Dah ari kedua 2015! Tahun baru lagi. Aku dan hasben masih sambung cuti. Memilih untuk berehat-rehat je. Petang ini hujan pulak di Putrajaya. Sedapnye tarik selimut. Memandangkan aku ni cuma tunggu hari je, cuti pun sekadar stay at home. Tak jenjalan ke mana-mana pun. Lebih kepada masak, makan, kemas rumah, tengok tv .... rasa penat terus tido. Regangkan urat yang bersirat. Tak tahu nak ke mana-mana. Nak ke IOI City Mall Putrajaya pun rasa takde mood. Sebenarnya dah 2 kali ke sana. Belum ada yang menarik lagi. Jenjalan meregangkan otot kaki bolehlah. Masuk Tesco dekat di situ pun terasa macam masuk Pavillion plak, barang adalah mahal. Bagi orang macam aku tak digalakkan shopping barang dapur di situ. Boleh rabak poket seluar hasben aku!
Tahun ini, tahun mengurangkan perbelanjaan yang merapu! Jauhi diri dari shopping mall.
Awal tahun, antara perkara yang dinanti adalah nak kemaskini buku ASB. Hiks, macam banyak sangat pelaburan yang ada. Walhal baru je nak start tahun nie serius menyimpan. Baki duit tahun-tahun sebelum ni berseredak macam seredak kue raya je. Buruk perangai, dah menyimpan asyik korek je. So, jangan haraplah dividen dan bonus ASB kau menimbun macam orang lain ye. Untuk tahun 2014 yang lalu, Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan adalah sebanyak RM7.50 sen seunit dan bonus adalah sebanyak RM1.00 sen seunit. So, korang dah boleh start update buku ASB korang tu. Macam biasa, dekat Putrajaya nie, pejabat ASNB di Presint 3 memang menjadi tumpuan. Beratur panjang giler sampai keluar pejabat. Pengsan kalau tengok! Kalau aku tak daya nak beratur macam tu. Tunggulah hujung Januari atau lepas deliver baby soleh solehah baru aku update. Dorang sumer pelaburan tak hengat punya banyak, tu yang sumer sibuk nak update awal-awal. Yang pelaburan ciput macam aku, kendian-kendian la update. kikikiki! Buat kerani kaunter tu gelak berguling je kalau aku update awal-awal cenggini. haks haks haks,
Untuk tahun 2015, aku dah buat perancangan simpanan sendiri. Menambah jumlah potongan gaji untuk akaun Tabung Haji aku. Memang paksa diri potong gaji lebih untuk tabung haji. 2014 aku cuma buat potongan gaji seratus je untuk Tabung Haji, selalunya aku kumpul syiling dan duit ketas seringgit untuk saving kat Tabung Haji. Bila fikir balik macam lambat je jadi banyak, so last year aku buat potongan gaji. Tahun nie aku tambah lagi amaun potongan gaji tu dah tu siap paksa hasben aku buat potongan gaji sama untuk Tabung Haji. Niat di hati nak sama-sama pergi menunaikan haji sesama. Macam mak ayah aku tu. Hasben aku buat potongan lagi banyak dari isteri dia. he he he. Bajet nak lebih dari aku la tuh ...wakakakaka. Gurau je sayang! Insha Allah tahun 2016, aku akan up lagi amaun tu. Bila ada rezki lebih. Inshaa Allah. Dah anak soleh solehah keluar nanti, nak fikir untuk saving dekat anak lagi, beli insurans anak lagi .... banyak nak kena fikir. Terutama saving untuk pelajaran anak. Kalau boleh taknaklah pinjam PTPTN, sebab aku sendiri pun saraan JPA. Taknaklah anak menanggung beban PTPTN yang tak sudah tu. Tengok kengkawan aku yang kena bayar balik pinjaman PTPTN tu pun aku dah cukup kesian sangat. Itu perancangan aku untuk anaklah. Selebihnya Allah jua yang menentukan.
Hasben aku pesan, 2015 adalah tahun menyimpan dan berjimat cermat. Sejujurnya, kami dah berhorey-horey selamat 365 hari selepas kahwin. Ini tahun kedua perkahwinan kami, so kena lah cepat sedar untuk menyimpan. Kena paksa diri untuk istiqamah melakukan kebaikan. Bukan untuk sesiapa pun tetapi untuk keluarga kecil kami. Sekarang nie zaman menuntut duit sepanjang masa, kalau leka memang habis ... parah la jawabnya.
Saving yang jadi tumpuan sekarang ini, lebih kepada;
#tabung pembelian rumah ... untung sapa yang dah ada rumah awal-awal lagi. Kami baru nak mula ...
#tabung untuk anak....terutama pendidikan
#tabung menunaikan haji di tanah suci...harap dalam umur 50 tahun dah boleh jejak kaki bersama ke sana
#tabung kecemasan...wajib untuk kesihatan dan sebagainya yang seangkatan
#tabung melancong...sunat jika ada duit lebey. ha ha ha ha
Hasben pun siap pesan, kurangkan perbelanjaan yang tak sepatutnya. Walaupun gaji sama-sama kocik, tak bermakna tak boleh menabung. Pelan-pelan kayuh. Dan berusaha untuk tingkatkan pendapatan. Mana tahu, Allah murahkan dan luaskan rezeki kami sekeluarga. Ameen. Senang cakap dan kesimpulannya, 2015 tahun menabung buat kami sekeluarga. Anda bagaimana???
p/s : Moga usaha ini membuahkan hasil yang baik. Ameen.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!