Thursday, May 28, 2015

BUSY TAHAP LANGIT KE TUJUH

Assalamualaikum....


Again ... blog bersawang
Cik Puan blog sangatlah busy
Dengan Iskandar
Dan dengan kerja yang penuh meja
Messy giler meja aku

Tahap kebusy-an sampai langit ke tujuh nie
Buat aku rasa nak nangis!
Kalau nangis harap airmata tak tumpah menjadi tasik la!

Need rest .... not stress!!


Love, mommy Iskandar!

Monday, May 25, 2015

SEORANG MENTERI

Assalamualaikum....







Menteri Belia dan  Sukan!
Khairy Jamaluddin @ KJ

Aku suka gaya menteri yg satu ni, bukan sbb dia sebaya abang aku dan bkongsi tarikh lahir yg sama...tp style dia sempoi dn bsahaja. Menteri yg tak skema. Lantang dan berani.





Saturday, May 23, 2015

SHORT TRIP PERCUBAAN UNTUK ISKANDAR

Assalamualaikum ...

Menyepi lagi! Haih, tenggelam timbul betul blogger picisan nan sorang nie. Blog dah bersawang sikit, barulah nak menjelmakan diri. Tabiat baru aku sebagai blogger. Hiks! Dah on blog. tak tahu plak nak menaip hape. Buntu kejap. Urat perut banyak putus masa bersalinkan Iskandar tu memanjang buntu. Eh, Ada kena mengena ke? Confuse aku apa kaitan buntu dengan czer plak kan. 

Nak cerita apa ye? Owh, cerita yang masih segar dari ladang bebiri. Last 2 weeks aku pergi Melaka. Short trip. Bukan sesaje jenjalan tapi acara serampang dua mata. Berjalan-jalan dan memenuhi jemputan kenduri. Kawan hasben jemput ke majlis tahlil dekat Melaka on Sunday. Rumah kawan hasben tu dekat Bukit Katil. And hari Sabtu plak ada juga kenduri tahlil dekat Pedas, N9 ... kawan hasben juga yang jemput. Nampak sangat aku kekurangan kawan-kawan. hukhukhuk. Memandangkan kenduri di Pedas hari Sabtu dan kenduri kat Melaka tu hari Ahad, so hasben cakap baik kita stay semalam kat Melaka. Pedas dengan Melaka kan dah tak jauh mana pun. Dari kenduri di Pedas tu terus ke Melaka and check in hotel. Eh sukelah sangat hati ni. Sejak mengandung mana ada jenjalan. Nak-nak tido hotel, takde langsung. Ibarat pucuk dicita ulam datang mencurah-curah!

Anggaplah short trip ni sebagai percubaan bawa Iskandar jenjalan jauh sikit dari rumah wan dia kek Seremban tu. Dan percubaan Iskandar tidur hotel. Risau juga nak bawa Iskandar ke kenduri atau expo atau shopping complex bagai. Sebab Iskandar tak suka tempat yang havoc semacam. Nanti dia punya cranky pun mendatang. Semput terus mommy time tu kalau anak cranky! Ingat lagi masa pergi expo baby dekat Dewan MPS Seremban ... bukan main meragam dia. Pujuk-pujuk pun tak jalan. Naik haus aku memujuk. Sama juga masa bawa gi expo baby di SACC Shah Alam, meragam jugak. Jenuh memujuk. Sambil pujuk anak, sambil urut dada. Nak naikkan tahap kesabaran ke langit ketujuh.

Masa dekat kenduri di Pedas, Iskandar sangatlah behave. Iskandar macam tahu je Babah dia nak borang dengan kengkawan yang jarang-jarang sangat jumpa tu kan. Baik je dia. Bila dah bosan sangat duduk, berdukung ... bila aku dah lenguh dukung, aku bagi plak hasben dukung. Lantaklah menyembang ngan kawan sambil dukung anak ... hahahah, harap ada feel lah berceirita ye sayang. Sampailah Iskandar dah bosan dan ngantuk baru dia buat perangai. Itupun kejap je. Aku tepuk-tepuk sikit montot dia, terus tido. Alhamdulillah, baiknya anak soleh mommy nie. Lepas kenduri dekat Pedas terus kita orang shot ke Melaka, check in hotel kat sana. Nasib hotel best, book through agoda. Itupun last minute. Dapat juga rege murah dan berbaloi-baloi.

