Thursday, January 29, 2015

LUNCH DI D'PATIN MZ CAFE, KOMPLEKS SUKAN FUTSAL, PRESINT 18 PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...



Cerita 2-3 minggu lepas. Agak basi la sikit. Tapi boleh je nak up sebagai entry. Blog aku kan, so sesuka hati je nak up cerita tu fresh ke basi ke. he he he. Lantak le. Orang busykan, dah tu gambar berfolder banyaknya. Amek gambar rajin bebenor. Edit gambar malas nak mam***!! Itu yang jadi sesetengah entry cerita lama baru nak up. Korang tak kisahkan? he he he. Aku ni kalau bab update blog, memang tak pernah sistematik. Langsung tak ikut turutan. Ikut sedap rasa je. Tapi aku tengok sesetengah blogger tu, cerita semua fresh kau. Memang segar dari ladang. Pergi makan kat mana pun, jam-jam tu update. Join event apapun, jam-jam tu juga update. Perghhh memang rajin. Aku salute sangat blogger camnie. Sebab menghidangkan cerita fresh korang kat pembaca! Goooood! Jangan tiru cam aku, blogger sukahati namanye! he he he. 

Disebabkan nama pun blogger sukahati, so pergi lunch dekat D'Patin MZ Cafe kat Kompleks Sukan Futsal, Presint 18, Putrajaya dah 2-3 minggu, baru hari ini aku update. hiks hiks hiks. Bolehlahkan? Actually, D'Patin nie lokasi makan baru di Putrajaya yang baru jugalah dibuka. Rasanya takdelah sampai 6 bulan kot. Dah lama aku dengar-dengar cerita pasal lokasi makan nie, cuma belum kesempatan. So, ada satu hari tu ... hasben tanya nak makan kat mana, terus teringat akan D'Patin. Walhal boss aku yang cerita pasal cafe nie. Dia kata sedap jugalah, rege makanan pun ok la juga. Walhal hari yang aku pi D'Patin tu sebenarnya aku dah ajak hasben pi lunch dekat PICC. Cancel nak gi PICC terus pi D'Patin. Siap ajak budak opis join sekali. 

Total makan semua menu kat atas ni termasuk air RM34.00. Okeh la murah juga. Ikan patin 2 ketulkan. 
Dekat D'Patin nie, menunya adalah lauk-pauk kampung. Bermacam jenis. Masa aku sampai untuk lunch tu punyalah ramai orang. Nasib baik ada tempat duduk. Niat aku cuma nak makan ikan patin masak tempoyak je. Menu-menu lain malas la nak pandang sangat. Beratur punya beratur sampai turn aku, masak tempoyak patin dah habis. Aisey ... frust sekejap. Pusing amek sayur lain, ingat nak cari lauk lain dah, sekali tengok dorang top up ikan patin tu. Terus rasa gumbira balik. Kalau tak, kempunan aku. hehehehe

Masak patin tempoyak dia sedap. Ikan tak berbau. Aku ni kalau makan ikan sungai, asal berbau macam hanyir atau macam bau-bau tanah ... memang tak makan la. Awal-awal lagi dah bye-bye. If tak takda bau, masak pun kena pada tekak memang pulun habis aku makan. 

Dah ada port baru untuk lunch di Putrajaya nie, bolehlah korang cuba. Mana tau kot kena pada citarasa tekak korangkan? Ajak kengkawan sekali terjah ...


p/s : Lately selera makan aku dah kurang. Susah nak dapat makanan yang kena dengan tekak sendiri. Last-last ikan bilis goreng juga yang aku rasa sedap manjang. hiks hiks hiks.

Tuesday, January 27, 2015

BAKAL MOMMY YANG SENTIASA LAPAR

Assalamualaikum...

Tengah tunggu turn nak jumpa dietition. Baru sudah check up. Baby soleh solehah aku semua ok. Yang tak ok cuma aku...kejap kejap sakit perut. Pastu perut ni lapar je. Sibuk tekak ni nak makan benda manis dan sejuk. Hoih bahaya sangat manis manis ni. Sebelum antar ke klinik, hasben dah beli kan karipap. Buat bekal sambil tggu turn.

Sambil tunggu turn kena panggil, dok check folder gambar dalam handphone. Tetiba terpandang gambar kuewteow goreng yg aku buat utk breakfast hari Sabtu baru ni...terus la rasa lapar yg melampau. Makin menjadi jadi laparnya.


Telur mata yg kerekot tu hasben aku yg goreng. Aku goreng kuewtoew pun dah penat sekarang. Tak mampu berdiri lama. Nak tunggu detik kelahiran little khalifah...buat aku rasa lapar memanjang. Dah tu 2-3 hari ni asyik seram sejuk nak demam. Tinggal lagi 2 minggu nak melahirkan. Moga dipermudahkan hendakNya. Ameeen....

Tuesday, January 20, 2015

CPUV KE 11/2015 DARI LACTACYD

Assalamualaikum ...


Sebenarnya takda mood sangat nak update blog. Eh, bukan takda mood, tapi hari ini sibuk sangat dekat office. Aku kena siapkan banyak keje sebelum bercuti panjang. So, tinggal tak berapa hari lagi nie memang pulunlah buat keje. Bila balik rumah badan pun penat, boleh sampai rumah tadi aku tertido kat sofa. Bukan baru sampai rumah tertido tapi dari dalam kereta lagi aku dah tido. Letih beb! Untuk hari ini, memalam baru aku log in blog sendiri. Pastu log in plak Nuffnang. Lately memang aku rajin juga la check akaun nuff aku tu. Last year aku malas check akaun sangat. So, 2015 azam baru nak check nuff selalu dan tengok apa yang boleh aku improvekan blog aku melalui nuff. Sambil tu belek sekali earning. kikikikiki. Tadi buka akaun nuff, tengok ada plak CPUV ke 11/2015. Alhamdulillah. Rezeki baby soleh solehah aku lagi. Setiap minggu ada je CPUV baru yang datang. Syukur sangat!


