Tuesday, March 31, 2015

GST

Assalamualaikum ...

Menyampah betoi! Kerajaan kata GST start esok, which is 1 April 2015 kan ... tapi peniaga yang tamak gila awal-awal dah caj 6% GST tu tau. Barang yang tak kena GST pun korang caj GST gak. Dah tu sibuk sibuk naikkan rege barang pastu dok paksa pelanggan beli barang banyak-banyak sebelum 1 April! Oih ingat GST sehari tu je ke korang nak borong barang sampai 2-3 troli. Dengarlah cakap peniaga yang tamak haloba tu!

Sakit hati tau aritu pi JJ, semua pakat borong barang makanan ... sampai kebanyakan rak kosong! Korang beli 1 troli makanan, makan sekali tu tahan sumur idup ke? Ish, tak paham aku! Peniaga pun satu hal, tunggu la dulu tengok pelaksanaan GST nie macam mana, jangan main naik rege dulu. Dan peniaga yang tamak tu aku nak ingatkan, kalau barang yg tak kena GST takyah la nak jugak letak 6%! Report kang!!

Korang kalau nak beli barang lepas ni minta resit. Kalau rege mahal, tanya kenapa? Kalau barang tu tak kena GSt tp dok gatai tax juga, korang report je! Biar depa kena sikit dgn tindakan undang2! Peniaga ni ada setengah tu pelahap nak kaya cepat! Vengooong ...

Saturday, March 21, 2015

AYAH

Assalamualaikum...

Aku jarang bercerita psl ayah. Cerita mak ada juga. Cerita hasben main selit selit dalam entry je ;p !! Walaupun adik bradik selalu ckp aku ni 'anak ayah'. Bagi aku, semua org anak ayah. Semua org anak mak. Takkan jadi kita hanya dgn ayah, takkan jadi kita hanya dgn mak. Takkan jadi kita hanya dgn mak dn ayah kalau tanpa izin Allah! Mungkin aku yg rapat dgn ayah buat adik bradik cakap mcm tu. Rapat, tapi bila bertentang mata jarang borak pun. Bila jauh rindu rinduan. Call je borak sakan anak beranak! Bila rindu ayah, aku call tp tak selalu. Pastu mula la borak sakan...

Hari tu aku story mak susah payah jg aku, kali ni psl ayah plak. Minggu ni agak kelam kabut bg kami sekeluarga terutama mak. Dgn nak jaga aku dan dalam masa yg sama tok (mak kpd mak aku) masuk icu. Usus disyaki bocor dn keadaan kritikal. So, ikut turn jaga tok kat icu. Maka ayah ambil tugas mak. Ayah menjadi misi menjaga aku dn cucunya! Misi lelaki adakan ... ; p

Masa mak takda, ayah tolong belikan sarapan...sbb ayah tak tahu masak. Ayah tolong cebuk berak cucu dia, tolong bakar tungku bila cucu kembung utk tuam. Bila aku wash kain baju, ayah tolong sidaikan. Time mandikan cucu, ayah tolong pegang anak soleh aku tu. Dan bila aku nak mandi, ayah la tolong dodoikan cucunya! Ayah jg lah yang angkut drypers anak aku pegi buang kat tong sampah bandaran. Malam2 ayah dtg jenguk aku tdo anak branak. Ayah nak pastikan cucu dia tak meragam dan tdo lena.

Walhal, ayah tak reti bab bab jaga baby! Ayah dlu sibuk dgn kerja, so segala tugas rumah mak lah rajanya. Ayah cuma keluar cari rezki. Dan buat dua kerja dalam masa yg sama...family kitaorg bkn org senang masa tu. Sekarang Alhamdulillah, berkat kerajinan ayah rezeki dipermudahkan Allah.

Actually aku amek masa 3 hari utk type entry ni. Sebab data lembab, anak soleh aku pula tak sihat...cherry berry! Semalam ayah juga yg bawa kami dua beranak ke hospital! Rasa terharu dgn kesungguhan ayah menjaga aku anak beranak diusia emasnya!