Dah masuk bilik hotel, mandikan Iskandar ... dah mandi, sejuk-sejuk Iskandar asyik nak lelap je. Walhal dalam kereta dah tido. Mentang-mentanglah tilam empuk ... bilik sejuk dengan aircond, lepas susu je nak tido. Iskandar tido kejap je, sebab 8.30pm tu kitaorang keluar pi cari makan. Lapar. Walaupun lauk pauk kenduri sedap sangat., tapi aku tak boleh makan banyak. Semuanya lauk pauk adalah species berapi. Daging masak lemak cili api, perut masak lemak cili api dengan rebung, rendang daging berapi, masak lemak cili api telur itik dan yang tak berapi cuma ayam goreng je. Yang lain semua berapi dan meletops! Malam tu kitaorang pergi cari asam pedas. Datang Melaka tak merasa asam pedas macam tak best. Yang kesian kat Iskandarlah, tidur dari hotel kena kejut ... masuk kereta tido balik pastu sampai kedai terus tak bangun dah. Penat sangat. Kenalah makan sambil baringkan Iskandar. Dah ada anak nie, nak makan pun tak boleh feel sangat, cukup sekadar kenyang dah le. Tempat makan asam pedas nie nanti aku story ye, dah lupa. Nanti aku tanya hasben sebab dia yang simpan segala gambar. Aku masa tu sibuk dok tepuk2 montot Iskandar. Sekarang nie, bab ambil gambar semua serah dekat hasben, sib baik hasben sporting.

Alhamdulillah, Iskandar berjaya untuk percubaan short trip ke Melaka ni. Dan juga berjaya behave sangat dekat kenduri tahlil kawan-kawan hasben. Tak meragam sangat la. So selesa la babahnya borak gaya orang bujang. Ketawa berdekah-dekah! Iskandar yang pandang pun confuse ... apakah ini kehidupan? Jumpa orang yang ketawa besar-besar sampai nampak anak tekak?

Next trip, akan berlakunya percubaan trip Iskandar ke utara. Trip yang memakan masa 5-6 jam dalam kereta. Iskandar dah 2 kali melalui trip utara selatan, tapi masa tu baru umur 7 hari. So, kebanyakan masa memang tido ajelah sementara nak tunggu sampai ke rumah aku di aloq staq sana. Trip kedua masa balik dari utara ke Putrajaya, keadaan masih terkawal sebab Iskandar juga masih banyak tido dalam kereta. So, mommy ngan babah bercintan cintun la macam orang baru akad nikah kekdahnye ;p! Now, Iskandar dah cerdik ... dan pandai buat perangai dalam kereta. Umur 5 bulan nanti akan berlaku trip ke aloq star ... harap2 Iskandar behave hingga langit ketujuh hendaknya. Janganlah nak cranky tak menentu ye anak soleh mommy nie.

Nanti aku akan update hotel yang best aku lepak kat Melaka hari tu. Bagi aku dan berdasarkan kemampuan aku, hotel nie menarik juga la. Paling best tilam dan bantal dia yang empuk sangat. Rasa taknak balik pun ada ... kihkihkih ....

Ada masa aku update lagi ye ... ;p


Love, mommy Iskandar.

Friday, May 15, 2015

BREASTFEEDING

Assalamualaikum ...

Kebanyakan 1st time mother berkeinginan nak breastfeed (bf) anak selepas melahirkan. Aku pun sendiri mempunyai hasrat murni nan satu ini. Kat hati tu beriya dan berazam kalau boleh biarlah fullybreastfeed. Selain dapat jimatkan bajet beli formula milk (fm), yang paling penting bf nie dapat eratkan hubungan ibu dan anak macam ubat batuk tu serta baby lebih tahan lasak. Sebab skin dapat skin dengan baby. Oooi skin to skin dengan baby best sangat kot. Nak nak dapat bau baby masa lahir, macam bau syurga orang kata. 

Hasrat aku nak bf je murni, tapi knowledge zeroooooooooo! Aku rasa macam nak pang sedas diri aku, leka ulik mayang Iskandar masa dalam pantang tapi laungsung tak ada rasa nak gali ilmu-ilmu dan pengalaman orang lain pasal bf. Bukan malas, tapi aku langsung tak terifikir. Yang aku fikir, lepas beranak susu akan memancut-mancut keluar. Jahilnye aku! Dunia aku masa tu macam leka je dengan Iskandar. Iskandar macam merajuk taknak bf sebab susu tak meriah, aku fikir ... ok je, takpe je ... sebab ada fm kan. So, takyah kalut sangatlah. Insya allah Iskandar tetap kenyang walaupun dengan fm. Janji Iskandar tak nangis dan dia sihat. Hah, sampai macam tu kepala aku fikir. Bila Iskandar tolak bf, aku ingat normallah benda tu. Tak sedap kot aku fikir. Walhal, bila Iskandar bf dia kena berusaha lebih untuk menyedut supaya susu keluar. Kalau minum fm Iskandar tak perlu beriya sangat nak teruskan adegan hisap menghisap  tu.

