Tuesday, April 14, 2015

MELAWAT UK FARM BATU PAHAT, JOHOR

Assalamualaikum ...


Story yang terperam terlalu lama dalam draft. Hampir menjadi pekasam. Bukan citer aku, tapi citer hasil dari hasben aku. Hasben takde blog, maka mari sama-sama kongsi blog nan satu ini. Cerita hasben pun cerita isteri juga. Kata sharing is lovingkan? Dah lama hasben suruh update lawatan dia ke UK Farm Batu Pahat (Parit Yaani), Johor. Tapi tiada kesempatan, bukan malas dan bukannya tak mahu. Menulis cerita atas pengalaman orang lain waima hasben sendiri, agak sukar menyusun tatabahasanya. Ewaaah!

Memandangkan Iskandar tengah tido, mari kita berblog. Curi-curi masa berblog adalah satu keseronokan sekarang nie. Dah nama pun blogger, pasti nak juga menulis satu dua kata untuk luahkan rasa hati kononnya. Aku tak ingat bila hasben pergi ke UK Farm Batu Pahat nie, rasanya Disember last year kot. hu hu, maafkan daku hasben sebab lupa. Mula aku tengok segala gambar yang hasben tunjukkan, waaah bestnya UK Farm nie. Rasa teruja dan mula la minta hasben bawakan. Serius nampak best pada pandangan mata. Hasben aku cakap memang best. Rasa tak puas melawat kawasan farm berkenaan. Sehari takut kalau nak menghayati katanya.

Berdasarkan apa yang hasben aku cerita, UK Farm ini adalah Projek Pertanian Moden Kluang yang terletak di negeri Johor. Merupakan ladang penternakan kambing dan kambing biri-biri. Kat sini ada 3000 lebih ekor kambing yang gemoks gemoks belaka. Kambing-kambing ni produce susu yang membolehkan penghasilan pelbagai jenis produk berasaskan susu kambing. Seperti sabun dan syampoo. Actually, UK Farm ini bukan semata-mata ladang tau, kat sini ada chalet dan dormitory kalau korang rasa nak bermalam bagi merasai suasana malam di sini. Dah tu ada juga restoran dan UK cafe serta bbq area ... so senanglah korang nak makan-makan ... ada pusat reflexology centre juga, kalau korang nak relax-relaxkan diri.


Antara gambar suasana di UK Farm yang mampu aku edit untuk tatapan korang. Memang tengok pun menarik. Kalau korang memilih untuk menginap di sini, pelbagai activity yang boleh korang buat. Bukan semata-mata naik trem melawat kambing-kambing je tau. Korang boleh bagi makan kambing, bukan semua orang pernah bagi kambing makan. Of course aku rasa kambing kat sini baik-baik dan takkan tanduk korang ... huhuhu. Perah susu kambing aku tak sure dibolehkan atau tak kat sini. Kalau boleh, tentu bestkan. Pengalaman ala kampung macam ni dah susah nak dapat sekarang. Sesuai untuk budak-budak zaman skang nie yang asyik leka dengan tab je manjang! Kang esok-esok kambing pun korang tak kenal! Mai melawat UK Farm untuk mengenali kambing ... ekekekekek.

Bukan setakat bagi makan kambing, korang juga boleh naik kereta kuda, menunggang kuda serta memanah. Amacam ... menarik tak? Takdelah layan kambing semata-mata. Bagi yang tak suka kambing, boleh melayan kuda plak. Tak gitu?


Kawasan UK Farm yang luas saujana mata memandang. Macam karangan sekolah tingkatan satu plak. Jogging-jogging kat sini macam best je aku rasa. Jauh dari pencemaran asap. Mesti tenang je fikiran. Bangun-bangun tido tengok alam sekeliling yang menghijau! Kalau kat bandar tak dapat korang suasana camni. Bau asap ... bunyi bising kenderaan je dah buat telinga bingit.


Antara produk-produk berasaskan susu kambing yang dihasilkan di UK Farm. Boleh beli kalau korang melawat nanti. Pasti harga murah ... GST taktau la dikenakan atau tak. Eh, tetiba rimas plak dengan GST sebab kebanyakan peniaga ambil kesempatan. Tak daftar GST pun sibuk nak kenakan GST kat customer, hempuk kang! Bila tanya ID GST dah ternganga ... repot baru tau! Boleh plak selit kisah GST ... hahahahaha


Nampak trem dalam gambar tu, cun kan?? Tak perlu susah-susah dan penat  berjalan kaki. Cuma kalau rasa nak keluarkan peluh, silalah berjalan kaki mengelilingi ladang ;p


Mini zoo pun ada, sesuai untuk kanak-kanak. Mak ayah kanak-kanak pun boleh juga ;p. UK farm menyediakan pelbagai pakej lawatan. Pergi ramai-ramai boleh lah pilih pakej yang sesuai. Untuk info lanjut korang boleh melawat laman web UK Farm kat sini <----- Segala info ada kat situ. So, boleh baca dengan teliti. Manalah tau kot korang berminat, nanti boleh bercuti kat sana. Jauh dari hiruk piruk kota. Sesuai untuk release tension. Aku pun plan nak pergi ke sana nanti. Tapi tunggu Iskandar boleh jalan la. Baru best! Bagi Iskandar dah pandai cakap sikit, baru teruja dia tengok kambing-kambing tu ngeeembeek nanti! Risau kalau-kalau anak soleh aku tu nanti tak tahu beza antara kambing dengan lembu kang. Lain dipandang, lain plak dinyebutnye aih!

Iskandar pun dan eeek oook eeek oook macam dah nak bangun pun. Aku kenalah undur diri. Anak soleh aku bangun awal hari-hari ... 6.30am dah jaga. Hari ini awal aku mandikan dia, lepas tu kul 8.00am bagi dia tido balik. Dengan tido nyenyak Iskandarlah aku boleh merapu meraban kat blog nie. Kalau tak, jangan haraplah ..... kau rindulah blog aku sampai pengsan tapi takde entry merapu yang terkini. wakakakakaka .... macamlah ramai sangat pembacakan? Ayat tak boleh blah ...

Okeylah, bubye dulu ye.


Love,  Mommy Iskandar!

2 comments:

  1. xpernah tau...nmpak mcm best gk bawak ank2 yg dibesarkan di bdr nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru tahu. itu pun sebab hasben buat lawatan. memang tak pernah tahu pun lokasi pelancongan nie, tapi nampak menarik sangat. silalah melawat

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!