Sekali masuk 3 CPUV tapi dari syarikat yang sama. Lactacyd - Malay Millennium. Terima kasih Nuff. Bagilah tetiap minggu 2-3 CPUV ... hati ni jadi gembira tak terkata. hehehehe. Lepas nie dah cuti panjang, tak dapatlah aku nak online selalu. Berukband aku pun dah terminate. Nak update blog dengan hp pun taktau la ada line kuat tak kat kampung aku tuh. Aku ingat nak buat 4-5 entry untuk auto publish. Takdelah korang lupa blog kedaung aku neh kan ... he he he. Bajet blog nie macam fofular la sangat kan. Nak orang ingat manjang. Erkkkk .... blueeeweeeek sangat! ha ha ha ha.

#rasa macam nak sambung tido la plak. ngantuknye mata.



p/s : Akhir-akhir nie nebes tak terkata. 

Monday, January 19, 2015

MARI MENJADI CANTIK

Assalamualaikum ....

Ewah, tajuk taknak kalah. Macamlah cantik sangatkan. He he he. Nak cerita pasai pregnancy nanti ada yang bosan pulakkan. Mentang-mentang 1st time ngandungkan semua benda nak story plak. Later-laterlah story pasal pregnancy yek sebab aku nak sambung lagi story pasai BSP tuh. Stop bab pregnancy seketika. Mari kita bercerita hal kecantikan pula. Sesekali, nak juga cun melecun, cantik gebu walaupun kulit ai takdelah mulus pun cam orang lain. Sedih pori-pori muke nie banyak plak. Haish, camnelah nak kecikkan pori-pori muka yek? Kalau ada recipe marilah share bersama. Sharing is caringkan? …

Actually, aku nak share dengan korang cara membuat scrub dan facial mask di rumah. Guna bahan yang ada kat rumah je. Tak pun bahan yang mudah didapati di kedai runcit seberang jalan sana. Recipe nak buat facial scrub dan face mask nie aku dapat daripada Puan Murshidah masa pergi seminar MyFemina last month. Bukan recipe asal dari aku ye. Aku pun dapat ilmu ni dari penceramah berkenaan. Seronok tau pergi seminar MyFemina. Aku dapat jumpa dengan Ally Iskandar … Abang Luq, eh … Fahrin Ahmad, pastu hasben Sazzy Falak tuh ….Nazril Idrus. Korang nak tau Abang Luq tu, punyalah handsome. Muke senyum happy je, tapi luka kecewa bercinta dia yang dulu-dulu hanya Allah yang tahu yek. Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Sape yang layan drama petang-petang neh kat TV3 mesti kenal dengan Abang Luq itu. Ada sorang lagi penceramah yang paling aku suke masa seminar tu. Dr. Kamril Juraidi. Dia nie pun comel. Umur dah 40-an, tapi muke awet muda sangat. Ilmu dalam seminar tu nanti aku share kemudian jika mood rajin berganda. Berbalik pada niat asal, aku cuma nak share cara buat scrub muka dan face mask je tau. Sila bersedia semua. Ambil pen dan kertas, sila tulis. Kalau malas, copy paste dan print. Siap~

Homemade Facial Scrub
  • ·         1 sudu madu
  • ·         1 sudu olive oil
  • ·         ½ sudu lemon juice
  • ·         2 sudu gula halus (fine sugar)

*Kalau korang just nak buat cleanser je, tak perlu masukkan fine sugar tau. Mixedkan semuanya dan sapu kat muka. Biarkan kering seketika baru bersihkan dengan air suam.

Itu je recipenye. Homemade face mask aku share next entrylah ye. Korang cuba dulu buat facial scrub neh. Biar muke cun melecun. Yang penting rajin dan konsisten. Aku nie tak rajin sangat. Mood turun naik memanjang. Kan best kalau mood rajin tu je yang memanjang. Mesti semua benda boleh jadi. Kan kan kan! Hasben aku scrub-scrub muke nie memang dia suke sangat. Nak-nak kalau dia tengok aku macam free je kan, mesti dia request suh scrub muke dia. Dah siap scrub, sedap je dia tidur macam pergi spa tu. 

Sebelum nie, aku ada amek package kat True Harmony Putrajaya untuk 8 kali buat facial bagai. Dekat RM1K jugalah rege package tu. Pastu rasa macam rugi sangat, sebab hasil dia tak seberapa pu. Package tu aku share ngan hasben, So sekali pergi untuk 2 oranglah. Sekarang nie tinggal sekali lagi facial kat True Harmony, tapi aku malas dah nak pergi. Kang dia pujuk macam-macam suh amek package dia. Walhal langsung tak berbaloi aku rasa. Baik simpan duit untuk baby soleh/solehah nie. Nak facial ke .. scrub ke baik buat sendiri kat rumah. Jimat duit time-time rege minyak dah naik 20sen neh. Kikikiki.

Untuk korang yang nak feeling-feeling shantekkan, jomlah try homemade facial scrub nie. Manalah tau serasi dan serasa dengan kulit muke korangkan. Mesti bertambah-tambah seri muke korang tuh nanti. Selamat mencuba tau!



p/s : Jadi ibu mengandung nak juga jaga kecantikan. Biar comel selalu. wakakaka

PISANG GORENG CHEESE DAN ANUGERAH JUARA LAGU KE 29

Assalamualaikum...

Malam tadi gigih aku ajak hasben pi cari pisang goreng cheese jakarta dekat Bangi. Sedap giler pisang goreng dia. Yang sedap perasa original je. Lain lain tak masuk tekak pun. Aku tgk anak buah hasben pulun makan tak ingat yg perasa coklat. Aku try gak, tapi rasa original lagi best.

Balik rumah dekat kul 10 pm, lepas hantar family adik ipar kat Presint 18. Sampai je rumah hasben suruh facial muka dia plak. Layankan ajelah. Upah sbb hasben kemas rumah siang tu. Amboi siap upah upah....haks haks haks....takdelah, sebenarnya dah lama tak facial muka dia. Sesekali penuhi permintaan apa salahnya. Pahala kot!

