Assalamualaikum...
Aku ingat bila dah balik Putrajaya baru nak type kisah pengorbanan mak ayah aku sepanjang jaga aku dalam pantang. Tapi takut banyak benda aku lupa plak nanti. Sementara anak soleh aku tido dgn aman, meh aku lembutkan jari jemari tekan keypad hp yg haluih bebenor. Nak sebut pengorbanan mak ayah, memang sangat banyak...bagai lautan tak bertepi bagai langit tak berdinding. Orang kata mati hidup balik tak mungkin dapat balas jasa jasa mak ayah terhadap kita. Bila aku dh jd mommy, pandang wajah mak ayah sendiri aku lebih mengerti knp mak ayah kdg sentap dgn perangai anak anak bila dah dewasa.
Baru aku tau bukan senang jadi mak ayah. Melahir, menjaga, membesar, mendidik dan yg seumpamanya sampai tak tdo dan kdg abaikan makan serta diri sdiri sbb anak. Bertuah jika korang masih ada mak ayah sampai saat sekarang. Jujur aku cakap, hidup aku senang, tenang dan mudah bukan sbb usaha aku sepenuhnya, tapi krn doa mak ayah aku tanpa henti dan Allah izinkan serta makbulkan setiap doa mak ayah aku terhadap anak anaknya
Dan aku adalah hamba Allah yg bertuah itu. Mak aku lahirkan aku....mak ayah jaga aku sbaiknya sampai aku dh belajar...kerja...kahwin dan skrg dah ada anak pun mak ayah jg aku dlm pantang. Untung hidup aku. Untung yg tiada jual beli.
Hingga hari ke 20 aku dlm pantang, macam macam benda aku belajar dan lalui utk jd mommy pd anak soleh aku. Anak soleh aku sllu kembung perut. Kadang meragam. Menangis macam kena dera. Daripada seorang yg pemarah aku boleh jadi sabar sebab anak. Sabar sampai menitis air mata bl tgk anak menangis. Mak aku cakap baby dalam pantang, biasala kalau meragam kembung. Hari demi hari sikap mereka berubah. Anak anak seolah nak mengajar ilmu baru pada mak ayah. Kadang aku tak cukup tido. Malam dapat tido 2-3 jam dah besar rahmat. Kadang baru nak tido anak soleh aku terjaga. Sakit kepala dibuatnya, tapi bertabah. Kasih aku dh jatuh kat anak. Walaupun ada masa aku rasa penat sbb tak cukup rehat dan sakit sebab czer belum sembuh sepenuhnya. Bila pandang mata hitam anak soleh aku hilang penat dan sakit yg ada dlm diri.
Mak aku yg tua tak pernah rasa penat nak jaga cucu ke 9 nya. Kadang dia minta nak tidokan anak soleh aku bila dia tgk aku tersenguk depan anak. Mak minta utk dodoikan anak soleh aku. Sayunya hati. Dah la dulu kala mak ayah jaga aku masa kecik, aku dah besar tp tak berapa tinggi ni anak soleh aku pn dia nak jaga. Mak siap masak utk aku, bakar tungku utk aku, tolong pegangkan anak aku bila nak mandi pagi ptg...ayah aku pula tolong belikan ubat, belikan susu...beli lauk pauk berpantang utk aku makan dan belikan berita harian setiap hari utk aku baca. Walhal ayah aku baca sinar! Bila suami jauh dan start keje...mak ayah ambil alih tugas suami aku.
