Assalamualaikum …..
Aku nak sambung story pasal Airasia (AA) yang dijanjikan dalam entry
semalam. Haih, AA sekarang makin
menjadi-jadi perangainye. Geram pun ada. Sekian lama juga aku jadi pelanggan
setia AA selain daripada MAS. Malindo dan Firefly sumer tu aku tak pernah naik
lagi. So, tak tau experience macam mana. Tak besar pun hal aku dengan AA nie,
tapi bila hati dah geram ... terus rasa eh, eh, AA nie makin nak menjadi raja
plak yek di arena penerbangan.
Nak dijadikan cerita, baru-baru nie sempena cuti Deepavali aku balik
kampung. Utara sana. Tiket AA dah lama aku booking, masa 3-4 bulan kahwin terus
booking tiket flight balik kampung sebab
time tu promosi. Tabiat aku sejak anak dara suke booking tiket AA dan MAS sepanjang tahun kalau dorang buat promosi. Time bujang tu nak balik tak
kisah, sukahati aku nak balik bila pun. Tak yah sibuk nak minta izin sesapa.
Sekarang dah berlaki, kenalah minta izin dulu. Nak matchkan dengan jadual
hasben aku lagi. Dan bersyukur banyak juga sebab hasben dah berenti politik.
Heaven kot sebab dia dah tak busy lagi macam sebelum kahwin. Kalau tak, asyik
berkereta sana sini aje. Kesian pun ada. Masa beli tiket aku belum preggy lagi.
Bila dapat tau preggy dah rasa ... eh...boleh ke naik flight preggy nie. Tahu
ajelah AA kan, kesongehannye amat banyak berbanding MAS yang lebih prihatin dan
friendly. So, a week before fly aku pun selidik la kat web AA. Boleh ke preggy
mom naik flight? Sekali boleh, lagi pun aku baru 24 weeks. Kalau cecah 7 bulan,
rasanya AA tak kasi dah. Kalau nak naik juga korang kena bawa surat doktor
mengatakan korang nie fit untuk fly.
Perangai AA nie sukahati mak bapak diakan, takut aku kalau tak dapat naik
flight balik kampung. Walaupun 24 weeks, aku tetap pergi amek surat doktor
mengatakan aku nie fit sangat2 dah sihat bebenor untuk fly. Nak balik kampung sendiri,
yang tak sihat pun jadi sihat. Biasalah aku nie, seminggu sebelum balik, hati
dah sampai kampung dah! Pastu aku ingat nak web check-in lah terus. Senang
sikit. Tahu jelah KLIA2 tu jauh nak kena menapak. Pastu flight aku plak kul
7.10am. Lagilah kena ada kat airport 2jam awal. Kalau LCCT dulu, ½ jam sebelum
fly pun okey lagi kalau ko dah web check-in. Dekat nak jalan. Penat pun idak.
Cuma keadaan LCCT tu ajelah macam stesen bas je upernye. Heh!
Bila aku check web AA, web check in memang tak available untuk pregnant
guest. Ko kena pi check in dekat kaunter. Sebab nanti nak kena isi borang ‘release
and indemnity (expectant mother). Aku cuma web check-in untuk hasben je. Aku punya
check in dekat kaunter je. So, kenalah pi awai ke airport. 4.30am aku dengan
hasben keluar rumah tau. Nasib baik Putrajaya dengan KLIA2 tu takdelah jauh mana.
Pagi pulak tu, setengah jam dah sampai. Check-in dekat kaunter KLIA2 memang
takde masalah. Staff AA tu siap tolong aku isikan borang lagi. Baik sangat dia.
Dah tu takde kena sebarang caj pun.
Sekejap je isi borang, sign bagai ... dah dapat boarding pass, maka bolehlah
masuk.
Cuma menderita sikitlah nak menapak dari gate yang ada polis tuh. Jauh
bebenor nak jalan pi ke flight. Rasa mengah perot aku. Dah la aku nie
kejap-kejap nak terkucil je. Anak soleh/solehah aku pun tak senang pagi-pagi
lagi mommy dia dah buat senaman. Ha ha ha. Sian anak mommy!
Selesai urusan di kaunter dah naik flight bagai, sampai je dekat ruang
udara Kepala Batas, AA tak boleh mendarat sebab pagi tu kabus adalah sangat
tebal. So landasan tak nampak. Bukan salah AA pun tang nie. Cuaca memang tak
bagus. Kiranya delaylah. AA pun berpusing la 2-3 kali kemudian dia announce
flight kita orang akan mendarat di Penang disebabkan keadaan cuaca yang buruk.