Sambil wat facial sambil layan anugerah juara lagu ke 29. Aku sebenarnya dah tak berapa minat dengan rancangan hiburan macam ni. Nak nak dengan lagu baru bagaikan. Lagilah tak pernah dengar sangat. Faktor dah nak tua kot....tu yg kurang minat bab bab lagu neh. Lagipun lagu orang muda remaja sekarang aku tak paham sangat. Tambah tambah lagu yg terkinja kinja dan jerit sana sini. Lagi la tak paham.... Tapi semalam takda channel yg best, layan ajelah anugerah juara lagu tu.

Sempat la tengok sapa yang menang. Sian Hafiz tak menang apa apa pun. Aku suka juga Hafiz ni, suara dia pun ok. Lagu dia pun best best. Kena juga la dgn jiwa aku.

Persembahan Terbaik - Mojo
Vokal Terbaik - Dayang Nurfaizah
Tempat Pertama - Joe Flizzow Lagu Apa Khabar
Tempat Kedua - Shila Amzah lagu Masih Aku Cinta
Tempat Ketiga - Dayang Nurfaizah lagu Di Pinti Syurga

Lagu apa khabar tu aku tak paham sangat. Bagi aku tak best pun. Ntah macam mana boleh jadi juara. Korang rasa best ke lagu tu?

Sekian cerita hari ni....berejam aku menaip sementara tunggu giliran jumpa doktor. Letih tunggu turn.



p/s : Lagu sekarang ntah pape....


Sunday, January 18, 2015

DIALOG SUAMI ISTERI

Assalamualaikum ...

Bukan dialog 18sx ke hape ye. Walaupun namanye dialog suami isteri. Sejak aku dah hujung ngandung nie aku dah jarang sangat nak pillow talk. Hasben dok leka layan aku merengek cari posisi tido yang selesa. Terpaksalah dia layan dan terpaksa juga dia bersengkang mata untuk aku. Ini bukan kes mengada, memang sakit sungguh time nak tido. Ibu mengandung je yang tau .... kan kan kan.

Semalam aku dah kabor, hasben keje. So, 6.30pm baru dia balik. Kira seharianlah tak bertentang mata jauh sekali nak minta dia urut sana sini. Kira seharian juga aku kena layan diri sendiri. Sakit sana sini pun sendiri. Sesekali je dok wassap hasben cakap susah nak bangun la. Lenguh kaki la. Kebas la. Takleh la wassap all the time kan, mengganggu keje plak,. Haihs bini sapa la nie kan. Sib baik hasben call-call juga tanya dok buat apa. Hah, dia pun risau kot aku sakit nak terberanak. Aku nak berry-berry pun dia tak bagi aku teran sangat .... katanya risau terberanak dalam toilet kang. Siap pesan suh bawa hp masuk toilet. Wakakaka ... nampak lawak, tapi hasben cakap untuk keselamatan better bawa! Yelah, dua-dua kan pestime nak jadi mommy and babah ... nebes, cuak dan fikir macam-macam tu semua ada dalam kepala. 

Bila hasben balik keje semalam, aku tak terus masak untuk dinner pun. Amek kesempatan borak-borak dulu. Sehari tak jumpa. Rindu plak. Eh, ngades tau! hiks hiks hiks. Aku setakat buat nescafe o panas dengan roti eskrem. Dah tu sambil layan drama Asam Pedas Untuk Dia. Pestime tengok drama nie. Macam best. Hasben pun layan juga. Tengok pun dah tengah-tengah jalan, so tak faham sangat jalan cerita dia. Tapi takpa nanti aku boleh layan kat tonton je. Dalam drama nie, ada sorang awek .. pi minta kerja jadi orang gaji rumah Haji Marzuki. Nak jadi oang gaji pun kena ada test. Awek nie kena masak asam pedas dengan bahan yang disediakan oleh isteri Haji Marzuki. Masa dok layan awek nie masak, tetiba terpacul dialog suami isteri neh ...


Wifey : Pelakon sekarang nie cantik-cantik ... dah la cantik dorang kebanyakannya pandai masak.

Hasben : Eh, bukan pelakon pun pandai masak juga ... tak semestinya pelakon je. Tengok isteri hubby contohnya pandai masak. Isteri hubby bukan pelakon pun ... cuma dia pelakon depan suami dia je. Takdelah masuk tv.....hahahahaha

Wifey : Looor orang cakap pasal pelakon la ... ye la muka cantik pandai masak, kira kelebihan la...

Hasben : Aish, isteri hubby walau takdelah cantik macam pelakon tapi dia tahu masak kira ok la ... Tak semua pelakon cantik la. Kadang hubby dok kat office teringat apa lakonan isteri hubby kat rumah. Buat hubby gelak dan senyum sensorang....Isteri hubby pun pandai gak berlakon. 

Wifey : Blueeeeeewwwwwweeeeeekkkk .....



Stress!! Kalau layan hasben aku borak camtulah. Dia suka sangat nak nyakat. Aku layan je. Kadang dia pun stress ngan aku sebab bila dia cakap ape-ape dalam keadaan serius aku buat lawak. Then untuk cover balik aku selalu cakap,  "isterikan penghibur hati suami ... nanti bila saya takda awak pasti rindukan saya!". Terus muka hasben aku berubah .... haks haks!

Yelah, masa ada ni lah kita nak hargai. Nak buat lawak. Nak buat itu. Nak buat ini. Semasa ada ja. Jadi gunalah ruang dan peluang yang Allah swt bagi.



p/s : Roda-roda kehidupan. Asam garam rumah tangga. Bangun pagi ni terus ngadap blog. Breakfast tak buat pun. Buntu nak masak apa!

Saturday, January 17, 2015

HARI MINGGU BAKAL MOMMY

Assalamualaikum ....

Selamat Hari Minggu!

