Selain cerita bab makan, tayang makanan sampai terliur semua orang ... bercerita tentang duit juga menjadi salah satu kesukaan aku. Termasuk korang juga aku rasa. Duit, apa yang tak bestkan? Dunia sekarang ni, segala-galanya perlukan duit walaupun duit bukanlah segala-galanya. Tapi, jangan sampai jadi hamba duit sudahlah. Kuasa duit ni sangat besar pada zaman sekarang. Kerana duit kadang kita hilang orang tersayang, hilang kawan, hilang harga diri dan sebagainya. Kerana duit juga kita boleh ada kawan, orang semakin sayang bila duit menipis sayang melayang dan menjadi sanjungan!
Seronokkan ada duit banyak. Boleh beli macam-macam. Shopping tak ingat dunia. Travel sana sini dengan sukahati. Dan jangan lupa bersedekah jua ;p! Kadangkala bila kita berduit sangat, kita diuji dengan kealpaan. Itu yang takut tu. Takut lupa diri dan lupa Allah swt.
Macam aku, tak adalah berduit sangat. Maksud aku kehidupan aku dulu dan sekarang bukanlah kategori mewah. Bukan kategori, kau sebut hari ini esok dah boleh beli. Bukan! Aku ni kategori sederhana sahaja bab kewangan. Gaji pun Alhamdulillah, cukup untuk aku dan keluarga termasuk mak ayah. Selesa. Kadang terasa nak keluar dari comfort zone. Namun, aku tetap bersyukur sebab dapat bagi mak ayah setiap bulan walaupun tak banyak dah satu rahmat dalam kehidupan aku. Sungguh! Buat hati jadi tenang. Macam aku pernah cerita dekat korang sebelum ini, mak aku selalu pesan, walau sekecil mana atau sebesar mana pun gaji/rezeki yang kita dapat ... bersyukurlah sentiasa. Syukur akan menjadikan yang kurang itu sentiasa cukup dan mungkin lebih.
Dan kerana aku tahu aku bukan dilahirkan sebagai seorang anak dalam keluarga yang mewah dan sangat berada, maka aku meneruskan minat aku untuk menabung secara kecil-kecilan. Maksud aku bukan tabungan tetap la, macam menyimpan di Tabung Haji dan pelaburan insurans. Bak kata Tun Mahathir, nak menabung ni jangan tunggu kaya. Mulakan dari sekarang.
Sejak tahun 2004, aku dah suka sangat menabung syiling dan duit seringgit. Lepas tu masukkan dalam akaun, kadang tu tersalah langkah aku belanjakan dengan selamba. Penat je mengumpul. Kadang aku guna bila sesak sangat. he he he. Untuk tahun 2014, aku dah mengira hasil tabungan duit seringgit. Tengok gambar di bawah ini. Aku dapat lebih kurang RM530.00 untuk setahun. Siap ikat dengan getah kemas-kemas nak bawa pergi tukar. Kawan hasben aku yang ada restoran tu katanya nak tukar duit seringgit, bolehlah aku tukar dengan dia. Kalau dia taknak aku bawa je pergi ke bank harimau. Simpan sana sekejap. Pastu guna buat bayar bil apa yang patut. Selain duit kertas seringgit, aku juga gila menabung duit syiling.
Hah, nin dia, ini adalah duit syiling aku bagi tahun 2014. Ada lagi duit yang dekat office yang belum dilambakkan sekali. Duit syiling 2014 tak semeriah mana. Belum kira lagi ni. Aku harap bolehlah dapat dalam dua ratus ringgit. Campur dengan duit kertas seringgit tu adalah dalam RM700. RM700 setahun untuk simpanan suka-suka sebagai hobi ... banyak jugakkan? Boleh la lepas sesak-sesak. Kalau taknak belanjakan, sila simpan. Nanti hujung tahun boleh kira dividen dan bonus sekali lagi. kikikiki.
Eh, kerongsang pun terselit dekat situ. Nak memberatkan keadaanlah tu. Sekarang ni semua tabung aku dah kosong. Termasuk tabung tin biskut. Mulai 2015, aku nak berlawan dengan hasben. Duit syiling sapa yang paling banyak. Lepas tu aku dah target untuk simpan sehari 2 keping duit kertas seringgit. Maknanya, sehari 2 hengget la! Mula-mula menyimpan dulu aku rasa macam susah je, tapi bila tengok hasil yang terkumpul, senyum terus jadi lebar. Rasa seronok menguasai diri dengan selambanya!
Simpanan suka-suka ini sebenarnya lebih banyak digunakan untuk kecemasan. Dan kadang-kadang tujuan simpan pun untuk membelanjakan secara suka-suka juga tanpa menganggu gugat simpanan tetap! keh keh keh .... baguih sungguh!
p/s : Nanti dah ada anak, syiling tu buat beli eskrem dia ajelah.
Memang bagus tau simpan macam ni, pernah hantar duit syiling dalam tin, sampai jugak 2ribu...seronok!
ReplyDeleteWah banyaknye sampai 2k....sy kena set target tinggi skit la pasni ...hehehehe
DeleteAkak teringin nak buat juga la.... Bab saving ni memang akak lemah sungguh...
ReplyDeletemenabung ni kena paksa diri juga kak kekadang hehehe....ini paksa diri la jadi cmnie...
Deletehmmm nice hobby... lepas ni boleh lah menyimpan duit kaler hijau pulak.. pantang nampak hijau je simpan terus... dah tu lepas dah bongkar semua dah kira... masukkan lah dalam ASB... bongkar hujung tahun... hasilnya lebih best lagi... cubalah
ReplyDeleteUntuk kaler hijau nie sedang dicuba...jarang2 dapat kaler hijau. insya allah nak try masukkan asb plak utk dapatkan hasil yg meletops...
Delete