Seperti juga mak, pengorbanan ayah tak ternilai. Hanya Allah yg mampu membalasnya. Moga aku dpt jadi anak penyejuk hati mak ayah!



p/s; Tok aku telah kembali ke rahmatullah pada petang Jumaat, 20 Mac dan disemadikan pagi tadi. Arwah tok tak sempat pun jumpa cicit terbarunya. Dan aku terkilan tak dapat tatap wajah tok utk kali terakhir krn keadaan aku dan anak soleh yg tak sihat. Moga roh tok dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba Allah yg beriman dn beramal soleh. Al Fatihah .....

Sunday, March 15, 2015

BLUBERRY CAFE TAMAN CABARAN PUTRAJAYA

Assalamualaikum...

Dalam berpantang sibuk aku nak cerita port makan sedap. As usual, sedap bagi tekak aku. Time pantang ni aku cuma boleh teringin ajelah. Nak makan tak boleh. Story mory port makan ni pun sebelum aku bersalin. Time ngandung la boleh mengidam dn makan macam macam sampai tak hengat dunia. Tau tau baby dah besaq dalam perut angkara ibunya yg makan tanpa sempadan...

Sehari sebelum cuti bersalin, aku ajak hasben minum petang lepas kerja. Puas memikir nak minum kat area mana di Putrajaya. Malas nak keluar jauh jauh, sbb time tu dah sarat sgt. Nak bawa perut pun tak larat. Tetiba hasben teringat nak makan kat Taman Cabaran Presint 5, Putrajaya. Kitaorang tak pernah makan kat situ. Tapi ada dengar kawan kawan dok kataLo kalau minum petang situ best. Apa kata kita try!


Bluberry Cafe nama diberi. Eh, macam pantun plak aih. Hahahahaha ... Nampak sangat mcm takda idea nak citer apa. Tapi tangan gatal je nak buat entry gak. Hadap ke la yek apa aku nak cite ngan korang nie.


Tempat makan ni biasa biasa jerk. Bukan high class pun. Tapi menu dia boleh tahan sedap. Caj makanan mahal sket la, mungkin sebab ini satu2 nya cafe yg ada kat Kompleks Mendaki, Taman Cabaran Presint 5 Putrajaya.

Menu yg paling best kat tekak aku di cafe ni adalah nasi lemak ayam goreng dgn laksa. Memang mabeles sangat. Petang tu memang kitaorg oder nasi lemak, laksa pastu up dgn chicken chop dan rojak buah. Sampai skrg aku masih teringat kesedapan nasi lemak kat cafe tu.

Nasi lemak tu mgkn aku boleh repeat lepas pantang. Tapi laksa takleh makan lg pas pantang, mak aku cakap kalau makan laksa awal2 ni mmg demam urat nanti. Macam adik aku, lepas pantang 8 bulan dah pastu pi makan laksa...mmg demam urat tak hengat pas makan. Mak aku cakap laksa sekurang kurang 1 tahun baru boleh makan, bergantung kpd ketahanan badan. Family kitaorg mmg tak boleh makan laksa untuk tempoh yg lama lepas bersalin. Takut demam urat yg jenis gigil tu. Maka lepas ni bertabahlah aku tengok laksa. Dah la peberet aku tuh!

Okeylah, terpanjang plak melalut aku neh. Sekian, cerita port makan sedap di Putrajaya....ahaks!



Tuesday, March 10, 2015

SUAMI JAGA DIRI SENDIRI BILA ISTERI BERPANTANG

Assalamualaikum...

