Saturday, January 17, 2015

HARI MINGGU BAKAL MOMMY

Assalamualaikum ....

Selamat Hari Minggu!

Bosan jugak stay kat rumah sensorang. Hasben pulak hari ini kena OT. Jadi, awal pagi aku dah bangun siapkan breakfast dan lunch untuk bekalkan hasben pergi keje. Pagi tadi aku masak maggi goreng putih dan menu untuk lunch aku masak cuma nasi putih, sambal telur campur belimbing buluh dan ikan selar goreng. Hasben aku bab bawa bekal pegi kerja tak cerewet sangat. Dia makan je apapun asalkan perut tak masuk angin. Memandangkan office dia tu leceh bebenor nak keluar pergi makan, jadi adalah mudah kalau bawa bekal dari rumah. Mudah dan jimat. Untuk hari minggu aku larat la nak bangun masak bagai. Siap masak, hantar hasben depan pintu ... boleh sambung tido balik. Kalau hari kerja, hasben la yang masakkan breakfast 2 minggu ni. Sebab isteri dia yang menghitung hari nak bersalin ni dah tak larat sangat dah.

Menu hari minggu. Maggi goreng. Sambal telur dengan belimbing buluh. Ikan bilis goreng. Yummmeh!!
Terliur tak? Kikiki ... menu super simple macam nie sibuk dok tanya korang terliur ke tak kan? Apaa daaa. Korang tengok pun ellleeeeh ellleeeeh je. Bila lunch pun masak pepagi, so aku masak sekali ajelah. Takdelah sibuk nak masuk dapur untuk masak lagi time lunch. Masuk dapur pun nak senduk nasi dan makan je. Aku nie kalau dok rumah memang cepat sangat lapar. Kejap-kejap masuk dapur. Kejap-kejap bukak fridge tengok apa yang ada dan boleh dimakan. Kalau buah-buah hasben aku beli sampai sebakul, kejap je aku sorang habiskan. Nak-nak limau sunkist ... lagilah! Asyik makan je, keje kurang buat sangat. Sebelum pergi keje hasben dah pesan ... rehat je, takyah buat keje rumah sangat. Okeh, menurut perintah!!

Sekarang nie dok rumah pun aku tak buat kerja sangat. Setakat masukkan kain baju dalam washing machine, sidai kain baju dan masak sikit-sikit bolehlah. Kalau terlebih had buat kerja mulalah sakit satu badan. So, rumah pun macam tongkang pecah aku rasa. Tapi, syukur Alhamdulillah ... hasben aku banyak tolong. Tolong lipat kain dan kemas rumah. Okeylah, merasa juga kekemasan. Sekarang nie hasben tolong masak breakfast plak. Cuma untuk dinner je kitaorang  beli kalau hari bekerja. Hari minggu aku still boleh masak ... sebabnya, lepas masak dan makan boleh rehat. Jadi penat badan bolehlah hilang. Tak pun suruh hasben urut-urut. Legalah sikit.

Bila dah penghujung mengandung nie, memang terasalah sakit sana sakit sini. Masalah sekarang nie aku tak boleh nak tido. Serba salah dibuatnya. Mengiring ke kanan salah. Mengiring ke kiri salah. Tidur melentang lagilah rasa salah ... sebab rasa senak satu badan. Nak dapat posisi yang selesa amatlah sukar. Kadang sampai 2-3 pagi baru aku dapat lelapkan mata. Masa tu mulalah menangis. Bayangkan dengan perut yang besar nak pusing ke kiri dan ke kanan amat payah. Yang dah jadi ibu-ibu mesti tahu kan. Sekali aku nak pusing badan, sure menangis kadang tu. Sakit ... ini belum sakit nak bersalin lagi. Memang dugaan sangat. Time ni mulalah aku ingat kat mak di kampung. Macam inilah rasanya mak kandungkan aku dulu. Tapi seumur hidup aku tak pernah pun dia mengeluh dengan apa yang dia lalui. Bercerita tentang sakit mengandungkan anak-anak dia yang 4 orang tu pun tak pernah. 

Bila baca blog Nameeroslan pasal contraction nak bersalin, lagilah aku rasa macam ... "mampu ke aku lalui semua ni?". Mulalah hati tak habis-habis berkata, "Ya-Allah kuatkanlah diri aku, mudahkanlah urusan aku...!". Siap cakap kat baby soleh solehah aku,  "nanti bagi kerjasama kat mommy tau, mommy sentiasa doa baby keluar normal, sihat dan sempurna sifat...!".  Itulah ayat aku selalu sejak 2-3 bulan nie. 

Okeylah aku nak tunggu hasben balik keje. Kejap lagi kul 8pm, nak keluar ... nak jenjalan kaki. Orang kata ibu ngandung kena banyak berjalan supaya 'longgar' dan mudah nak bersalin nanti. Ameeen. Moga-moga urusan aku nak bersalin nanti dipermudahkan. Korang-korang semua, doakan aku ye. Moga doa korang itu diperkenankan Maha Esa!




p/s : Bila hasben takde kat rumah, nak gerak sana sini susah sikit. Sebab takde tempat nak bergantung untuk bangun bila dah duduk......

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!