Saturday, April 18, 2015

TIDUR

Assalamualaikum...

Since dah ada Iskandar, time tido aku memang dah tak ikut jadual lagi. Bertabah. Dari saat hadirnya Iskandar dlm hidup aku, dialah yg utama. Tido entah kemana. Memang tak boleh mengeluh bab tido sebab aku tau semua mak mak kat luar sana pun macam aku juga. Tido malam pn tak cukup, jauh sekali nak dapat tido siang hari. Kadang baru nak join Iskandar tido, tetiba Iskandar dah celik mata. Memang tak kasi chance mommy mimpi sekejap aih!

Lately, Iskandar susah betul nak tido. Nak nak tido siang. Biasanya, baby akan tido 2-3 jam dalam satu satu masa. Dan dalam masa 24 jam, baby akan tido 16-18 jam sehari. Tapi sekarang ni, perkara ni tak berlaku kat Iskandar. Nak nak tido siang, Iskandar cuma tido sejam pastu bangun...main, minum susu sejam pasti tido balik setengah jam pastu bangun kadang sampai 2 jam. Malam plak dah pandai tido lambat. Selalunya, 8.30 malam dah tido tapi sekarang pukul 10-11 malam baru nak tido. Itupun puas mommy jadi hulk barulah Iskandar tido. Bangun pagi macam biasa, Iskandar dari awal lahir memang jenis bangun awal. Nak imam solat subuh agaknya. Bila anak soleh bangun awal, maka mommy kena jugalah bangun walaupun tido tak pernah cukup ;p

Hari hari aku bisik kat Iskandar agar tido lama dlm satu satu masa waktu siang. 2-3 jam. Bagi mudahkan pengasuhnya nanti. Sekarang ni aku jaga okeylah, tido sekejap sekejap pn aku layan. Nanti dah duduk dgn pengasuh harap sangat Iskandar behave dan mudahkan kerja kerja pengasuh jaga dia. Siang malam mommy berdoa moga urusan jaga Iskandar dipermudahkan. Moga semuanya okey okey saja.

Hati mommy risau...tp mommy sentiasa doakan perkara yg baik baik sahaja. Okeylah nak tido. Dah taktau nak citer apa. Update pun sambil baring sebelah Iskandar. Tengok anak soleh tido bestnye la hyeeeee!


Love, mommy Iskandar.

2 comments:

  1. Gitu la kan kalau dah jadi ibu...yang belum jadi ibu ni kena la nikmati waktu rehat dan tidur puas2 hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul2. rehat la puas2 ... kang dh jadi ibu, tido terabai dah...

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!