2 hari lepas anak soleh aku meragam tak hengat dunia. Menangis tak henti. Henti nangis pn bila tdo. Tp tdo pun tak sampai sejam dah bangun. Dari jam 3 ptg sampai 5 pagi dia meragam. Tak tahu apa tak kena. Mak aku pulun baca doa macam macam...baca bismillah 5, ayat kursi...yelah baby ni selalu terpandang apa yg kita tak nampak dek mata. Nasib baik mak serba boleh dalam hal macam ni. Macam doa mak baca. Kagum aku. Sampai aku cakap kat mak, ' kakak tak pandai hafal doa macam2 macam mak...untung mak sekolah agama dlu'. Mak aku cakap, dlu dia sekolah agama sampai ting 5 ja, berhenti sbb kemiskinan. Tak mampu bayar yuran. Ilmu yg ada ni dia belajar masa dah tua dan skrg mak masih belajar...dari masjid ke masjid. Mak cakap tuntut ilmu sampai liang lahad. Malu aku. Malu sebab aku tak macam mak yg rajin belajar dan terus belajar walaupun usia makin senja.
Kerana meragamnya anak aku 2 hari lepas, aku tak cukup tido. Badan mmg tak cukup rehat. Dengan makan lambat. Anak meragam nak suruh makan mmg tak la. Usaha pujuk anak bagi diam. Kejap ok kejap nangis. Memang bertabah sangat aku. Sambil pujuk anak, tanpa sedar aku pun nangis sama. Berlinang air mata. Mak pujuk aku, 'biasa la baby meragam...tak apalah. Kakak takyah nangis'. Lagilah laju airmata berjurai. Dan disebabkan tak cukup rehat...makan tak menentu, malam anak soleh aku meragam, aku plak jatuh sakit. Memang dugaan sangat. Anak tak ok lagi. Aku plak sakit. Dugaan utk mak ayah aku juga.
Bayangkan malam tu aku dah gigil lapar sgt. Aku makan nasi pun tak sempat kunyah. Main telan je. Sejam lepas tu, aku muntah balik nasi yg aku makan...2 kali muntah. Dah la muntah tak sempat plak pi bilik air, habis terlambak muntah depan pintu bilik. Adoi satu hal! Pastu sambung muntah dlm bilik air, mak aku la dtg urut belakang. Bila rasa mcm ok, aku nak cuci muntah depan bilik. Mak cakap tak payah dia boleh cuci. Serius aku jd tak sampai hati. Tapi mak nak buat jg sbb dia tgk aku dh lembik sgt. Aku pandang mak aku yg tersenguk cuci muntah. Nangis weh! Nangis sbb aku mula tahu susah payah jd mak ayah. Selama ni byk silap yg aku buat dlm hidup ni. Dah settle cuci muntah mak buatkan aku milo panas dan bg aku makan roti canai. Mak taknak perut aku kosong. Nak telan roti canai pun aku tak mampu. Setakat habiskan milo 1 mug sbb mak suruh minum jugak2. Lepas minum milo tak sampai setengah jam, muntah lagi. Datang lagi mak urut belakang. Muntah keluar habis milo yg aku minum. Time muntah milo ni la aku jadi betul2 macam jelly...lembik satu badan. Mak aku papah aku ke katil. Nasib baik dalam bilik aku siap ada bilik air. So, takyah sibuk nak ke bilik air kat dapur. Sampai kat katil, terus aku tumbang. Pastu aku minta mak sapukan minyak yuyi kat belakang bagi panas dan buang angin. Lega sikit. Memang terbaring tak berdaya.
Dan malam tu, mak yg jaga anak aku. Ayah pula tukang monitar. Kejap2 dtg bilik tgk kami. Malam tu ayah pn tak boleh tdo. Kesian ayah dn mak. Dapat la aku baring. Nak lena kepala fikir anak. So tdo2 ayam ajelah. Lagipun sian mak aku bersengkang mata demi anak dn cucu dia. Tengah malam aku rasa mcm kuat sikit, bila anak soleh merengek, aku gagahi bangun buatkan susu. Nak bg susu badan masa tu tak daya dh. Dekat 5am baru anak soleh aku dapat tido dgn nyenyak.
