Tuesday, April 28, 2015

HARI PERTAMA DI RUMAH PENGASUH

Assalamualaikum ...

Awal pagi dah bangun. 1st day hantar Iskandar ke rumah pengasuh. Iskandar pun macam dah tahu nak kena berenggang dengan mommy hari ni. 6.30am dah bangun, lepas menyusu terus aku minta hasben mandikan. Nasib baiklah Iskandar jenis mandi awal pagi, selalu kul 8am dah mandi. Kalau tak mandi, asyik melalak je la dia. Lepas mandi, siap bagai ... menyusu sekali lagi terus sleeping beauty anak soleh aku tu. Everyday macam tu! Cuma this morning, lagi awal Iskandar mandi. 6.50am dah mandi, sebab 7.30am dah nak gerak ke rumah pengasuh. Lagipun aku rimas kalau Iskandar tak mandi awal, diri dia sendiri pun resah kalau tak mandi, apatah lagi mommy yang memandang. Iskandar sendiri macam dah tau time mandi dia. Sekali aku tak mandikan, selagi itulah asyik merengek je. Bila dah kena air, ambooi bukan main sukehati lagi yek. Cuma kadang2 je nangis, bila air tersejuk lebih, tapi lepas tu ok balik dah.

Pagi ni, mommy dia plak sayu hati semacam. Lepas siap Iskandar, peluk cium ... tinggal2kan pesanan kat Iskandar, hati mommy plak mencair. Meleleh airmata tetiba. Okey, hati aku macam agar-agar ... nampak kenyal tapi lembik! Nak hantar ke rumah pengasuh je kot, bukan nak berpisah jauh pun. Itu pun aku dah nangis. Mana taknya, sejak lahir memang dgn aku je. Cuma ada sekali je dalam pantang, aku berpisah selama 30jam dengan Iskandar atas sebab-sebab tertentu. Time tu, siang malam aku menangis teringatkan dan rindukan Iskandar, sampai bengkaklah mata. Mommy ko ni kurang sket bertabahnya Iskandar ooooi, ini pun sebab kamu wahai anak soleh! Berjauhan dengan hasben pun cewek juga, tapi takdelah teruk camni....hahahaha! Cewek tetap cewek ... nak buat macammana dah lagu tu mommy Iskandar nie.

Hari-hari siang malam, aku pesan dan bisik kat telinga Iskandar, "sayang, behave tau stay dekat rumah pengasuh. mudahkan kerja pengasuh jaga Iskandar. jangan nangis kuat-kuat ... jangan buat perangai, tidur siang 2-3jam then bangun menyusu...main, tido balik tau lepas tu...nanti pengasuh nak masak lagi. be a good boy ye sayang! Mommy and Babah love you". Memang inilah ayat aku bisik kat telinga Iskandar siang malam....24/7!! Memang Iskandar tu masih baby, but dia akan serap setiap kata-kata masuk dalam kepala as ingatan. Ini yang mak aku ajar kitaorang dari dulu. Everyday bisik setiap cakap-cakap baik kat telinga anak setiap pagi dan malam. Sebelum tu, baca Al-Fatihah dan sebut nama anak berbin/binti nama kita. Peluk anak selalu dan bisik kat telinga dia setiap kata-kata baik yang kita mahu anak buat. Alhamdulillah, walaupun Iskandar baru 2 bulan 2 minggu dan 2 hari, setiap apa yang aku tak suka Iskandar buat, aku akan bisik minta Iskandar jangan buat. Then, Iskandar tak akan buat. Contoh macam nangis kuat-kuat kat rumah, aku bisik hari-hari taknak Iskandar menangis kuat-kuat sampai hilang suara, sekarang Iskandar dah tak nangis kuat kecuali kalau Iskandar kembung perut selalunya ... ye memang Iskandar akan nangis kuat, kalau aku sendiri tak dapat trace napelah tetiba melalak neh! Kalau aku tinggalkan Iskandar sensorang kat katil masa aku mandi or masak....then Iskandar sendiri dah bosan sensorang, memang dia akan nangis. Nangis-nangis biasa ajelah, setakat ... heeek...heeek...heeek, takdelah meraung sakan. Baby kalau tak nangis, pelik la pulakkan. Baby memang selalu cranky sebenarnya, cuma kita taknak dia melampau-lampau. Tu jer ...

Harap-harap Iskandar okeylah dan baik-baik aje kat rumah pengasuh. Memang hati aku as a mommy resah. Tadi pun dah sampai rumah, aku dah start rindu kat anak soleh aku tu. Masuk rumah rasa sunyi giler. Be strong mommy! ha ha ha. Terus wassap hasben,  "rindu la kat Iskandar ...teringat Iskandar senyum!". Hasben aku cakap, "biasalah tu ... perkara yang biasa dilalui oleh semua ibu!". Owh okey, hati lelaki tak sama dengan perempuan. Dorang ni kental sket! ha ha ha ha ....

Kejap tadi, terus aku call pengasuh ... tanya Iskandar macam mana?. Pengasuh cakap tengah tido .... dah bangun dah tadi, Iskandar nangis sebab berak. OOoowh, okey. Lega sikit hati aku. Bukan ape aku risau juga takut dia menangis melalak, then panik plak pengasuh nanti. Masa aku hantar pagi tadi pun Iskandar memang dah tido dari dalam kereta, biasalah dah mandi after sejam mesti Iskandar nak tido balik. 

Harap-harap semua okey dan urusan Iskandar di rumah pengasuh dipermudahkan. Moga pengasuh juga senang dan mudah jaga Iskandar. Mommy dah start rindu melampau dah nie ...huwaaaaa! Sekejap-sekejap jeling tengok katil ... "kosong"!! Petang nanti baru jumpa Iskandar, nanti mommy peluk cium sayang ye! Baru anak sorang dah camni .... huuuuuuuuuuuuuuuu



Love, mommy Iskandar!

4 comments:

  1. betul..kdg2 xsampai hati nk anta ank umh bs...tp alhamdulillah dpt bs yg baik sgt...langsung xberkira jga anak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat bs yg baik. Hati kite takdelah gusar sgt ingat ke anak je. Keadaan hidup skrg memaksa kite utk hantar anak pada pengasuh, walau hakikatnya kalau boleh memang taknak.... ;(

      Delete
  2. mcm memula hntr Aqil kt umah pengasuh.rs kosongnya hidup hr tu.wlau umah pengasuh dkt tp x pegi ambil.just duduk kt balkoni pndg umah pengasuh pon jd la...angau rindu gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru je bpisah kejap dah rindu....memang jiwa mak2 camtu kan.

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!