Kerana kejahilan aku pasal bf tu, aku takde rasa nak pump pun susu aku. Sedangkan akak ipar dah kasi pinjam breastpump dia. Breastpump dia tu dah macam turun termurun aku rasa, dari adik-adik aku sampailah ke aku ... moto medela tu pun dah naik lembap nak maaammm....last-last aku beli bp sendiri. Adik aku cakap, walau susu keluar sikit ... tetap kena pump. Dalam kepala kena set, bahawa susu sentiasa ada dan cukup untuk baby. Kena rajin tricky breast tu kononnya tu suction baby la. Hoih, aku buat kadang tak buat apa yang adik aku cakap tu. Sekali dua je buat, selebihnya malas dan fikir lepas pantang banyak susu kot! Nampak tak jahil bebenor pasal bf kat situ. Sebabkan kejahilan tu, hari ini rasa nak lempang diri sendiri tau.

After habis pantang and 2 weeks before start kerja, barulah aku ada kesedaran pasal bf nie. Itupun selepas aku join group bf dekat fb dan join grup wassap mommies yang tabah serta bersemangat nak bf anak-anak dorang sampai 2 tahun. Dalam grup tu memasing tunjuk hasil susu yang dipump ... sekali pump boleh dapat sampai 5oz-10oz! Hoih, banyaknye!! Aku lak jadi silence reader dalam grup tu, kekadang je menyampuk sikit-sikit.  Malu sebab susu tak meriah mana. Sekali pump adalah 2oz-3oz. Alhamdulillah la. Kena pump 2kali baru cukup untuk sekali Iskandar minum. Kesian sangat. Suka tak suka, Iskandar memang fm ajelah memanjang. But, sejak join grup-grup mommies bf nie, memalam Iskandar dah bf. Kalau still merengek sebab tak cukup baru aku bagi fm. Seronok kot join grup nie, memacam dorang share ... cerita cara nak meningkatkan susu dengan power pumping, milkbooster, jadual untuk pump, cara jaga anak yang sakit ... bak kata memacamlah berkaitan baby. Tak tertumpu pada bf sahaja tapi semua perkara berkaitan ibu dan anak. 

Now, aku masih lagi pump susu walaupun tak kerap. Susu pun still ada lagi sampai kadang tu bengkak susu dibuatnya. Sakit tau ... sakiit sangat bila bengkak susu. Rasa nak tanduk-tanduk orang sebelah punya sakit. Baru seminggu lepas terkena bengkak susu sebab aku pump tak habis. Azab kot lepas tu! Sampai malam tu aku demam bengkak susu punya pasal. 

Walaupun aku tak mampu nak fully bf dekat Iskandar, tapi aku tetap bersyukur sebab aku mampu bf dia. Sampai kadang tu rasa nak tanggal puting sebab Iskandar gigit. Gigi takde pun ... so dengan gusi pun boleh dia gesel.Hoih menjerit mommy dibuatnya. SIb baik awak kecik lagi Iskandar ... kalau tak mommy dah bab-bab awak tau ,,, anje mommy nie notti sangat tau.

Untuk pestime mommies, nasihat aku adalah lebih baik bf anak kita. Sebelum melahirkan, carilah ilmu pasal bf nie sebaiknya. Usaha la bf baby korang .... nanti rahim cepat kecut orang tua-tua cakap. Aku sendiri pun masih berusaha untuk bf Iskandar walaupun bukan sepenuhnya. SIkit pun Alhamdulillah. Tapi aku tetap usaha untuk banyakkan susu dengan cari milkbooster. Dah macam-macam milkbooster aku try. Ada yang ok dan ada juga yang so-so je. Nanti aku share pasal milkbooster plak yek. Untuk mommies tunggu ... untuk yang dah tahu, duduk diam-diam yek. hehehehehe


Love, mommy Iskandar.

Monday, May 11, 2015

PETUA ANAK BIJAK

Assalamualaikum ...


Aku tak ingat dari mana aku save petua anak bijak ni. Tapi petua ni sebiji macam mak aku ajar. So, aku share dekat korang dengan harapan korang amalkan. Sila viralkan ... hahahaha. Benda tak baik sibuk je orang Malaysia viralkan ... yang baik ni lagi bagus kot kalau viral. kan kan kan ...