Kejadian malam tu, buat hati ibu baru spt aku sgt tersentuh. Pengorbanan mak ayah terhadap aku terlalu besar dr aku kecil sampai dh ada anak sendiri. Dulu, aku sllu fikir mak aku cuma sygkan adik adik aku...tp aku silap. Aku sllu fikir mak lebihkan adik2 aku dlm segala hal sbb cara mak didik aku tak sama mcm didik adik2 aku. Adik2 aku diberi kebebasan dan hak buat pilihan tapi utk aku kebebasan dan hak buat pilihan yg sgt terhad. Bila aku dah kerja baru aku tahu kenapa didikan utk aku berbeza dn agak tegas. Sebab aku kakak yg perlu jd contoh pd adik2. Tapi adik adik aku sllu cakap aku anak kesayangan mak ayah. Mak ayah aku buat semua perkara utk aku dgn sabar dn senyuman. Langsung tiada rungutan. Allahuakbar...anugerah tak ternilai dn terlalu besar buat diri aku.
Dan kerana itulah anak-anak tidak boleh sama sekali menderhakai ibu bapa. Tidak cium bau syurga dan hidup kat dunia ni pun tak akan tenang. Aku tahu aku tiada segunung intan permata utk hadiahkan pada mereka...kalau ada sekalipun tetap tak terbalas pengorbanan mereka buat anak2. Aku hanya ada doa...doa utk kebaikan mereka dunia akhirat dan doa agar aku jadi anak yg baik serta penyejuk hati mak ayah.
# menulis sambil menangis dan mengelap airmata.
#terpanjang pula entry ni, harap korang tak semput bila baca ;p
Showing posts with label Ibu. Show all posts
Showing posts with label Ibu. Show all posts
Wednesday, March 4, 2015
MAK AYAH MASIH JAGA AKU
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
12:11 AM
4 comments:
Label Suka Suki
bapa,
Ibu,
Kasih sayang
Thursday, September 22, 2011
Kismis Doa Dari Seorang Ibu!
Assalamualaikum ...
Rindu kat mak ayah aku! Kalau kampung tu dekat, rasanya setiap minggu aku balik. Walaupun kat kampung aku tak ada pun ramai kawan, pergi mana pun berkepit dengan mak. Tapi happy apa! Sampai kawan-kawan sekolah selalu cakap aku nie anak mak. Tahu kenapa? Kalau aku keluar pergi town, mesti berjalan dengan mak siap-siap pegang tangan! Memang tak pandang kiri kanan dah, pergi sekolah terus kena kutuk-kutuk dengan member.
Masa aku belajar dulu, mak rajin bekalkan kismis sebagai 'ubat' untuk kuatkan memori. Mula dari sekolah menengah sampai aku sambung study kat U sana. Kismis yang mak beli kat Pekan Rabu tu bukannya terus beri pada aku, tapi mak akan buat solat hajat dan baca doa-doa tertentu yang diambil dari Al-Quran. Bukan untuk aku sahaja tapi juga untuk abang dan adik-adik!
Mak cakap itu adalah salah satu usaha dia sebagai seorang ibu, usaha selebihnya ... anak-anaklah kena rajin baca buku dan ulangkaji pelajaran. Kalau harap pada kismis yang telah didoakan itu semata-mata tak susah jugalah nak score dalam exam! Apapun kismis doa yang dibekal mak itu memang ada kesannya. Sejak tinggal zaman belajar, aku takda lagi nak makan kismis doa dari seorang ibu.
Pernah juga aku minta mak buat masa 2-3 tahun lepas aku dah bekerja, memang mak penuhi permintaan aku, cuma katanya dia harap lepas nie aku kena belajar buat kismis doa itu sendiri buat bekal pada anak-anak aku nanti! Insya-Allah ... kalau aku ada anaklah.
Rindu semua keadaan itu. Mak aku selalu cakap, dia takda rezeki nak belajar hingga peringkat tertinggi kerana kesusahan dan desakan hidup masa dahulu, jadi hanya anak-anak sahaja jadi penyambung cita-cita. Menitis airmata!
Ibu ... ayah sanggup buat apa sahaja untuk anak-anak. Tapi anak-anak tak tahulah sanggup atau tidak berkorban untuk ibu bapa. Tepuk dada ... tanya hati dan akal sendiri. Termasuk aku juga!