Bosan jugak stay kat rumah sensorang. Hasben pulak hari ini kena OT. Jadi, awal pagi aku dah bangun siapkan breakfast dan lunch untuk bekalkan hasben pergi keje. Pagi tadi aku masak maggi goreng putih dan menu untuk lunch aku masak cuma nasi putih, sambal telur campur belimbing buluh dan ikan selar goreng. Hasben aku bab bawa bekal pegi kerja tak cerewet sangat. Dia makan je apapun asalkan perut tak masuk angin. Memandangkan office dia tu leceh bebenor nak keluar pergi makan, jadi adalah mudah kalau bawa bekal dari rumah. Mudah dan jimat. Untuk hari minggu aku larat la nak bangun masak bagai. Siap masak, hantar hasben depan pintu ... boleh sambung tido balik. Kalau hari kerja, hasben la yang masakkan breakfast 2 minggu ni. Sebab isteri dia yang menghitung hari nak bersalin ni dah tak larat sangat dah.

Menu hari minggu. Maggi goreng. Sambal telur dengan belimbing buluh. Ikan bilis goreng. Yummmeh!!
Terliur tak? Kikiki ... menu super simple macam nie sibuk dok tanya korang terliur ke tak kan? Apaa daaa. Korang tengok pun ellleeeeh ellleeeeh je. Bila lunch pun masak pepagi, so aku masak sekali ajelah. Takdelah sibuk nak masuk dapur untuk masak lagi time lunch. Masuk dapur pun nak senduk nasi dan makan je. Aku nie kalau dok rumah memang cepat sangat lapar. Kejap-kejap masuk dapur. Kejap-kejap bukak fridge tengok apa yang ada dan boleh dimakan. Kalau buah-buah hasben aku beli sampai sebakul, kejap je aku sorang habiskan. Nak-nak limau sunkist ... lagilah! Asyik makan je, keje kurang buat sangat. Sebelum pergi keje hasben dah pesan ... rehat je, takyah buat keje rumah sangat. Okeh, menurut perintah!!

Sekarang nie dok rumah pun aku tak buat kerja sangat. Setakat masukkan kain baju dalam washing machine, sidai kain baju dan masak sikit-sikit bolehlah. Kalau terlebih had buat kerja mulalah sakit satu badan. So, rumah pun macam tongkang pecah aku rasa. Tapi, syukur Alhamdulillah ... hasben aku banyak tolong. Tolong lipat kain dan kemas rumah. Okeylah, merasa juga kekemasan. Sekarang nie hasben tolong masak breakfast plak. Cuma untuk dinner je kitaorang  beli kalau hari bekerja. Hari minggu aku still boleh masak ... sebabnya, lepas masak dan makan boleh rehat. Jadi penat badan bolehlah hilang. Tak pun suruh hasben urut-urut. Legalah sikit.

Bila dah penghujung mengandung nie, memang terasalah sakit sana sakit sini. Masalah sekarang nie aku tak boleh nak tido. Serba salah dibuatnya. Mengiring ke kanan salah. Mengiring ke kiri salah. Tidur melentang lagilah rasa salah ... sebab rasa senak satu badan. Nak dapat posisi yang selesa amatlah sukar. Kadang sampai 2-3 pagi baru aku dapat lelapkan mata. Masa tu mulalah menangis. Bayangkan dengan perut yang besar nak pusing ke kiri dan ke kanan amat payah. Yang dah jadi ibu-ibu mesti tahu kan. Sekali aku nak pusing badan, sure menangis kadang tu. Sakit ... ini belum sakit nak bersalin lagi. Memang dugaan sangat. Time ni mulalah aku ingat kat mak di kampung. Macam inilah rasanya mak kandungkan aku dulu. Tapi seumur hidup aku tak pernah pun dia mengeluh dengan apa yang dia lalui. Bercerita tentang sakit mengandungkan anak-anak dia yang 4 orang tu pun tak pernah. 

Bila baca blog Nameeroslan pasal contraction nak bersalin, lagilah aku rasa macam ... "mampu ke aku lalui semua ni?". Mulalah hati tak habis-habis berkata, "Ya-Allah kuatkanlah diri aku, mudahkanlah urusan aku...!". Siap cakap kat baby soleh solehah aku,  "nanti bagi kerjasama kat mommy tau, mommy sentiasa doa baby keluar normal, sihat dan sempurna sifat...!".  Itulah ayat aku selalu sejak 2-3 bulan nie. 

Okeylah aku nak tunggu hasben balik keje. Kejap lagi kul 8pm, nak keluar ... nak jenjalan kaki. Orang kata ibu ngandung kena banyak berjalan supaya 'longgar' dan mudah nak bersalin nanti. Ameeen. Moga-moga urusan aku nak bersalin nanti dipermudahkan. Korang-korang semua, doakan aku ye. Moga doa korang itu diperkenankan Maha Esa!




p/s : Bila hasben takde kat rumah, nak gerak sana sini susah sikit. Sebab takde tempat nak bergantung untuk bangun bila dah duduk......

Thursday, January 15, 2015

AISKRIM ROTI

Assalamualaikum ...


Aiskrim roti. Dulu masa kecik-kecik selalu beli aiskrim roti. Ada pakcik aiskrim tu dengan naik basikal menjaja keliling kampung. Dulu, rege aiskrim roti baru 30sen. Kalau aiskrim kon celup kacang tanah goreng tu baru 20sen. Boleh dikatakan seminggu 2-3 kali pakcik aiskrim tu lalu depan rumah. Cuma tak boleh beli selalu, sesekali bolehlah. 


Hari tu masa aku bosan-bosan dok rumah dan tak tahu nak makan ape, terus terfikir nak makan aiskrim roti. Tengok pulak ada roti kentang dan aiskrim nestle neopolitan yang hasben beli.  Laju je belah dua roti tu dan tempek aiskrim kat tengah-tengah. Uih sedapnye la hye. Maklumlah dah lama tak makan. Sendiri buat, so taruk aiskrim tu bagi banyak la. Kenyang sikit! ekekekeke ....

Banyak kenangan masa kecik-kecik. Nak cerita satu persatu memang tak mampu. Sesekali akan terlintas nak buat apa yang telah dibuat masa kecik-kecik. Zaman takda masalah dan penuh dengan keseronokan. Seronok dan best macam makan aiskrim roti nie la.




p/s : Masa takkan berulang kembali. 