Bila dah ada Iskandar, petua ini lah aku amalkan 24/7! Insya Allah moga Iskandar jadi anak soleh dan baik tingkahlakunya. Ameeen.


p/s : Bukan senang nak jadi ibu sebenarnya ... kesabaran mesti tahap langit ketujuh aku rasa ;p

Sunday, May 10, 2015

SEGMEN BLOGWALKING CUTI SEMESTER BY PARINH

Assalamualaikum ...


Dah lama aku tak join segmen dan GA kat blog. Masa awal-awal blogging dulu, memang beriya join macam-macam segmen. Siap bersengkang mata lagi. Dulu bujang, skang dah ada anak ... bersengkang mata pun untuk anak dan hasben ajelah. kehkehkeh!

Setelah sekian lama tak join segmen, ni tetiba teringin plak nak join segmen blogwalking cuti semester by Parinh nie. Syarat-syaratnye ...

Syarat-syarat :


1 . Follow Blog : Blog Parihh

2 . Follow Google+ : Mad Parihh

3 . Like Page : Blog Parihh Dot Com

4 . Follow Instagram : Parihh

Copy paste banner kat bawah tu dan letakkan tajuk ' Segmen Blogwalking Cuti Semestar By Parihh ' . 

Kalau korang teringin nak join, juz click je banner kat atas nie,

Hadiahnye tak menarik sangat bagi korang kot, tapi kalau bagi blogger memang menarik! Boleh up kan traffic blog korang. Memang aku suke ... hehehehe... ;

Review Blog : 5 pemenang

Bloglist : 10 pemenang

okeylah kan .... kecik tapak tangan, PICC tu aku tadahkan kalau blogger nie review blog aku! hahahaha. Angan tak sudah aku nie ...



p/s : Hari ni dok rumah, kelek Iskandar sambil kemas dapur persiapan nak sambut Ramadan!

FAHRIN AHMAD DAH KAHWIN

Assalamualaikum ...


Happy aku tengok Fahrin Ahmad dah kahwin. Cantik sangat isteri dia, Elena Hani Elias! Rupanya dorang berdua nie teman masa study dekat UiTM dulu kala, terpisah sampai 17 tahun. Kira kuatlah jodoh dorang ni. Orang kata, kalau dah jodoh tak ke mana. Asam di darat, ikan di laut ... dalam kuali bertemu jua. Eh, betul ke akunye kata-kata ini. ha ha ha, ingat-ingat lupa.


Well, bila tengok wajah isteri Fahrin nie, cantik bebenor. Nampak natural beauty! Aku pernah jumpa Fahrin nie secara live dan pernah join seminar di mana Fahrin menjadi penceramah. Walaupun gaya penyampaian Fahrin sebagai penceramah masih lagi dalam learning process, but Fahrin bukan artis yang sombong. Murah dengan senyuman. Hensem plak tu .... sado sangat ko! Gambar aku amek beramai-ramai dengan Fahrin dah tak ingat save kat mana. Kalau tak leh buktikan dengan jelas aku pernah jumpa dia. haks haks haks! Masa seminar tu, Fahrin pernah bagitahu ... kalau boleh dia taknak bercinta dengan artis lagi. Mungkin serik kot sebab pernah gagal 2x kali bercinta dengan artis tu dan tu! Memang betullah kata-kata dia, isteri pilihan dia bukan artis tapi Ketua Pramugari Emirates Airlines. Sekarang dok kat Dubai, Emeriah Arab Bersatu. Jauhnya la hye ... nasib baik zaman sekarang dah moden ... banyak media sosial yang memudahkan perhubungan.