Aku nak share dengan korang petua ibubapa yang aku dapat dari FB Farit Ismeth Emir. Mungkin ia bagus untuk dikongsi bersama. Moga korang yang dah ada anak akan jadi ibubapa cemerlang. Amin ...
• Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surah al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
• Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
• Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
• Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
Sudah lewat malam. Mata aku dah mengantuk. Lain kali sambung lagi. Thanks ya datang sini dan thanks for reading too ....
CK : Jamuan kat PWTC siang tadi ... memang menarik!! Dapat juga aku cekau sate .... peberet!
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
11:13 PM
3 comments:
Label Suka Suki
Ibu,
Pak Ngah Farit Ismeth Emir,
Sharing is Caring
Sunday, November 21, 2010
Aku Budak Kampung : Part Ketupat Palas
Di utara sana...setiap kali raya ketupat palas mmg tidak pernah ketinggalan.
Tambah2 lagi ketupat palas dari air tangan mak! Sedap...
Sy balik raya kali ni agak lewat...raya kedua malam baru sampai ke A.Star!
Itupun sampai jam 11pm, setelah flight delay hampir 2 jam...siap bertukar pesawat lagi
Huh! Marah je...tp buat2 tenang segala. Nk marah betul2 pun tak guna
Jumaat siang
Mak buat ketupat palas kali kedua!
Breakfast ketupat lah pagi tu....cicah dgn kari daging!
Mmg sedap!
Inilah ketupat hasil air tgn mymother!!
My SIL org Perak sebelah selatan sana
Tp bila dah kahwin dgn abg sy...dari utara sini
Dia pun kenalah ngap jugak ketupat palas nie setiap kali raya mcm kitaorg jugak
Bagi org2 utara ketupat palas nie tak elok makan byk2...katanya boleh "mabuk"!
Sebenarnya bukan mabuk...cuma kita akan terlebih ngantuk!
Ketupatkan dibuat drp beras pulut siap letak santan skali!
My SIL makan ketupat mcm dah bertahun2 dok kt Kedah!
Masa tahun pertama dia ckp "Ini 1st time makan...sedap!"
Dan biasanya dia makan lebih byk dr kami....pastu siap ulang2 makan lagi
Penyakit suka makan ketupat palas nie dah turun pada 2 orang anaknya!
So, mak kenalah wat ketupat palas nie setiap kali anak cucu menantunya balik w/pun bukan time raya. Klu mak nk ke KL pun dia ttp kena bawa kenal ketupat palas jugak.
Sbb klu tak cucu2nya akan tanya...
" Tok tak bawa ketupat ke? Abang rindu nk makan ketupat tok buat".
Kalau tak dapat beraya kt kampung, abang akan buatkan ketupat dekat anak2nya
tapi bukan ketupat palas....ketupat daun pisang!
Sbb abang tak pandai nk balut guna daun palas tu!
Tambah2 lagi ketupat palas dari air tangan mak! Sedap...
Sy balik raya kali ni agak lewat...raya kedua malam baru sampai ke A.Star!
Itupun sampai jam 11pm, setelah flight delay hampir 2 jam...siap bertukar pesawat lagi
Huh! Marah je...tp buat2 tenang segala. Nk marah betul2 pun tak guna
Jumaat siang
Mak buat ketupat palas kali kedua!
Breakfast ketupat lah pagi tu....cicah dgn kari daging!
Mmg sedap!
Inilah ketupat hasil air tgn mymother!!My SIL org Perak sebelah selatan sana
Tp bila dah kahwin dgn abg sy...dari utara sini
Dia pun kenalah ngap jugak ketupat palas nie setiap kali raya mcm kitaorg jugak
Bagi org2 utara ketupat palas nie tak elok makan byk2...katanya boleh "mabuk"!
Sebenarnya bukan mabuk...cuma kita akan terlebih ngantuk!
