Eh, rajin plak mommy to be update blog. Haih, bagus bagus. he he he. Hari nie aku cuti sebab ada appointment kat Klinik Kesihatan Putrajaya. Aku kena amek darah untuk BSP. Amek darah yang 4 kali sehari tuh. Huh, dah la aku ngeri dengan jarum. Asal kena cucuk je, mata pejam rapat muka toleh ke lain. Hah, aku la tuh. Penakut dengan jarum besau dari misi! Tua-tua pun penakut, tapi demi anak soleh solehah, mommy kuatkan diri demi kamu.
Hari nie aku tak makan sangat, risau juga bacaan gula mendadak naik. Aku jaga makan pun still gula tak stabil. Tapi doktor cakap gula aku okeh, HB sumer okeh ... cuma dia taknak aku kena diebetes masa pregnant nie. Kesian kat baby. Dan kesian kat mommy juga. Punca kena ujian MGTT itu hari pun sebab berat aku naik banyak dalam sebulan. 1.5kg. So, adalah lebih baik berjaga-jaga dalam segalanya terutama soal pemakanan ketika hamil nie. Demimu anak!! Malam tadi, start kul 10pm aku dah puasa sebab nak amek darah jam 8.00am. Lepas amek darah aku cuma makan 2 keping roti wholemeal dengan air suam. Amek darah kedua jam 11am. Habis je amek darah kedua tu aku terus ajak hasben pi makan. Lapaq weh. Berpinar kepala aku. Anak soleh solehah nie pun dah main bola dalam perut. Laparlah tu! 12.00pm terus pi makan dekat AFN Cafe dekat Desa Pinggiran, bajet tengahari nie adalah peria celup tepung kesukaan aku. Rupanya takda. Sadis! Nak makan peria sebab nak kasi potong segala gula dalam darah. So taknaklah nanti bacaan naik banyak sangat. Masa 1st bacaan, gula aku 5.5mmol/L ... bacaan kul 11am plak 5.6mmol/L. Tak banyak la naik sebab aku cuma makan roti je kan.
After lunch, bacaan BSP aku tinggi sikit. 6.6mmol/L. Sebab aku makan nasi, sayur dengan ikan keli. Yelah, perut lapar sangatkan. Nasib baik aku nie jenis makan nasi sikit ... setakat setengah senduk tak pun sesenduk. Tadi, aku amek sayur lebih. Dietitian dah nasihatkan, sayur hijau seperti bayam, kangkung dan pucuk paku ... makanlah banyak pun takpe. Hati pun buatlah feeling-feeling suka makan sayur, padahal bercinta juga nak makan. ha ha ha. Aku nie jenis makan sayur ikut mood. Sayur yang paling aku suka makan pun bayam, kangkung dengan brocolli. Pucuk paku takleh makan selalu, Rasa kembang urat aku walaupun ia adalah sejenis sayur kampung yang sangat sedap!!
Untuk ibu hamil yang nak tahu, BSP nie kena amek darah sebanyak 4kali. Bermula jam 8.00pagi kemudian 11pagi .... after lunch jam 3.00petang dan kemudian sebelum makan malam jam 8.30malam. So, kejap lagi dalam kul 8.00pm aku kenalah pergi klinik plak. Nak amek ujian terakhir. Harap-harap bacaan tak tinggilah sangat. Petang nie aku cuma makan roti je dengan air suam. Togok air suam bebanyak, kasi gula tu keluar dengan kencing sekali. ha ah ha. Leh pakai ke teori nie?? Takpelah demimu anak soleh solehah, mommy sanggup apa sahaja! Misi nak amek darah 10kali pun kenalah mommy layan asal kamu lahir dengan sihat tubuh badan, sihat akal fikiran dan sempurna sifat. Mommy doa kesejahteraan kamu selalu.
Bulan nie sahaja aku dah 4 kali ke klinik. Minggu depan kali ke 5 sebab nak kena jumpa dietitian lagi. Dia cuma nak check buku pink aku tu dengan bacaan BSP sekali. Lepas tu tak tahulah apa dia nak tazkirahkan dekat aku. Aku tadah je telinga dengan hati yang terbuka. Aku sangat bersyukur, sepanjang pregnant nie boleh dikatakan tiada masalah yang besar sangat. Cuma lately susah nak tidur malam, anak soleh solehah aku dah pandai berjaga 2-3 pagi. Time tu la aku terkejut dah berjaga je sebab susah nak tido. Pastu 6.00 pagi dah kena bangun masak breakfast untuk kami suami isteri. Nasib baik dan bersyukur sangat hasben aku tak banyak songeh pasal breakfast dia. Apa yang aku masak dan masukkan dalam bekal dia ... dia makan je. Kalau bekal dia sedap, dia call aku tak pun wassap bagitahu menu pagi tu sedap! Suwet sangatlah sayang!! Kalau tak sedap pun dia call juga, "hari nie bihun tawarlah sikit ...!". ohhhhhoooooi .... isteri sentiasa terima apa jua komen. heheheheh
Panjangnye cerita aku, cerita pasai BSP sikit je pun. Okeylah kita stop dulu la. Nak pi mandi, siap-siap dulu, lepas Maghrib dah nak kena pi klinik amek bacaan BSp terakhir untuk hari ini. Sebelum tu, kena up sket gambar makanan. ha ha ha. Kasi korang meleleh ailio .... jangan mareeee ye!
Nasi lemak nie dari air tangan hasben aku, menu sebulan lepas kot. Bila ntah dah lupa. Semua nie dia masak sendiri khas untuk isteri yang mengidam nak makan nasi lemak. Time nie aku dok kat sofa goyang kaki sambil layan astro. Hasben aku pulak dok pung pang pung pang kat dapur sensorang. Sepanjang aku pregnant, inilah menu peberet aku. Sangat suka, sampai aku boleh tahu nasi lemak mana sedap dan tak sedap. Cuma lately aku dah kurang makan nasi lemak. Kalau makan pun seminggu sekali je sebab nak hilangkan rasa teringin kat tekak nie.
Eh, macam mood nak sambung type entry memuncak plak. ha ha ha. Sorry suka tak suka kena stop sini juga. Nak gi siap pi klinik dulu. Ta ta korang semua. Thanks sebab sudi baca blog aku. Cayang korang!!
p/s : Syukur sangat sebab nurse-nurse yang aku jumpa sume baik2 setakat nie. Cuma ada sorang dua je sombong sikit. But, its ok!
sekarang pregnant dah tak macam dulu... dulu2 orang2 tua cakap leh makan ape je masa pregnant.... sekarang tak berani ooo nak makan sebarang..... kang gula naik... darah tinggi naik.. hu3....
ReplyDeleteMoga sihat sihat selalu..
ReplyDeletegood info , was here singgah petang isnin.
ReplyDeleteHihi. Same lah kita kena g klinik 4x shari time nk ambek bcaan gula.. Stress btul mule2 tp demi baby gagah kn diri jugak.. last week bcaan yg 5.30 dgn malam truk padahal mkan skit je :"( btw good info. Trme ksih :)
ReplyDelete