Wednesday, October 15, 2014

UJIAN MGTT UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum ...



Alhamdulillah, kandungan aku sekarang dah nak masuk 6 bulan. Syukur sangat! Dan terasa betapa cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah nak masuk 6 bulan. Terkejut  dan gembira menerima berita gembira yang aku pregnant pun rasa macam baru je semalam. Dan sedar tak sedar juga aku dan hasben akan sambut anniversary perkahwinan kami yang pertama 1 November akan datang! Ya-Allah, rasa sekejap sangat. Rasa macam masih baru lagi. Rasa macam masih berkawan-kawan je pun. Rupanya dah nak hampir 365 hari bersama tidur sebantal setilam, makan sepinggan, berebut remote astro, cuit sana cuit sini, berperang teluk manja sekali sekala, pergi kerja sekereta dan tinggal sebumbung dengan hasben. Siapa sangka, bermula dengan cinta tin biskut … akhirnya ada jua jodoh kami bersama. Moga kekal hingga ke akhir hayat dan ke syurga Allah. Ameeen.

Aku bukan nak cerita bab kehidupan bersama kami, tapi nak share pengalaman sepanjang mengandung. Dan yang utama nak share pengalaman kena ambil ujian MGTT (Meal Glucose Tolerance Test) untuk ibu hamil. Last week, aku kena pergi rutin checkup seperti biasa dan sebelum tu doctor dah mention aku kena minum air gula. Dengar bunyi air gula tu, memang rasa ngeri sangat. Sebab apa tau, adik aku, biras dan kengkawan cerita minum air gula ni serupa mimpi ngeri. Seksa kata dorang! Haih … dan dan tu aku terus kuatkan mental. Takkanlah seteruk macam tu detik hati aku. Bila nak pergi checkup tu rasa berdebor sangat. Bab checkup nie, aku takde masalah sangat sekarang nie. HB (hemoglobin) aku Alhamdulillah ok. Masa last check up untuk scan sahaja tup-tup doctor suruh minum air gula. Perghhh parah,, time doctor cakap tu aku dah down sikit. Ter’emo’ sekejap! Mulalah dalam kepala fikir macam-macam. Hasben plak yang kena kontrolkan emosi aku time-time tu juga. Tapi sebelum tu, wajiblah kena tazkirahkan. Ha ha ha. Dalam sedih-sedih dan down, tetiba leh plak kena tazkirah. Sabor ajelah. Urut dada mommy …. dan dan tu urut anak soleh solehah dalam tummy! Ohhhoiihoiiii …..

Akhirnya aku laluilah apa yang dorang ceritakan tentang ‘kengerian’ minum air gula untuk ujian MGTT. Untuk lalui ujian MGTT nie, ibu hamil kena berpuasa tau. Prosedur dia macam kat bawah nie, aku share dengan korang as persediaan awal. Apapun adalah lebih baik korang jaga pemakanan sepanjang 9 bulan pregnant. Itu lebih baik.

Prosedur am untuk ujian MGTT bagi ibu hamil. (Prosedur nie bagi Klinik Kesihatan di Putrajaya ye, klinik lain-lain tempat aku tak tau la pulak macam mana)

  • ·         Perlu berpuasa dari jam 10.00 malam hari sebelumnya.
  • ·         Hadir ke klnik sebelum jam 8.00 pagi
  • ·         Darah akan diambil sebanyak 2 kali (sebelum dan selepas minum air gula)
  • ·         Teruskan berpuasa sehingga pengambilan darah kali kedua (2 jam selepas minum air gula)
  • ·         Selepas pengambilan darah kedua barulah anda dibernarkan makan seperti biasa


Bila dah lalui proses minum air gula selepas ambil darah hari tu, baru aku tahu … tidaklah seteruk mana sangat minum air gula nie. Dekat Klinik Kesihatan Putrajaya, air gula yang dibagi ada 2 perisa. Satu perisa orange dan satu lagi rebina. Cuma tahap manis air gula tu memang akan buat korang rasa pening lalat. Sampai turn aku yang tinggal cuma perisa rebina je. Belasah je la. 3 kali teguk juga la nak habiskan setengah gelas plastik tu. Masa minum tu aku ok je. Takde apa-apa yang berlaku. Sejam lepas tu aku dah rasa pening dah macam nak pengsan pun ada. Dah la nak tunggu sejam lagi baru dapat ambil darah yang kedua dan barulah dapat nak makan!! Anak soleh solehah aku pun dah menendang dalam perut sebab lapar kot.


Bacaan MGTT aku masa FPG (Fasting Plasma Glukose) adalah 4.97 mmol/L. Pastu 2 jam kemudian lepas minum air gula 2HPG (2 Hours Plasma Glukose) adalah 10.29! Tinggi kot bacaan dia. Disebabkan bacaan yang tinggi masa 2HPG tu kan, so semalam aku kena berjumpa dengan Dietitian!! Kenalah dengar ceramah pemakanan. Semalam Puan Siti Hajar dari Hospital Putrajaya bagi taklimat tentang pemakanan semasa hamil. Mula tu aku sorang je dalam bilik seminar. Tunggu sampai kul 3 baru datang sorang lagi. So, kira best la dengar taklimat orang tak ramai. Senang nak tanya apa-apa soalan. dan Puan Siti Hajar nie pun muda lagi … bagi taklimat pun best. Memang enjoy dan tak bosan langsung. Seronok je! Aku ada jugak tanya dietitian, bacaan gula yang normal semasa ujian MGTT. Katanya bacaan yang normal semasa FPG adalah antara 3.5-5.3 mmol/L. Dan masa 2HPG bacaan mestilah antara 4.0-6.7mmol/L. 

In Shaa Allah, aku akan cuba jaga pemakanan aku. Takutlah kena kencing manis semasa pregnant nie. Kata dietitian tu, kencing manis ni berpontensi kekal hingga selepas mengandung. Harap-harap dijauhkan. So, untuk itu aku nie gigih jugalah jaga makan. Sebelum ni pun jaga makan juga. Kuih muih manis memang aku tak makan, air manis pun sangat kurang. Biasa 2 hari sekali aku minum segelas air manis. Maybe gula aku berpunca dari nasi. Sebab aku sangat suka makan nasi ketika pregnant nie. Selalunya nasi dengan buahlah yang paling  banyak.

Nanti aku kena amek darah yang 4 kali tuh .... huh, part amek darah nie aku memang ngeri sikit dengan jarum. Namun, demimu anak soleh solehah ....mommy sentiasa bertabah dan kuat semangat untuk kamu!!





p/s : Hasben cakap .... sekurang-kurangnya dah lalui pengalaman mengandung nie. Seronok, walau kadang cam penat dan mengah sikit. Maklumlah perot dah membesau kata kau.

3 comments:

  1. Cerita la plak pasal bsp..kene amik darah 4 time tu...

    ReplyDelete
  2. memang manis terlampau.....cuma kat kelinik kesihatan ada perisa anggur dgn oren. Manis memang tak menahan

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!