Yang bestnya aku baca pasal pernikahan Fahrin dengan Elena Hani, cuma ada mas kahwin je RM80 serta sebentuk cincin. No wang dan barang hantaran! Majlis dorang pun nampak simple la bagi artis macam Fahrin. Baju pun biasa-biasa je jika nak dibandingkan dengan sesetengah artis kalau buat majlis nikah ke, resepsi ke ... ooooi bagai nak rak persiapan. Glaaaam sangat kau, belanja tak ratus ribu sampai tahap juta tak sah! Terus teringat pasal majlis kahwin aku setahun enam bulan yang lalu, majlis kahwin aku ngan hasben biasa-biasa je, kitaorang banyak berkongsi untuk jimatkan bajet. Hantaran pun tak lebih 10K. Mak ayah aku cakap biar sama lebih kurang dengan adik-adik aku sebelum nie, aku akur je! Janji nikah ... hahahaha! Majlis kahwin aku, takdelah goodies meletops, kek bertingkat, lagu-lagu ke DJ majlis kahwin ke ... memang takde semua tu. Cuma sebelah aku je, meriah sket ... ada pelamin dan meja makan beradap. Tu je pun, sebab niat nak bergambar untuk kenangan anak cucu nanti. Sebelah hasben cuma buat kenduri doa selamat bagi mewar-warkan pernikahan je. Aku pun takdelah nak demand macam-macam. Yang penting nikah dan semuanya selamat! Sebelum kahwin dulu, terfikir juga nak wat macam-macam, nak goodies yang hebat melampau ... nak pelamin yang penuh dengan bunga, nak potong kek bertingkat, nak ada photobooth, nak bilik pengantin yang gaya hotel 5 bintang but bila fikir balik, membazir kot! Kalau duit tak cukup, nak kena loan. So, better ukur baju di badan sendiri kaaaan! Majlis kahwin sehari dua je, nak hidup selepas nikah tu yang lama dan doa sentiasa kekal hingga jannah Allah swt! Takmo lah hutang keliling pinggang, hutang study dengan JPA pun belum habis bayooo oooi!! Gigil nak kua duit bayoo hutang *nak juga up cite kahwin sendiri, tak bleh blaaah ... hahahah*

Untuk Fahrin, selamat pengantin baru ... moga kekal bahagia hingga ke jannah Allah swt. Heh, macamlah Fahrin Ahmad baca blog aku kan. Dia retis ... aku nie sapelah, blogger picisan je kot. kui kui kui....



p/s : Esok dah Isnin, kejap sangat cuti Sabtu Ahad sekarang nie ... rasa cepat masa berlalu. Tak puas peluk cium anak soleh aku tuh.

Friday, May 8, 2015

ANAK BERANAK DEMAM

Assalamualaikum ...

Update blog kul 4-5 pagi memang satu keganjilan untuk aku sejak kahwin. Time bujang dulu tak kisahlah, memang suka je update blog pepagi time senyap sunyi macam ni sambil blogwalking. Sebut blogwalking, dah lama giler tak jengah blog kengkawan. Since ada Iskandar lagilah blog terabai. Sikit lagi nak bersawang, barulah aku kibas-kibas. huhu! Kenapa awal pagi update blog? Buang tebiat? Tidaklah! Sendiri tanya sendiri jawabkan. hahahaha. Tadi 2.30am, hasben kejut aku. Dahlah tengah syok mimpi. Nak kata Iskandar nangis nak susu, aku paling muka ke Iskandar, eh ... sedap je anak mommy tido. Aku boleh pejam mata balik. Pastu hasben cuit-cuit lagi kaki aku, sampai aku bangun. Nape la plak? Rupanya hasben aku demam. Suhu dah 38.3. Aku rasa badan hasben, oooih dah panas. 

Malam tadi anak-beranak semua tido awal, sebab aku sakit belakang. 9.30pm dah masuk bilik enjutkan Iskandar bagi lena. Lepas Iskandar lena, kul 10pm aku dengan hasben pun kroooh krrrohhh bersama-sama. Rasa lama tido, tu sebab aku sempat mimpi. Dalam syok mimpi hasben plak kejut. Terbengkalai mimpi aku. Dah hasben kejut aku pun bangun. Berpinar mata. Hasben pindah tido bilik belakang. Katanya taknak nanti berjangkit dengan Iskandar. Sebenarnya Iskandar baru je sehari baik demam. Dari cuti 4 hari baru nie, Iskandar dah batuk dengan selsema. Lepas tu Isnin, badan Iskandar dah panas. Demam! Suhu badan Iskandar masa tu naik turun, naik turun. Memang tak tido malamlah berjaga. Risau kalau-kalau panas dia mencanak naik! Awal pagi Isnin suhu Iskandar 37.7, dari nak siap pergi kerja terus aku EL. dalam kul 9.30am dah naik jadi 38.3. Memang cuak la sangat, badan dah panas garing. Masak la telur kalau letak kat belakang gamaknya. Terus aku wassap hasben. Hasben reply ajak pergi klinik. Pergi klinik Presint 9, punyalah ramai umat! Then start kereta berdesup plak ke klinik Presint 11. Nasib baiklah tak ramai sangat. Iskandar plak merengek je. Yelah, badan dah panas of course anak soleh aku tu rasa tak selesa. Seharian aku pantau suhu Iskandar. Kejap turun, kejap naik. Petang tu sekali naik sampai 38.5!! Nak nangis rasa. Jelum dengan air asam jawa pun tak jalan. Nasib baik aku dah pesan hasben cari daun bunga raya. Malam tu asyik jelum dengan air daun bunga rayalah satu badan. 