Bila wife dlm pantang dan berpantang plak kat kampung, maka hasben kena pandai bawa diri. Pandai cari makanan sendiri utk kenyangkan perut. Dok berjauhan ni mmg dugaan, nak nak orang mcm aku yg tak pernah berpisah lama lama sejak kasih kami bertaut semula. Banyak perkara buat sama sama. Dah kahwin sehari je berjauh dgn hasben aku sbb dia pi Johor utk lawatan. Selebihnya mmg berkepit memanjang ;p

Tapi, aku cuba kuatkan jiwa yg lemah kdg2. Perpisahan itu resam dunia. So, kena kuat. Aku selalu letak dalam kepala, kalau apa yg kita ada tak diambil org, namun pasti suatu masa diambil Tuhan! Cuma terus doa dn usaha moga bahagia hingga jannah Allah. Bila jauh ngn hasben aku sllu fikir dia makan apa...pukul berapa dia bgn dan ion baju dan apa dia buat kat rumah sepanjang aku berpantang di kampung.

Aku tahu, hasben aku mmg jenis berdikari. Tapi sejak kahwin dia mmg 'manja' berbanding time sbl kahwin. Makan pakai dia mmg aku jg semampu boleh. Kadang penat pun aku buat jgk...nak nak bab masak, basuh baju dan ion baju. Jauh kat sudut hati, aku bersyukur Allah anugerahkan aku hasben yg sllu tlg aku kt rumah. Tolong kemas rumah dan lipat baju. Syukurlahkan, sama sama cari rezki jd sama samalah jaga rumahtangga. Nak harap semua isteri buat mmg pengsan aku rasa. Tak menang tangan dibuatnya! Dah kat opis byk kerja dan byk fikir, balik rumah nak buat kerja rumah lg mmg jadi robotlah jawabnya.

So, time aku berpantang ni...memanjang hasben wassap apa yg dia makan. Kadang tu tak sempat makan pn ada. Mmg kena marahlah...hasben aku tu perut takleh kosong, cepat je sakit ulu hati. 2-3 hari baru hilang.


Sepanjang aku takda kat rumah, ini menu yg hasben masak. Megi mmg menu wajib bg tekak dia. Aku ada pun hasben leh request nak makan megi. Bab masak mmg tak risau sgtlah. Masa bujang dh biasa masak sendirikan, so bukan masalah besar sgtlah. Hehehehe. Kadang hasben wassap...' hari nie masak simple je'. Yang simple tu la yg sodap sgt kalau dh lapar kan...hehehehe.

Bertabahlah wahai hasben...dah tak lama dh nak habis pantang. Sikit masa je lagi...nti dh boleh bawa anak soleh balik Putrajaya, kita jaga sama sama ok.


Monday, March 9, 2015

TERINGIN NAK MAKAN MACAM-MACAM

Assalamualaikum ....


Seketika dalam pantang, pandang semua benda makan ... rasa teringin sangat. Tak tahulah berapa gelen ailio aku dah telan. Namun kengkadang tu aku cukup ego depan mak aku. Bila tengok mak tengah masak lauk pauk best-best kat ayah and adik-adik ... "uiks sedapnya mak ...". "Nape kakak ... teringin ke? Lepas pantang dan dah baik luka belah perut tu, kakak makanlah".

Dengan egonya, "eh ... mana ada teringin. masa mengandung hari tu dah makan macam-macam". Muahahahaha. Time ngandung teringin lain, time berpantang lain. Walhal time tu terbayang tengah kopek isi ketam. Bermain di depan mata dok ratah ayam goreng dan udang galah! Giler kau tak meleleh ailio! Aku ni sabarlah hye. Lagi buat hati bertambah sabar ada plak sedara mara yang datang dok cerita itu ini pasal makanan dan ibu besalin czer takleh makan. Ada satu hari tu, makcik tu datang melawat aku dan anak soleh ... siap bercerita menantu dia pun czer, lepas pantang 44 hari maka menantunya ini pergilah beli ketam sampai 2 kilo. Kat Kubang Rotan dan Kuala Kedah ... seafood murah weh, Sebab tu kalau balik kampung aku mesti pi beli seafood segar dekat Kubang Rotan dengan Kuala Kedah nie. Murah melampau habaq hang! Okeh, berbalik pada cerita makcik tadi, menantu dia pun masak la ketam tuh. Pulun ratah tak hengat dunia. Dok malam, dalam perut dia gatal-gatal. Maybe luka dalam perut belum baik sepenuhnya kot. Dah gatal dalam perut nak garu celah mana kan. So bertabahlah!

