Assalamualaikum ...
Malam tadi, walaupun penat baru balik dari kampung hasben, gigih juga nak
layan Konsert Akhir Gegar Vaganza. Nak tahu juga otai mana yang menang
malam tadi. Tapi aku takdelah layan konsert ni dari awal. Kul 10pm baru on tv.
Sebelum tu aku bantai tido. Penat tunggu hasben aku yang pergi basuh kete.
Balik dr kampung terus dia pergi basuh kete. Aku dia hantar kat rumah sebab dah
tahu badan aku sekarang nie lemah sikit. Kuatlah semangat aku sampai bersalin
nanti. Korang tau, kadang bila sakit meleleh airmata neh, nak-nak baby soleh
solehah aku gerak kuat ... lagi terasa macam oooucccchhhh! Mommy sabar je tau.
Hasben balik 10pm sebab carwash banyak yang penuh katanya. Dari Desa
Pinggiran Putra sampai ke Dengkil cari carwash. Lepas tu, aku order je menu
dari kedai. Mood tak larat nak masak dah. Aku order nasi goreng kampung. Hasben
balik, makan sama pastu baru layan konsert gegar. Hasben plak 24jam tak tido,
sambil layan konsert dia ngadu dah ngantuk sangat. Bertambah ngantuk dia bilamana dalam konsert
gegar tu, ada plak adegan kisah benar. Lamaran si pelakon Hairul Azreen melamar
blogger dan pelakon baru, Hanis Zalikha secara live. Satu Malaya tahu kot lamaran
tu. Ermmmm ... nampak memang romantik habis. Aku rasa adik-adik yang
gegil-gegirl nie mesti idam lelaki Malaya macam nie. Lamar cam omputih. Menitis airmata kot! Hanis Zalikha pun jadi
malu-malu dah atas stage gegar vaganza tu.
Cuma pendapat peribadi aku, nak merisik, melamar ke nak bertunang ke ...baik
silence kan dulu. Memang perkara nie baik sangat. Proses mengumpul batu-bata,
simen dan sebagainya untuk membina masjid. Perkara baikkan. Cuma dianjurkan
dalam Islam sebaiknya dirahsiakan terlebih dahulu. Biar kaum keluarga terdekat
sahaja yang mengetahui. Bukan apa, kita nie manusia ... merancang, selebihnya
Allah swt yang menentukan. Bukan berfikir perkara yang tak baik disebaliknya,
tapi ingin menjaga maruah wanita berkenaan sekiranya sesuatu yang tidak
menyenangkan berlaku di kemudian hari. Tengok, betapa hebatnya Islam dalam
menjaga maruah hambanya bernama wanita. Tapi aku tahu, masing-masing ada
pendapat sendiri. Aku taknak ulas lebih tentang perkara ini, sebab aku sendiri
pun jahil. Pendapat sikit-sikit bolehlah.
Walau apapun, aku mendoakan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha cepat-cepat
nikah. Moga kekal bahagia hingga ke jannah Allah. Dah nikah nanti kenalah
war-warkan. Itu sebaiknya. Bagi mengelak prasangka buruk orang lainkan. Aku ingat
lagi, masa bertunang dulu, hasben aku dah mention jangan war-warkan pertunangan
kami. Buat majlis pun simple je. Yang tahu cuma family kedua belah pihak. Dan
bff aku si June tu. Even kawan baik sebantal sekatil masa kat college dulu pun
aku tak bagi tahu. Nasib baik dorang nie memahami. Sebulan sebelum majlis nikah
barulah aku sibuk minta address dorang untuk hantar kad kahwin. Apalagi
memasing menjadi tertanya-tanya, “pandainye ko berahsiakan ....!”. Takpelah, yang penting majis nikah kahwin aku
jemput. Bertunang tu biarlah keluarga sahaja yang tahu. Sebaiknya macam tu la.
Korang janganlah plak cakap, “ala ko tu bukan public figure .... Hanis tu
retis kot!”. Public figure atau tidak, itu bukan persoalan. Islam tetap Islam.
Tak kiralah apa status kita sekalipun. Okeylah stop pasal Hanis and Hairul. Aku
harap dorang cepat nikah. Aku follow Hanis nie dari sebelum dia jadi pelakon
lagi. Lemah lembut betul aku tengok orangnye. Tak sangka dan tak tahu plak
Hanis ni bercinta dengan Hairul. Tergezut! Ada lagi yang buat aku terkejut,
bilamana Hanez Suraya bertunang dengan
Romie. Eh, aku rasa baru je baca news pasal Hanez yang nak lupakan kisah dia
dengan Romie. Lepas gossip dia dengan Romie tersebar luas, dia dah kurang dapat
tawaran berlakon. Perasan tak dia menyepi dari berlakon dekat setahun juga
rasanya. Dan aku juga baru terbaca, Romie baru sah berpisah dengan isterinya
beberapa minggu lepas. Tup-tup bertunang dengan Hanez Suraya. Persiapan
bertunang dibuat dalam masa 4 hari. Okeh, mungkin jodoh dorang kuat. Fikir yang
baik-baik ajelah. Hasben aku yang terlebih terkejut bila tau Hanez tu orang
Seremban. Ha ha ha ha. Walaupun macam-macam orang kutuk Hanez ... perampas la
itu la ini la. Kalau dah Romie tu jodoh dia, korang nak buat apakan?
Stoplah pasal retis nie. Tergossip plak mak yong nie. Ha ha ha ha
Dah tak tercerita pasal Konsert Gegar nie....hehehehe. Dok cerita pasal
lamaran kisah benar plak. Aku pun tak follow konsert gegar ni sampai habis.
Ngantuk sangat. Sapa yang menang aku rujuk kat FB je. Katanya, Ayai Ilusi jadi
juara. Menang RM100,000.00! Bestnye!!!! Suara Ayai pun best giler masa bawa lagu
Aku Kaya. Teruja aku dengan suara dia. Tempat kedua Haleeda. Suara Haleeda pun
meletops! Aku suka dan mulanya aku ingat dia yang akan jadi juara. He he he.
Tempat ketiga Mamat Exist. Keempat Rahmat Mega. Kelima Ifa Raziah dan Keenam
Fazli Zainal. Tahniah la pada semua. Susunan kemenangan bagi aku memang
memuaskan hati. Patut menang pun!
[sumber gambar dari BHonline]
3 cerita dirangkul dalam 1 entry. Senang hati. Takyah nak buat entry
bebanyak. Kumpul dalam satu entry ajelah senang. Ha ha ha. Nampak nau pemalas
update blog skang nie. Lepas nie aku dah bersalin, maka tertinggallah kejap
blog kesayangan nie seketika. Kalau rajin aku akan siapkan autopublish entry,
supaya korang tak lupa kat aku. Kah kah kah!! Sukahati je kan nak suruh orang
ingat aku lebey-lebey. Ngada tau!!
p/s : Mendoakan kebahagiaan orang lain itu lebih baik. Sapelah kita nak menghukum kan. Allah Maha Mengetahui.
Semoga mereka bahagia...
ReplyDelete