Bila Iskandar demam, dia langsung taknak berenggang dengan aku. Susu botol langsung taknak. Ngempeng je dengan aku. Sampai naik kering susu badan. Haus maknye! Aku nie dah la spesies susu segan-segan nak kuar, buat power pumping barulah gigih kuar. Itupun tak meriah. Apapun syukur dapat juga breastfeeding! Siang Isnin tu, aku meriba je Iskandar. Tido lah aku sambil duduk. Makan minum tak menentu. Malam pun macam tu, tido sambil duduk dan tak lena sangat. Terlena sekejap, bila sedar aku dah cuak. Cepat-cepat amek termometer check suhu Iskandar. Bukan senang jaga baby demam. Memang kena berjaga 24jam. Risau pun ada. Selasa malam Rabu Iskandar dah baik demam. Dah boleh gelak besar. Kalau tak, senyum pun tak hingin! Bila agah, bukan main kuat suara. sembang sakan. Time demam....heeek heeek heeeek tak sudah. Apapun anak mommy memang kuat!

Anak dah sihat, babahnya plak demam. Berjaga juga lagi. Mata dah kejung-kejung nie. Takpelah, risau juga suhu badan hasben aku tinggi. Tadi aku dah jelum kepala hasben dengan air daun bunga raya. Nak kasi suhu turun dan sejukkan kepala dia. Dah macam baby pula rasanya. Hasben aku memang jarang demam, tapi sekali demam memang lentok habis. Nak cakap pun dah segan-segan. Dengan sakit kepalanya lagi .... hoooihhh demam ni kadang jangan buat main, boleh sakit sendi-sendi kalau panas sangat.

Aku plak masih kuat lagi. Cuma tekak je perit sikit-sikit. Alhamdulillah. Masih mampu bergerak sana sini. Walau tak cukup tido dah rehat. Menjaga 2 hero memang mencabar. Nak-nak hero kecik. Hero besar takpe lagi sebab boleh bercakap. So, boleh bagi tahu sakit kat mana senang nak picit ke hape. Hero kecik yang dah nak 3 bulan nie sahaja yang mencabar terlebih, sakit of course hanya akan nangis je. Mommy plak tak paham sangat bahasa tangis nie, masih lagi learning process. Jadinye, ada la gagal sana sini. hiks!

Harap hasben aku cepatlah kebah demamnya. Berselubung dah tadi aku buatkan dia. Senang bagi berpeluh. Tengok dah boleh tido lena. Aku plak yang tak boleh tido. Kejap-kejap jenguk hasben bilik belakang. Lepas tu datang jenguk anak plak. Dah susukan Iskandar, pergi jelum kepala hasben plak. Ke sana ke mari dibuatnya. Jadi misi kejap. Kejap tadi check suhu badan hasben aku dah naik sampai 38.9!! Bertabahlah! Harap aku terus kuat. Dan harap hasben aku cepatlah sembuh!




p/s : Rupanya bukannya mudah jadi isteri dan ibu .... banyak cabaran. Sikit-sikit kena belajar tangani situasi genting macamnie. Ini baru sikit, ke depan-ke depan tak tahulah macam mana. Harap aku terus kuatlah hendaknya! Ameeen.

Wednesday, May 6, 2015

Republish : KEGAGALAN MEMBERIKAN AKU SESUATU

Assalamualaikum ...

#entry republish : 2011

Penulisan aku kali ini agak serius. Tiba-tiba rasa ingin berkongsikan sesuatu yang amat bermakna.  Sedikit pengalaman yang aku ingin kongsikan bersama. Diri aku, berbanding dengan orang lain terutama abang dan adik-adik aku, aku ini tidaklah seberjaya mana pun. Kadang-kadang aku rasa diri aku tiada apa-apa. Satu perasaan negatif yang sentiasa lahir bila aku gagal dan kecewa suatu tika dulu.

Tapi kegagalan mengajar aku menjadi manusia yang kuat dan tabah. Dalam kuat dan tabah, aku masih lagi merupakan manusia yang cepat menangis, cepat putus asa dan juga cepat sedar dari sikap berputus asa. Aku ingat lagi, selepas aku tamat belajar dengan jayanya. Jaya tetapi tidak secemerlang mana bagi seorang anak yang agak kurang dan sederhana berbanding adik-beradik yang lain, aku gagal mendapat pekerjaan yang baik dan sesuai dengan kelulusan aku. Cuma aku punya satu sikap, tidak memilih kerja dan suka mempelajari sesuatu yang baru. 