Wednesday, January 14, 2015

LEMPENG PEKAK @ LEMPENG GANDUM

Assalamualaikum....


Lempeng pekak? Aku tak tahu kenapa orang selalu panggil lempeng gandum ni sebagai lempeng pekak. Sebab apa yek? Kalau korang tahu kenapa boleh la share dengan aku. Setahu aku mak aku panggil lempeng gandum. Start dari minggu lepas, hasben aku dok request nak makan lempeng. Dia asyik dok cakap dah lama tak makan lempeng. Walhal sejak kahwin, mana pernah aku buat lempeng kat dia. Ulang-ulang cakap mak dia dulu rajin buat lempeng. wakakakaka. Isteri macam telan ailio jugalah sebab pernah buat tapi gagal. Jujur cakaplah, aku pernah sekali try buat lempeng nie. Tapi langsung tak menjadi. Melekat-lekat kat kuali. Sudahnye adunan tu aku campak dalam tong sampah. Kasi kenyang itu perut tong sampah makan tepung mentah. Kikikikiki ....

Bila hasben dok bersuara banyak kali, telinga isteri tak menahan mendengarnye. Ini satu cabaran. Buat lempeng je pun. Takkan tak bolehkan? Aku pun googlelah recipe untuk kali kedua dalam hidup aku. Orang lain buat lempeng gandum ni pejam mata je. Aku je sibuk dok google. Teruk sangat!!


Akhirnya, Alhamdulillah aku dapat resepi lempeng gandum yang simple dan super senang. Pastu sekali buat je dah jadi tau. Cun pula kejadiannye! Wah, dah start membongkak yek! Lempang kang ... Bila dah buat lempeng takkan nak cicah dengan gula je. Ingat hasben aku kanak-kanak yang boleh digula-gulakan? Mestilah tidak. Haruslah aku up dengan sambal ikan bilis. Pada petang kejadian, lempeng aku comel-comel je macam aku. Kecik molek. Dan aku agak hasben aku macam tak kenyang je makan .... hiks hiks hiks....


Adunan lempeng aku cuma guna 2 cawan tepung gandum. Saiz super comel. Sambal ikan bilis cuma buat semangkuk je. Asal cukup untuk 2 orang makan. Rasanya tak sampai 10 keping aku buat. Adalah dalam 8 keping kot. Aku cuma makan 2 keping je, sebab tengok hasben makan penuh selera. Tak sure sangat selera hasben ni sebab lapar atau memang lempeng aku memang sedap. he he he. Dapatlah pujian sikit, lempeng yang aku bikin tu lembut katanya. Kembang kempis hidung yang tak mancung nie bila kena puji. hahahahaha


Dan semalam, time lunch aku buat asam pedas ikan cencaru. Memandangkan aku cuti semalam, so lunch aku masak la. Hasben balik makan kat rumah. Bila dia tengok ada asam pedas, terus request nak makan lempeng lagi petang masa balik keje. Nak cicah dengan kuah asam pedas katanya. Siap pesan, "tolong buat lempeng lebih ya ... aritu punya sikit, tak cukup". Kul 6pm sebelum hasben balik aku dah blend adunan lempeng. 6.15pm dah start melempeng. 6.40pm dah siap ... Teruja dia makan. Aku plak jadi asyik tengok hasben makan lempeng cicah kuah asam pedas Yelah, aku dulu selalu masa mak buat dok cicah ngan gula je. Takdenye nak cicah dengan asam pedas bagai. Lagipun sebelah utara asam pedas tak femes sangat pun.


Buat lempeng semalam kira minum petang dan merangkap dinner sekali. Minum plak kopi 434 dari Batu Pahat. Disebabkan penangan kopi gamaknye, aku tak boleh tido malam tadi. Hasben sedap je mimpi, aku dekat kul 3am baru dapat tido. Haish mata .... degil nak tido sejak 2-3 menjak nie. Ntah kenapa ntah.


Semalam juga lepas makan lempeng, terus kira-kira syiling 2014 aku tu. Hari tu aku asing-asingkan ikut nilai je. Semalam baru ada chance nak mengira. Setakat nie duit syiling yang aku kira baru 200 lebih. Okeylah tu, nanti campur dengan duit seringgit yang dah kira tu, harap dapat dalam 800 pun dah okeh.

Sebelum aku stop entry nie, meh share recipe lempeng ngan korang. Aku tahu korang semua dah pandai buat lempeng. Anggaplah ia sebagai koleksi rujukan anak cucu aku nanti. Ewaaah....


RESEPI : LEMPENG GANDUM

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air (boleh ditambah sedkit demi sedikit sesuai dengan kepekatannya & jangan terlalu cair) 
  • 1 sudu teh garam halus 
  • 1 biji telur

Cara masak :
  1. Semua bahan di atas di satukan dan dikisar sekejap dalam mesin pengisar (blender) menjadi batter. 
  2. Ambil satu senduk bancuhan tepung (batter)  dan dileserkan dalam kuali non-stick. Jangan terlalu tebal, lebih kurang seperti tebal roti canai. 
  3. Bila bahagian bawah telah garing sedikit, balikkan lempeng bahagian bawah naik ke atas. 
  4. Bila kedua-dua bahagian telah masak, angkat dari kuali. 
  5. Sesuai dimakan dengan sambal ikan bilis atau sambal sardin atau pun kari.
*anggaran 10 - 11 biji lempeng sebesar piring alas cawan.


Selamat melempeng ye!




p/s : Memang kena banyak belajar masak. Hasben aku selalu request masakan macam omaknye. heeeee

CPUV ke-10 / 2015

Assalamualaikum ...

Syukur Alhamdulillah. Nuffnang longgokkan lagi CPUV dekat blog aku. Memang rezeki baby soleh solehah tau. Baby belum keluar lagi, tapi Januari 2015 nie sahaja aku dah dapat 10 CPUV dari Nuffnang. Suka tak terkata. CPUV ke-10 dari DiGi year end sale. Korang-korang nanti rerajin la klik iklan nuff kat blog aku nie. Buat tabung travel dengan insuran kete.....kehkehkeh.