Dengar je cerita tu, aku nak makan seafood lepas pantang pun jadi seram weh. Nanti gatal gatal celah mana aku nak garu kan? Takkan nak sodok mop masuk ikut mulut buat garu dalam perut kot. Selagi belum baik sepenuhnya, terpaksa la aku teruskan pantang makan. Kalau dulu masa preggy pantang nampak, sekali anak besar dalam perut. Terus kena czer. hak hak hak. Tapi takpe .. janji ibu dan anak selamat sejahtera selalu! Masa dalam pantang bersalin nie lah, semua benda makan rasa sedap ... waima ayam goreng pun ko rasa best giler! Macam ko dok zaman batu tak pernah jumpa ayam goreng kepci tuh. Camtulah umpamanya aku sekarang. Tu tadi aku wassap BFF aku si June. Siap tanya dia boleh tak nak makan ayam goreng. Memandangkan June tak galakkan, maka tunggulah dulu sampai luka betul2 baik.

Dah lepas 2 minggu dalam pantang, mak aku dah start masak yang pedas-pedas sikit bagi aku makan. Tapi test dulu ah, kot kang nanti pedih perut sendiri tanggunglah. Ada satu hari tu mak aku masak kari ikan nyok-nyok ... mak aih, punyalah sedap. Kalau tak hari-hari dok makan tenggiri bakar dengan sayur sawi je. hari hari sawi, muka pun dah macam sawi. Member aku cakap makan sawi bebanyak boleh tambah susu. Mana ada ... susu badan aku sikit je. Kalau pam pun dapat la 2 oz. Sadis sungguh! Tapi bersyukurlah boleh gak anak soleh aku merasa susu ibu dia. heeeeee


Ini lauk pertama berpantang aku. Jangan tak tahu, hasben tersayang yang masakkan nie. Beriya dia balik rumah lepas aku czer dan masuk wad sbb nak masak. Aku cakap takyah la masak sebab hospital ada makanan gak. Tapi dia nak masak juga, "takpelah, hubby nak masak kat sayang jugak!". Owh sweeetnye awak ... ahaks! Sebab dia risau hospital bagi lauk pauk yg orang bersalin tak boleh makan. Ermmm memang pun! Ada ke bagi ayam grill ... mana leh makan ayam awal-awal lagi. Gatal la weh, baru sehari kot lepas operate. Nak kasi aku sodok mop dalam perut la tuh. Hasben aku masak haruan ... masak pindang dengan sayur sawi. Dah lapar sangat time tu. Sedap giler rasa hasben masak. Berbunga tau hati orang sakit bila tengok hasben susah payah sampai camnie. Love u sayang ... keh keh keh. Yelah, time nie mak aku tak sampai lagi. Masih dalam perjalanan.


Ini menu yang mak aku masak. Sup ikan haruan rasa masam-masam sikit, sawi goreng dan ulam pegaga. Pegaga tu nak kasi banyak susu juga. Jenuh aku dok ragut pegaga tuh macam kambing dah ... hukhukhuk. Menu mak nie masa dah balik rumah. Hari2 ikan haruan selama seminggu. Telan je lah, walaupun terasa tersekat kat kerongkong. hahahaha. Haruan nie kalau grill ke ... memang sedap. Tak pun buat kari ... memang wallah sangat. Ikan haruan nie buat sup, yang sedapnye kuah tu ... isi ikan dia lembik-lembik sikit. Kupaksa telan sebab nak cepat baik luka tuh. Ayam goreng kat bawah tu bukan untuk aku. Tapi untuk orang yang pantang tengok! Serius masa ayam nie baru masak sedapnye la hye, Ayam berempah ko ... memang peberet akulah! Aku cuma pandang dan pandang pastu telan ailio bergelen2 lagi. Bertabahlah bila jadi orang pantang nie. Nasib baik aku fikir diri sendiri, kalau tak memang dah lama aku bedal itu ayam! Pastu sendiri gatal sendiri tanggunglahkan ....