Selepas tamat latihan praktikal, aku ditawarkan sebagai Pembantu Tadbir sambilan di Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan (sebelum kementerian ini dipecah kepada 2 kementerian). Sambilan dengan bergaji hari sebanyak RM26.00++ sehari.  Gaji pertama yang aku terima selepas grad hanya RM260.00. Syukur! Gaji hari, dah aku ditawarkan kerja tengah bulan. Jadi hanya itu yang aku terima. 3 tahun aku di Kementerian sana. Jenuh juga aku mencari pekerjaan tetap, letih mengisi borang kerja jangan cakaplah. Berdoa pada Maha Pencipta sampai berjurai airmata jangan cakaplah! Masa inilah wujud perasaan rendah diri aku yang keterlaluan.

Ketika itu, aku kategorikan diri aku sebagai manusia yang gagal. Hidup menumpang dengan abang.  Abang aku pula masa itu, baru sahaja mendirikan rumah tangga. Bertambah bersyukur sebab kakak ipar aku sangat baik. Sangat sporting, merendah diri dan tidak pernah berkira dengan aku. Serius, abang aku juga sangat baik orangnya. Aku tak perlu bayar sesen pun bila tinggal bersama dengannya. Tapi aku tetap  bagi abang duit untuk beli barang dapur antara RM50-100.00 sebulan. Bergantung kepada gaji yang aku dapat. Pada mak dan ayah, aku hanya bagi RM50.00 sahaja. Kadang bagi, kadang faham-faham sendirilah!

Sepanjang 3 tahun itu juga,  aku tidak pernah sediakan baju dan kelengkapan menyambut Hari Raya untuk diri sendiri. Tidak pernah! 3 tahun aku beraya tanpa baju baru. Itu hakikat! Semasa bergelar student, semuanya masih ditanggung oleh ibu ayah. Tetapi bila dah bekerja, rasanya aku perlu hadapi keperitan hidup aku sendiri. Dengan cara ini, ia dapat mengajar diri aku tentang kepayahan ayah mencari rezeki untuk aku, mak dan adik-beradik yang lain termasuk makcik aku yang disara ayah sebelum dia berkahwin. Aku tidak kisah tidak bertukar baju baru, janji aku ada pekerjaan yang memberikan aku rezeki halal. Sedikit tapi berkat mak aku cakap! Sekarang aku dah mampu siapkan kelengkapan berhari raya untuk diri sendiri dan mak ayah. Alhamdulillah ... suatu kebanggaan bagi diri aku!

Kepayahan yang aku lalui dulu, keperitan berjalan kaki, menunggu bas dan berebut-rebut menaiki LRT STAR di Salak Selatan mengajar aku macam-macam perkara. Dan juga bermacam-macam jenis manusia yang aku jumpa selama hampir 3 tahun aku berulang alik dari Desa Petaling ke PWTC. Penat! Letih! Jangan cakaplah. Demi sesuap nasi untuk diri sendiri, aku gagahkan juga. Kecewa rasa hati masa itu, hanya Allah yang tahu. Kecewa sebab usaha aku mencari pekerjaan tetap masih belum berada dalam genggaman.

Malu rasanya nak balik kampung. Mesti orang kampung sibuk bertanya, jadi pegawai besar ke? Mesti gaji banyak! Dan macam-macam lagi. Gaji aku cuma cukup makan masa itu. Kadang-kadang terkurang. Puasa adalah jawapannya. Tak pernah pun aku cakap dengan abang yang aku tak berduit. Sebab aku sedar, aku cuma menumpang berteduh dengannya, jadi untuk menyusahkan dia dari segi kewangan amat tidak patut sekali. Seingat aku, cuma sekali aku terpaksa pinjam duit dari abang sebanyak RM100.00. Itupun sebab gaji aku terlalu lambat. Aku terpaksa pinjam kerana perlu menghadiri temuduga di Kuantan, Pahang. Jauhlah sangat aku buat permohonan kerja! Masa itu tugas aku merebut peluang yang dikira selamat. Walaupun tiada rezeki di sana, tetap ia memberikan aku satu pengalaman. Dapat juga aku bersemuka dan merasa ditemuduga oleh Y.Bhg. Datuk Maznah Mazlan. Satu pengalaman.

