Monday, January 5, 2015

POTONG KENA BAYAR, TAMBAH PAKEJ FREE. ITULAH ASTRO

Assalamualaikum ...


Sejujurnya astro @ asteruk selalu buat aku naik angin. Dulu dah pernah astro nie buat aku naik angin, kali ni buat lagi perangai buruk melampau dorang tu mengenakan pengguna. Kadang rasa astro nie macam kebulur sangat duit rakyat Malaysia, walhal servis macam hampeh sesangat. Cepatlah Kerajaan wujudkan syarikat penyiaran lain jadi pesaing astro nie, barulah dorang sedar diri sikit! Mentang-mentanglah sekarang nie astro je yang ada, tu yang bermaharajalela sukahati. Dan ikut suka hati nenek tokwan dorang je naikkan caj, servis tak semenggah bila hujan ... sampai rasa nak baling je piring astro tu dalam tasik! Geram aku! 

Dulu, masa bujang aku memang terfikir nak terminate terus astro ni. Alasanye sebab aku takde masa nak tengok tv dan bila tengok tv time tu la siaran macam hampeh. Sikit-sikit hilang gambar bila hujan ribut. Dah la bayar bulan-bulan. Dan nasib baik aku pada awalnye amik pakej basic je. Kalau amek pakej yang kena bayar ratus-ratus tu dan siaran macam hampeh kelapa basi, memang aku baling je piring astro tu. Nyemak sangat.

Bila dah kahwin, hasben bawa kad astro rumah lama dia. Dia amek 2 pakej mini. So, mahal la dari pakej yang aku amek. Kad astro aku tu, hantar rumah mertua. Lagipun, kat rumah mak aku di kampung sana aku dah siap pasang astro. Senang mak ayah aku nak layan astro oasis. Dorang suke sangat channel tu. Kiranya kitaorang tanggung bayar 3 astro di 3 rumah. Dah setahun dok layan astro akaun hasben, aku perasan 2 pakej mini yang hasben langgan tu ... takdelah layan sangat. Amat jarang sekali dibukanya. So, buat apa membazirkan. Aku cadangkan pada hasben untuk potong je pakej mini tu. Amik yang basic sudah. Lagipun rugi kalau langgan dan bayar tapi tak tengok sangat. Membazir .... membazir!

So, Jumaat lepas, hasben pun call astro bagitahu nak potong pakej mini tu. Tau apa astro cakap, "kalau nak potong pakej tu astro akan caj RM10.00". Aiks, nak potong pakej pun kena caj. Pastu hasben tanya la...."kalau tambah pakej macam mana ... kena bayar juga ke?". Astro, " kalau tambah pakej, free!". Terus hasben aku cakap pelikkan korang nie. Astro apa camnie, potong pakej kena bayar, kalau tambah pakej free plak. Memang jenis makan duit orang ke???

Bagi aku, astro ni hanya fikir untuk mengkayakan company dorang je. Walhal servis macam siput sedut. Slow sangat. Ikut hati aku memang nak terminate je akaun tu. Tapi nasib baik akaun nama hasben. Takpelah, anggap je la ada astro aku bolehlah layan AFC dan TLC tu. 2 channel nie je yang best sangat pun bagi aku. So, skang nie bila dah potong pakej mini tu, jimatlah RM20. Boleh la simpan. he he he.

Kalau fikir pasal pe'el astro ni kadang, naik menyampah. Dah la siaran ulang-ulang, servis teruk sangat,  tapi lagi ada hati nak caj pelanggan itu ini. Nampak macam astro nie dah sengkek sangat gamaknye.....



p/s : Kesian plak orang kg yang langgan astro. 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!