Rupanya dalam situasi berpantang nie, memang bab makan kenalah bertabah banyak-banyak! Tak boleh makan sebarangan ... satu mudarat diri sendiri, kedua mudaratkan anak kalau anak tu memang BF macam aku neh. Selagi anak soleh menyusu ibu, maka aku kena jaga makan betul-betul. Kang tak pasal-pasal anak soleh aku pun dapat habuan jugak. kan kan kan .... mahu bersengkang mata nanti. Ini pun mata dah jadi mata panda, anak soleh punya hal mommy ok-ok je!



p/s : hasben aku siap beli nasi lemak royale yang pemes dekat Aloq Setaq tu ... layan makan depan aku! aku memang bertabah habaq hang!




Thursday, March 5, 2015

PANTANG Oh PANTANG!

Assalamualaikum...

Bila anak bangun, dah mandi...susukan dan tido, barulah aku amek turn kemaskan diri. Hoih baru tau nak kemaskan diri masa berpantang ni mmg take time sangat. Nak nak bersalin czer, sudah mandi nak keringkan luka lagi. Nak sapu kapur + limau nipis utk kecutkan perut. Nak sapu bedak ubat satu badan tak bagi badan masuk angin. Lepas tu bertungku. Walaupun czer aku tetap bertungku utk buang angin dalam badan. Cuma tak bertungku bahagian perut je la. Berbengkung je aku tak buat sebab nak ikat ketat2 memang tak boleh. Hasben cakap tunggu lepas pantang pn boleh pakai bengkung. Okeh...boleh ja!

Settle kemaskan diri, tgk anak tdo bukan main syiok. Aku plak dah bersalin tak mampu tdo siang walaupun tdo tak cukup. Masa mengandung bukan main lagi rasa nak tdo siang. Dah terbalik perangai pulak.

Kalau takda keje nak buat, aku basuh baju then lipat mana baju yg kering. Nak buat keje berat mak aku tak kasi. Masak pun mak jgk yg buat. Kadang bosan gak bila anak tdo, mommy tak tau buat apa. Dah tu buka la fb dgn blog dgn line yg semput semput. Bila ada entry, maknanya line tenet ok la. Kalau blog bersawang 2-3 hari mgkn sbb sibuk layan anak soleh tak pun tenet kioookk! Nak layan tv kadang takda cerita best. Nak main wassap dgn hasben sllu takut ganggu dia keje. Haih kekadang tu bosan sungguh. Maka aku baca la berita harian ulang sampai 5 kali! Hahahaha....

Hari ni dah 22 hari berpantang. Kejaplah masa berlalu. Ada lagi 22 hari lagi....maka bertabahlah!

Wednesday, March 4, 2015

MAK AYAH MASIH JAGA AKU

Assalamualaikum...

Aku ingat bila dah balik Putrajaya baru nak type kisah pengorbanan mak ayah aku sepanjang jaga aku dalam pantang. Tapi takut banyak benda aku lupa plak nanti. Sementara anak soleh aku tido dgn aman, meh aku lembutkan jari jemari tekan keypad hp yg haluih bebenor. Nak sebut pengorbanan mak ayah, memang sangat banyak...bagai lautan tak bertepi bagai langit tak berdinding. Orang kata mati hidup balik tak mungkin dapat balas jasa jasa mak ayah terhadap kita. Bila aku dh jd mommy, pandang wajah mak ayah sendiri aku lebih mengerti knp mak ayah kdg sentap dgn perangai anak anak bila dah dewasa.

Baru aku tau bukan senang jadi mak ayah. Melahir, menjaga, membesar, mendidik dan yg seumpamanya sampai tak tdo dan kdg abaikan makan serta diri sdiri sbb anak. Bertuah jika korang masih ada mak ayah sampai saat sekarang. Jujur aku cakap, hidup aku senang, tenang dan mudah bukan sbb usaha aku sepenuhnya, tapi krn doa mak ayah aku tanpa henti dan Allah izinkan serta makbulkan setiap doa mak ayah aku terhadap anak anaknya
Dan aku adalah hamba Allah yg bertuah itu. Mak aku lahirkan aku....mak ayah jaga aku sbaiknya sampai aku dh belajar...kerja...kahwin dan skrg dah ada anak pun mak ayah jg aku dlm pantang. Untung hidup aku. Untung yg tiada jual beli.