Aku memang terlalu hormat abang aku, walaupun dia tegas dan jarang berborak dengan aku, tapi dia seorang yang memahami kadang-kadang! Dia yang nasihatkan aku agar mendapat pekerjaan tetap terlebih dahulu sebelum memikirkan soal perkahwinan! Katanya yang aku pegang sampai hari ini,

  • "Carilah seseorang yang sayangkan diri kita, dan bukan diri kita yang terlebih sayangkan dia! Kerana orang yang sayangkan kita akan jaga kita sampai hujung nyawa selagi Allah izinkan!".
  • "Cari kerja tetap, bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk keluarga. Jangan terlalu berharap  dan bergantung kehidupan dengan lelaki bila dah berkahwin. Kerana suami itu hanya pinjaman Allah buat kita. Jika suami kita tidak diambil oleh tangan orang lain, pastinya suami kita diambil oleh Allah! Dengan pekerjaan kita, sekurang-kurangnya kita mampu jaga dan beri makan pada anak-anak. Sebarang kemungkinan boleh berlaku!"

Ayat abang aku tidaklah sekema itu, aku cuma taip dalam ayat yang boleh beri pemahaman kepada mereka yang membaca. Sebab itulah aku tidak mampu nak berfikir soal kahwin bila aku hanya bekerja sambilan. Walaupun orang cakap jodoh itu satu ketentuan Allah. Aku memilih mengikut nasihat abang aku, mendapat pekerjaan tetap dan membalas jasa mak ayah aku yang termampu sebelum aku berumahtangga.

Aku syukur bila Allah semakin permudahkan urusan hidup aku. Aku bangga bila aku boleh bawa mak  ayah aku naik kereta yang aku beli dengan duit yang aku kumpul selama 5 tahun. Mak aku cakap, "Mak tak sangka dapat naik kereta baru anak mak balik kampung!". Menitis airmata aku masa itu. Aku tahu, mak memang tahu susah payah hidup aku berbanding adik beradik yang lain. Mak aku cakap, jalan hidup aku tidak semudah jalan yang ditempuh oleh abang dan adik-adik aku! Tapi aku selalu dapat apa yang aku inginkan, cuma perjalanan untuk sampai itu memang lambat. Aku redha! Aku dalam usaha memenuhi apa yang mak ayah aku inginkan selagi aku mampu. Cuma bab ijabkabul sahaja aku serahkan pada Maha Pencipta. Kerana ia berada diluar kemampuan aku untuk menentukan. Hak aku cuma merancang!

Allah tidak akan menduga dan memberikan ujian kepada hambaNya untuk selamanya. Dugaan dan ujian yang datang adalah di atas kemampuan hambaNya untuk menanggung. Alhamdulillah setelah cukup 3 tahun, aku mendapat pekerjaan tetap di syarikat swasta di Putrajaya. Walaupun gaji aku tak cecah pun RM1,000.00 sebulan, tetapi penat aku semakin kurang. Rumah dan tempat kerja amat dekat jaraknya. Aku tidak perlu bangun terlalu awal, tidak perlu berjalan kaki, tidak perlu menunggu bas apatah lagi untuk bertolakan di pintu masuk LRT STAR!

Dan sekarang aku dah 6 tahun bekerja di sektor Kerajaan. Juga di Putrajaya. Syukur yang teramat. Semuanya berkat doa ibu dan ayah aku. Putrajaya adalah destinasi yang buat aku rasa gembira dan agak tenang! Dan MOCAT adalah tempat kerja yang terbaik bagi diri aku. Aku akan kenang MOCAT dan kawan-kawan di sana selagi diizinkan Allah!

Kegagalan dan kesusahan aku dulu berbalas. Aku masih kenang susah payah yang aku lalui. Aku bersyukur dengan kegagalan dan kesusahan dulu, telah memberikan aku pengalaman hidup yang amat bermakna.

Setiap kali aku "jatuh", aku akan cari motivasi diri yang boleh buat diri aku "hidup semula"! Membaca artikel dan buku motivasi diri adalah minat aku dari dulu ... Jadi buat mereka yang rasa rendah diri, gagal, putus asa .... carilah MOTIVASI DIRI, selain memohon daripadaNYA dan berkat doa kedua ibubapa kita!

Aku masih lagi memburu kejayaan, kekayaan dan ketenangan, cuma akhir-akhir ini matlamat aku masih kurang jelas. Semangat aku seakan hilang, jadi aku sedang dalam proses menguatkan semangat diri mencari apa yang aku inginkan dalam hidup ini!




p/s : Ini entry aku 5 tahun lepas. Saja godek-godek dan rasa ia bermakna untuk diri aku. Sengaja berkongsi semula bersama korang utk pembacaan. Kalau okey dan rasa good-good bolehlah dijadikan pengalaman. Alhamdulillah, perjalanan hidup aku kini pun semakin baik. Rezeki dari Allah dan berkat doa mak ayah yang jauh kat kampung tu. Sekarang dan berkeluarga .... dah ada anak sorang! Takpa kalau kita lalui bad day, tapi jangan lalui bad life!