Aku plan, April ni nak cashout dah. Sebab nak top up duit insurans kereta. Selalunya setahun sekali aku cashout. Simpan la biar berkepuk-kepuk kat akaun nuff nie. Sesambil dok kira berapa banyak cpuv yang dah masauk. Dulu masa aku mula blogging, nak dapat satu cpuv pun susah tau. Update la 2-3 entry sehari, tapi cpuv tu macam menyimpang ke blog orang lain je. Sedih tau.

Tapi sejak aku cashout yang pertama dulu, makin lama ... nuff dah rajin letak cpuv. Alhamdulillah la. Sejak kahwin, lagi rajin nuff letak cpuv kat blog. Memang murah rezeki lepas kahwin nie. Sejak aku blogging, baru 2 kali cashout. Earning setakat ratus-ratus je. Takdelah sampai riban-riban cam orang lain. Tpi, syukur Alhamdulillah. Ada juga dari takde langsung. Merepek-merepek kat blog pun, ada juga rezekinye. he he he.

Harap korang pun murah rezeki juga macam aku. Teruskan blogging dengan niat yang betul. Aicheeeh!



p/s : Encik Nuffnang....lepas ni longgok lagi banyak, nak beli diapers kat baby aiolss! he he he

Tuesday, January 13, 2015

RESEPI BUTTER PRAWN YANG SEDAP

Assalamualaikum ...

Sejak akhir-akhir nie hasben aku dah pandai request menu lebih kurang/sama macam dekat kedai. Ermmmm ... hasben aku yang feel mengidam lebih pada mak yong neh. Sebelum ni, aku belajar dengan dia buat nasi goreng kampung macam kat kedai. So, bila cam pandai sikit dia request kat aku buat nasi goreng kampung yang dia ajar. Lulus juga la nasi goreng kampung yang dia nak tu. Macam kat kedai katanya. Terus siap-siap plan dalam kepala nak buka kedai makan bila dah pencen nanti ... itu kata hasben aku lah. Jika hasben aku berhajat nak buka kedai makan, aku memang suka sangat ... sebab aku kan suka juga bab masak-masak dan makan-makan nie. Yang aku tak suka cuma, bila makan-makan badan pun besar-besar! Itu je yang aku kurang gemar!

Masa cuti tahun baru, hasben request nak makan butter prawn. Dia kata nak macam dekat Restoran Senandung Malam, Bagan Lalang tuh. Ooooomaigod....tak menahan permintaan sang suami. Garu-garu kepala aku yang tak gatal masa tuh. Terus tetiba keluar ayat penyedap hati dan hempedu segala, "okeh sayang cuba ...sebijik mungkin taklah, hampir-hampir bolehlah kan....?". Ekekekekekeke...Aku pernah buat sekali butter prawn nie, tapi tak menjadi. Silapnye, orang guna telur kuning sesaje, aku bantai pukul telur kuning dengan putih sekali. Terus jadi telur hancur! wakakakaka ....


Inilah hasil dari permintaan hasben. Butter prawn! Tapi takdelah rupa macam kat kedai yang hasben nak tu. Cuma bab rasa .... sama je! Hehehe, rasa udang .... hahahahahah! Hasben cakap rasa okeh, cuma dia tanya nape telur dia tak bertali mcam kat kedai. Dah jenuh aku tarik telur tu tinggi-tinggi, but still tak jadi. Ketot-ketot jadinye. Meh la kita share resepi. Resepi aku gugel je tau bukan diri sendiri punya. 


RESEPI : BUTTER PRAWN
SUMBER : SPICES JOURNEY

Bahan-bahan;

Sarang Telur/Floss

  • 2 biji kuning telur
  • Sesenduk butter
  • Secawan minyak masak
Caranya : Pukul ringan telur kuning. Panaskan butter dan miyak masak. Bila minyak dah panas, pusing-pusingkan senduk bulat dalam kuali. Pusing laju-laju tanpa henti kemudian tuang telur kuning tinggi-tinggi. Terus pusing senduk laju-laju tanpa henti sampai warna telur bertukar keemasan. Setelah masak, tapiskan telur berkenaan guna tapis santan.

Bahan-Bahan:

Udang
  • 10 ekor udang sederhana besar (bersihkan dan belah sedikit belakang)
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng
  • 3-5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 6-8 tangkai cili api (potong kecik-kecik)
  • 5 tangkai daun kari
  • 1/4 susu cair - aku tak guna pun susu
  • Sedikit marjerin/butter untuk menumis
  • Serbuk lada hitam/putih
  • Sedikit garam
Caranya : Goreng udang yang telah digaul dengan garam dan lada sulah. Goreng sebentar sahaja. Angkat dan toskan udang tu. Kemudian panaskan butter, kemudian masukkan bawang putih, cili api dan daun kari. Kemudian masukkan udang yang dah digorengkan tadi, serbuk lada hitam dan sedikit garam. Bila semua dah mesra, angkat dan amek sarang telur/floss dan gaulkan sekali. Siap sedia untuk dimakan. hehehehe


Nak penceritaan recipe yang lebih detail, korang boleh pergi dekat blog Spices Journey. Bukan setakat butter prawn je yang korang boleh dapat dalam blog tu. Macam-macam recipe ada. Janji rajin nak mencuba.


Selamat mencuba yek!!




p/s : Sekian lama tak share recipe...kekekekeke

Monday, January 12, 2015

SYILING DAN SERINGGIT : TABUNGAN 2014

Assalamualaikum ...


Selain cerita bab makan, tayang makanan sampai terliur semua orang ... bercerita tentang duit juga menjadi salah satu kesukaan aku. Termasuk korang juga aku rasa. Duit, apa yang tak bestkan? Dunia sekarang ni, segala-galanya perlukan duit walaupun duit bukanlah segala-galanya. Tapi, jangan sampai jadi hamba duit sudahlah. Kuasa duit ni sangat besar pada zaman sekarang. Kerana duit kadang kita hilang orang tersayang, hilang kawan, hilang harga diri dan sebagainya. Kerana duit juga kita boleh ada kawan, orang semakin sayang bila duit menipis sayang melayang dan menjadi sanjungan!

