalau satu opis macam dulu kan senang. Jimat minyak kereta di
ketika RON95 dah naik 20sen.
Okeylah nak berenti bebel kat sini. Nanti aku sambung story pasal kisah aku
dan Airasia yang buat hal. Bertahun naik Airasia tak pernah ada hal. Kali nie
nasib tak baik bertekak sikit dengan kerani kaunter Airasia kat Kepala Batas, Alor
Star. Nanti aku citer yek. Later-later hokeh. Bubye ......
p/s : Sekarang nie tengok makanan takde selera, kekadang tak tau nak makan
apa dah. Makan bihun goreng boleh plak rasa loya. Haish ... tekak mommy, nape
ntah!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!