Wednesday, January 14, 2015

LEMPENG PEKAK @ LEMPENG GANDUM

Assalamualaikum....


Lempeng pekak? Aku tak tahu kenapa orang selalu panggil lempeng gandum ni sebagai lempeng pekak. Sebab apa yek? Kalau korang tahu kenapa boleh la share dengan aku. Setahu aku mak aku panggil lempeng gandum. Start dari minggu lepas, hasben aku dok request nak makan lempeng. Dia asyik dok cakap dah lama tak makan lempeng. Walhal sejak kahwin, mana pernah aku buat lempeng kat dia. Ulang-ulang cakap mak dia dulu rajin buat lempeng. wakakakaka. Isteri macam telan ailio jugalah sebab pernah buat tapi gagal. Jujur cakaplah, aku pernah sekali try buat lempeng nie. Tapi langsung tak menjadi. Melekat-lekat kat kuali. Sudahnye adunan tu aku campak dalam tong sampah. Kasi kenyang itu perut tong sampah makan tepung mentah. Kikikikiki ....

Bila hasben dok bersuara banyak kali, telinga isteri tak menahan mendengarnye. Ini satu cabaran. Buat lempeng je pun. Takkan tak bolehkan? Aku pun googlelah recipe untuk kali kedua dalam hidup aku. Orang lain buat lempeng gandum ni pejam mata je. Aku je sibuk dok google. Teruk sangat!!


Akhirnya, Alhamdulillah aku dapat resepi lempeng gandum yang simple dan super senang. Pastu sekali buat je dah jadi tau. Cun pula kejadiannye! Wah, dah start membongkak yek! Lempang kang ... Bila dah buat lempeng takkan nak cicah dengan gula je. Ingat hasben aku kanak-kanak yang boleh digula-gulakan? Mestilah tidak. Haruslah aku up dengan sambal ikan bilis. Pada petang kejadian, lempeng aku comel-comel je macam aku. Kecik molek. Dan aku agak hasben aku macam tak kenyang je makan .... hiks hiks hiks....


Adunan lempeng aku cuma guna 2 cawan tepung gandum. Saiz super comel. Sambal ikan bilis cuma buat semangkuk je. Asal cukup untuk 2 orang makan. Rasanya tak sampai 10 keping aku buat. Adalah dalam 8 keping kot. Aku cuma makan 2 keping je, sebab tengok hasben makan penuh selera. Tak sure sangat selera hasben ni sebab lapar atau memang lempeng aku memang sedap. he he he. Dapatlah pujian sikit, lempeng yang aku bikin tu lembut katanya. Kembang kempis hidung yang tak mancung nie bila kena puji. hahahahaha


Dan semalam, time lunch aku buat asam pedas ikan cencaru. Memandangkan aku cuti semalam, so lunch aku masak la. Hasben balik makan kat rumah. Bila dia tengok ada asam pedas, terus request nak makan lempeng lagi petang masa balik keje. Nak cicah dengan kuah asam pedas katanya. Siap pesan, "tolong buat lempeng lebih ya ... aritu punya sikit, tak cukup". Kul 6pm sebelum hasben balik aku dah blend adunan lempeng. 6.15pm dah start melempeng. 6.40pm dah siap ... Teruja dia makan. Aku plak jadi asyik tengok hasben makan lempeng cicah kuah asam pedas Yelah, aku dulu selalu masa mak buat dok cicah ngan gula je. Takdenye nak cicah dengan asam pedas bagai. Lagipun sebelah utara asam pedas tak femes sangat pun.


Buat lempeng semalam kira minum petang dan merangkap dinner sekali. Minum plak kopi 434 dari Batu Pahat. Disebabkan penangan kopi gamaknye, aku tak boleh tido malam tadi. Hasben sedap je mimpi, aku dekat kul 3am baru dapat tido. Haish mata .... degil nak tido sejak 2-3 menjak nie. Ntah kenapa ntah.


Semalam juga lepas makan lempeng, terus kira-kira syiling 2014 aku tu. Hari tu aku asing-asingkan ikut nilai je. Semalam baru ada chance nak mengira. Setakat nie duit syiling yang aku kira baru 200 lebih. Okeylah tu, nanti campur dengan duit seringgit yang dah kira tu, harap dapat dalam 800 pun dah okeh.

Sebelum aku stop entry nie, meh share recipe lempeng ngan korang. Aku tahu korang semua dah pandai buat lempeng. Anggaplah ia sebagai koleksi rujukan anak cucu aku nanti. Ewaaah....


RESEPI : LEMPENG GANDUM

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air (boleh ditambah sedkit demi sedikit sesuai dengan kepekatannya & jangan terlalu cair) 
  • 1 sudu teh garam halus 
  • 1 biji telur

Cara masak :
  1. Semua bahan di atas di satukan dan dikisar sekejap dalam mesin pengisar (blender) menjadi batter. 
  2. Ambil satu senduk bancuhan tepung (batter)  dan dileserkan dalam kuali non-stick. Jangan terlalu tebal, lebih kurang seperti tebal roti canai. 
  3. Bila bahagian bawah telah garing sedikit, balikkan lempeng bahagian bawah naik ke atas. 
  4. Bila kedua-dua bahagian telah masak, angkat dari kuali. 
  5. Sesuai dimakan dengan sambal ikan bilis atau sambal sardin atau pun kari.
*anggaran 10 - 11 biji lempeng sebesar piring alas cawan.


Selamat melempeng ye!




p/s : Memang kena banyak belajar masak. Hasben aku selalu request masakan macam omaknye. heeeee

10 comments:

  1. hahahaha.lawak lah akk ni.weekend ni nk buat lah! hai kak.lama x dtg sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah rara sibuk sgt dgn princess....akk jd silent reader je kt blog rara tu....

      Delete
  2. salam kenal.... jengah sambil tengok ttg diet atkin..

    ReplyDelete
  3. Pssstt: Den pun samo...tak pornah jadi buek lempeng. Kono try laielah nie...

    ReplyDelete
  4. saya pun buat lempeng tak pernah jadi... mmg ke tong sampah perginyee...
    so lepas ni nk try la kene letak telur ke baru tak melekat???

    stress... stresss... kalau kat kampung, tgok dorg buat lempeng selamber je, bukan pakai kuali non stick pun, pakai kuali bodo biasa tu je... tp lempeng still cantik...

    takpe, lepas ni sy cuba lagi.... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dtg blog saya...boleh cuba. simple je nie

      Delete
    2. x payah telur pun xpe. sebenarnya kalau cth tepung 2 cawan, air letak 3 cwn. ianya akan cair sgt, nk nipis lempeng, buh sket lam kuali, nk tebal sket, letak lebih sket lam kuali.
      Telur hanya akan buat lempeng jadik berbau, bila lempeng sejuk, x lalu nk makan.
      Nk cantik lempeng, x yah letak minyak2x. Mula2 1st time nk letak minyak sket ok, sket jr. Pastu x yah minyak2 pun. balik2kan jap lempeng tu, masak lah.
      Just tepung, air lebih dr tepung dan garam sket, jadik punya. Sejuk pun lembut dan tak bau.

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!