Seronokkan ada duit banyak. Boleh beli macam-macam. Shopping tak ingat dunia. Travel sana sini dengan sukahati. Dan jangan lupa bersedekah jua ;p! Kadangkala bila kita berduit sangat, kita diuji dengan kealpaan. Itu yang takut tu. Takut lupa diri dan lupa Allah swt.

Macam aku, tak adalah berduit sangat. Maksud aku kehidupan aku dulu dan sekarang bukanlah kategori mewah. Bukan kategori, kau sebut hari ini esok dah boleh beli. Bukan! Aku ni kategori sederhana sahaja bab kewangan. Gaji pun Alhamdulillah, cukup untuk aku dan keluarga termasuk mak ayah. Selesa. Kadang terasa nak keluar dari comfort zone. Namun, aku tetap bersyukur sebab dapat bagi mak ayah setiap bulan walaupun tak banyak dah satu rahmat dalam kehidupan aku. Sungguh! Buat hati jadi tenang. Macam aku pernah cerita dekat korang sebelum ini, mak aku selalu pesan, walau sekecil mana atau sebesar mana pun gaji/rezeki yang kita dapat ... bersyukurlah sentiasa. Syukur akan menjadikan yang kurang itu sentiasa cukup dan mungkin lebih. 

Dan kerana aku tahu aku bukan dilahirkan sebagai seorang anak dalam keluarga yang mewah dan sangat berada, maka aku meneruskan minat aku untuk menabung secara kecil-kecilan. Maksud aku bukan tabungan tetap la, macam menyimpan di Tabung Haji dan pelaburan insurans. Bak kata Tun Mahathir, nak menabung ni jangan tunggu kaya. Mulakan dari sekarang.

Sejak tahun 2004, aku dah suka sangat menabung syiling dan duit seringgit. Lepas tu masukkan dalam akaun, kadang tu tersalah langkah aku belanjakan dengan selamba. Penat je mengumpul. Kadang aku guna bila sesak sangat. he he he. Untuk tahun 2014, aku dah mengira hasil tabungan duit seringgit. Tengok gambar di bawah ini. Aku dapat lebih kurang RM530.00 untuk setahun. Siap ikat dengan getah kemas-kemas nak bawa pergi tukar. Kawan hasben aku yang ada restoran tu katanya nak tukar duit seringgit, bolehlah aku tukar dengan dia. Kalau dia taknak aku bawa je pergi ke bank harimau. Simpan sana sekejap. Pastu guna buat bayar bil apa yang patut. Selain duit kertas seringgit, aku juga gila menabung duit syiling.


Hah, nin dia, ini adalah duit syiling aku bagi tahun 2014. Ada lagi duit yang dekat office yang belum dilambakkan sekali. Duit syiling 2014 tak semeriah mana. Belum kira lagi ni. Aku harap bolehlah dapat dalam dua ratus ringgit. Campur dengan duit kertas seringgit tu adalah dalam RM700. RM700 setahun untuk simpanan suka-suka sebagai hobi ... banyak jugakkan? Boleh la lepas sesak-sesak. Kalau taknak belanjakan, sila simpan. Nanti hujung tahun boleh kira dividen dan bonus sekali lagi. kikikiki.


Eh, kerongsang pun terselit dekat situ. Nak memberatkan keadaanlah tu.  Sekarang ni semua tabung aku dah kosong. Termasuk tabung tin biskut. Mulai 2015, aku nak berlawan dengan hasben. Duit syiling sapa yang paling banyak. Lepas tu aku dah target untuk simpan sehari 2 keping duit kertas seringgit. Maknanya, sehari 2 hengget la! Mula-mula menyimpan dulu aku rasa macam susah je, tapi bila tengok hasil yang terkumpul, senyum terus jadi lebar. Rasa seronok menguasai diri dengan selambanya!

Simpanan suka-suka ini sebenarnya lebih banyak digunakan untuk kecemasan. Dan kadang-kadang tujuan simpan pun untuk membelanjakan secara suka-suka juga tanpa menganggu gugat simpanan tetap! keh keh keh .... baguih sungguh!



p/s : Nanti dah ada anak, syiling tu buat beli eskrem dia ajelah. 

Sunday, January 11, 2015

MATA YANG TAK TERPEJAM

Assalamualaikum...

Jam dah menunjukkan 3pagi. Aku langsung tak boleh lelap mata. Puas pusing badan kiri kanan walau rasa sukar sekali dgn perut yg besar ini. Anak soleh solehah turut berjaga sama dgn mommy. Dah hampir 2 minggu pe'el tak boleh tido ini melanda aku. Dah nak dekat due, mata sukar nak pejam. Dugaan. Badan jd penat bila tak cukup tido dan rehat. Orang cakap dah dekat due ni kena banyak rehat. Kumpul tenaga untuk bersalin nanti. Aku pula dalam menghitung hari lagi banyak keje nak kena settle. Pening. Stress.

Usaha nak bagi tido, aku ambil herbal massage oil tanamera buat urut tangan dan kaki. Bau serai wangi dah macam spa. Teringin nak pergi spa lagi, tunggu la lepas bersalin. Sekarang ni ambil bau spa kat umah sudahlah. Lupa nak share dekat korang set bersalin tanamera aku tu. Start kandungan 7 bulan aku dah beli set tanamera ni. Kenapa pilih set bersalin tanamera? Sebab aku review semua kata ok. Dan lagipun set ni takde jamu bagai yang nak kena telan. Habis kuat pun ada teh. Nantilah aku up entry khas set tanamera ni. Set ni dah lama femes. So, ramai yang dah guna.


Aku update pakai hp. Leceh nak type pepanjang. Saja nak penuhi masa sebab mata tak boleh lelap. Dok pulak rumah mertua lagi la taktau nak buat apa. Kalau rumah sendiri, tak boleh tido macam ni boleh juga basuh kain, kemas dapur ke hape yang patut. Dok rumah mertua terperuk ajelah dalam bilik. Orang lain semua dah tido. 