Hingga hari ke 20 aku dlm pantang, macam macam benda aku belajar dan lalui utk jd mommy pd anak soleh aku. Anak soleh aku sllu kembung perut. Kadang meragam. Menangis macam kena dera. Daripada seorang yg pemarah aku boleh jadi sabar sebab anak. Sabar sampai menitis air mata bl tgk anak menangis. Mak aku cakap baby dalam pantang, biasala kalau meragam kembung. Hari demi hari sikap mereka berubah. Anak anak seolah nak mengajar ilmu baru pada mak ayah. Kadang aku tak cukup tido. Malam dapat tido 2-3 jam dah besar rahmat. Kadang baru nak tido anak soleh aku terjaga. Sakit kepala dibuatnya, tapi bertabah. Kasih aku dh jatuh kat anak. Walaupun ada masa aku rasa penat sbb tak cukup rehat dan sakit sebab czer belum sembuh sepenuhnya. Bila pandang mata hitam anak soleh aku hilang penat dan sakit yg ada dlm diri.

Mak aku yg tua tak pernah rasa penat nak jaga cucu ke 9 nya. Kadang dia minta nak tidokan anak soleh aku bila dia tgk aku tersenguk depan anak. Mak minta utk dodoikan anak soleh aku. Sayunya hati. Dah la dulu kala mak ayah jaga aku masa kecik, aku dah besar tp tak berapa tinggi ni anak soleh aku pn dia nak jaga. Mak siap masak utk aku, bakar tungku utk aku, tolong pegangkan anak aku bila nak mandi pagi ptg...ayah aku pula tolong belikan ubat, belikan susu...beli lauk pauk berpantang utk aku makan dan belikan berita harian setiap hari utk aku baca. Walhal ayah aku baca sinar! Bila suami jauh dan start keje...mak ayah ambil alih tugas suami aku.

2 hari lepas anak soleh aku meragam tak hengat dunia. Menangis tak henti. Henti nangis pn bila tdo. Tp tdo pun tak sampai sejam dah bangun. Dari jam 3 ptg sampai 5 pagi dia meragam. Tak tahu apa tak kena. Mak aku pulun baca doa macam macam...baca bismillah 5, ayat kursi...yelah baby ni selalu terpandang apa yg kita tak nampak dek mata. Nasib baik mak serba boleh dalam hal macam ni. Macam doa mak baca. Kagum aku. Sampai aku cakap kat mak, ' kakak tak pandai hafal doa macam2 macam mak...untung mak sekolah agama dlu'. Mak aku cakap, dlu dia sekolah agama sampai ting 5 ja, berhenti sbb kemiskinan. Tak mampu bayar yuran. Ilmu yg ada ni dia belajar masa dah tua dan skrg mak masih belajar...dari masjid ke masjid. Mak cakap tuntut ilmu sampai liang lahad. Malu aku. Malu sebab aku tak macam mak yg rajin belajar dan terus belajar walaupun usia makin senja.

Kerana meragamnya anak aku 2 hari lepas, aku tak cukup tido. Badan mmg tak cukup rehat. Dengan makan lambat. Anak meragam nak suruh makan mmg tak la. Usaha pujuk anak bagi diam. Kejap ok kejap nangis. Memang bertabah sangat aku. Sambil pujuk anak, tanpa sedar aku pun nangis sama. Berlinang air mata. Mak pujuk aku, 'biasa la baby meragam...tak apalah. Kakak takyah nangis'. Lagilah laju airmata berjurai. Dan disebabkan tak cukup rehat...makan tak menentu, malam anak soleh aku meragam, aku plak jatuh sakit. Memang dugaan sangat. Anak tak ok lagi. Aku plak sakit. Dugaan utk mak ayah aku juga.