Ketupatkan dibuat drp beras pulut siap letak santan skali!
My SIL makan ketupat mcm dah bertahun2 dok kt Kedah!
Masa tahun pertama dia ckp "Ini 1st time makan...sedap!"
Dan biasanya dia makan lebih byk dr kami....pastu siap ulang2 makan lagi
Penyakit suka makan ketupat palas nie dah turun pada 2 orang anaknya!
So, mak kenalah wat ketupat palas nie setiap kali anak cucu menantunya balik w/pun bukan time raya. Klu mak nk ke KL pun dia ttp kena bawa kenal ketupat palas jugak.
Sbb klu tak cucu2nya akan tanya...
" Tok tak bawa ketupat ke? Abang rindu nk makan ketupat tok buat".
Kalau tak dapat beraya kt kampung, abang akan buatkan ketupat dekat anak2nya
tapi bukan ketupat palas....ketupat daun pisang!
Sbb abang tak pandai nk balut guna daun palas tu!
p/s : Masih belajar balut ketupat palas....w/pun tak sehebat mak, tp tahu jugaklah sikit2!
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
4:58 PM
No comments:
Label Suka Suki
Family,
Ibu,
Santai
Tuesday, November 2, 2010
~Emosi Bila Sendirian~
Tekun saya membelek facebook kawan2. Best dan menarik dibaca. Apa yang sy amat suka bl belek facebook kawan2 nie...adalah cerita ttg family dan anak2. Cukup buat hati kecil sy tersentuh. Tambah2 kalau sy ada kat rumah sendirian. Seronok baca komen kawan2 dlm facebook ttg anak termasuk juga sy yg memberi komen.
Siapa yang tak nak anakkan? Semua orang kalau boleh ingin punyai zuriat sendiri (Wpun ada yg buang anak...mcm buang anak kucing! Opsss itu sy keluarkan dr kategori ini, sy berbicara soal manusia normal yg mengasihani dan menyayangi). Tambah pulak hari ini sy baca Berita Harian..front page.."Bayi RM21,000!". Zaman sekarang semuanya diperdagangkan termasuk manusia....asal barang jadi duit! Bayi malang yg dijual pada front page BH tu SANGAT COMEL! Sampaikan kawan sy ckp...:klu tak nak anak tu bagi saya!". Tapi kau ada RM21,ooo ker nak amik anak tu? Tak dak kan?
Walaupun org tgk sy happy, cool n relax semacam...tapi jauh kat sudut hati sy..."bestnya klu sy ada zuriat sendiri yg panggil sy 'mummy or mama'...mesti bahagiakan!". Utk meredakan rasa hati sy...kdg2 sy buat mcm sy nie tak suka kanak2! Sbb klu sy terlalu layan kanak2 lagi hati sy cepat tersentuh! Hati perempuan normal...mcm mana pun mesti ada keinginan punya anak sendiri. Buat masa sekarang Allah masih menentukan takdir hidup sy sendirian....sy menerima dgn redha dan cuba tabahkan hati. Cuma hati ini ada masanya terdetik...kalau sy benar2 mampu dr segi kewangan untuk mengambil anak angkat mengikut prosedur yg sah...Insya-Allah akan sy buat! Tapi sy ibu sy kurang merestui niat baik sy....ibu ckp sy muda lagi...dan pasti akan ada jodoh buat sy dan sy mampu lahirkan zuriat sendiri.
Seronok tengok kawan2 bahagia dgn family dan anak2. Sy seolah menumpang kebahagiaan mereka tanpa mereka sedar! Terima kasih kawan2. Byk rasa yg tersimpan di hati kecil ini. Biarlah yg mengetahui hanya Dia Yang Maha Mengasihi.....hidup ini akan sy tempuh dgn penuh kesabaran! Moga pasti sy juga menjadi seperti kawan2 sy itu. Amin.....
p/s : Ada baik ada buruk yg perlu ditelan...ada pahit yg sayang utk dibuang. Di sebalik senyuman terselindung tersemat ketabahan dan tanda tny yg tidak terungkai. Memilih melupakan episod lama dgn tidak mengungkit segala yg lepas. Memula episod baru.....biarkan mungkin dikecam oleh mereka yg tidak tahu....apa sebenarnya??