Selamat mendarat kat Penang, kitaorang kena dok je dalam kapal sampai sejam.
Jangan cakaplah masa tu perut berkeroncong tak hengat. Aku ni dah la preggy.
Yang ada kat dalam beg cuma roti gardenia 80sen tu je. Makan pun share dengan
hasben. Tak sampai hati aku nak melantak sorang, sebab hasben pun lapar juga.
Sharing is love! Yang AA pun satu, dah tau
kena stay je dalam kapal tu, ko juallah makanan yang ada. Lapar tau dak! Sejam
dalam kapal, dekat 9.40am barulah terbang ke Kepala Batas .... 10.30am barulah
turun dari flight. Nasib baik mak ayah jemput, terus ajak dorang pi makan dekat
Restoran Mikamal sebelah Istana Anak Bukit. Melahap macam orang tak makan 3
hari dah aku. Lapar sangat! Ha ha ha.
Dah habis lepak kat kampung segala. Asyik melantak seafood je sepanjang dok
kampung, maka tibalah hari nak pulang ke Putrajaya. Masa nak balik nie lah aku
ada problem dengan kerani kaunter AA di airport Kepala Batas tu. Dah la time
hujan lebat, aku plak risau ayah aku drive balik time hujan yang lebat yang
amat, si kerani ni plak buat hal. Masa aku nak check-in dekat kaunter, dia cakap
aku kena caj RM10.00. Aku pun tanya la dia pesal plak nak kena caj? Aku check
in dekat kaunter KLIA2 takde kena caj apepun!! Tetiba kau minta aku RM10.00. Apahalkan? Bukan
aku takleh bayar duit tu, cuma aku nak tahu kenapa? Kenapa?
Aku pun tanya dia, “kenapa nak kena bayar sepuluh hengget neh??.
Sedangkan saya check in dekat KLIA2 takde kena caj apapun.”
Tau apa awek AA nie jawab....”aritu puan naik flight balik sini delaykan ...
flight tak boleh turunkan, tu kena caj RM10.00 nanti kita tak boleh keluarkan
boarding pass dekat puan. Puan boleh je web check –in takde kena caj”. Hoih,
flight delay ... guest kena bayar???? Gilor ke hape???
Aku balas balik, “Dah dalam web AA cakap pregnant guest tak boleh web check-in
sekarang awak cakap boleh pulak! Kalau boleh pesal dalam web cakap tak boleh,
mana satu betul??”
Awek AA, “Eh, boleh puan, kalau pregnant boleh web check in, Takde masalah”.
Merah je muke aku menahan marah dengan alasan macam bangang. Dalam AA punya
rules lain dicakap, pastu staff nie cakap lain. Dah tu delay kita plak kena caj
RM10.00. Memang gilos!! Hasben aku kat sebelah dah hangin dah. Hasben dah
bebel-bebel dah kat awek AA Kepala Batas tu. Aku dah malas dah nak pandang muke
dia. Lain kali kalau nak caj apapun bagilah alasan yang logik kenapa perlu caj
pelanggan ko tuh. Jangan main sedap mulut je cakap. Disebabkan aku malas nak
layan, aku bayar ajelah. Aku siap cakap dia, “kat KLIA2 tak macam nie pun
.....senang je saya check-in. Takde pun minta duit!”. Itu baru sejam flight
delay kena caj RM10.00 ... kalau delay 4-5 jam ntah berapalah awek tu nak caj
agaknye! Vengong sangat tau!
Nasib baik aku nie preggy, so kemarahan aku memang ada had. Cuma aku takleh
terima sampai hari nie alasan awek tuh. Hasben aku plak terus on FB AA dan buat
aduan. Tapi sampai hari ini tiada jawapan balas pun dari AA. Mana semua staff
AA yang hebat tu? Kenapa tak bagi respon? Walaupun awak tuh yang terhebat
tambang murah, tapi janganlah nak bagi alasan macam orang tak sekolah untuk caj
pelanggan.
Sekian. Mood marah bebenor nieh.
p/s : Aku nie dah la jenis tak suke nak marah-marah hal remeh temeh. Tapi
hati nie jadi geram tetiba.
Tahu salah takpe, harap jgnlah dorang ulang lagi alasan tak munasabah tu. geram pun ada
ReplyDeleteTQ info berguna... tak tau pulak ada caj utk lewat... kalau AA sampai awal tentu dapat diskaun kan?
ReplyDelete