Bayangkan malam tu aku dah gigil lapar sgt. Aku makan nasi pun tak sempat kunyah. Main telan je. Sejam lepas tu, aku muntah balik nasi yg aku makan...2 kali muntah. Dah la muntah tak sempat plak pi bilik air, habis terlambak muntah depan pintu bilik. Adoi satu hal! Pastu sambung muntah dlm bilik air, mak aku la dtg urut belakang. Bila rasa mcm ok, aku nak cuci muntah depan bilik. Mak cakap tak payah dia boleh cuci. Serius aku jd tak sampai hati. Tapi mak nak buat jg sbb dia tgk aku dh lembik sgt. Aku pandang mak aku yg tersenguk cuci muntah. Nangis weh! Nangis sbb aku mula tahu susah payah jd mak ayah. Selama ni byk silap yg aku buat dlm hidup ni. Dah settle cuci muntah mak buatkan aku milo panas dan bg aku makan roti canai. Mak taknak perut aku kosong. Nak telan roti canai pun aku tak mampu. Setakat habiskan milo 1 mug sbb mak suruh minum jugak2. Lepas minum milo tak sampai setengah jam, muntah lagi. Datang lagi mak urut belakang. Muntah keluar habis milo yg aku minum. Time muntah milo ni la aku jadi betul2 macam jelly...lembik satu badan. Mak aku papah aku ke katil. Nasib baik dalam bilik aku siap ada bilik air. So, takyah sibuk nak ke bilik air kat dapur. Sampai kat katil, terus aku tumbang. Pastu aku minta mak sapukan minyak yuyi kat belakang bagi panas dan buang angin. Lega sikit. Memang terbaring tak berdaya.

Dan malam tu, mak yg jaga anak aku. Ayah pula tukang monitar. Kejap2 dtg bilik tgk kami. Malam tu ayah pn tak boleh tdo. Kesian ayah dn mak. Dapat la aku baring. Nak lena kepala fikir anak. So tdo2 ayam ajelah. Lagipun sian mak aku bersengkang mata demi anak dn cucu dia. Tengah malam aku rasa mcm kuat sikit, bila anak soleh merengek, aku gagahi bangun buatkan susu. Nak bg susu badan masa tu tak daya dh. Dekat 5am baru anak soleh aku dapat tido dgn nyenyak.

Kejadian malam tu, buat hati ibu baru spt aku sgt tersentuh. Pengorbanan mak ayah terhadap aku terlalu besar dr aku kecil sampai dh ada anak sendiri. Dulu, aku sllu fikir mak aku cuma sygkan adik adik aku...tp aku silap. Aku sllu fikir mak lebihkan adik2 aku dlm segala hal sbb cara mak didik aku tak sama mcm didik adik2 aku. Adik2 aku diberi kebebasan dan hak buat pilihan tapi utk aku kebebasan dan hak buat pilihan yg sgt terhad. Bila aku dah kerja baru aku tahu kenapa didikan utk aku berbeza dn agak tegas. Sebab aku kakak yg perlu jd contoh pd adik2. Tapi adik adik aku sllu cakap aku anak kesayangan mak ayah. Mak ayah aku buat semua perkara utk aku dgn sabar dn senyuman. Langsung tiada rungutan. Allahuakbar...anugerah tak ternilai dn terlalu besar buat diri aku.

Dan kerana itulah anak-anak tidak boleh sama sekali menderhakai ibu bapa. Tidak cium bau syurga dan hidup kat dunia ni pun tak akan tenang. Aku tahu aku tiada segunung intan permata utk hadiahkan pada mereka...kalau ada sekalipun tetap tak terbalas pengorbanan mereka buat anak2. Aku hanya ada doa...doa utk kebaikan mereka dunia akhirat dan doa agar aku jadi anak yg baik serta penyejuk hati mak ayah.



# menulis sambil menangis dan mengelap airmata.
#terpanjang pula entry ni, harap korang tak semput bila baca ;p