9:28 PM
1 comment:
Label Suka Suki
Bisik Hati,
Emosi,
Ibu
Saturday, May 15, 2010
Rindu...
Setiap hari saya rindukan ibu saya.
Rindu yg teramat sgt
Setiap minggu saya membuat panggilan pada ibu
walaupun tiada apa yg hendak dibualkan
Rindu saya pada ibu amat mendalam sejak akhir2 ini
Mcm mana saya pernah rindukan kekasih saya dulu selain drp ibu bapa
Begitulah rindu saya pd IBU setiap hari
Sesuatu terbuku dalam hati
Ibu...sempatkah saya bahagiakan hidup ibu dan ayahanda dalam kehidupan saya yg sementara ini
Ibu ckp apa yg berlaku pada saya juga adalah sebahagian ujian dan dugaan yg Allah beri pada ibu dan ayahanda.
Ibu...saya sayang ibu sangat! Saya juga amat sayangkan ayahanda...
Tapi rindu saya pada ibu terlalu dalam...
p/s : Dapat bercakap dan bermesra dgn ibu dan ayah adalah satu kebahagiaan buat saya. Selain daripada Kamie yg pernah bahagiakan saya.

Monday, May 10, 2010
Ibu Saya....
SELAMAT HARI IBU
BUAT SEMUA IBU DI DUNIA INI
ANDA IBU YANG TERBAIK!!
Sempena Hari Ibu. Yg akan saya ceritakan juga tentang Ibu. Ibu saya. Sejak dari sekolah tadika hinggalah usia saya menginjak 30-an. Saya tak pernah sekali menulis ttg Ibu. Tentang siapa Ibu buat saya dan erti Ibu dalam perjalanan kehidupan saya. Beruntung hamba Allah seperti saya yg masih punyai Ibu di dunia ini dan masih diberi perhatian serta kasih sayang yg tiada tepian oleh Ibu. Tak semua orang bertuah seperti saya. Dan saya amat bersyukur dengan anugerah Allah yang tak terhingga ini. Tanpa Ibu, siapalah saya di dunia ini? Bukannya ayahanda tidak bererti buat saya. Tapi sempena Hari Ibu....saya hanya bercakap tentang Ibu. Tentang ayahanda juga punya keistimewaannya yg tersendiri, cuma belum masa utk saya bercerita walaupun hakikatnya saya mengakui saya seakan klon ayah-dr segi sikap & perwatakan kami yg hampir sama!!
Ibu saya bukan sesiapa. Bukan kerja bagus2 atau hebat seperti sesetengah Ibu sekarang yg bila ditanya anak2..."Ibu kamu kerja apa?"...Jawab anak sekarang..."Ibu saya guru/jurutera/pegawai tadbir/pengetua/pramugari/doktor dan bagai2 lagi jawapan yang keluar!". Tapi, Ibu saya cuma seorang surirumah yg bekerja sambilan sebagai pesawah bagi membantu meringan beban ayahanda dan berkebun kecil-kecilan sebagai hobinya. Ibu melahirkan, menyusu, mengasuh, mendidik dan membesarkan seorang putera dan 3 orang puteri termasuk saya dgn dibantu ayahanda.
Dulu saya dgn Ibu mmg tak rapat.Takde peluk2. Takde cium2 pipi. Serius. Memang dia betul2 Ibu. Saya lebih suka berada di dunia saya. Hubungan saya dgn Ibu agak 'jauh'. Mungkin sbb saya anak ke-2 dan perempuan sulung, jadi ada 2 org adik bawah saya yg perlukan lebih perhatian berbanding saya. Sbb itu juga saya rapat dgn ayahanda. Apa sahaja saya inginkan saya lebih selesa meminta-minta dgn ayahanda.