Okeylah aku nak usaha pi lelapkan mata. Harap berjaya. 
Kalau tak kang memang bangun lambat pagi nanti. 

Friday, January 9, 2015

IKAN BILIS

Assalamualaikum ....

Tajuk simple. Ikan bilis je.

Ikan bilis memang kegemaran aku. Sedap kot kalau goreng garing-garing lepas tu letak bawang dan cili api. Makan plak dengan nasi panas-panas tambah dengan kicap manis. Menambah tau makan nasi. Tak pun, buat sambal ikan bilis. Sedapnye la hye!

Aku kalau beli ikan bilis, aku suka yang belum kopek lagi. Sebabnya kalau yang dah kopek siap tu macam tak sedap kalau goreng. Macam dah lemau. Lagipun kadang yang dah kopek tu dibuang perutnya macam tak habis. Baik beli yang belum kopek. Harga lagi murah dah  tu bila kita sendiri kopek, semua perut ikan tu dikorek sampai bersih. Cuma kadang hasben aku dia macam kesian aku nak kopek ikan bilis nie, ada masa dia tolong. Bila dia rajin la. Atau bila aku minta tolong dia kopekkan sambil tengok tv. Mata tengok tv, tangan buat kerja ... so masa tak terbazirkan sayang! kikiki. Ayat bodek si isteri!!

Hasben aku cakap lebih baik beli yang siap kopek. Memang aku taknak. Aku nak juga beli yang belum kopek. Sekali beli 1/2 kilo atau sekilo ... lepas tu balik rumah, sambil tengok tv pepagi tu aku pulun la kopek ikan bilis ni sampai habis.


Kopek ikan bilis ni siap-siap senang nak masak. Takdelah time nak masak tulah baru terhegeh-hegeh nak kopekkan. Leceh. Aku lagi suka kopek siap-siap dah tu simpan dalam bekas dan masukkan dalam fridge. Tau kenapa aku masukkan dalam fridge? Sebab ini antara tips yang aku guna pakai untuk menjadikan ikan bilis tu garing bila digoreng. Baru sedap dimakan. Ikan bilis takkan nampak lemau semacam.

Ini ikan bilis yang aku dah kopek 2 minggu lepas. Sambil layan drama tangan sibuk kopek ikan bilis ni kasi habis. Sekarang ni dah tinggal setengah balang dah pun. Pepagi hasben aku buatkan breakfast, dia tumbuk segenggam masukkan dalam bihun goreng dan nasi goreng. Sedap la makan. Kerja senang, takyah sibuk nak kopek lagi. Ambil, basuh kemudian tumbuk. Sekarang nie turn hasben masak breakfast. Isteri dah tak larat. Aku bangun awal pun tolong basuh pinggan je. Keje masak memasak semua hasben buat. Kecuali dinner je, kadang aku masak ... kadang beli dan kadang hasben yang kena masuk dapur dan masak. Yeeeeee! Sukahati aku!

Takde modal nak cerita malam nie, cerita ikan bilis je yang ada mood nak share pun....hehehehehe. Dah nak tidor. Esok nak kena keje lagi. Hye ... penatlah badan jawabnye! 



p/s : Kalau boleh nak rehat panjang. Unjur kaki

JIWA MEMBERONTAK

Assalamualaikum....


Memberontak! Ya, jiwa aku sekarang ini sedang memberontak. Berkecamuk. Marah. Geram. Sakit hati. Dan macam-macam lagi. Aku tahu, seorang ibu mengandung tak sepatutnya ada semua perasaan ini. Perasaan gila. Emosi tak bertempat. 8 bulan aku berjaya mengawal perasaan aku dengan baik. Alhamdulillah, Allah permudahkan banyak jalan kehidupan ketika aku berbadan dua ini. Namun, bila menginjak ke 9 bulan, jiwa aku jadi confuse dengan banyak perkara. Terutama hal office!

Saat sekarang aku rasa macam nak cuti awal. Cuti lebih awal daripada EDD aku. Ya, itulah perancangannya. Aku nak rehat. Kerana aku memang perlukan rehat. Kesian anak soleh solehah dalam kandungan ini, jadi aku taknak dia turut stress kerana kecamuknya emosi bakal seorang ibu! Di saat aku tertekan, aku masih cuba untuk senyum. Bersyukur Allah anugerahkan teman hidup yang baik dan memahami walaupun tak 100%. Sekurang-kurangnya suami aku berusaha memahami dan membantu mengurangkan tekanan yang ada.

Cuma, di pejabat ... aku memandang sesetengah orang rasa ingin aku telan sama sekali hingga tiada  bersisa. Kejamkan! Itulah perasaan aku. Maafkan aku bersikap sedemikian. Kerana sikap kalian mendesak aku berjiwa seperti itu.

Di saat-saat kerja penting perlu diselesaikan, masih ada yang buat endah tak endah. Tinggal aku terkontang kanting dalam keadaan yang tidak berdaya. Terasa hati. Namun, aku bersabar. Tak ke mana semua ini. Buatlah kerja yang aku mampu sahaja. Jangan sampai mudaratkan diri. Itu pesan hati aku setiap kali ia cuba merintih pedih dan rasa ingin meraung hingga kedengaran ke seluruh pelusuk dunia. Aku harus kuat. Aku harus tabah. Kerna aku inginkan anak soleh solehah yang bakal lahir ini juga kuat dan tabah seperti ibunya malah jauh lebih baik dari ibunya. Impian aku tentang kehadiran anugerah Allah swt ini sangat besar.

Luahan hati yang amat tertib dan tersusun sangat kali ini. Inikah aku sebenarnya??
Dan di saat hati seakan sedikit hancur, Nuffnang menghadiahkan CPUV. Rezeki dari Allah, untuk anak soleh solehah dalam kandungan ini agaknya. Buat aku tersenyum seketika. Alhamdulillah.




p/s : Mengingatkan aku, bila orang susah kau boleh tolong ... tapi bila kau perlukan pertolongan ... minta saja pada Tuhan bukan pada makhluk ciptaanNya!