Sekarang...saya sentiasa cium pipi Ibu dan peluk tubuh Ibu. Saya sentiasa cium tangan Ibu. Ibu syurga dunia saya.
Dulu dalam usia yg amat mentah, saya amat bodoh menilai kasih sayang dan pengorbanan. Jujur. Saya selalu anggap Ibu tidak kisah tentang saya. Tapi sebenarnya saya silap. Ibu amat sayangkan saya. Ibu amat sayangkan saya berbanding adik-beradik yg lain. Mungkin. Melihat apa yg saya lalui sekarang ini sendirian, saya dapat rasakan kasih sayang & perhatian ibu pada saya amat menebal.
Ibu mula menjadi kawan, sahabat dan teman saya bila usia saya menginjak 20-an. Bila adik2 semua sudah dewasa. Ibu mula menjadi teman saya. Dan saya mula menjadi teman Ibu. Saya sayang Ibu saya. Sungguh. Teramat sayang. Teramat kasih. Teramat rindukan segala2nya tentang Ibu. Ibu seorang yg amat tegas. Ibu seorang yg tabah. Ibu seorang yg kuat semangat. Susah yg teramat utk saya lihat Ibu menangis!! Ibu mmg seorang yg cekal. Seumur hidup saya cuma sekali saya melihat Ibu menangis di hadapan saya, bila Ibu tak mampu menanggung beban perasaannya. Cuma sekali Ibu menangis pada saya.
Saya kagum dgn Ibu.
Saya cemburu melihat Ibu yg cukup cekal, kuat, tabah dan sabar menghadapi apa sahaja ujian. Ibu sentiasa mengingati Allah dan keluarga dalam hidupnya. Ibu amat sayang kami semua!!
Tapi saya tak mcm Ibu. Cuma satu kerajinan ibu jd milik saya --- saya rajin memasak mcm Ibu. Tapi masih tidak pandai masak mcm Ibu. Saya dan sikap Ibu agak jauh berbeza. Ibu tegas. Susah dan amat susah menangis. Saya mudah menangis. Saya amat sensitif. Hati saya cepat tersentuh. Saya seorang yg manja dan sentiasa perlukan perhatian dr Ibu, ayahanda, keluarga dan Kami. Tapi Ibu lain, apa pun yg jahat/buruk org lain lakukan pada Ibu...Ibu masih mampu sabar. Dan terus berdoa dan memohon pada Allah. Ibu ckp...kita jgn lupa Allah. Jangan tinggal solat 5 waktu (Ada masanya saya lalai tentang pesan Ibu yg satu ini).
Saya tahu, saya tak mampu bahagiakan dan gembirakan hati Ibu. Tapi Ibu masih mampu bersabar. Ibu nk tengok saya bahagia dgn insan yg saya sayang. Tapi masa saya belum sampai. Dan saya redha. Ibu pula tetap sabar. Ibu cakap..."Ini pun satu ujian utk Ibu dan ayahanda". Kesabaran Ibu pernah buat saya menitiskan airmata. Saya pula tidak pernah terlepas dalam menduga hati Ibu dgn sikap saya. Saya Ibu telah memaafkan saya. Tapi saya tetap rasa berdosa. Saya pernah mengocak kesabaran di hati kecil Ibu sehingga dia berkecil hati. Menyedari akan kesilapan itu. Saya memohon maaf pada Ibu. Ibu dengan ikhlas hati memaafkan saya. Tapi saya akan terus memohon maaf dari Ibu selama hidup saya. Saya tak pernah bersikap sebegitu. Naifnya saya. Kekhilafan yg membuat saya sentiasa rindukan Ibu.
Ibu sentiasa berada disaat jatuh saya, gagal saya dan kecewa saya pada cerita kehidupan ini. Dialah yg telah menyandarkan bahu disaat saya terluka. Dialah yg meniupkan semangat dan ketabahan disaat saya tumbang dalam mencari diri. Dialah yg memeluk saya disaat saya terluka. Dialah yang berkata.."Jangan menangis kakak, Ibu sayang kakak!". Dialah yg menasihati saya disaat saya lupa, lalai dan alpa! Saya sentiasa berusaha utk menjadi anak yg baik pada Ibu dan ayahanda. Tapi ada masanya saya kecundang....! Saya kagum dgn kasih sayang Ibu & ayahanda pada saya.
Ibu,
Kalau Ibu nk tahu...saya amat sayangkan Ibu. Saya sentiasa rindukan Ibu. Maafkan saya andai sikap saya ada yg melukakan hati Ibu.
Ibu,
Kalau Ibu tak ada...siapa yg akan bersama saya? Saya kuat sbb Ibu. Sbb Ibu selalu doakan saya. Begitu juga ayahanda.
Ibu,
Terimakasih sentiasa doakan yg terbaik buat saya. Terimakasih atas layanan istimewa Ibu buat saya.
SAYA TAK MAMPU BALAS JASA2 IBU & AYAHANDA. TAPI SAYA AKAN CUBA SEMAMPU MUNGKIN UTK BERI YG TERBAIK BUAT IBU & AYAHANDA.
Ya-Allah---Aku bersyukur dgn anugerah yg tidak terhingga nilainya ini. Alhamdulillah....
p/s : Hargailah ibu & ayah selagi mereka ada di dunia ini, selagi pipi mereka boleh kita cium dan sentuh, selagi tubuh mereka kita boleh peluk. Tanpa mereka siapalah kita.....
Sunday, May 9, 2010
Setiap hari saya rindukan ibu saya
Ada masanya rindu itu terlalu mencengkam jiwa
Saya rindukan dia...
Ibu...
Aku sayang kamu!!!
Ada masanya rindu itu terlalu mencengkam jiwa
Saya rindukan dia...
Ibu...
Aku sayang kamu!!!
Posted by
Cik Puan Kocik
Posted by
Cik Puan Kocik
at
8:51 PM
No comments:
Label Suka Suki
Emosi,
Family,
Ibu
Ibu
Selamat
Hari
Ibu
Buat ibu yg amat saya sayangi dan kasihi
Buat ibu yg sentiasa memberikan saya kasih sayang tanpa sempadan
Buat ibu yg sentiasa menyayangi saya dgn luar biasa sekali
Buat ibu yg sudi mendengar rengekan saya sehingga usia saya ini
Buat ibu yg sudi menemani saat2 terluka dan kecewa saya dengan kehidupan...
Ibu
Saya amat sayang kamu
Sungguh
Tiada kata yg dapat mengungkapkan betapa besarnya kasih sayang ku pada mu
Walau ku diberi izin olehNya bernafas seribu tahun lagi
Mana mungkin saya dapat membalas semua jasa dan kebaikan mu
Ibu
Maafkan saya
Ampunkan saya
Ada masa dan ketika
Kata-kata saya perit menerjah ke telingamu
Saya sedar dan memohon ampun
Dan sayu hati ini melihat keikhlasan mu
Mengampuni anakmu yg penuh dgn kekhilafan
Ibu
Kau sememangnya tiada dua
Saya seolah mati segala andai kau tiada di sisi
Betapa hidup ini ku lalui ada masanya penuh kelukaan
Kau masih setia menemani saya
Dengan kata-kata dan sentuhan
Saya hidup kembali
Ibu
Maafkan saya
Semua dosa-dosa saya
Ibu
SAYA AMAT SAYANG DAN KASIHI KAMU...
DUNIA DAN AKHIRAT SAYA....
TERIMA KASIH KERANA MENJADI IBU YG TERBAIK BUAT SAYA
DI DUNIA INI
DAN
AKHIRAT JUA...
Buat Ibu saya.....Puan Hajjah R binti M......
p/s : Terima kasih ibu....kaulah segalanya untukku

Subscribe to:
Posts (Atom)